33.2 C
Kuala Lumpur
October 22, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Bitcoin Weekly Market Outlook 10-16 Oktober,2026

BITCOIN DAH NAK TUMBANG KE ATAU MARKET SEDANG UJI SIAPA YANG MASIH BERANI MEMBELI?

$82K DAH PECAH…. $1.19 BILION KENA LIQUIDATE… YIELD BUAT REKOD TERTINGGI SEJAK 2002.

Minggu ni Bitcoin memang menguji kesabaran.

Minggu lepas kita bincang pasal level $82,000 sebagai support penting yang masih bertahan. Tapi masuk minggu ini, harga akhirnya pecah jugak pada Khamis, 8 Oktober, BTC jatuh sampai $80,427 sebelum berjaya naik balik semula.

Dalam masa yang sama, liquidation mencecah $1.19 bilion pada hari Khamis, kalau dicampurkan dengan hari sebelumnya, jumlah liquidation sepanjang tiga hari melebihi $2 bilion.

Bukan itu sahaja. US10Y sempat mencecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002. US30Y pula naik sampai 5.73%, DXY menghampiri 102.5 dan spot Bitcoin ETF mencatat aliran keluar sekitar $729 juta dalam dua sesi.

Kalau kita tengok semua benda ni, memang mudah untuk kita fikir tekanan terhadap Bitcoin semakin berat, tapi ada satu perkara yang saya rasa kita jangan terlepas pandang..iaitu

$82K pecah, tetapi harga berjaya naik balik semula.

Sekarang BTC berada sekitar $82,431, masih dekat dengan kawasan yang sebelum ini kita anggap sebagai lantai penting. Pada masa yang sama, neckline double bottom masih sedang diuji.

Jadi, adakah lantunan ini tanda pembeli masih mempertahankan struktur market,atau sekadar reaksi sementara selepas liquidation besar-besaran?

Pakcik kebun sebelah cakap kita takleh terus anggap harga dah selamat hanya sebab ia berjaya lantun. Tapi kita jugak takleh terus menghukum struktur bullish sebagai rosak hanya sebab satu support pecah seketika.

Sebab minggu ini kita bukan hanya berdepan dengan chart. Rabu, 14 Oktober, data CPI Amerika Syarikat pula bakal menjadi ujian seterusnya. Konsensus menjangkakan kenaikan CPI bulanan sebanyak 0.6%, sementara odds kenaikan kadar Fed pada Disember sudah meningkat kepada 82%.

Kalau CPI keluar lebih panas daripada jangkaan, yield dan dollar mungkin mendapat tekanan untuk naik lagi. Tapi kalau angka inflasi lebih sejuk, market mungkin mula menilai semula tekanan terhadap Bitcoin.

Dalam Outlook kali ini, saya nak kita tengok beberapa perkara dengan lebih dekat..

  1. Adakah struktur harga masih mempunyai peluang untuk membentuk double bottom?
  2. Apa yang berlaku kepada Realized Price dan pelabur jangka pendek selepas kejatuhan ini?
  3. Adakah liquidation lebih $2 bilion sudah cukup membersihkan leverage, sedangkan ETF pula mencatat aliran keluar yang besar?
  4. Dan paling penting, apa yang perlu berlaku untuk kita menganggap lantunan ini benar-benar mempunyai asas — bukan sekadar harga berehat sebelum jatuh lagi?

Saya cenderung melihat kawasan $80,400–$85,000 sebagai julat penting untuk minggu ini dengan bias risiko ke bawah yang lebih besar berbanding minggu lepas. Neckline sekitar $82,814 menjadi pivot yang perlu diperhatikan, manakala $80,000 ialah paras penting yang boleh mengubah thesis jika ditembusi melalui daily close.

Sebab tu saya pecahkan Outlook kali ini layer by layer daripada semakan ketepatan laporan lepas, struktur harga, on-chain, aliran institusi, macro dan CPI, sehinggalah kepada tiga kemungkinan scenario yang perlu kita bersedia hadapi.

Kita tak boleh kawal apa yang CPI akan keluarkan, dan kita tak boleh paksa market bergerak ikut jangkaan kita.

Tapi kita boleh tengok bukti, kenal pasti apa yang berubah dan tahu di mana thesis kita perlu dinilai semula.

Minggu ini, persoalannya bukan lagi sama ada $82K boleh bertahan tanpa diuji. Market dah pun mengujinya. Sekarang kita nak tengok sama ada pembeli masih mampu mempertahankan kawasan ini apabila tekanan datang sekali lagi.

Jom kita bedah Bitcoin minggu ini.

Tapi apa-apa ini Bukan Nasihat Kewangan/Pelaburan, Data adalah hanya sekadar data ia bukan satu keputusan market, ia cuma pelengkap cerita makro dan selebihnya market jugak (tangan ghaib) yang menentukan keputusan.

— Cikgu Mayee MyCryptoversity Research & Strategy Desk

Mycryptoversity
Research & Strategy Desk
Market Outlook Report
Cikgu Mayee Nazrich
mycryptoversity.net
Weekly Outlook 10 — 16 Oktober 2026
Multi-Timeframe Analysis (1D / 3H / 1H) | ETF Keluar $729 Juta Dua Sesi | Dec Hike Odds 82% | Weekly Research Brief
Harga Semasa $82,431
ATH $126,080
Fed Funds 3.75–4.00%
Dec Hike Odds 82%
DXY ~102.3
US10Y ~5.25%
Fear & Greed 56
Accuracy Review
Postmortem Laporan 3 Oktober 2026 | Base Case Hit Pada Close, Tapi $82K Pecah Dan Tiga Andaian Tersasar
▶ Accuracy Review — Laporan BTC Outlook 3 Okt 2026
Kita tulis “$82,000 tidak diuji”. Empat hari kemudian ia pecah ke $80,427. Thesis diuji, belum patah. Tapi tiga andaian kita salah.
1. Thesis vs Reality
Kita forecast Base Case “Range $82K-$87K” (45%), Bullish “Target $87,000-$92,000” (30%) dan Bearish “Target $78K-$81K” (25%) untuk minggu 3-9 Okt.

