EkonomiKriptoPendidikan

AMERIKA TUKAR ARAH POLITIK. APA KESANNYA KEPADA MASA DEPAN BITCOIN DAN INDUSTRI KRIPTO?

AMERIKA TUKAR ARAH POLITIK.
APA KESANNYA KEPADA MASA DEPAN BITCOIN DAN INDUSTRI KRIPTO?

CONGRESS BERTUKAR TANGAN.
BTC Jatuh ke $75,700, Pastu Naik Balik Atas $80,000.
APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Midterm Election 2026, CLARITY Act, aliran ETF dan US Treasury Yield, kita tengok apa yang sebenarnya menggerakkan market.

Makro Update 6 November 2026

Kalau kita tengok carta Bitcoin malam keputusan pilihan raya Amerika, memang nampak macam ada sesuatu yang tak kena.

Harga jatuh ke sekitar $75,700. Ramai mula fikir tekanan jualan akan berterusan, tapi beberapa ketika kemudian, Bitcoin naik balik melepasi $80,000. Ethereum pun naik sekitar 4%.

Jadi, siapa sebenarnya yang tengah membeli ketika orang lain masih sibuk mencerna berita politik?

Untuk faham pergerakan ini, kita kena tengok lebih daripada keputusan siapa menang pilihan raya. Kita kena tengok apa yang market sudah jangkakan sebelum undi dikira, apa yang benar-benar mengejutkan pelabur, dan ke mana duit sedang bergerak selepas keputusan diumumkan.

Sebab dalam market, berita yang kita baca hari ini belum tentu berita yang sedang menggerakkan harga.

1. Apa yang market sudah tahu sebelum undi dikira?

Sebelum keputusan Midterm Election diumumkan, prediction market sebenarnya sudah memberikan gambaran yang agak jelas.

Pada 30 Oktober, Kalshi dan Polymarket meletakkan peluang Demokrat menang House of Representatives sekitar 92% hingga 94%. Maksudnya, kemenangan Demokrat di House bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Market sudah lama mengambil kira kemungkinan itu.

Tapi cerita Senate berbeza.

Peluang Demokrat menang Senate ketika itu sekitar 69%. Masih ada kira-kira 31% kemungkinan Republikan mengekalkan kawalan. Bila keputusan mula keluar dan Demokrat berjaya mengambil tujuh kerusi Senate, inilah bahagian yang lebih mengejutkan market. Unjuran CBS plak menunjukkan Demokrat sekurang-kurangnya 54 kerusi.

Di sinilah kita perlu bezakan dua perkara. Kemenangan di House sudah banyak dijangka, tapi perubahan kuasa di Senate membawa kejutan yang lebih besar.

Kemungkinan besar, kejatuhan BTC ke sekitar $75,700 berlaku ketika market sedang menilai semula risiko perubahan kuasa di Senate.

Selepas keputusan semakin jelas, ketidakpastian yang sebelum ini membebankan market dah mula berkurang. Kita kena faham satu perkara pasal institusi dan pemain besar ni, mereka bukan sekadar membeli atau menjual berdasarkan berita. Mereka jgak mengurus risiko sebelum sesuatu peristiwa berlaku.

Apabila keputusan sudah diketahui, posisi perlindungan atau hedge yang dibina sebelum pilihan raya mungkin mula ditutup. Apabila tekanan daripada posisi tersebut berkurang, harga boleh melantun. Ni lah salah satu penjelasan yang munasabah pasal pergerakan BTC selepas kejatuhan sebelum ni. Tapi kita tidak boleh menganggap ini sebagai satu-satunya punca tanpa data posisi dan aliran modal yang lengkap.

Kalau kita tengok kat Wall Street. Wall Street pun menunjukkan reaksi yang hampir sama.

Pada 4 November, Dow Jones melonjak sekitar 3%, iaitu prestasi terbaik selepas pilihan raya midterm dalam tempoh 44 tahun. S&P 500 naik 1.6%, Nasdaq naik 1.4%, manakala VIX jatuh hampir 20%.

