25.3 C
Kuala Lumpur
April 21, 2026
CryptocurrencyEkonomi

Wall Street vs BTC vs Trader

26 Jun 2025, hari ni dunia saham Amerika dan Bitcoin saling menari di bawah lampu spotlight.

.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Ada satu butir berita awal pagi tadi yy menetapkan tone keseluruhan market stakat ni (bley faham ka? 😃) . Tiber- tiber je kt sosmed muncul berita laporan bahawa gencatan senjata antara Israel dan Iran ..ini berkesan buat sementara waktu jer.

Kesan pertama? Optimisme mula menyusup ke Wall Street. S&P 500, kita dpt tengok ia melonjak hampir 1.1%, Nasdaq 100 mencipta rekod intraday, dan Dow Jones turut memasuki zon positif selepas semalam red alert keluar (ikut laporan reuters.com.la)

Maka…bermulah ebuah irama baru dan pasaran pun ā€œrisk-onā€.

Pagi tadi, sejak awal pagi lgi aroma kopi segar di warung janda Jalila ni menambah kesyahduan suasana. Saya perhati skrin pagi td, Bitcoin perlahan naik dan berhenti sebentar atas USD 107,400…tp tidak sama macam rally yg dahsyat sebelum ni..kali ni ia lebih mirip macam kaki kambing gurun mendaki bukit, rileks, santai, tenang sekali tp penuh dengan strategi.

Dengan perkembangan positif di Timur Tengah,Ā  misi rundingan gencatan senjata antara Israel dan Iran berjaya, berita ini membawa kembali semangat di kalangan pelabur, jika dunia boleh reda sebentar, ini memberikan peluang kepada aset berisiko seperti crypto dan saham teknologi (saya ada bgtau dalam webinar bersama rakan webinar TA MyCryptoversity) .

Dan apa yang paling menarik ialah data menunjukkan inflow ETF Bitcoin sebanyak USD 588 juta pada hari yang sama, jumlah yang bukan kecil Ooo, malah kemasukkan ni telah berterusan selama 11 hari berturut, menunjukkan institusi besar seperti BlackRock dan Fidelity tidak berhenti leverage harga..masuk ofis jer mereka beli..masuk ofis jer beli….beli jer masuk ofis šŸ˜€.

Cuba awk semu abayangkan…inflow hampir USD 600 juta dalam tempoh 24 jam, apa yang berlaku selepas itu? Bitcoin melonjak sekitar 1.35%, dari paras $106K ke lebih $107K, dengan mencatatkan volume dagangan melebihi USD 50 bilion.. bg saya ini satu angka isyarat bahawa kehadiran pemodal besar sangat signifikan setakat ni.

Ethereum turut terasa bahan hangat, walaupun dengan pergerakan yang lebih restriktif, iaitu pada sekitar USD 2,425, menurun sedikit kecewa berbanding abg besar Bitcoin.

Sekarang ni nampaknya semua mata kini tertumpu kepada BTC.

Dan memang betul, apabila aliran masuk ETF mendominasi, Bitcoin menjadi lokasi pilihan utama untuk dana institusi, sementara altcoin sedang menunggu giliran atau dalam mood vib berhati-hati.

Sambil layan kemanisan kopi janda Jalila ni, saya terhirup jugak keperitannya..sambil-sambil perhatikan chart BTC. RSI harian kini berada pada kisaran 60 hingga 65, (saya pakai RSI jer sebab tak pandai TA) jelas melangkaui zon neutral (50). Bg saya ini petanda momentum positif masih ada berbaki.. bukan terlalu panas untuk disebut overbought. CoinDesk dan Delta Exchange juga menjadikan 106K sebagai support utama..ini adalah kaki laluan yang kukuh BTC sebelum menuju potensi lain di atas ke paras setersnya.

.

.—

Altcoin

Manakala di medan altcoin Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity – Detail >>> Blajarkripto.com[/caption]

.

