FOMC 29 Oktober 2025: Fed Potong Rate, Powell Tarik Handbrake
Fed Buat Apa Semalam?
Semalam (29 Okt 2025) Federal Reserve telah memotong kadar faedah sebanyak 0.25% (25 mata asas), seperti yang ramai jangka. Ini menjadikan julat kadar dasar turun ke 3.75% – 4.00%. Kadar ini terendah sejak 2022, dan merupakan potongan kedua berturut-turut (September lepas pun Fed dah turunkan sekali). Keputusan kali ni 10 undi setuju vs 2 tak setuju , tak sebulat suara nampaknya. Malah, dua ahli FOMC bantah keputusan ini: Stephen Miran nak potong lagi besar (50 mata asas), manakala Jeffrey Schmid pulak rasa tak payah potong langsung (risau inflasi degil). Nampak tak, dalam Fed sendiri pun berbeza pendapat ada yang ultra dovish, ada yang masih hawkish, jadi potong 0.25% ni kira jalan tengah lah.
Bukan setakat turunkan rate, Fed umumkan jugak operasi “QT” dihentikan sekejap. Maksudnya, diorang takkan kecilkan saiz balance sheet bank pusat lagi buat masa ini mulai 1 Disember, penyusutan aset (quantitative tightening) dihenti dan Fed akan mula beli balik bon Perbendaharaan secara terhad untuk pastikan mudah tunai kekal. Dalam bahasa mudah, Fed pam sikit likuiditi dan tak nak ketatkan pasaran kewangan sangat. Langkah ni diambil sebab baru-baru ni pasaran duit menunjukkan tanda liquidity hampir kering, Fed pantau benda ni rapat, taknak ulang insiden macam krisis repo 2019 dulu.
Powell Cakap Apa Masa Press Conference?
Lepas keluarkan kenyataan rasmi, Jerome Powell (Pengerusi Fed) pun bagi sidang media. Dekat sinilah “otai” kita ni mula tarik handbrake dia taknak bagi pasaran over-confident. Powell akui ekonomi tengah dalam keadaan tak menentu: data ekonomi banyak yang tak keluar sebab kerajaan AS tutup (shutdown) sebulan lebih. Ibarat kata Powell, “kalo kau memandu dalam kabus tebal, kau kenalah perlahan”. Itu analogi dia sebab data ekonomi banyak terhenti, Fed terpaksa berhati-hati. Powell kata Fed akan korek apa saja data alternatif diorang mampu, dari sumber swasta ke survey dalaman, tapi tetap la tak sama macam data rasmi. Jadi apa pilihan Fed? Perlahankan langkah, tunggu dulu sampai nampak jelas.
Semua mata di Wall Street tertumpu pada Powell masa press conference semalam. Yelah, setiap ayat keluar mulut dia boleh gegar satu market. Dekat PC tu la Powell mula “sound” market supaya jangan harap sangat dapat lagi rate cut hujung tahun ni. Dia terus terang cakap: potong lagi Disember nanti “bukan kesimpulan yang terjamin… jauh sekali” polisi tak ikut jalan prasiap (bukan preset course). Fuh, jelas hawkish nada dia kat situ, atau dalam bahasa mudah: “Jangan buat andaian merepek kata Fed confirm nak potong lagi, kitorang tengok keadaan dulu.” Kau ingat senang Fed nak manjakan market tiap bulan? Hah, Powell siap bagi amaran awal.
Powell juga dedahkan dalam Fed sendiri pun ada pandangan berbeza pasal mesyuarat akan datang. Katanya “strongly differing views” di kalangan ahli FOMC semakin ramai rasa mungkin elok tunggu satu kitaran sebelum potong lagi Maksudnya, ada kemungkinan Fed pause dulu nanti. Walaupun keputusan semalam 10-2 sokong potong (Powell panggil itu “solid” support untuk longgarkan polisi sokong pasaran kerja sejuk), tapi hal Disember masih debat hangat. Powell sendiri mengaku kadar sekarang pun “masih sedikit ketat (modestly restrictive)”, masih menekan inflasi turun. Inflasi pula dia jangka mungkin naik sekejap hujung tahun (maklum tarif import Trump tengah bagi kesan) tapi lepas tu turun balik. Jadi Fed tak boleh main hentam potong lagi selagi masalah inflasi tak betul-betul reda. Powell kata keutamaan dia nak habiskan kitaran longgarkan polisi ni dengan pasaran kerja masih sihat dan inflasi balik sasaran 2%. Pendek kata, dia nak seimbang, bagi sokongan ekonomi, tapi tak nak bagi muka sangat kat inflasi.

Apa Cerita Pasaran Saham, Dolar, Emas, Bitcoin ?