Nampak macam market menarik nafas lega, tapi kita jangan terus buat kesimpulan bahawa setiap kali midterm selesai, Bitcoin mesti naik. Dalam enam pilihan raya Amerika sejak 2014, pulangan Bitcoin dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya berada dalam julat sekitar -45% hingga +44%.

Julat itu terlalu besar untuk kita kata ada satu corak yang konsisten.

Pilihan raya boleh menjadi pencetus pergerakan harga, tapi arah seterusnya masih bergantung kepada keadaan ekonomi, kecairan dan selera risiko pelabur.

2. CLARITY Act, bukan baru mati semalam,..tapi sebenarnya sudah lama bermasalah

Satu lagi perkara yang ramai terus kaitkan dengan keputusan pilihan raya ialah masa depan CLARITY Act.

Ada yang melihat kemenangan Demokrat sebagai berita buruk untuk crypto, lalu membuat kesimpulan bahawa peluang undang-undang ini untuk diluluskan sudah tertutup, tapi kalau kita tengok kronologi, masalah CLARITY Act ni sebenarnya sudah bermula lebih awal.

Pada Julai 2025, CLARITY Act berjaya melepasi House dengan undian 294 berbanding 134.

Namun pada 15 September 2026, undian di Senate untuk membuka perbahasan mengenai rang undang-undang tersebut gagal dengan keputusan 49 berbanding 50. Untuk melepasi halangan prosedur itu, ia memerlukan 60 undi. Malah, sebelum keputusan midterm lagi, peluang CLARITY Act ditandatangani menjadi undang-undang menjelang hujung 2026 sudah jatuh kepada sekitar 14% di Polymarket.

Pada awal tahun, angka tersebut pernah berada di atas 80%. Jadi, kita jangan salahkan keputusan midterm sepenuhnya sebab CLARITY Act sudah berdepan masalah politik dan proses perundangan sebelum pilihan raya berlangsung.

Masih ada satu ruang masa yang boleh diperhatikan, iaitu sesi lame duck antara pertengahan November hingga akhir Disember. Ini ialah tempoh selepas pilihan raya tapi sebelum Congress baru mula bersidang pada Januari.

Secara teori, masih ada peluang untuk sesuatu rang undang-undang diselesaikan dalam tempoh tersebut, tapi jangan terlalu berharap sebab kebarangkaliannya untuk lulus adalah rendah.

Kalau CLARITY berjaya diluluskan dalam tempoh itu, ia boleh menjadi kejutan positif yang mungkin belum diambil kira sepenuhnya oleh market. Dalam masa yang sama, kita kena faham juga apa yang menjadi kebimbangan Demokrat.

Antara isu yang mereka bangkitkan ialah perlindungan pengguna, kawalan pengubahan wang haram dan konflik kepentingan pegawai awam. Apabila mereka mendapat kawalan terhadap jawatankuasa tertentu, isu-isu ini berpotensi mendapat lebih banyak perhatian.

Bagaimana pula dengan stablecoin?

Kedudukannya agak berbeza kerana GENIUS Act sudah menyediakan kerangka persekutuan untuk penerbit stablecoin.

Jadi, jangan campurkan semua isu perundangan crypto dalam satu bakul. Risiko terhadap CLARITY Act tidak semestinya bermaksud kerangka stablecoin turut berada dalam kedudukan yang sama.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

3. Yang crowd mungkin terlepas pandang … Kuasa, Duit dan Yield

Ramai orang melihat keputusan midterm dari sudut siapa menang dan siapa kalah.

Tapi dalam pasaran kewangan, ada satu lagi perkara yang perlu kita perhatikan: siapa yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi dasar dan hala tuju regulator?

SEC dan CFTC memang mempunyai kuasa untuk membentuk dan melaksanakan peraturan dalam bidang masing-masing, tapi siapa yang mengesahkan pelantikan individu yang mengetuai badan-badan ni?

