CryptocurrencyKriptoPendidikan

Bitcoin Weekly Market Outlook 1-7 Nov,2026

BTC JATUH KE $76,300…  ADAKAH PEMBELI SUDAH KEMBALI?

Ada satu perkara yang menarik tentang kejatuhan Bitcoin minggu lepas.

Harga jatuh, liquidation berlaku besar-besaran, ETF mencatat aliran keluar yang ketara dan satu insiden keselamatan melibatkan Binance menambah lagi tekanan kepada pasaran.

Tapi kalau kita perhatikan data dengan lebih teliti, ceritanya tidak semudah kita mengatakan semua ini berlaku sebab inflasi lebih tinggi daripada jangkaan.

Data PCE teras berada pada 3.1%, sama seperti Cleveland Fed Nowcast dan selaras dengan jangkaan. Jadi, bukan angka teras itu yang memberi kejutan besar.

Apa yang lebih membimbangkan ialah arah trend inflasi. Headline PCE meningkat kepada 3.6% daripada 3.4%. Maknanya, tekanan inflasi masih belum selesai. Ini penting sebab market tengah cuba membaca sejauh mana ruang Federal Reserve untuk mengubah dasar monetari dalam beberapa bulan akan datang.

Dan ada satu lagi perkara yang perlu kita perhatikan.

Selepas FOMC mengekalkan kadar faedah pada 28 Oktober, jangkaan kenaikan kadar pada Disember sempat berada sekitar 86% pada hari Rabu. Tapi menjelang Jumaat, angka itu turun kepada sekitar 72.4%.

Jadi, odds kenaikan kadar sebenarnya menurun, bukannya meningkat.

Dalam keadaan macamni, kita kena lebih berhati-hati supaya tidak mencampuradukkan kebimbangan terhadap trend inflasi dengan perubahan jangkaan pasaran terhadap keputusan Fed.

Pada masa yang sama, Nasdaq turut menerima tekanan. Bitcoin yang sebelum itu bergerak sekitar $82,000 akhirnya jatuh sehingga $76,300 pada 30 Oktober, ini merupakan paras terendah sejak 17 September.

Dalam tempoh 29 hingga 30 Oktober, liquidation di market kripto dianggarkan mencecah $1.49 bilion. Sekitar 86.8% daripadanya melibatkan posisi long.

Kemudian muncul plak isu Binance kena hack dengan anggaran kerugian sekitar $6.3 bilion. Walaupun sebahagian besar aset telah diganti dan pengeluaran dibuka semula secara berfasa, kejadian ni tetap memberi tekanan kepada keyakinan pasaran.

Tetapi adakah semua ini bermaksud valuasi Bitcoin sudah berada dalam zon bahaya?

Baca artikel penuh di channel >>> MyCryptoversity Research

 

— Cikgu Mayee MyCryptoversity Research

Mycryptoversity
Research & Strategy Desk
Market Outlook Report
Cikgu Mayee Nazrich
mycryptoversity.net
Weekly Outlook 1 — 7 November 2026
Multi-Timeframe Analysis (1D / 3H / 1H) | Kitaran Khamis hingga Rabu | Fasa 1 Hingga Midterms Dan Rabu 4 Nov, Fasa 2 Bermula Khamis | Weekly Research Brief
Harga Semasa $78,150
ATH $126,080
Fed Funds 3.75–4.00%
Hike Dis ~72%
DXY 101.92
US10Y 4.929%
Fear & Greed 36
Accuracy Review
Postmortem Laporan 25 hingga 31 Oktober 2026
Laporan lepas betul part arah dan zon. Kita silap part apa yang menolak harga ke sana, dan silap pasal siapa yang masih memegang leverage.

Minggu lepas kita letak Fasa 1 sebagai julat dan Fasa 2 sebagai bias ke bawah. Fasa 1 betul. Isnin hingga Rabu BTC bergerak antara $79,373 dan $81,801, dalam Base Case 45% kita ($79,300 hingga $82,000), dan Daily close Rabu sekitar $81,300 (anchored estimate , ralat sekitar 5%). FASA 1 BASE CASE HIT. Fasa 2 pula, Base Case 40% kita ($78,000 hingga $82,800) gagal sepenuhnya: FASA 2 BASE CASE MISS. Harga penutup Jumaat dan Sabtu di bawah $78,000. Bearish 35% ($75,000 hingga $77,900) yang berlaku, tapi sasaran $75,000 tak sampai, low sebenar $76.3K, dan dua daripada tiga syarat yang kita tulis tidak berlaku. PCE teras 3.1%, bukan lebih 3.1%, dan US10Y tutup 4.929%, bukan lebih 5.1%. FASA 2 BEARISH PARTIAL. Arah dan zon betul, penyebab yang kita jangka salah. Bias “Julat Memampat Dengan Bias Sedikit Ke Bawah” HIT secara keseluruhan.

Paras harga. Resistance $81,400 hingga $82,000 : HIT. Ditolak dua kali, 28 Okt di $81,801 dan 29 Okt di sekitar $82.0K. Neckline $82,814 tidak pernah diuji, jadi tiada penilaian. Support $80,000 dan $79,263 : PARTIAL. Bertahan Ahad hingga Rabu, patah Khamis petang. Sasaran $77,900 dan $76,700: HIT. Kedua-duanya dicapai, low $76.3K melepasi $76,700 sedikit. Zon $76,700 hingga $72,500 diuji dari atas sahaja, dan STH Realized ~$71K tidak disentuh.

Confidence tag. Hold FOMC ~91% : HIT. Hold, undian 10 lawan 2. Hike Disember 70% hingga 84% : HIT. Sebenar 86% pada Rabu dan 72.4% pada Jumaat. Max pain Deribit $78,000 hingga $79,000 : HIT. BTC sekitar $78.4K pada waktu expiry 30 Okt. Pecahan nada Fed 15/45/40 : PARTIAL. Undian memang hawkish, tetapi Warsh tidak beri panduan baharu dan harga Rabu bergerak seperti hold neutral. Tag kita bahawa ETF flow “berhenti mengejar”: MISS. Isnin hingga Khamis masuk $440.8M, IBIT seorang $410.6M. Jumaat baru keluar $643.2M. Kita betul tentang kerapuhan, salah tentang masa.

