Exchange-Traded Fund (ETF) memang berjaya menukar landskap kripto dan pelaburan secara amnya. Bermula dengan Spot BTC ETH, lepas tu Spot ETH ETF. Sekarang dah mula berjangkit ke altcoin lain seperti SOL, XRP dan DOGE. Dalam perjalanan menuju cycle seterusnya, pasti lagi banyak altcoin akan di”ETF”kan. Tapi kita mungkin tak perasan yang ETF ni ada “label” tertentu.
“Label” itu ialah:
- Pure Spot ETF
- Hybrid ETF
Setakat ini ada beberapa aset kripto yang ada “label” Pure Spot ETF di bursa utama Amerika. Antaranya:
- Bitcoin (BTC)
- Ethereum (ETH)
- Solana (SOL)
- Ripple (XRP)
- Dogecoin (DOGE)
- Hedera Hashgraph (HBAR)
Antara yang latest Spot Crypto ETF yang dilancarkan ialah XRP dan pengurus dananya ialah Canary Capital. Trading volume hari pertama dilancarkan pun dah cecah $58.5 juta, dengan jumlah net inflow sebanyak $245 juta.
Tapi yang menjadi tanda tanya untuk saya ialah kenapa ETF yang dilancarkan oleh REX-Osprey ni macam tak “meletup”. Tak hype. Dah la diorg terang-terang post kat X (Twitter), “the first US-listed ETF”.
Rujuk sini ( https://t.me/cryptoblock_edu/10180 ) untuk 4 aset ni:

Saya memang tak expect harga aset-aset pendasar (contohnya Doge, XRP, SOL) akan meloncat bila produk ETF tu mula didagangkan. Dulu masa Spot BTC ETF lulus pun, takde la harga BTC tu terus melompat tak jejak tanah.
So apa pula “label” yang dilekatkan kat produk-produk Crypto ETF yang dikeluarkan oleh REX-Osprey? Adakah “label” tu memberi kesan kepada ETF tu?
Untuk meredakan curiosity ni, saya pun gatal tangan cari info. Sebab saya pun bukan pandai mana, Bukan sejenis yang tiba-tiba boleh dapat makrifat atau ilham dari langit ke-7. Haha. Harap perkongsian saya ni dapatlah menambah pengetahuan kita semua.
Kalau korang tak tahu apa tu Kripto ETF, saya pernah tulis pasal ni sebelum ni. Nanti korang baca la kat sini ( LINK )

Perbezaan Pure Spot ETF vs Hibrid Spot ETF
Inilah 2 label yang kita kena tahu serba sedikit.
Pure Spot ETF
Pure Spot ETF ni boleh dipanggil sebagai Traditional Spot ETF. ETF jenis ni diluluskan di bawah Akta Sekuriti 1933 (’33 Act).
Dalam Pure Spot ETF, ratio pegangan adalah 1:1 atau 100% dijamin secara fizikal (physically-backed). Bila dah namanya PURE, takde la dia terlibat melabur dalam instrument lain, contohnya futures atau lain-lain instrument derivatif. Pengurus dana memang kena pegang aset kripto sepenuhnya secara langsung. Pelabur pun memang dapat pendedahan 100% secara langsung kepada harga aset kripto tu.
So kalau korang beli 1 unit saham ETF BTC, pengurus dana mesti pegang sejumlah bitcoin yang setara denga nilai 1 unit saham ETF yang korang beli.
Implikasi: Disebabkan ratio pegangan adalah 1:1, maka tracking error dapat diminimumkan. So harga saham ETF takde la jauh beza sangat dengan harga spot aset sebenar.
Yuran pembelian Pure Spot ETF adalah sekitar 0.15-0.59%
Contoh Pure Spot ETF: iShare (Blackrock) Bitcoin Trust – IBIT, Bitwise Bitcoin Trust – BITB, Grayscale Ethereum Trust – ETHE
Hybrid ETF
Produk ini dilancarkan di bawah Akta Syarikat Pelaburan 1940 (’40 Act).