Jawapannya adalah Senate.

Apabila Congress baru mula bersidang pada Januari 2027, perubahan kawalan politik boleh memberi kesan kepada proses pengesahan pelantikan, pengawasan, siasatan dan pendengaran jawatankuasa. Ini tidak bermaksud regulator akan terus mengubah semua peraturan crypto, tapi industri mungkin berdepan suasana pengawasan yang berbeza.

Risiko yang perlu diperhatikan bukan semata-mata kewujudan undang-undang baharu. Ia juga boleh datang melalui headline politik, siasatan dan tekanan terhadap institusi yang mengawal selia industri.

Sekarang kita tengok plak duit yang digunakan untuk mempengaruhi politik.

Industri crypto dilaporkan mengumpulkan sekitar $228 juta untuk kitaran midterm 2026. Daripada jumlah itu, kira-kira $221 juta dipegang oleh super PAC yang menyokong agenda pro-crypto.

Jumlah itu bukan kecik, tapi apabila penganalisis melihat sebab pengundi mengubah pilihan mereka, isu yang banyak timbul ialah kos sara hidup, harga minyak dan perang dengan Iran.

Bukan crypto.

Ini satu perkara yang menarik untuk kita fikirkan. Industri boleh membelanjakan ratusan juta dolar untuk mempengaruhi dasar. Tapi itu tidak bermaksud pengundi biasa menjadikan crypto sebagai faktor utama ketika memilih wakil mereka. Politik ada kepentingannya sendiri, kita jangan anggap kepentingan industri crypto sentiasa menjadi keutamaan pengundi atau ahli politik.

Sekarang kita tinggalkan politik sekejap. Kita tengok macro. Ini bahagian yang lebih penting untuk hala tuju aset berisiko.

US Treasury Yield 10 tahun turun daripada sekitar 4.95% kepada 4.90%.
Nampak positif, tetapi penurunannya kecik, Fed plak masih mengekalkan kadar faedah.
Jadi, adakah ini bermaksud keadaan kewangan sudah mula longgar?

Belum tentu.

Yield 10 tahun masih lagi berada pada paras tinggi, penurunan daripada 4.95% kepada 4.90% lebih sesuai dilihat sebagai sedikit kelegaan, bukannya perubahan besar dalam keadaan liquidity.

Kita jugak kena tengok sektor mana yang mendapat manfaat daripada kenaikan pasaran saham pada 4 November. Sektor defensif seperti hospital dan peruncit diskaun menunjukkan prestasi yang baik. Sebaliknya, sektor tenaga dan semikonduktor mengalami tekanan.

Dow naik 3%, tapi Nasdaq hanya naik 1.4%.

Ini memberi gambaran bahawa kenaikan saham tidak semestinya datang daripada selera risiko yang kuat secara menyeluruh. Duit mungkin sedang bergerak ke sektor yang dianggap lebih defensif dan Bitcoin masih mempunyai hubungan rapat dengan sentimen saham teknologi serta aset berisiko.

Sebab itu, kenaikan indeks saham sahaja belum cukup untuk kita mengisytiharkan bahawa risk appetite sudah kembali sepenuhnya.

4. Aliran ETF, adakah institusi sudah kembali membeli?

Sekarang kita sampai kepada bahagian yang saya mahu kita semua perhatikan dengan lebih teliti.

Aliran dana spot Bitcoin ETF.

Pada 2 November, sehari sebelum keputusan pilihan raya, spot Bitcoin ETF mencatatkan aliran keluar bersih sekitar $398.6 juta.

Daripada jumlah tersebut:

  • IBIT BlackRock: aliran keluar sekitar $405.3 juta.
  • FBTC Fidelity: aliran masuk sekitar $6.7 juta.