Apa yang saya terlepas pandang. Pertama, saya tulis “leverage long sudah dibersihkan” sebagai tailwind. Itu salah. Selepas 24 Okt, long dibina semula dan Khamis hingga Jumaat liquidation $1.49 bilion, 86.8% long: MISS. Kedua, hack Binance $6.3 bilion langsung tiada dalam senarai risiko kita. Risiko operasi exchange memang tidak boleh diramal tarikhnya, tetapi ia patut ada dalam senarai: MISS. Ketiga, kita sudah tanda hasil Big Tech sebagai ujian naratif AI, tetapi kita letak ia pada Rabu. Ia datang Khamis dan Jumaat: Alphabet, Amazon dan Intel, dan Nasdaq jatuh 2.86%. Saluran betul, hari salah: PARTIAL. Keempat, Iran dan Brent yang kita letak sebagai pemacu utama tidak menjadi pemacu minggu ini. Brent kekal $113 hingga $117 dan harga BTC tidak bergerak atas headline itu.

Layer 1
Situasi Semasa | Support $80K Patah Khamis, $76.3K Bertahan Dua Kali, Kini Pantulan Perlahan Menjelang Midterms

BTC berada di $78,150 pada Ahad 1 Nov (10:20 UTC, Binance). Minggu lepas bermula tenang dan berakhir dengan jatuh. Isnin hingga Rabu harga duduk dalam julat sempit $79.4K hingga $81.8K. Rabu Fed tahan kadar, dua orang undi naik, dan harga hampir tidak bergerak. Khamis PCE keluar panas dan harga sempat cecah $82.0K, kemudian jatuh ke $76.3K dalam kira-kira setengah hari. Malam Khamis Binance umum hack $6.3 bilion. Jumaat ETF keluar $643.2 juta dan Nasdaq turun 2.86%. Sabtu harga stabil dan Ahad pantul perlahan. Certain Urutan ini: PCE panas → odds hike naik → Nasdaq jual → long berleveraj dihabisi → hack menambah panik. Masa tepat antara jatuhan dan berita hack tidak dapat saya sahkan, dan 247wallst menulis jualan bermula sebelum amaran wallet pertama keluar, jadi leverage sudah goyang dahulu. Likely

BTC/USDT — 3 Hour | Oktober 2026 | Binance via TradingView | 1 Nov 10:20 UTC

BTC 3H Chart 1 November 2026

Struktur Trend (1D, 3H, 1H): Pada , BTC masih dalam julat besar sejak September, dengan atas $87,400 dan bawah sekitar $74,900 (low 17 hingga 18 Sep, bacaan carta ). Puncak makin rendah: $87.4K, $87.0K, $84.9K (21 Okt), dan kini $82.0K (29 Okt). Low terbaru $76.3K masih di atas low September, jadi julat besar belum pecah. Tetapi harga sudah turun dari bahagian atas ke bahagian bawah julat, dan Daily close $77,839 pada 29 Okt ialah yang terendah sejak 17 Sep. Pada , struktur lower high dan lower low berterusan sejak 21 Okt, dan low $76.3K hingga $76.5K disentuh dua kali (30 Okt pagi dan petang UTC), membentuk double low kasar. Pada , pantulan berbentuk tangga naik perlahan dari $76.3K ke $78.1K dengan low yang makin tinggi, tetapi tiada candle besar dan tiada breakout. Likely

Fasa Semasa (1D, 3H, 1H): Fasa pantulan selepas flush. Volume memuncak semasa jatuh dan nipis semasa pantulan (247wallst), jadi pembeli belum datang dengan yakin. Pada harga kini betul-betul di bawah bounce high 30 Okt ($78.8K), dan belum ada Daily close di atas $79.1K, paras yang disebut 247wallst sebagai pengesahan pantulan. Pada harga masih di bawah purata 20 hari ($81.6K) dan 50 hari ($81.9K), dan di bawah kos asas ETF (~$81.5K, Glassnode). Selagi begitu, ini pantulan, bukan pembalikan. Likely

Level Kunci (1D, 3H, 1H): Resistance terdekat $78,800 (bounce high 30 Okt) dan $79,100 (paras pengesahan). Di atasnya $80,000 (support lama yang kini jadi resistance), zon $81,500 hingga $81,900 (purata 20 dan 50 hari, kos asas ETF), neckline $82,814 , $84,900 dan $87,400 . Support: $77,000 hingga $77,600 (asas pantulan Sabtu), $76,300 hingga $76,500 (double low), $74,900 (low September), kemudian purata 200 hari $73,107 dan STH Realized ~$70K. Likely

Scenario (1H, 3H, 1D): Pada , hold di atas $77,000 dengan close di atas $78,800 membuka ujian $79,100. Pada , penutup di atas $80,000 ialah syarat minimum untuk menukar bias daripada ke bawah kepada neutral. Pada , Daily close Rabu 4 Nov di atas $80,000 dan seterusnya $81,500 ialah tuntutan semula sebenar. Tanpa itu, julat $76,300 hingga $79,100 ialah tempat tinggal paling munasabah minggu ini, dan kehilangan $76,300 dengan Daily close membuka jalan ke $74,900. Likely

