🗓️ Review Makro Ekonomi 12 – 16 Mei: Adakah Ini Gelombang Baru, Peluang atau Perangkap?
Hi Cryptonation,
Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat trader, hodler, scalper, long-term investor dan yang baru nak celup kaki dalam dunia kewangan terutamanya dunia kripto. Minggu ni memang bukan minggu biasa-biasa, bossku. Kalau kita anggap pasaran ni macam cuaca, minggu ni ada angin ribut dari barat, ada jerebu dari timur, dan ada berita-berita panas dari bilik mesyuarat Bank Pusat dunia.
Bayangkan minggu ni macam kita tengah duduk dalam kapal layar, angin masih tenang sepoi sepoi bahasa tapi tiber tiber langit mula mendung. laut pun mula bergelora. Begitulah pasaran kewangan sekarang ni, nampak tenang, tapi penuh tanda tanya. Minggu ini, kita berada dalam radar yang penting dalam dunia makroekonomi global.
Bukan sekadar tarikh tarikh atas kalendar, tapi juga detik-detik yang boleh menggoncang pasaran saham, emas dan kripto.
Kalau korang jenis suka “buy the dip”, minggu ni boleh jadi syurga… atau neraka. Bergantung kat satu benda je — data inflasi Amerika.
Jom kita mula tengok kalendar makro ekonomi untuk minggu ini.
.
🧾 1. Data Inflasi AS (CPI & PPI – 14 & 15 Mei)
📊 CPI & PPI – Penentu Nasib Ekonomi Dunia
Inilah acara utama minggu ini. CPI (Consumer Price Index) dan PPI (Producer Price Index) dari Amerika Syarikat akan keluar, dan ia bukan sekadar nombor atas kertas.
Kenapa penting? Sebab Federal Reserve masih belum “declare tamat” perang lawan inflasi. Kalau data CPI minggu ini naik melebihi jangkaan, pasaran akan mula panik. Pasaran saham boleh tergelincir, kripto boleh koreksi, dan Dolar AS boleh mengganas.
14 dan 15 Mei ni, abang-abang dari Biro Statistik Buruh Amerika nak umumkan dua benda penting: CPI (indeks harga pengguna) dan PPI (indeks harga pengeluar). Dalam bahasa pasar, ini kira macam kita nak tengok harga barang runcit naik ke turun.
Kalau inflasi turun, maknanya FED(bank pusat Amerika) mungkin dah boleh tarik nafas lega. Pasaran akan bersorak. BTC boleh lompat, ETH boleh terbang, altcoin pun boleh bangun semula dari koma bossku.
Tapi kalau FED masih keras kepala tak nak turunkan kadar inflasi? Ha, masa tu Fed akan cakap: “Kami belum habis naikkan kadar faedah.” Masa tu… ramai yang akan mula tekan butang ‘sell’.
.
🧮 2. Ucapan Pegawai The Fed

Jerome Powell & Geng The Fed, Suara Mereka, Arah Pasaran
Minggu ni ramai ahli The Fed akan bercakap, termasuklah big boss Jerome Powell. Ayat mereka ni bukan ayat biasa. Setiap perkataan yang keluar, setiap nada suara mereka ni boleh jadi bahan api untuk pasaran.
Kalau Powell bunyi “dovish” sikit (maksudnya lembut, ada harapan untuk potong kadar faedah), pasaran boleh rebound. Tapi kalau dia masih berkeras dan bunyi hawkish, pasaran mungkin kena petir waktu hujan nampak cerah, tapi tetiba boom!’
Apa pelabur nak dengar? Tanda-tanda bila kadar faedah boleh diturunkan, tapi kalau Powell mula “hawkish” semula maksudnya FED masih ketatkan dasar dan market boleh terus muram.
.
🏗️ 3. Data Ekonomi China (Industri & Pelaburan – 17 Mei)

17 Mei nanti, China akan umumkan data industri dan pelaburan. kita jangan pandang rendah akan hal ini. Ekonomi China ni macam enjin diesel dunia tau, nampak slow tapi kuat. Kalau data dari China ni lemah, ia beri isyarat permintaan global jatuh. Komoditi boleh goyang Ooo, saham Asia boleh longlai.
Jangan lupa, China masih kuasa besar. Apa yang berlaku di sana tempiasnya sampai ke seluruh dunia… komoditi, teknologi, bahkan sentimen pelabur global.
Kalau data pelaburan dan perindustrian China menunjukkan kelembapan, ini petanda permintaan global boleh jatuh dan itu isyarat bahaya untuk pasaran saham Asia dan juga kripto.
.
💼 4. Kesan Tariff Trump: Naratif Baru yang Panaskan Pasaran
🧨 Tariff Trump: Perang Lama, Tapi Parut Masih Basah
Baru-baru ni, Trump mula ‘panaskan balik’ cerita tariff. Dia nak kenakan tarif import besar-besaran kalau dia menang balik pilihan raya. Bila berita ni keluar, ramai pelabur mula panik.
Ingat tak tahun 2018 dulu? Tariff perang AS-China buat pasaran jadi macam kapal bocor, harga barangan semua naik, pasaran jatuh, pelabur pening. Kalau cerita ni berlanjutan, tak mustahil “risk-off sentiment” akan masuk. Maksudnya, geng Wall Street akan lari dari kripto, saham dan biasanya mereka akan pilih emas dan USD.
.

💹 Apa Nasib Kripto Minggu Ni?
-
Bitcoin & Ethereum sekarang di fasa tunggu dan lihat. Semua mata sedang pandang data inflasi.
-
Altcoin pula lebih sensitif. Bila sentimen pasaran negatif, pelabur akan lari dari risiko dan ini buat altcoin jatuh dulu sebelum yang lain, Tapi kalau pasaran pulih, altcoin la paling cepat naik 20-30% overnight jer.
-
AI Coins & GameFi: Masih banyak perkembangan fundamental, tapi akan mudah terbakar kalau ada “risk-off mode”.
-
Layer 1s (SOL, AVAX, ADA): Ini semua akan bertahan jika ada narrative baru. Tapi kalau tiada katalis, mereka akan ikut arus BTC saja.
-
Stablecoins & Token Infrastruktur (seperti LDO, RPL) mungkin jadi pilihan selamat buat sementara.
.
🎯 Akhir kata…
Minggu ini bukan minggu untuk gelojoh. Ini masa untuk tunggu dengan cermat. perhati, nilai, dan bertindak dengan data yang ada di tangan. Jangan cepat terikut hype,dan jangan pula takut bayang-bayang sendiri. Kena faham, pasaran kewangan bukan litar lumba tapi lebih macam catur. Siapa sabar dan berstrategi, dia akan menang.
Jika inflasi jinak dan The Fed beri isyarat neutral, maka pasaran boleh mula pulih. Tapi kalau sebaliknya, bersiap sedialah. Sediakan modal, simpan tenaga, dan tunggu peluang datang dengan sabar dan disiplin.
Yang penting: biar data yang bercakap. Bukan emosi.
Ini saya buat kali ni, suka saya nak maklumkan yang ini Bukan Nasihat Kewangan mahupun pelaburan, korang kena buatkajian sendiri sebab perkongsian ni hanya sekadar sembang kedai kopi sahaja, sekadar pendangan peribadi.
.



