29.9 C
Kuala Lumpur
September 19, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Bila Fed Tukar Game: Apa Impak CPI 3.4% Kepada Market Kripto?

Bila Fed Tukar Game:

Apa Impak CPI 3.4% Kepada Market Kripto?

CPI 3.4% Bukan Cerita Sebenar…..Ini Yang Saya Nampak Dalam Market

CPI 3.4%, Fed Nak Naikkan Rate,Tapi Apa Yang Market Sebenarnya Takut?

Kalau tengok gambar ni sekali imbas, orang akan nampak satu benda saja:

“CPI 3.4%. Fed nak naikkan rate… kripto bearish.”

Tapi bagi saya, cerita sebenar dia lebih menarik daripada angka 3.4% tu. Sebab market bukan bergerak berdasarkan nombor semata-mata. Pakcik kebun sebelah cakap market ni bergerak berdasarkan apa yang nombor itu ubah dalam kepala pemain besar.

CPI keluar 3.4%.

Ramai mungkin fikir, “Eh, 3.4% kan sama macam bulan lepas. Apa yang nak dikecohkan sangat?”

Iya, Betul !

Headline CPI memang kekal 3.4% YoY pada Ogos, tapi bila kita buka bonet kereta dan tengok isi dalam dia, cerita dia lain sedikit. CPI naik 0.4% month-on-month, manakala Core CPI naik 0.3%. Core CPI pula naik 2.4% YoY. Tapi apa yang buat market mula tak selesa ialah tekanan harga masih belum benar-benar hilang, terutama bila kos tenaga kembali menekan dan ada satu benda lagi, iaitu Minyak.

Bila minyak mentah dah bermain di atas $100, dia bukan sekadar cerita petrol mahal. Sebab benda ni apa menyebabkan..

  • Kos pengangkutan naik.
  • Kos production naik.
  • Kos logistics naik.
  • Kos barang naik.

Lepas tu benda ni perlahan-lahan masuk ke harga baranggan dan servis lain, jadi FED sekarang ni sebenarnya berdepan satu masalah klasik (dilemma). Kalau ekonomi lemah, Fed nak potong rate, tapi kalau inflation masih degil, Fed takut nak potong terlalu awal.

Nak tekan minyak pun takut inflation naik… Nak tekan brek pun ekonomi boleh sakit.

Pakcik cakap nilah sebabnya kenapa market mula adjust expectation. Sebelum CPI, probability untuk Fed hike September sekitar 60–70%… Lepas CPI, probability tu melonjak.

Ada sumber market meletakkan sekitar 79%, manakala Reuters melaporkan futures menunjukkan kira-kira 85% peluang kenaikan 25bp, selepas data keluar. Jadi angka 79% dalam gambar di atas ni memang menangkap arah perubahan sentiment, cuma probability sebenar bergantung pada market dan masa kita tengok dan Fed meeting plaj tinggal hanya beberapa hari saja lagi 15–16 September.

Jadi sekarang market bukan lagi bertanya, “Adakah Fed akan cut?” . Market dah mula bertanya, “Adakah Fed akan hike?” dan adalah perubahan narrative yang besar.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain
Sekarang Kita Masuk Ke Bab Kripto Plak

Kalau Fed naikkan rate, apa jadi?
Liquidity biasanya jadi lebih ketat…Treasury yield boleh naik…Dollar boleh dapat support…Kos modal meningkat dan bila yield Treasury nampak lebih menarik, sebab sebahagian modal yang selama ni mencari return dalam risk assets boleh mula fikir: “Kenapa aku nak ambil risiko dekat altcoin kalau government bond pun bagi yield?”

Nilah sebab kenapa kripto biasanya kena hentam dulu bila market masuk mode risk-off, terutamanya BTC. Tapi saya tak terus andaikan benda ni sebagai “Fed hike = Bitcoin jatuh”, sebab kalau saya andaikan macam tu ia terlalu mudah.

Bitcoin sekarang ni bukan lagi asset kecil yang bergerak seorang diri dalam dunia kripto.
Bitcoin dah semakin rapat dengan liquidity, bond yield, dollar, ETF flow dan institutional positioning. Jadi kalau Fed hike sekali tapi market dah price-in benda tu lebih awal… reaction boleh jadi lain. Market boleh jatuh sebelum announcement. Kemudian Fed betul-betul hike…tapi BTC tak jatuh, malah naik. Kenapa ini berlaku?