Certain Daripada $82.0K ke $76.3K ialah kira-kira $5,700 dalam setengah hari. Pantulan sejak itu baru $1,800. Sebelum Rabu, perkara yang kita perhatikan bukan sama ada harga naik lagi, tapi sama ada pembeli ETF kembali. Jumaat mereka keluar paling besar sejak Jun.
Layer 2
Price Structure | Peta Paras Selepas $80K Patah Dan $76.3K Diuji Dua Kali
Paras Harga Jenis Kepentingan Confidence
Terminal Price Upper Bound ~$290,000 Batas atas teori kitaran. BTC kini sekitar 3.7 kali ganda di bawahnya. Anchored estimate, ralat sekitar 5% (minggu lepas $287.8K, NewHedge). Likely
$87,400 Atas Julat Resistance Major Atas julat sejak 22 September. Tidak disentuh sejak awal Oktober. Certain
$84,900 Resistance High 21 Okt. Breakout palsu minggu 20 Okt. Certain
$82,814 Neckline Resistance Tidak diuji minggu lepas. Masih paras untuk bias naik. Certain
$82,000 Resistance High 29 Okt, beberapa jam selepas PCE. Ditolak dan jatuh kira-kira $5,700. Certain
$81,500 — $81,900 Kluster Resistance Purata 20 hari $81,618, 50 hari $81,887 (247wallst) dan kos asas ETF ~$81,500 (Glassnode). Likely
$80,000 Support Lama, Kini Resistance Patah Khamis 29 Okt. Daily close di atasnya ialah syarat pertama untuk bias neutral. Certain
$79,100 Paras Pengesahan Pantulan Daily close di atas paras ini ialah pengesahan pantulan menurut 247wallst. Likely
$78,800 Resistance Bounce high 30 Okt pagi UTC. Certain
$78,150 ← HARGA SEMASA Pantulan Perlahan Selepas Flush 1 Nov 2026, 10:20 UTC (Binance). Daily close Sabtu sekitar $77.8K . Certain
$77,000 — $77,600 Support Asas pantulan Sabtu. Glassnode meletakkan true market mean ~$77,600. Likely
$76,300 — $76,500 Support / Double Low Dua low 30 Okt. Low terendah sejak 17 September. Certain
$74,900 Support Low 17 hingga 18 September. Bacaan carta, anchored estimate. Likely
$73,107 Purata 200 Hari Sokongan trend jangka panjang (247wallst). Likely
STH Realized Price Retail Baru ~$70K Cost basis pelabur baharu. BTC kini sekitar 12% di atasnya. Bacaan antara $69K dan $71K, anchored estimate. Likely
Overall Realized Price Keseluruhan ~$51K Cost basis agregat. BTC kini sekitar 53% di atasnya. Anchored estimate. Likely
LTH Realized Price Smart Money ~$47K Cost basis long-term holder. BTC kini sekitar 66% di atasnya. Anchored estimate. Likely
Balanced Price Fair Value ~$37K Fair value model. Realized Price tolak Transferred Price. BTC kini sekitar 111% di atasnya. Anchored estimate. Likely
Likely Jarak ke STH Realized Price (~$70K) kini sekitar 12%, menyempit daripada sekitar 13% minggu lepas walaupun harga turun. Cost basis pelabur baharu sendiri turun sebab kumpulan baharu masuk di paras lebih rendah. Kumpulan inilah yang paling mudah dipaksa jual kalau $76,300 hilang. Pelabur jangka panjang pula jauh di bawah, ratusan peratus dalam untung, dan tiada sebab mereka bergerak minggu ini.

BTC Dominance: Certain BTC.D 60.41% pada carta CRYPTOCAP TradingView (1D, 1 Nov 10:28 UTC). Puncak Oktober sekitar 60.9%, dan paras ini turun ke sekitar 60.1% semasa hari hack sebelum naik semula. Sumber lain beri angka berbeza: CoinGecko sekitar 57.7% (31 Okt) dan 247wallst 59.8%, sebab kaedah dan senarai aset berlainan. Yang penting ialah arah, bukan angka. Dalam 30 hari BTC turun 7.5%, tetapi ETH turun 17.0%, SOL 18.2% dan XRP 16.1% (247wallst). BTC.D di atas 60% sambil total market cap jatuh (sekitar $2.6 trilion, Oktober hilang sekitar $360 bilion) ialah modal berlindung dalam BTC, bukan altseason. Altcoin lebih lemah daripada BTC, dan itu tidak berubah minggu ini.

Capital Flow: Guessing Bekalan stablecoin dan TVL DeFi tidak dapat disahkan minggu ini dan ditanda data gap. Yang boleh disahkan ialah aliran ETF, dan ia berpatah arah: BTC spot ETF masuk $440.8M dari Isnin hingga Khamis, kemudian keluar $643.2M pada Jumaat, jadi bersih minggu itu negatif $202.4M. Bulan Oktober keseluruhan menjadi negatif $515.9M, daripada positif $127.3M sebelum Jumaat. ETH spot ETF keluar $431.4M minggu lepas dan $1.61 bilion sepanjang Oktober. Modal institusi bukan sahaja berhenti mengejar, ia mula keluar.

Layer 3
On-Chain Intelligence | Valuasi Tidak Tertekan, Tetapi Aliran Berpatah Arah Dan Crowd Masih Long
Nota Data Minggu Ini

Certain Nilai Realized Price, Balanced Price, Terminal Price, NUPL, RHODL dan SOPR dalam bahagian ini dibaca daripada carta LookIntoBitcoin yang dikongsi pada 1 Nov dan dilabel anchored estimate dengan ralat sekitar 5%. Data wallet whale (Arkham, Lookonchain), open interest agregat, bekalan stablecoin dan TVL tidak dapat diakses secara langsung minggu ini dan ditanda data gap. Funding dan nisbah long hanya sebahagian, daripada liputan CoinGlass pada 31 Okt. Conviction on-chain dilaraskan ke bawah.

Likely NUPL ~0.32 (Optimism/Anxiety): Turun daripada ~0.35 minggu lepas, hampir sempadan bawah zon 0.25. Sejak Ogos ia berayun antara kira-kira 0.15 dan 0.5, jadi bacaan sekarang di tengah-tengah julat itu. Majoriti pegangan masih dalam untung, tetapi untungnya nipis. Belum ada capitulation, yang biasanya muncul bila NUPL turun ke bawah 0.

Likely MVRV sekitar 1.55: Harga $78.1K dibahagi Realized Price ~$50.4K memberi sekitar 1.55, sama seperti minggu lepas. Z-Score kekal di zon rendah hingga normal, jauh dari zon merah. Tiada tekanan overvaluation. Penurunan minggu lepas bukan sebab valuasi, ia datang daripada aliran dan leverage.

Likely SOPR hampir 1.0: Bar terkini kecil dan hampir rata, dengan sedikit merah di hujung. Tiada lonjakan merah besar seperti yang muncul pada bottom 2022 dan 2023. Flush $1.49 bilion minggu lepas ialah jualan paksa pemegang leverage di derivatif, bukan pemegang spot menjual rugi beramai-ramai. Itu lebih mudah pulih, tetapi ia juga bermakna bottom sebenar belum dibentuk oleh orang yang menyerah.

Likely RHODL Ratio sekitar 950 hingga 1,000: Naik sedikit daripada ~850 minggu lepas, masih zon pertengahan dan jauh dari zon FOMO puncak. Pegangan jangka pendek tidak menunjukkan euforia. Selari dengan Fear and Greed 36.

Likely Terminal Price ~$290K: Batas atas kitaran masih sekitar 3.7 kali ganda di atas harga. Signal jual kitaran tidak relevan pada jarak ini.

Likely Realized Price Framework: STH Realized ~$70K (BTC sekitar 12% di atas), Overall Realized ~$51K (sekitar 53% di atas), LTH Realized ~$47K (sekitar 66% di atas), Balanced Price ~$37K (sekitar 111% di atas). Hanya kumpulan pertama yang cushion-nya nipis. Tiga yang lain jauh dalam untung. Yang boleh dipaksa jual ialah retail baharu dan pemegang leverage, bukan smart money.