Pasaran kewangan mulanya happy gila bila keputusan diumumkan. Bayangkan, Fed potong rate (duit murah beb) dan umum masuk campur jaga likuiditi memang berita sedap. Saham melonjak awal-awal; ketiga-tiga indeks utama Wall Street sempat buat intraday all-time high pagi tu lepas Fed umum cut suku peratus Nasdaq khususnya terbang saham teknologi tengah power (Nvidia pula baru cecah valuasi $5 trilion, sejarah tu). Tapi kegembiraan tu tak lama. Masuk je sesi Powell membebel ala hawkish, market terus hilang momentum. Hujung hari, Dow Jones tutup turun ~0.2%, S&P 500 leper (flat je), dan Nasdaq je mampu kekal hijau +0.6% rekod tertinggi. Yang awalnya hijau meriah, sekali Powell cakap “tak tentu potong lagi”, terus banyak yang jual balik keuntungan. Boleh dengar la bunyi tayar brek kat Wall Street semalam.
Dolar AS (DXY) pun apa lagi terus mengukuh bila Powell bagi hint hawkish. Index USD naik sekitar 0.5% lepas PC Powell, mencecah lebih kurang 99.2 mata. Biasalah, bila Fed macam nak berhenti potong (maknanya polisi kurang longgar daripada jangkaan), matawang USD dapat nyawa sikit. Lagi satu, hasil bon (yield) 10-tahun naik lepas Powell cakap dari ~4.02% sebelum ni ke ~4.07%. Kombinasi USD menguat + yield naik ni memang beracun sikit untuk emas. Tengok harga emas, jatuh gedebuk hampir 1% dari atas $4,000/oz turun balik sekitar $3,950/oz. Emas ni kan sensitif: Fed cut memang bagus pada awalnya (harga emas sempat rebound awal minggu tu), tapi bila Powell ketat nada, pelabur emas pun cuak balik.
Bitcoin dan rakan-rakan kripto pun tak terlepas drama. Mula-mula masa Fed umum potong tu, wah bukan main Bitcoin melonjak sempat naik hingga ~$113,000 pada siang hari. Maklumlah, berita rate cut + likuiditi tambahan ni ibarat siram air baja untuk aset berisiko macam kripto. Likuiditi global bertambah, USD melemah, Bitcoin pun dapat tumpang glamor sebagai “emas digital” hedge inflasi kononnya. Tengok, sebaik je Fed umum cut, reaksi awal BTC memang positif, mantap. Tapi lepas tu, sama macam saham, Bitcoin kena sell on news jugak bila Powell buka mulut. Hujung sesi, BTC tergolek semula ke paras lebih kurang $110k. Dalam erti kata lain, crypto pun naik-turun ikut rentak Fed jugak hype sekejap, lepas tu cooling balik. Yang awal-awal tadi seronok long, bila Powell cakap sikit terus kena hentam balik. Jadi S&P 500 flat, emas turun, USD naik, Bitcoin pun turun sikit dari puncak intraday semua tu kesan Powell tarik handbrake semalam.
Siapa yang ingat market boleh rally free-free sebab Fed potong, nah ambik kau, Powell had other plans.
Oh ya, satu lagi, jangkaan pasaran untuk rate cut seterusnya pun berubah mendadak. Sebelum ni ramai yakin gila Disember Fed akan potong lagi (probability dalam 80-90% priced in). Lepas Powell bagi “hint jangan perasan” tu, terus trader kurangkan pertaruhan: sekarang peluang Fed potong Disember turun ke ~70% jer. Maksudnya, Fed futures market dah kurang pasti. Ini pun salah satu sebab stock & crypto tadi hilang steam, nampaknya macam takde jaminan Santa Claus rally dari Fed hujung tahun ni 🤦🏻♂️😌😭
NAK JADI COINER BERJAYA??? DAPATKAN BUKU PANDUAN INI SEKARANG !

.
.
Ada Peluang Ke Market Kripto Nak Rally?
Soalan cepumas: lepas dengar semua ni, boleh ke crypto rally? 🤔 Jawapannya, ada peluang tu memang ada, tapi kena sabar dan realistik. Fed dah mula easing mode balik tahun ni dah dua kali cut dan siap henti QT, maknanya diorang suntik likuiditi juga. Lingkungan kadar faedah yang rendah secara sejarah memang bagi angin pada Bitcoin: kos pinjaman murah, duit banyak dalam sistem, USD pun cenderung lemah maka aset seperti kripto dan emas selalunya dapat tumpuan sebagai hedge. Kiranya, environment sekarang medium-term agak supportive untuk crypto. Kita tengok Bitcoin masih bertahan atas $100k, itu petanda bulls masih ada. Bahkan, penganalisis kata Bitcoin ni ibarat “aset beta tinggi” yang sensitif pada likuiditi bila Fed longgar, Bitcoin selalu outperform. Lagi pula, naratif “digital gold” makin kuat bila orang risau duit fiat kena debase (nilai susut) bila bank pusat potong rate.