Sebab market bukan tunggu berita. Market trade expectation dan dekat sinilah saya rasa ramai retail akan tersangkut. Bila nampak headline “FED HIKE.”, terus panik…jual BTC, jual Altc, pastu kemudian tengok candle merah, lagi bertambah panik. Tapi smart money mungkin mereka tengah tengok benda yang lain. Mereka tengok:

  • DXY macam mana?
  • US10Y macam mana?
  • 2Y yield macam mana?
  • Liquidity macam mana?
  • ETF flow macam mana?
  • Oil masih naik atau dah mula turun?

Dan paling penting… mereka tengok samada Fed hike tu betul-betul hawkish atau sekadar satu kali hike kemudian pause? Sebab 2 cerita ni sangat berbeza. Contohnya kalau Fed naik 25bp… kemudian Powell/Warsh bagi signal “Okay, kita naik sekali. Sekarang kita tengok data.” Market mungkin mula bernafas semula…

  • Inflation turun.
  • Oil turun.
  • Yield stabil.
  • Dollar melemah.
  • Liquidity mula longgar.
>>> Buka Akaun LUNO Anda Disini <<

 

Dalam keadaan macam ni, risk asset boleh hidup balik, kripto pun boleh sambung cerita dia. Tapi kalau inflation kekal sticky… oil terus atas $100… yield terus naik… Fed terpaksa hike lagi… itu cerita lain plak. Yang ini bukan lagi sekadar correction…Ini boleh jadi perubahan regime liquidity dan ada satu benda dalam gambar tu yang saya rasa perlu kita betulkan.

Gambar tulis CPI 3.4% vs 2.9% expected.
Setakat data rasmi yang dilaporkan selepas release, 3.4% sebenarnya selari dengan consensus headline CPI, bukannya surprise 3.4% berbanding expectation 2.9%. Yang lebih panas daripada jangkaan ialah monthly CPI +0.4% dan terutama core CPI +0.3% MoM, yang membantu menguatkan case untuk Fed hike.

Bagi saya, ini penting.
Sebab kalau kita salah baca expectation, kita boleh salah baca reaction market. Jadi sekarang saya tengok market macam ni…

Untuk jangka pendek:
Saya expect volatility kekal tinggi. Altcoin paling mudah kena tekan sebab liquidity dia nipis…BTC mungkin lebih tahan berbanding altcoin dan market akan sangat sensitif kepada DXY, Treasury yields dan Fed expectation. Tapi untuk medium term?

Saya tak rasa market terus jadi bearish hanya sebab satu CPI shj, sebab inflation 3.4% bukan bermaksud Bitcoin story dah mati. Malah kalau akhirnya inflation mula turun semula selepas energy shock reda dan Fed berhenti selepas satu hike… kita boleh dapat situasi yang agak pelik: rate naik.. market jadi pank, pastu liquidity jadi stabil, kemudian inflation turun.. Fed pause, risk asset boleh recover. Saya perhati kripto ni dia kadang-kadang memang macam tu. Dia suka buat coiner cap ayam penat dulu sebelum bagi direction sebenar. Saya ada tulis pasal new gameplan ni dalam eBook 30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading, korang wajib dapatkan buku ni kalau korang tak nak jadi mangsa.

DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

>>> Dapatkan Disini <<<

Pakcik cakap, 15–16 September ni jauh lebih penting daripada headline CPI semata-mata, sebab headline tu pakcik cakap dia macam perangkap.. CPI keluar lain tapi market gerak ke arah lain. Kali ni pakcik suruh saya tengok apa Fed buat, tapi yang lebih penting… apa yang Fed cakap selepas mereka buat. Sebab pakcik cakap satu hike itu sendiri bukan cerita penuh. Forward guidance adalah cerita penuh dan pastu pakcik suruh saya tengok:

  • DXY.
  • US10Y.
  • Oil.
  • ETF flow.
  • BTC structure.

Dan kemudian baru tengok altcoin, sebab kalau BTC masih mampu bertahan ketika yield dan dollar sedang menekan, itu jauh lebih menarik daripada sekadar candle hijau. Kadang-kadang apa yang tak jatuh ketika market ada alasan untuk jatuh, itu lebih penting daripada apa yang sedang naik dan itu biasanya benda yang pakcik cakap dia suka perhatikan. Crowd mungkin hanya nampak CPI 3.4%, saya plak nak tengok… siapa yang tengah adjust positioning selepas CPI 3.4%.

Itulah cerita yang lebih besar.

Kalau awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

>>> Join Disini <<<

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Apa itu Mempool?

Hazim Mustapa

FAHAMI KAEDAH WYCKOFF UNTUK PROFIT DALAM TRADING

mssalha

Market 2026 Dah Memasuki Fasa Ngeri

Nazrich
error: Content is protected !!