Fear & Greed Index — CMC | 1 Nov 2026 | coinmarketcap.com/charts/fear-and-greed-index

Fear and Greed Index CMC 1 November 2026

Certain Fear & Greed 36 (Fear): Semalam 36, minggu lepas 43 (Neutral) dan bulan lepas 69 (Greed). Penurunan 33 mata dalam sebulan. High 2026 ialah 82 (27 Ogos), low 5 (6 Feb). Sentimen sudah masuk zon takut, tetapi masih jauh daripada panik di bawah 20. Ruang untuk bacaan ini turun masih ada kalau $76,300 hilang.

Terminal Price
~$290K
Upper bound. BTC sekitar 3.7 kali ganda di bawah.
NUPL 0.50 — 0.75
Belief/Denial
Bull matang. Belum di sini.
~0.32 ◀ KITA
Optimism/Anxiety
Hampir sempadan bawah zon.
Balanced Price
~$37K
Fair value. BTC sekitar 111% di atas.
ETF BTC Spot (Farside, 26 hingga 30 Okt)
−$202.4M
Isnin hingga Khamis masuk $440.8M, IBIT $410.6M. Jumaat keluar $643.2M (IBIT $233.7M, FBTC $201M, ARKB $129.5M), terbesar sejak Jun. Oktober keseluruhan negatif $515.9M. Data provisional.
ETF ETH Spot
−$431.4M
Setiap sesi minggu lepas negatif. Jumaat keluar $155.7M. Oktober keseluruhan negatif sekitar $1.61 bilion. Institusi lebih berhati-hati pada ETH berbanding BTC.
Liquidation 29 hingga 30 Okt (CoinGlass)
~$1.49B
Long sekitar $1.29B (86.8%), BTC $475M. Sumber lain beri $1.5B hingga $1.57B. Open interest turun hanya 1.4% bila harga turun 3% (IPX Exchange), jadi ia flush, bukan eksodus.
Hack Binance
$6.3B
Disahkan syarikat. TRM Labs jejak sekitar 18,270 BTC ($1.47B) dipindahkan penyerang. Sekitar 95% aset diganti (Teng) dan pengeluaran dibuka berfasa sejak 1 Nov. Bukti reserve penuh dijangka 3 Nov. Deposit tidak terjejas.
Funding / Positioning
Data Gap Separa
Funding BTC +0.0104% setiap 8 jam (berpemberat OI, 31 Okt), ETH negatif 0.011%. Sekitar 73.4% akaun futures Binance memegang long. Open interest agregat tidak dapat diambil. Selepas flush, crowd masih condong long.
Whale / Wallet / Exchange Flow
Data Gap
Arkham dan Lookonchain tidak dapat diakses. Tiada klaim whale accumulate atau distribute dibuat minggu ini.
Likely Sintesis: valuasi tidak tertekan (NUPL ~0.32, MVRV ~1.55, SOPR ~1.0), jadi tiada sebab struktur untuk jatuh jauh. Tetapi lapisan aliran bertukar negatif: ETF keluar terbesar sejak Jun, BTC di bawah kos asas ETF (~$81.5K) dan treasury korporat (~$80K), dan crowd masih long selepas flush. Ada satu percanggahan yang patut dicatat: Fear and Greed 36 menunjukkan orang takut, tetapi positioning menunjukkan mereka masih bertindak seperti bull. Bila crowd kata takut tetapi tangan masih long, flush kedua tidak boleh ditolak. Confluence minggu ini lemah ke bawah, bukan kuat.
Layer 4
Macro Deep Dive | Fed Hawkish Hold, Hike Disember 72%, Brent $113 Dan Minggu Midterms

Fed Tahan, Tetapi Dengan Dua Undi Hike: Certain FOMC 28 Okt kekalkan kadar 3.75% hingga 4.00%, undian 10 lawan 2. Gabenor Lisa Cook dan Presiden Fed Cleveland Beth Hammack undi naik 25bp. Kenyataan menaikkan penilaian aktiviti ekonomi daripada “solid” kepada “strong” dan kekalkan “inflation remains elevated”. Pengerusi Warsh tidak beri panduan masa depan. Unjuran September menunjukkan 16 daripada 18 pegawai jangka sekurang-kurangnya satu lagi hike pada 2026. Tiada FOMC minggu ini. Yang seterusnya 9 Disember, dengan unjuran baharu.

PCE Panas, GDP Kuat, Tetapi Pengguna Lemah: Certain PCE September: headline 0.5% bulan ke bulan dan 3.6% tahun ke tahun (Ogos 3.4%), teras 0.3% dan 3.1% (Ogos 3.0%). GDP Q3 advance 3.4% setahun berbanding jangkaan 3.1%. Tetapi pendapatan boleh guna selepas harga turun 0.3% dan perbelanjaan sebenar rata (0.0%), dengan kadar simpanan turun ke 3.8%. Ekonomi nampak kuat di atas, pengguna menipis di bawah. Itu gabungan yang sukar bagi Fed: tidak boleh potong, dan hike pun berisiko.

Odds Disember Jatuh, Tetapi Masih Tinggi: Likely Peluang hike Disember sekitar 86% pada Rabu dan jatuh ke 72.4% menjelang penutup Jumaat (CME FedWatch via ringkasan mingguan), selepas Nasdaq jatuh. Musalem dan beberapa pegawai lain berkata kadar perlu naik lagi. 72% masih lebih daripada dua pertiga. Market belum membuang hike, ia cuma menurunkan keyakinan.

Yield, Dolar, Minyak, Emas Dan Saham: Certain US10Y ditutup 4.929% (turun 6bp, puncak Rabu 5.04%), 2Y 4.56%. DXY 101.92, USD/JPY 157.52. Brent Januari $113.43 (kontrak Disember tamat di $117.64), WTI $104.12, Brent naik 13.6% dalam Oktober, bulan keempat berturut ia naik. Emas jatuh 3.3% ke $3,898.90, di bawah $4,000. S&P 500 7,580.07 (turun 1.82%), Nasdaq 25,437 (turun 2.86%, terburuk sejak 5 Jun, Oktober turun sekitar 5.2%), VIX 19.42. Intel jatuh sekitar 29% selepas panduan Q4 lemah, Alphabet terburuk dalam lebih 20 tahun selepas hasil tersasar, dan Amazon rekod aliran tunai bebas negatif lebih $42 bilion. Likely Yield turun dan BTC tetap jatuh, yang menunjukkan minggu lepas BTC bergerak bersama Nasdaq dan bukan bersama yield.