Di bawah ’40 Act, produk ETF dapat dilancarkan lebih cepat. Namun, ia memerlukan dana tersebut untuk mempelbagaikan pegangannya. Hibrid ETF ni macam kompleks sket sebab takde satu ratio yang ditetapkan oleh SEC. Sebabnya Akta ’40 memang fokus kepada keperluan diversifikasi dan kecairan. Mungkin 75% spot asset, 25% campuran futures, bon dan cash.
Yuran pembelian Pure Spot ETF adalah sekitar 0.6-0.9%
Implikasi: ETF boleh pegang sebahagian besar aset kripto spot sebenar, tetapi ia juga melabur dalam tunai, derivatif atau instrumen berkaitan lain untuk memenuhi peraturan ’40 Act. Sebab itulah namanya Hibrid.
Contoh Hibrid ETF: REX-Osprey ETF iaitu XRPR, DOJE, SSK, ESK
Walaupun hibrid, ini ETF pertama di Amerika yang memberikan pendedahan spot kepada XRP, DOGE dan SOL. Tahniah REX-OSprey. Boleh kata ini adalah pencapaian besar dalam dunia kripto sebab pelabur dapat akses mudah kepada altcoin melalui akaun broker tradisional.
Apa Itu ’33 Act dan ’40 Act
Di Amerika Syarikat, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menggunakan dua rangka kerja perundangan utama untuk mengawasi dan meluluskan dana pelaburan yang didagangkan secara awam seperti ETF.
Akta Sekuriti 1933 (’33 Act)
Bertujuan melindungi pelabur dengan mewajibkan syarikat yang menawarkan SEKURITI mendedahkan maklumat penuh dan tepat mengenai sekuriti tersebut sebelum ianya dijual. Akta ini menguruskan pendaftaran dan pendedahan maklumat untuk menjamin ketelusan dan mengelakkan penipuan dalam PASARAN SEKURITI.
Akta Syarikat Pelaburan 1940 (’40 Act)
Akta ini khusus untuk mengawal SYARIKAT PELABURAN, termasuk mutual funds dan exchange-traded funds (ETF). Akta ini mewajibkan syarikat pelaburan untuk mendaftar dengan SEC dan mematuhi peraturan seperti had pelaburan minimum, pengurusan risiko dan pendedahan operasi syarikat. Ia juga mengawal aktiviti pelaburan mereka untuk melindungi pelabur dari risiko yang tidak diingini.
Perbezaan ’33 Act dan ’40 Act
Ini adalah perbezaan antara ’33 Act dan ’40 Act secara umum.
| ’33 Act | ’40 Act | |
|---|---|---|
| Nama Penuh Akta | The Securities Act of 1933 | The Investment Company Act of 1940 |
| Tujuan Utama | Mengawal selia tawaran awal sekuriti (IPO) dan memastikan pendedahan maklumat penuh dan saksama. | Mengawal selia Syarikat Pelaburan (seperti dana bersama/Mutual Funds dan kebanyakan ETF tradisional) untuk melindungi pemegang saham. |
| Digunakan Untuk | Trust (Amanah) yang memegang satu aset tunggal (Single-Asset Trust). | Dana yang aktif menguruskan atau memegang pelbagai jenis aset (Diversified Funds). |
| Ciri Penting | Pure Spot. Dana yang diluluskan di bawah akta ini biasanya bertujuan untuk memegang 100% aset fizikal sebenar yang didasarkan (cth., Bitcoin, Emas). | Peraturan Kepelbagaian (Diversification Rule): Dana mestilah melabur dalam pelbagai sekuriti (tidak boleh meletakkan terlalu banyak modal dalam satu aset tunggal). |
| Kelebihan | Menyediakan pendedahan yang paling direct dan tepat kepada harga aset sebenar. | Proses kelulusan lebih cepat dan mudah kerana rangka kerja ini sudah biasa digunakan oleh SEC. |