Ini menunjukkan bahawa sebahagian pelabur institusi mengurangkan pendedahan mereka sebelum satu acara politik yang mempunyai risiko ketidakpastian. Bagi saya, tindakan mengurangkan risiko sebelum acara besar bukan semestinya tanda mereka sudah hilang keyakinan terhadap Bitcoin. Ia boleh jadi sebahagian daripada pengurusan portfolio, tapi sekarang ada satu soalan yang lebih penting.

Selepas Bitcoin jatuh ke $75,700 dan kembali naik melepasi $80,000, adakah duit institusi sudah masuk semula?

Data aliran ETF bagi 3 hingga 5 November belum dapat saya sahkan ketika laporan ini disediakan. Jadi, saya tidak mahu mereka-reka cerita bahawa institusi sudah kembali membeli. Kita kena tunggu data sebenar…Bayangkan kalau Bitcoin naik semula ke atas $80,000, tapi aliran ETF masih negatif.

Dalam keadaan itu, kita perlu pertimbangkan kemungkinan bahawa kenaikan harga lebih banyak didorong oleh penutupan posisi short atau short covering, bukannya kemasukan modal institusi yang baru.

Dua perkara ini nampak sama pada chart (TA) sebab kedua-duanya boleh menaikkan harga.

Tapi dari sudut kualiti kenaikan, kesannya berbeza. Kalau harga naik kerana ramai penjual terpaksa menutup posisi, kenaikan itu mungkin tidak mempunyai sokongan permintaan yang cukup kuat untuk bertahan lama.

Sebaliknya, kalau harga naik bersama aliran masuk ETF yang konsisten, kita mempunyai bukti yang lebih baik bahawa permintaan sebenar sedang kembali.

Sebab tu saya lebih berminat melihat data aliran dana berbanding sekadar melihat candle hijau pada carta.

5. Apa yang perlu kita perhatikan selepas ini?

Daripada semua perkara yang kita bincangkan, ada beberapa paras dan data yang wajar masuk dalam radar.

$80,000 — Paras Psikologi
Bitcoin dah kembali melepasi paras ini pada 4 November, tapi kita nak tengok sama ada harga mampu bertahan di atasnya, bukan sekadar menyentuh dan kemudian jatuh balik.

Sekitar $75,700 — Low Ketika Malam Keputusan
Ini ialah paras rendah yang direkodkan ketika market bertindak balas terhadap keputusan pilihan raya. Jika kawasan ini ditembusi semula, kita perlu menilai sama ada tekanan jualan masih belum selesai.

ETF inflow tiga hari berturut-turut
Ini antara syarat yang saya mahu lihat sebelum lebih yakin bahawa permintaan institusi sudah kembali. Perhatikan IBIT kerana aliran keluarnya pada 2 November sangat besar.

US10Y di bawah 4.80%
Ini boleh menjadi satu lagi petunjuk bahawa tekanan daripada yield mula berkurang. Selagi yield masih tinggi, kita perlu berhati-hati daripada menganggap setiap kenaikan crypto sebagai permulaan trend baharu.

Sesi lame duck dan Januari 2027
Perkembangan CLARITY Act masih boleh menjadi pemangkin politik dalam tempoh terdekat. Selepas itu, perubahan kuasa dalam Congress baharu pula menjadi perkara yang perlu diperhatikan.

Bukan semua perkara ini akan menggerakkan harga secara langsung. Tetapi apabila beberapa faktor mula bergerak ke arah yang sama, barulah kita mempunyai gambaran yang lebih kukuh.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disini <<

Jadi, Adakah Bitcoin Tengah Pulih atau Sekadar Membuat Relief Bounce?

Kalau saya gabungkan semua lapisan tadi, buat masa ini saya lebih cenderung melihat kenaikan Bitcoin sebagai relief bounce dengan tahap keyakinan yang masih rendah.

Pilihan raya sudah menghilangkan sebahagian ketidakpastian politik. Itu satu perkembangan yang boleh membantu sentimen, tapi keadaan makro belum menunjukkan perubahan besar.

US10Y masih tinggi, data ETF selepas 2 November belum dapat disahkan dan kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan institusi sudah kembali mengumpul Bitcoin secara konsisten.