Midterms Selasa 3 Nov: Likely Polymarket meletakkan Demokrat 69% untuk Senat, 94% untuk Dewan, dan sapu bersih sekitar 70%. Naratif yang paling popular: selepas midterms, ketidakpastian hilang dan market lega. Itu naratif yang sudah ramai tahu, jadi saya tidak anggap ia edge. Ada risiko lain yang kurang disebut. Laporan media menyebut AS mungkin sambung serangan ke atas Iran selepas pilihan raya, sementara Qatar cuba berunding dan Iran belum balas surat Naib Presiden Vance. Jumaat satu tanker dilaporkan terkena bom limpet di Hormuz.

Data Lembut
25%
BTC: Positif, $79.1K hingga $81K
NFP di bawah +30K atau pengangguran naik ke 4.4%. Odds hike Disember jatuh di bawah 60%, yield 10Y di bawah 4.85%. Bacaan : ekonomi pengguna yang menipis akhirnya muncul dalam data kerja.
Data Sederhana
45%
BTC: Julat, $76.3K hingga $79.1K
NFP sekitar +40K hingga +80K, gaji 0.3%, ISM sekitar 54.7. Odds hike Disember kekal 65% hingga 80%. Market tiada alasan baharu untuk bergerak jauh.
Data Panas
30%
BTC: Negatif, $73.1K hingga $76.3K
NFP melebihi +90K atau gaji 0.4% atau lebih. Odds hike Disember melepasi 85%, US10Y semula di atas 5.0%. Tekanan pada leverage long yang masih ada.

Certain NFP jangkaan +55K, pengangguran 4.2%, gaji 0.3% bulan ke bulan (Newsquawk; Barclays +50K; sumber lain sekitar +65K). Guessing Pecahan 25/45/30 ialah anggaran saya, bukan data market.

Human Pressure Lens

Yang terpaksa jual minggu lepas bukan pemegang jangka panjang. Mereka tidak jual sebiji pun. Yang terpaksa ialah orang yang masuk long Isnin hingga Rabu, selepas flush 24 Okt, sebab mereka fikir leverage sudah bersih dan harga sudah berhenti jatuh. Mereka sendiri leverage baharu. Bila PCE panas, Nasdaq patah dan berita hack keluar dalam satu malam, margin mereka habis. $1.29 bilion long dibersihkan. Tekanan ini sementara, tetapi crowd belum kosong: sekitar 73.4% akaun futures Binance masih long. Ada satu lagi tekanan yang belum sampai ke harga. Treasury korporat dengan kos asas sekitar $80,000 kini di bawah air. Mereka tidak jual hari ini. Berapa lama mereka tahan, itu soal minggu hadapan.

Luno x Mycryptoversity

Partner Rasmi Mycryptoversity
Beli Bitcoin Pertama Korang
Dengan Selamat Di Luno
Luno adalah exchange kripto berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019. Beli BTC, ETH, XRP dan LTC dengan mudah mulai RM50.

Daftar Sekarang →

luno.com/invite/Y85B6

QR Luno

Scan Untuk Daftar
ⓘ Pautan affiliate Mycryptoversity. Luno berlesen SC Malaysia. Buat kajian sendiri sebelum melabur.
Layer 5
Scenario Planning | Dua Fasa, Dipisahkan Oleh Rabu 4 Nov

Market sebenar bergerak dalam kitaran Khamis hingga Rabu. Minggu ini tiada FOMC, jadi sempadan kitaran diletakkan pada Rabu 4 Nov, selepas midterms dan reaksinya. Fasa 1 dinilai pada Daily close Rabu 4 Nov (00:00 UTC Khamis 5 Nov) sebagai penutup rujukan utama. Daily close Ahad kekal rujukan sampingan. Fasa 2 ialah kitaran baharu, bermula dengan BoE Khamis dan NFP Jumaat.

Fasa 1 — Ahad 1 Hingga Rabu 4 Nov
Hingga midterms dan reaksinya. Probability berjumlah 100%
Bullish
20%
Target: $79,100 — $80,000
Daily close Ahad di atas $78,800 dan 3H menutup di atas $79,100. Midterms dibaca sebagai lega, ISM dan ADP tidak panas, ETF kembali masuk. Pemulihan ke $79,100 dan ujian $80,000.
Base Case
45%
Range: $76,800 — $79,100
Pantulan lintang. Tiada pembeli agresif, tiada penjual terpaksa. $77,000 diuji semula, $78,800 tidak ditembusi dengan yakin. Daily close Rabu di antara $77,000 dan $79,000.
Bearish
35%
Target: $75,000 — $76,300
Daily close Rabu di bawah $76,300. ETF outflow berulang, laporan serangan ke atas Iran selepas pilihan raya, atau flush kedua ke atas long yang masih ada. Double low patah.
Fasa 2 — Khamis 5 Hingga Sabtu 7 Nov
Kitaran baharu. Bersyarat pada BoE, NFP dan keputusan Rabu
Bullish
25%
Target: $80,000 — $81,500
NFP lembut, odds hike Disember di bawah 60%, US10Y di bawah 4.85%. Daily close Jumaat di atas $80,000 dan ujian kluster $81,500 hingga $81,900.
Base Case
40%
Range: $76,300 — $80,000
Data sederhana, BoE naik seperti dijangka. Harga turun naik dalam julat selepas flush. Julat lebih lebar sebab NFP dan hujung minggu nipis.
Bearish
35%
Target: $73,100 — $76,300
NFP panas, US10Y semula di atas 5.0%, Nasdaq patah lagi. Purata 200 hari $73,107 menjadi sasaran, dengan STH Realized ~$70K sebagai support psikologi pelabur baharu.

Guessing Probability kedua-dua fasa ialah anggaran saya berdasarkan struktur harga, aliran ETF dan odds market, bukan output model.

DUA SUMBER BACAAN DARI MYCRYPTOVERSITY

Untuk Perjalanan Korang Seterusnya, Kalau Korang Serius Nak Berjaya

Kalau korang serius nak faham kripto, nak jadi seorang Coiner yang Berjaya, 2 bahan bacaan ini bukan lagi pilihan, tetapi ia adalah satu KEWAJIPAN untuk korang miliki.
Senarai Sumber Bacaan
Panduan Lengkap Pemula Kripto

Produk 01

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Buku ini bukan sekadar buku, tetapi sebuah kompas rujukan yang wajib dimiliki semua yang ingin menjadi Coiner Berjaya, tak kira samada anda seorang pemula atau dah lama dalam dunia Kripto & Blockchain.

Ia mengupas asas Bitcoin, Altcoin, Blockchain, cara beli, simpan, elak scam, cara screening projek yang berpotensi, hinggalah ke strategi pelaburan jangka panjang. Ramai coiner terjerat dengan scam atau rugi kerana masuk tanpa ilmu, jadi buku ini hadir sebagai pelindung dan panduan sebenar.