| Contoh ETF Kripto | Spot Bitcoin ETF (contoh: BlackRock IBIT, Fidelity FBTC) Spot Ethereum ETF (contohnya: BlackRock ETHA, Grayscale (ETHE) | Futures ETF (contoh: ProShares BITO) ETF Hibrid Altcoin (contoh: REX-Osprey DOGE/SOL ETF). |
| Implikasi | Proses kelulusan adalah sangat sukar kerana ia memerlukan SEC untuk bersetuju bahawa aset tersebut sesuai untuk didagangkan di bursa di bawah piawaian manipulasi dan perlindungan pelabur. | Ia mungkin memegang aset spot, tetapi perlu mengekalkan sebahagian aset dalam tunai, derivatif, atau sekuriti lain untuk memenuhi keperluan Diversification Rule. |
Antara Aset Kripto Yang Ada Exposure Spot


Kenapa Pure Spot ETF Lebih Dapat Perhatian
Inilah persoalan yang bermain kat fikiran saya. Mungkin saya je yang sibuk dok fikir pasal ni. Kenapa nampak macam Pure Spot ETF lebih dapat spotlight berbanding Hibrid ETF? Adakah kerana keadaan market yang lemau? So salah timing? Atau ada sebab lain yang mungkin lebih menarik minat dan keyakinan pelabur terutamanya pelabur institusi?
Hasil carian saya, berikut adalah antara faktor yang menyebabkan Pure Spot ETF lebih mendapat spotlight:
Struktur Produk
Sekarang kita dah tahu yang Pure Spot ETF ni pegang aset fizikal dengan ratio 1:1 yang mana ini memberikan pelabur mendapat exposure harga paling tepat.Ini menarik pelabur institusi yang mahukan pendedahan aset sebenar.
Hibrid ETF pula memang akan pegang aset yang pelbagai. Dah nama pun hibrid, kan. Walaupun diorang pegang altcoin spot, mereka juga mungkin terpaksa memegang sebahagian besar dalam tunai, bon, atau derivatif untuk mematuhi peraturan ’40 Act.Pelabur institusi yang konservatif mungkin kurang tertarik kerana pendedahan kepada aset spot kripto tidak 100% tepat. Nanti nak buat tajuk utama masuk berita pun nampak tak gah, takde prestij.
Pelabur institusi yang konservatif macam hedge fund, pension fund biasanya suka pada produk yang ada direct exposure dengan sesuatu aset.Tapi diorang tak nak pegang aset tu. Bukan diorg takde duit nak beli Bitcoin, Ethereum segala tu. Tapi diorang tak nak pening kepada nak cari set private wallet atau cari custody nak simpan aset-aset tu kalau diorang sendiri beli BTC, ETH . Leceh.
Kerangka Akta Yang Digunakan Untuk Mendapat Kelulusan
Pure Spot ETF perlukan kelulusan oleh SEC menggunakan ‘33 Act. Nak dapat kelulusan ‘33 Act ni punya la payah.Drama bertahun-tahun tunggu nak dapat kelulusan untuk Spot ETF Bitcoin tu. 10 Januari 2024 boleh jadi tarikh keramat dalam dunia kripto sebab itu tarikh spot ETF Bitcoin pertama kali diluluskan. Boleh buat kenduri doa selamat la.Haha. Kelulusan ni membuktikan penerimaan aset kripto ke dalam sistem kewangan tradisional di Amerika.Memang meletup sana sini wartawan buat coverage pasal ni.
Seperti yang telah diterang di atas, Hibrid ETF diluluskan guna ‘40 Act. Proses nak dapatkan kelulusan tak sesusah dan mungkin tak serumit nak dapat kelulusan ‘33 Act. ETF di bawah Akta ’40 biasanya berkuat kuasa secara automatik selepas 75 hari jika SEC tidak membantah. Cepat, kan?