Untuk saya menjadi lebih yakin dengan kenaikan ini, sekurang-kurangnya dua perkara perlu berlaku serentak:

  1. Spot Bitcoin ETF mencatatkan aliran masuk selama tiga hari berturut-turut.
  2. US10Y turun di bawah 4.80%.

Kalau kedua-duanya berlaku, barulah kita boleh mula menilai semula kekuatan kenaikan ini dengan lebih positif. Kalau tidak, saya lebih selesa menganggapnya sebagai lantunan yang masih perlu dibuktikan.

Ini bukan bermaksud Bitcoin mesti jatuh semula, cuma kita belum mempunyai cukup bukti untuk mengatakan tekanan jualan sudah selesai.

Penutup

Kadang-kadang masalah kita dalam market bukan sebab kita tak tau membaca berita. Masalahnya, kita terlalu cepat membuat keputusan berdasarkan berita yang baru kita baca.

Bitcoin jatuh ke $75,700. Tajuk berita menyebut perubahan kuasa politik. Ramai terus membuat kesimpulan bahawa masa depan crypto semakin gelap, tapi apabila kita pecahkan satu demi satu, ceritanya lebih kompleks.

Kemenangan House sudah banyak dijangka, perubahan di Senate membawa kejutan. Ketidakpastian pilihan raya mula hilang. Wall Street pulih, tetapi yield masih tinggi. ETF pula masih belum memberikan pengesahan bahawa modal institusi sudah kembali.

Inilah sebabnya saya selalu tekankan kepada student saya dalam circle Pronet MyCryptoversity jangan hanya tengok apa yang berlaku pada harga. Cuba faham apa yang sedang berlaku di belakang harga.

Saya sendiri yang dah 18 tahun dalam market ni pernah jgak buat keputusan terlalu cepat sebab takut dengan berita, pastu terpaksa membeli semula pada harga lebih tinggi. Pengalaman mengajar saya bahawa bukan semua kejatuhan perlu ditakuti dan bukan semua kenaikan perlu dikejar.

Buat masa ini, saya mahu perhatikan tiga perkara: paras $75,245, aliran dana IBIT dan US10Y. Sebab data ini lebih berguna untuk menilai kekuatan pergerakan seterusnya berbanding terlalu sibuk meneka siapa yang menang dalam politik Amerika.

Kalau korang selalu terperangkap menjual ketika panik atau membeli semula sebab takut tertinggal, saya ada tulis panduan survival psikologi dalam trading melalui 30 Days War Map.

DAPATKAN eBOOK 30 Days War Map | SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING

>>> Dapatkan Disini <<<

 

Boleh baca di: https://blajarkripto.com/30dayswarmap

Dan satu persoalan untuk kita fikirkan:

Kalau berita politik yang dianggap negatif pun tidak mampu mengekalkan tekanan jualan ke atas Bitcoin, adakah market sebenarnya sedang melihat sesuatu yang belum sempat difahami oleh kebanyakan orang?


Peringatan: Artikel ini bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Ia merupakan pandangan peribadi untuk tujuan maklumat dan pendidikan. Pasaran kripto sangat volatile dan mempunyai risiko kerugian yang tinggi. Buat kajian sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

— Cikgu Mayee | MyCryptoversity Research

Metodologi dan sumber asal: Luno (5 November 2026), CoinStats (Kalshi dan Polymarket), CryptoSlate, Crypto Briefing, TFTC dan Coin Bureau. Data aliran ETF bagi 3–5 November, harga BTC semasa, DXY, funding rate dan on-chain flow tidak disahkan dalam laporan asal.

Related posts

Jom Kenali Chainlink : Panduan Lengkap Untuk Coiner

Nazrich

Bagaimana Menghubungkan Trust Wallet Ke Binance Smart Chain (BSC)?

Hazim Mustapa

Protected: BNB Weekly Market Outlook 3-9 Okt,2026

Nazrich
error: Content is protected !!