Layer 6
Catalyst Deep Dive | Midterms, Pemulihan Binance, Ujian Naratif AI Dan NFP
Fasa 1
Ahad hingga Rabu

Midterms Selasa 3 Nov Dan Iran: Likely Hasil pilihan raya mungkin dah dijangka (Polymarket: Demokrat sapu bersih sekitar 70%). Yang kurang dijangka ialah apa yang datang kemudian. Laporan media menyebut AS mungkin sambung serangan ke atas Iran selepas pilihan raya, manakala Qatar cuba berunding dan Iran belum balas surat Naib Presiden Vance. Jumaat satu tanker dilaporkan terkena bom limpet di Hormuz, yang pertama berjaya sejak perang bermula pada Februari menurut sumber maritim. OPEC+ bermesyuarat Ahad dan dijangka kekalkan sasaran Disember, tetapi keputusan belum diketahui semasa laporan ini ditulis.

Binance Dan Hack $6.3 Bilion: Certain Binance kata sekitar 95% aset yang terjejas sudah diganti, daripada 80% dan 90% dalam dua hari. Sepuluh aset utama termasuk BTC, ETH dan USDT sudah disokong penuh. Pengeluaran dibuka semula berfasa bermula 1 Nov, BTC dahulu, 15 mata wang pada 15 rangkaian dalam fasa pertama. Deposit tidak terhenti. Bukti reserve penuh dijangka 3 Nov. TRM Labs jejak sekitar 18,270 BTC dipindahkan penyerang, dan Chainalysis mengaitkan serangan ini dengan kumpulan Korea Utara Tradertraitor. Risiko minggu ini bukan dana pengguna. Risikonya ialah kepercayaan, dan BTC milik penyerang yang masih belum dibekukan.

Ringkasan Khas: Hack Binance (29 hingga 31 Okt)

Certain Apa berlaku: Binance mengesahkan kerugian sekitar $6.3 bilion (anggaran lain $6.36 bilion merentas 10 rangkaian, kebanyakannya dalam kira-kira 20 minit menurut TRM Labs). Siasatan awal menunjuk kepada laptop seorang jurutera DevOps yang dikompromi, kemudian penyerang mencapai satu service container dan menghantar transaksi pengeluaran tanpa kebenaran. Kemas kini kemudian menemui beberapa lagi titik pecah. Ia berlaku lewat Khamis 29 Okt dan rekod terbesar dalam sejarah kripto. Wang dan jejak: Penyerang menukar $325 juta stablecoin kepada sekitar $285 juta ETH, kemungkinan untuk elak pembekuan. TRM jejak sekitar 18,270 BTC ($1.47 bilion) dipindahkan. Chainalysis mengaitkannya dengan kumpulan Korea Utara Tradertraitor. Secret Service AS dan Circle cuba membekukan dana. Status pemulihan: Sekitar 95% aset diganti (80% kemudian 90% kemudian 95%), syarikat peruntukkan lebih $6.34 bilion dan akan pulihkan dana SAFU ke sekitar $1 bilion. Pengeluaran dibuka berfasa sejak 1 Nov, BTC dahulu. Deposit tidak terhenti. Bukti reserve penuh dijangka 3 Nov. Kesan pada BTC: Liquidation ~$1.49 bilion, 86.8% long, dan low $76.3K. Tetapi jualan sudah bermula sebelum amaran wallet pertama, jadi hack mempercepat flush, bukan satu-satunya sebab. Likely Risiko seterusnya ialah kepercayaan dan BTC penyerang, bukan dana pengguna.

Ujian Naratif AI Berterusan: Likely Isnin selepas bursa tutup Apple dan Palantir melaporkan hasil, Selasa AMD. Minggu lepas hasil Alphabet, Amazon dan Intel menjatuhkan Nasdaq 2.86% dan BTC mengikut. Selagi soalan “adakah wang capex AI akan pulang” belum dijawab, BTC bergerak bersama saham teknologi. Treasury Refunding 4 Nov, 08:30 ET, juga dijangka tiada perubahan saiz isu, tetapi buyback ada dalam agenda.

Fasa 2
Khamis hingga Sabtu

BoE Khamis 5 Nov: Likely BoE dijangka naikkan kadar 25bp, permulaan kitaran hike, dengan pecahan undian menjadi fokus. RBA Selasa pula dijangka naik ke 4.85% (sekitar 79%), Riksbank Rabu naik ke 2.00%. Kalau bank pusat lain mula menaikkan kadar, hike Fed Disember kelihatan kurang pelik, dan itu menekan aset berisiko.

NFP Jumaat 6 Nov, 9:30 Malam Waktu Malaysia: Certain Jangkaan +55K (sebelum ini +29K), pengangguran 4.2%, gaji 0.3% bulan ke bulan dan 2.9% tahun ke tahun. Barclays +50K. Data kerja lemah dengan inflasi 3.6% ialah ujian terpenting untuk odds hike Disember yang kini 72%. Data lemah menurunkan odds dan boleh membantu BTC. Data panas menaikkan odds dan menekan.

MSCI, Tekanan Struktur Yang Berdetik: Likely Senarai muktamad MSCI dijangka 11 Nov. Syarikat treasury kripto yang berisiko termasuk Strategy dan Metaplanet. Ini bukan jualan minggu ini, tetapi market biasanya mula meletakkan harga lebih awal, dan kos asas treasury ~$80,000 kini di atas harga.

Certain Minggu lepas dua cerita besar berlaku serentak: saham teknologi retak dan exchange terbesar dunia dihack. Kedua-duanya bukan tentang BTC, tapi BTC yang jatuh dahulu. Itu tanda BTC masih dipegang oleh orang yang boleh dipaksa jual atas sebab di luar BTC.
Layer 7
Institutional Targets | Apa Yang Dikatakan Analyst, Dan Apa Yang Data Tunjuk
Blockware (Mitchell Askew)
Hold $75,000, Rebound $80K+
Menurut Askew, BTC yang bertahan di atas $75,000 sepanjang hujung minggu boleh pulih ke $80,000-an selepas midterms. Hujung minggu sudah lepas dan $76,300 bertahan.
IPX Exchange (Schlosser)
Flush, Bukan Eksodus
Open interest turun 1.4% bila harga turun 3%, jadi ini pembersihan leverage dan bukan keluar beramai-ramai. Bacaan yang masuk akal, tetapi nisbah long 73.4% selepas itu menunjukkan pembersihan belum habis.
Glassnode
Kos Asas ETF ~$81,500
Kos asas purata pemegang ETF dianggarkan ~$81,500 dan true market mean ~$77,600. BTC kini sekitar 4% di bawah kos ETF. Pemegang ETF kini rugi kecil.
Michaël van de Poppe
$78,400 Kunci, Beli $75K hingga $76K
Melihat $78,400 sebagai paras kunci, $78,000 sebagai bearish flip, dan $75,000 hingga $76,000 sebagai zon beli. Masih long. Selari dengan peta kita.
CME FedWatch
Hike Disember 72.4%
Turun daripada 86% pada Rabu selepas Nasdaq jatuh. Dua pegawai sudah undi hike, jadi 72% bukan angka kosong.
Farside / SoSoValue
ETF BTC −$643.2M Jumaat
Outflow harian terbesar sejak Jun, mengakhiri empat sesi masuk. Jumlah aset bersih ETF sekitar $98B hingga $104B ikut sumber dan masa.
Hard Truth