Punya la payah nak dapat kelulusan ‘33 Act. Disebabkan penantian yang bertahun-tahun, memang patut la Pure Spot ETF dapat liputan yang luas.
The Big Boys Factor
Kalau korang perasan, siapa player yang lancarkan Spot BTC ETF dan Spot ETH ETF? Dah tentulah nama-nama besar seperti Blackrock, Grayscale, Fidelity dan Valkyrie. Berapa Asset Under Management (AUM) diorang?

Bukan kecik-kecik anak Big Boys punya Total AUM.
Tapi bukan nak kata pengurus dana lain macam REX-Osprey tu tak bagus.Cuma size dana dan AUM diorg tak begitu besar. Kecik pun takde kecik sangat. Setakat Oktober 2025, nilai AUM REX-Osprey untuk digital asset ETF dah cecah $500 juta. Bagusnya pasal REX-Osprey ni diorg berjaya buat breakthrough sebab berjaya keluarkan Kripto ETF yang ada spot exposure untuk altcoin macam Doge, Sol+staking, ETH+staking dan XRP. Sebab tu diorg berani letak “the first US-lisdted ETF”.
Walau bagaimanapun, The Big Boys Factor ni memang sangat memainkan peranan besar, memang spotlight tu sentiasa tertumpu kat diorg. Bila nama-nama besar ini masuk pasaran, dah tentu impaknya besar sebab dapat liputan meluas daripada media kewangan arus perdana, contohnya Bloomberg, Wall Street Journal, Financial Times kerana ia mewakili aliran masuk modal institusi.
BSOL produk ETP Total Return Yang Pertama
BSOL oleh Bitwise telah dilancakan pada 28 Oktober 2025. BSOL diluluskan di bawah Akta ‘33. So maknanya BSOL adalah Pure Spot ETF. Maka tak hairanlah bila Bitwise berani isytihar yang BSOL adalah “the first US ETP to have 100% direct exposure to spot SOL.
Lagi satu yang special pasal BSOL ni ialah Bitwise perkenalkan satu ciri inovatif yang takde dalam Spot BTC ETF dan Spot ETH ETF sebelum ini iaitu staking. Selalunya kalau korang beli SOL, contohnya kat Luno, korang boleh tekan je option stake untuk participate aktiviti staking ni. Dah tu,kalau dalam ETF tu staking nak buat macam mana?
Apa yang Bitwise buat ialah SOL yang ada dalam pegangan, diorang akan stake SOL tu. Reward daripada aktiviti staking ni akan dipulangkan kepada pelabur (pemegang saham ETF). Macam mana reward tu diagihkan? Ini bergantung kepada terms & conditions. Tapi secara umumnya ada 2 cara:
Cara 1: Dengan reward staking yang diterima, pengurus dana boleh beli lebih banyak SOL.Pembelian lebih banyak SOL dapat tingkatkan nilai NAV (Net Asset Value)dari semasa ke semasa. So pelabur indirectly dapat benefit sebab harga seunit saham ETF tu meningkat
Cara 2: Reward staking yang diterima boleh buat agihan tunai kepada pemegang saham secara berkala, contohnya bulanan atau setiap suku tahun
Itulah sebabnya BSOL dipanggil produk ETP Total Return. BSOL berikan exposure kepada Spot SOL, ditambah dengan pendapatan pasif yang dijana daripada aktiviti staking.
Kenapa Pengurus Dana ETF Kena Jual Pegangan Aset
Sekarang ni setiap hari kita tengok ada penjualan aset oleh pengurus dana ETF termasuklah Abang Long Kawasan iaitu BlackRock. Dah kenapa pulak BlackRock ni jual BTC dan ETH? Habis la market tak jumpa lantai terjunnya.
Sebelum kita nak hentam BlackRock yang jadi punca market merudum dan sendu, kita kena betul-betul konsep Spot ETF ni. BlackRock bukan suka-suka nak jual nak kasi dump harga BTC dan ETH tu. Selain daripada sentimen pasaran yang negatif sekarang, memang itu ialah mekanisme ETF.