Tapi, janganlah fikir harga kripto nak to the moon esok pagi semata sebab Fed potong. Powell tadi jelas tak mahu bagi green light penuh. Risiko masih ada: Fed mungkin hold dulu Disember ni kalau data ekonomi tak jelas. Crypto ni pun rapat hubungannya dengan saham teknologi kalau Nasdaq pun terhenti rally, Bitcoin pun boleh terbantut sekejap. Tambahan pula, kalo ekonomi masuk kemelesetan teruk, sentimen pelabur boleh swing negatif (walau Fed cut, orang mungkin lari ke aset selamat dulu). Jadi kena berpada-pada. Sembang pasal altcoin rally besar-besaran pun, tengok keadaan juga sekarang ni Bitcoin dominan, selagi big money tak confident, nak all-out rally susah. Kalo Powell sendiri pun was-was, kita apatah lagi nak overly yakin, betul tak? Silap haribulan, overtrade nanti melecur. Eloklah susun strategi sikit-sikit: DCA (dollar-cost averaging) ke, atau tunggu confirm breakout baru tambah posisi. Market kripto boleh rally, tapi mungkin bukan serta-merta secara linear “bumpy ride” lah bak kata omputih . Ingat, bull market bukan dibina dalam sehari.
Kenapa Powell Macam Tarik Handbrake?
Akhir sekali, jom faham mengapa Powell beria-ia tarik handbrake walaupun Fed dah pun bagi “gula-gula” rate cut tu. Pendek kata, dia tak nak bagi pasaran “syok sendiri” sangat.
Pertama, macam dicerita tadi, data ekonomi tengah lubang sana sini akibat shutdown kerajaan. Fed ibarat terbang buta dalam kabus tentu diorang lebih berhati-hati. Powell taknak buat keputusan melulu tanpa cukup maklumat. Itu sebab dia guna analogi memandu dalam kabus tadi kena slow kalau tak nampak jalan.
Kedua, inflasi masih di atas sasaran (PCE terbaru ~2.7%, Fed target 2%). Walaupun turun dari puncak, Powell cakap jangan pandang remeh isu inflasi selagi tak confirm jinak. Dia akui risiko inflasi berpanjangan dah berkurang berbanding awal tahun, tapi tak bermakna Fed boleh buat tak tahu. Jadi dia tak mahu janji bulan bintang pada market bahawa rate akan terus dipotong berturut-turut – karang tak pasal-pasal inflasi melonjak balik, lagi susah.
Ketiga, dalam Fed sendiri ada yang kurang setuju nak longgarkan lagi lepas ni. Dua dissent semalam contoh nyata: sorang risau inflasi (nak hold rate), sorang risau ekonomi lembap (nak potong lebih). Powell sebagai pengerusi kena imbang pandangan hawk vs dove ni. Dengan “growing chorus” ahli FOMC suruh tunggu dulu sebelum potong lagi, memang logik lah dia tone down expectation. Kalo dia over-dovish tapi ramai internal tak setuju, nanti mesyuarat Disember boleh kecoh.
Jadi dari awal lagi dia set ekspektasi market supaya tak overpricing future cuts. Bak kata satu penganalisis, “Powell jelas signal nak ambil jeda lepas dua kali cut ni”. Tujuannya supaya financial conditions tak longgar sangat terlalu cepat. Dia nak elak situasi di mana market stock/crypto bubble teruk sebab ingat Fed akan rescue non-stop. Pandai kan? Bagi satu hadiah (cut rate), tapi pesan siap-siap: “jangan harap lebih.”
Pendek cerita, Powell buat apa yang patut untuk pastikan Fed ada ruang manuver. Kalo ekonomi mengucup teruk, Fed boleh potong lagi (dia ada hint kata Fed akan sambung potong juga at some point nanti). Tapi kalau inflasi degil, Fed nak ada opsyen untuk pause sat. Itu sebab nada dia kena tegas sikit supaya pelabur tak naik kepala. Dalam dunia trading ni, expectation management penting. Powell justru tengah manage expectation: dia nak elak “pemanjakan” market secara berlebihan.
Lagipun, awak semua ingat senang Fed nak manjakan market tiap bulan? Tak semudah itu, kawan. Fed pun ada tanggungjawab kestabilan harga. Powell bagi gula-gula sikit, sambil jeling tajam suruh jangan lupa diri.
Jadi kesimpulannya Mesyuarat FOMC kali ni beri isyarat bercampur: Fed bagi pelonggaran kecil (rate cut 0.25%) tapi “guidance” dia ketat. Pasaran yang harap pesta berterusan kena reda sikit lah. Sebagai trader/investor, ambil pengajaran: Jangan terlalu gopoh ikut euforia bila Fed nampak dovish sekejap. Powell sendiri tunjuk dia sedia pause jika perlu. Baca antara baris Fed nak tengok data seterusnya (kalau ada) sebelum bertindak. Sementara tu, kita manage la risiko elok-elok.
Macam yang saya selalu pesan: “trade with logic, not emotion” dalam circle MyCryptoversity saya selalu pesan kat student saya “fikir secara logik akal, sebab itu cara smart trader bertindak”.Kalo Jerome Powell pun berhati-hati, apatah lagi kita..betul tak?. Market ni ada sampai kiamat, akan sentiasa ada peluang, cuma kita jer kena sabar, yang berbaki ada dalam game ni selalunya ialah mereka yang sabar dan berdisiplin. .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat, jangan kedekut nak share, jangan malas berkongsi kalo nak berjaya!
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain nisejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenAsalJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.