Ayat yang paling banyak dengar minggu ini ialah “ini cuma leverage flush” dan “rebound lepas midterms”. Kedua-duanya selesa dan kedua-duanya mungkin betul. Tetapi lihat apa yang data kata. Flush yang bersih biasanya meninggalkan crowd yang kosong atau short. Di sini 73.4% akaun futures Binance masih long dan funding masih positif. ETF keluar paling besar sejak Jun. Harga di bawah kos asas ETF dan treasury. Support $76,300 bertahan dua kali, tapi kedua-dua kali itu dipertahankan oleh pantulan nipis, bukan oleh pembeli yang yakin. Kalau midterms ialah “lega” yang semua orang sudah letak dalam harga, pembeli baharu yang tinggal tidak banyak.

Layer 8
Risk Assessment | Tailwinds vs Headwinds Minggu Ini

Tailwinds — Yang Sokong BTC

  • →Valuasi tidak tertekan: NUPL ~0.32, MVRV sekitar 1.55, SOPR hampir 1.0. Tiada overvaluation dan tiada capitulation, jadi tiada tekanan struktur.
  • →Smart money jauh dalam untung. LTH Realized ~$47K dan Overall Realized ~$51K. Flush $1.49 bilion datang daripada leverage, bukan jualan holder spot.
  • →Binance sudah ganti sekitar 95% aset dan pengeluaran dibuka semula berfasa. Deposit tidak terhenti.
  • →Odds hike Disember jatuh daripada 86% ke 72.4% dalam dua hari, dan US10Y turun ke 4.929% daripada puncak 5.04%.
  • →Fear and Greed 36, turun daripada 69 sebulan lepas. Sentimen sudah takut, dan midterms boleh jadi event lega.
  • →Double low $76.3K bertahan dua kali. Open interest turun hanya 1.4% semasa jatuh.

Headwinds — Yang Boleh Tekan BTC

  • →ETF BTC keluar $643.2M Jumaat, terbesar sejak Jun. Oktober negatif $515.9M. ETF ETH negatif $1.61 bilion untuk Oktober.
  • →BTC di bawah kos asas ETF (~$81.5K), treasury korporat (~$80K), serta purata 20 dan 50 hari ($81.6K hingga $81.9K). Setiap pantulan bertemu pemegang yang mahu pulang modal.
  • →Crowd masih long: sekitar 73.4% akaun futures Binance, funding BTC +0.0104%. Flush kedua tidak boleh ditolak.
  • →Nasdaq turun 2.86% pada naratif capex AI. Apple, Palantir dan AMD melaporkan hasil Isnin dan Selasa.
  • →Hike Disember masih 72%. PCE teras 3.1%, Brent $113.43 dan kemungkinan serangan ke atas Iran selepas pilihan raya.
  • →Sekitar 18,270 BTC milik penyerang Binance bergerak dan belum dibekukan sepenuhnya. Bukti reserve penuh hanya dijangka 3 Nov.
30 Days War Map

Produk 02

30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading

Korang dah tahu strategi. Tapi kenapa masih rugi? Sebab musuh korang sebenar bukan market… ia dalam kepala korang sendiri.

eBook 30 War Map ni untuk korang faham bagaimana emosi, ego, dan gameplan market yang memusnahkan pelan yang rasional. Ini bukan teori. Ini pengalaman 18 tahun dalam market yang ditulis supaya korang tidak ulang kesilapan yang sama.

© Mycryptoversity. Hak Cipta Terpelihara.