Bila ada outflow (pelabur jual balik unit ETF), apa jadi?
- Pelabur besar (authorized participant, biasanya bank atau hedge fund) serahkan balik 50,000–100,000 unit ETF kepada BlackRock.
- BlackRock WAJIB bayar balik dalam bentuk tunai (bukan bagi Bitcoin).
- Untuk dapatkan tunai tu, BlackRock kena jual Bitcoin sebenar yang dipegang dalam vault.
- Bitcoin dijual di pasaran (biasanya OTC supaya tak terlalu ganggu harga), duit masuk, kemudian dibayar kepada pelabur yang keluar.
Contoh:
18/11/2025: Outflow $523 juta dari IBIT.BlackRock kena jual lebih kurang 5,800–6,200 BTC pada hari itu (bergantung harga waktu tu) supaya dapat $523 juta tunai untuk bayar pelabur yang redeem.
Jadi bila orang cakap “BlackRock jual BTC”, sebenarnya bukan BlackRock sendiri nak jual.Mereka terpaksa jual kerana pelanggan mereka yang nak keluar dan dapat duit tunai.
Kesimpulannya, ini bukan keputusan korporat oleh BlackRock untuk meninggalkan pasaran kripto. BlackRock hanya menguruskan dana ETF mengikut arahan pelabur yang nak jual saham diorang.

Pure Spot ETF vs Hibrid ETF. Yang Mana Lebih Baik?
Sekarang kita dah tau apa itu ‘33 Act dan ‘40 Act. Kita pun dah tahu apa beza antara Pure Spot ETF dan Hibrid ETF. So korang rasa mana yang lagi baik. Nampak macam Pure Spot ETF lagi baik, kan? Sama ada Pure Spot ETF lagi bagus atau Hibrid ETF lagi baik, kedua-duanya kita tak dapat nak beli kat Bursa Malaysia. Sebab ETF kripto hanya boleh dibeli kat bursa saham kat Amerika. Hahaha.
Tapi kalau korang nak merasa beli feeling-feeling ETF kripto kat Malaysia ni, korang boleh la tengok website Halogen Capital (https://halogen.my/). Halogen Capital ni adalah Digital Asset Fund Manager pertama kat Malaysia yang dapat lesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Diorg ni ala-ala Grayscale, yang menawarkan fund yang ada crypto exposure macam BTC, ETH, SOL dan XRP.
Berbalik kepada persoalan utama kita, yang mana lebih baik antara Pure Spot ETF dan Hibrid ETF. Jawapannya adalah subjektif. Hahaha. Ikut selera masing-masing.
- Kalau korang nak exposure paling direct & paling banyak inflows/hype → pilih yang pure spot yang diluluskan guna ’33 Act, contohnya Canary XRPC, BlackRock IBIT, Fidelity FETH, Bitwise BSOL d).
- Kalau korang nak staking yield + tak kisah pegang 10–20% non-spot + fee lebih tinggi → boleh pilih REX-Osprey (SSK, XRPR, DOJE).
Untuk kita yang tak dapat nak beli ETF ni, jangan bersedih hati. Kita boleh monitor data on-chain terutamanya Big Boys punya aset keluar masuk. Boleh la guna on-chain tools, contohnya Lookonchain, Glassnode atau Arkham. Bila kita tau pergerakan aset yang keluar masuk wallet para jerung dan paus ni, boleh la kita ada gambaran apa yang kita perlu buat.
Sebenarnya menarik jugak ETF ni. Dalam tahun ni je dah banyak perubahan terutamanya dari sisi perundangan. Nampaknya full adoption semakin hampir. Nanti saya cuba compile lagi info tentang ETF. Tapi setakat ni je dulu perkongsian saya. Harap memberi manfaat. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.
– Tamat-
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Mycryptoversity atau pemiliknya.