Apa yang saya nak sampaikan kepada semua Cryptonations followers MyCryptoversity adalah… ini adalah saat yang penuh persoalan dan antara panduan yang boleh dibuat dalam naratif sekarang ialah:

Kalau kita seorang swing trader yang mencari break-out clean, kita mesti tunggu lampu hijau..candle daily yang clear/close atas $110K dengan volume mantap. Ini akan jadi isyarat betul betul ā€˜bias bullish’ ..tp jika support $106K ditendang turun, ada ruang untuk ā€œdip-buyā€.

Kalau kita seorang investor jangka panjang atau HODLer , ini adalah berita baik. Inflow institusi menunjukkan trend jangka panjang masih solid. Kita boleh tambah sedikit di bawah $105K dengan plan siap sedia kalau market goncang.

Untuk altcoin lovers plak…bertabah dan sabarlah…jangan masuk jump scare…kita tunggu alt-sentiment dan rotasi institusi. Beberapa naratif yang saya share dalam penulisan sebelum ni tu semua itu boleh jadi peluang esok…rajin-rajin la godek penulsan say akat blog ni..tapi biarkan BTC capai $110–1$12K dulu dan dominasi mulai turun.

Satu perkara penting yang kita kena ingat, trading ni ini bukan tentang cepat kaya, tp ia tentang macamana reasi kita bila market beriubah..jd kita kena bersedia untuk berada dalam sesi pembentukan struktur baru.

Institusi pulak, mereka bukan sambil lewa…mereka sedang perhalusi peranan BTC sebagai ā€œdigital reserveā€. Regulasi stabilise, masuk stablecoin, ETF muncul ..ini semua bukan gimik dimainkan di sosmed.

Pasaran plak…ada masa, pasaran akan riot , tenang p sign up MEXC here[/caption]

.

Jadi malam ni, bila awak balik dari kerja,Ā  ambil lah masa 10 minit : refresh chart, baca RSI, tengok reaksi harga kat key level keylevel yang saya ajar tu, check berita macro..semua ini bukan pembaziran masa, ini persediaan kita menghadapi masa depan yang tak pasti, tapi penuh peluang…tp kalau kita tak buat ni, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri sebab MALAS! Nak Kaya tp Malas..logik ke?

Sehingga kita berjumpa lagi dalam penulisan akan datang, saya ni bukan tukang ramal market, tp saya sedang buat homework untuk diri saya, sebab tu saya menulis ni sebabtakut saya tak ingat dan kalau penuliskan saya ni memberi manfaat, boleh la kita sama-sama belajar.

Terima kasih kerana membaca sampai habis.

Macam biasa…. Perkongsian ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar perkongsian pendapat peribadi shj berdasarkan pembacaan kat sosmed dan pengalaman sendiri.

Oh ya, kepda yang berminat nk belajar pasal krpto dan blockchain, insya Allah saya akan buatkelas pd 23 Ogos nt di Shah Alam, kelas penuh satu hari dr pagi sampai jam 11 malam termasuk sekali dengan makan pagi, tengahari, petang dan malam…tp ni BUKAN KELAS PELABURAN tapii…dengan ilmu ni saya dan rakan-rakan dalam circle MyCryptoversity dah berjaya ubah tahap kehidupan, dapat bawak keluarga tersayang travel free, dapat tukar kereta idaman..dapat bayar hutang – hutang… awak bioleh tengok feedback mereka kat sini >>> @TestimoniStudentMyCryptoversity

Kalau berminat boleh DM admin @Blockversity

Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto…. Assalamualaikum

Related posts

Bitcoin Flash Crash Dari $32 ke $0.01 – Hari ini Genap 10 Tahun

Nazrich

Supreme Court Baru Sesi Hujah, Tapi Market Dah Kena Hukum.

Nazrich

Pemenang TRUMP MEME COIN Dijemput Makan Malam dengan Donald Trump

Satch
error: Content is protected !!