Layer 9
Event Calendar | 1 November hingga 9 Disember 2026
Ahad 1
Fasa 1
Daily Close Ahad, Mesyuarat OPEC+, Binance Buka Pengeluaran SEDANG
Rujukan sampingan. OPEC+ dijangka kekalkan sasaran Disember. Pengeluaran Binance fasa pertama bermula 06:00 hingga 09:00 UTC.
Isnin 2
Fasa 1
ISM Manufacturing, Apple Dan Palantir SEDANG
ISM dijangka 54.7 (sebelum ini 54.5). Apple dan Palantir melaporkan hasil selepas bursa tutup.
Selasa 3
Fasa 1
Pilihan Raya Tengah Penggal AS, RBA, Bukti Reserve Binance KRITIS
Polymarket: Demokrat sapu bersih ~70%. RBA dijangka naik ke 4.85% (~79%). JOLTS dan AMD melaporkan hasil. Bukti reserve penuh Binance dijangka.
Rabu 4
Penutup Rujukan
Treasury Refunding, ADP, ISM Services, Daily Close Rabu KRITIS
Treasury Refunding 08:30 ET. ISM Services dijangka 54.7. Riksbank dijangka naik ke 2.00%. Daily close Rabu (00:00 UTC Khamis 5 Nov) ialah penutup rujukan utama Fasa 1.
Khamis 5
Fasa 2
BoE, Norges Bank, Jobless Claims TINGGI
BoE dijangka naikkan kadar 25bp. Norges Bank dijangka hold 4.50%.
Jumaat 6
Fasa 2
NFP Oktober, UoM Prelim KRITIS
Jangkaan +55K, pengangguran 4.2%, gaji 0.3%. 9:30 malam waktu Malaysia. Ujian utama untuk odds hike Disember 72%.
11 Nov
Senarai Muktamad MSCI TINGGI
Syarikat treasury kripto yang terjejas diumumkan. Peraturan berkuat kuasa pada kajian indeks November.
9 Dis
FOMC Dan Unjuran Baharu KRITIS
Keputusan Disember dengan dot plot baharu. Hike masih dipetakan 72%.
Layer 10
Directional Lean | Pantulan Lemah Dalam Julat Rendah, Bias Neutral Ke Bawah Selagi Di Bawah $80K
Directional Lean — 1 November 2026 — Signal Tier 2
Pantulan Lemah Dalam Julat Rendah. $76.3K Bertahan Dua Kali, Tapi Ia Belum Dibeli Dengan Yakin.
Certain Minggu lepas menunjukkan dua perkara. Satu, support $80,000 yang kita pantau berminggu akhirnya patah, dan ia patah sebab tiga perkara di luar BTC: PCE panas, Nasdaq jatuh dan hack Binance. Dua, ETF yang kita sangka berhenti mengejar sebenarnya baru keluar pada hari Jumaat, $643.2 juta sehari. Kedua-dua ini bukan data lemah. Ia data yang berpatah arah.
Likely Menjelang Rabu 4 Nov, lean saya neutral ke bawah. Harga di bawah kos asas ETF dan treasury, purata 20 dan 50 hari di $81.6K hingga $81.9K masih jauh, dan crowd futures masih sekitar 73.4% long selepas flush. Pantulan $1,800 dengan volume nipis bukan bukti pembeli. Base Case 45% ($76,800 hingga $79,100) ialah tempat paling mungkin untuk harga duduk, dan Bearish 35% lebih besar daripada Bullish 20%.
Guessing Sama ada midterms memberi lega atau kejutan tidak dapat saya tentukan, dan pecahan probability ialah anggaran saya sahaja. Data wallet whale, open interest agregat dan stablecoin juga tidak boleh disahkan minggu ini, jadi saya tidak mendakwa accumulation atau distribution. 18 tahun dalam market mengajar saya bahawa selepas flush besar, yang paling berbahaya bukan hari jatuh, tetapi minggu pantulan di mana semua orang mula percaya ia sudah selesai.
Thesis neutral ke bawah gugur jika: (1) Daily close Rabu 4 Nov (00:00 UTC Khamis 5 Nov) berada di atas $80,000 , dan seterusnya $81,500 hingga $81,900 dituntut semula; (2) ETF kembali masuk melebihi $300M sehari selama dua hari berturut, dengan US10Y di bawah 4.85%; atau (3) NFP lembut menjatuhkan odds hike Disember di bawah 60% sementara Nasdaq stabil. Bias ke bawah disahkan jika Daily close Rabu di bawah $76,300, dengan sasaran pertama $75,000 hingga $74,900 dan kedua $73,107.
Conviction Level — Rendah Hingga Sederhana / Tier 2 Emerging Signal / Julat $76,300 hingga $79,100 Menjelang Rabu / Rujukan Penutup: Daily Close Rabu 4 Nov / Saiz Posisi Konservatif, Elak Leverage Tinggi Sebelum Midterms Dan NFP
Minggu lepas, harga jatuh bukan sebab sesuatu pasal BTC. Sebab saham teknologi retak, inflasi panas dan sebuah exchange dihack. BTC jatuh dahulu dan itu memberitahu kita siapa yang masih memegangnya atas sebab yang bukan BTC. Selepas flush, orang yang tinggal masih ramai yang long dan ETF baru mula keluar. Kalau pembeli di $80,000 ialah orang yang sama yang baru diluquidate di $82,000, siapa lagi yang tinggal untuk membeli kat sini?

PROFIL EKSEKUTIF PENULIS

Pengurusan Risiko Pasaran & Pengasas Komuniti | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich

Pengasas & Ketua Strategi | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich adalah salah seorang Crypto Community Builder Malaysia dan pengasas MyCryptoversity sejak 2016. Beliau juga adalah salah seorang “Crypto OG” di Malaysia. Memulakan penglibatan profesional dalam industri pengurusan kekayaan sejak tahun 2008, beliau berpengalaman sebagai perunding kewangan berlesen (FIMM) sehingga 2017 dan aktif menguruskan portfolio ekuiti di Bursa Malaysia (2008 hingga 2015), pengamal dan penganalisis Teknikal Analisa, Fundamental dan Makro Ekonomi (2012 hingga kini) serta penulis di Blog www.mycryptoversity.net

“Saya mula mengenali Bitcoin tahun 2013 pada harga RM154, tapi saya tak beli sebab tak faham sehinggalah tahun 2015 baru saya beli pada harga Rm1,040. Dua tahun saya buang masa, tunggu faham dulu baru nak beli. Rupanya ini Silap, dari kesilapan itulah segalanya bermula.”
Cikgu Mayee Nazrich Bernama TV Cucuk Duit

Terlibat dalam dunia kewangan sejak 2008 sebagai perunding kewangan berlesen, Cikgu Mayee membawa pengalaman sebenar dari lantai pasaran ke dalam bilik darjah. Beliau bukan sahaja mengajar teori. Beliau mengajar dari luka, dari kesilapan dan dari keuntungan yang datang selepas keduanya.

Namun perjalanan itu tidak mudah. Pada tahun 2016, beliau ditipu dan kehilangan 114 BTC akibat scam. Pengalaman pahit itulah yang menjadi titik tolak. Bukan untuk berundur, tetapi untuk bangkit dan berkongsi. Masih pada tahun 2016, beliau melancarkan seminar “Bitcoin: Evolusi Kewangan” merentasi seluruh negara dan melahirkan Modul Berani Kripto yang sehingga kini telah melahirkan 17 orang jutawan kripto. Beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan di Bernama TV dalam program Cucuk Duit (2021).

Dalam pasca fasa penstrukturan portfolio peribadi, beliau memfokuskan kepakaran kepada penganalisisan Teknikal, Fundamental, serta pemantauan aliran data Makro Ekonomi. Komitmen beliau dalam memberikan kesedaran perlindungan modal tercetus daripada pengalaman mitigasi risiko pasaran sebelum ini.

Hari ini, misi Cikgu Mayee kekal sama. Pastikan orang ramai tidak ulang kesilapan yang pernah dia buat sendiri.

Metrik Prestasi & Rekod Jejak Pasaran
18
Tahun Pengalaman dalam dunia Kewangan
9
Tahun Ekosistem Blockchain
17
Jutawan kripto telah dilahirkan
2016
Tahun Penubuhan Rasmi mycryptoversity

© Mycryptoversity Report Executive. Hak Cipta Terpelihara.

Related posts

Kenali Kripto Anda – Ethereum (ETH)

Azhar Mokhtar AM

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia Mengawal Selia Matawang Kripto dan ICO Bermula 15 Jan 2019

Nazrich

Apa itu Stop-Limit Order?

mssalha
error: Content is protected !!