BTC ditolak buat kali ketiga dari siling $87K (high minggu ~$86.7K, 6-7 Okt), tutup $85,552 pada 6 Okt dan $83,322 pada 7 Okt. Kemudian Khamis 8 Okt harga tembusi bawah $82,000, cecah low $80,427, tutup $82,681 dan kini $82,431.

Base Case: HIT PADA CLOSE — harga kekal dalam $82K-$87K hampir sepanjang minggu dan close semasa masih dalam julat, tapi hanya $431 di atas lantai. Bearish: PARTIAL HIT — low $80,427 masuk zon $78K-$81K, tapi tidak bertahan di sana. Bullish: TIDAK BERLAKU — siling $87K tidak ditembusi.
2. Paras Harga
$82,000 (“support kritikal, TIDAK diuji”): MISS — ia pecah intraday Khamis (low $80,427, $1,573 di bawah) dan direbut balik dalam beberapa jam. Support bukan tembok, ia zon yang boleh ditembusi.

$87,000-$87,600 rejection berulang: HIT — ditolak lagi, lower high ketiga berturut (87.2K → ~86.9K → 86.7K).

STH paling vulnerable: HIT — flush Khamis bermula tepat di zon kos pelabur jangka pendek.

Thesis-break: weekly close bawah $82,000: BELUM DIPUTUSKAN — close mingguan sebenar jatuh Ahad. Harga $82,431 hanya $431 di atas paras itu.
3. Confidence Tag Review
Certain “$82,000 tidak diuji semula” — SALAH. Tag Certain pada paras harga yang belum diuji adalah terlalu yakin. Tiada paras yang Certain sebelum ia diuji. Kita perketat disiplin ini minggu ini.

Likely Structural buyer akan tangkap dip — PARTIAL. Pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC (~$1.16B) sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K, dan lantunan $3K dari low Khamis nyata. Tapi pembeli itu bukan ETF: ETF keluar $729M dalam dua sesi.

Guessing “Liquidation besar biasanya datang berganda” — TEPAT. Rabu $548M, Khamis $1.19B, jumlah tiga hari melebihi $2 bilion. Open interest malah naik 4% semasa harga turun 5%, bukti leverage dibina semula sebelum flush.
4. Apa Yang Terlepas Pandang
Minyak dan Iran: TERLEPAS. Brent kekal sekitar $103 dan menolak yield. Laporan lepas fokus pada shutdown dan jobs; ia tidak meletakkan harga minyak sebagai pemacu yield. Rebound Khamis-Jumaat pula datang selepas Trump kata tiada serangan ke Iran sebelum pilihan raya 3 Nov.

“Odds hike runtuh = tekanan Fed reda”: SALAH BACA. Odds hike Okt memang kekal rendah (18%), tapi pasaran hanya mengalihkan hike ke Disember (82%). Yield 10Y malah cecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002.

Aliran ETF akan pulih: SALAH. Rabu -$485M, hari keluar terbesar sejak Jun. Minggu ini dijangka jadi keluar bersih mingguan pertama dalam empat minggu, dan MTD kini -$407M.
Pembetulan Data — Dua Angka Laporan Lepas Disemak Semula

Minggu ini kita ukur semula garis-garis LookIntoBitcoin terus dari carta (paksi log), dan semak dengan sumber luar. Hasilnya: Terminal Price ialah ~$289K, bukan ~$95K-100K seperti ditulis sebelum ini. Balanced Price ialah ~$37K-40K, bukan ~$75K-78K (ia dikira Realized Price tolak Transferred Price, jadi sentiasa di bawah Realized Price). LTH Realized Price ~$47K-50K, bukan ~$37K-42K. Selain itu, sumbu 6 Feb 2026 ialah ~$60K, bukan $74,233 seperti ditulis. Kesimpulan lepas bahawa struktur on-chain tidak retak kekal, tetapi ayat “runway $10K-15K ke Terminal Price” tidak betul: runway teori jauh lebih besar. Semua angka garis on-chain minggu ini ditandakan sebagai anggaran dari carta (ralat sekitar 5%).

Layer 1
Situasi Semasa | Neckline Double Bottom Diuji, Segitiga Naik Gagal, Compression Di 1D / 3H / 1H

Certain BTC berada di $82,431 pada Sabtu 10 Oktober (OANDA, 07:06 UTC), selepas minggu yang bermula dengan percubaan ketiga menembusi siling $87K dan berakhir dengan lantai $82K pecah sekejap. Selasa 6 Okt, BTC ditolak dari ~$86.7K dan tutup $85,552. Rabu, ETF Bitcoin keluar $485 juta, hari keluar terbesar sejak Jun, dan hasil Treasury 10Y mencecah 5.36%, paras tertinggi sejak 2002. Khamis, $1.19 bilion kedudukan leverage dilikuidasi dan BTC cecah $80,427 sebelum melantun ke ~$83.4K dan tutup $82,681. Jumlah liquidation tiga hari melebihi $2 bilion. Pagi ini harga duduk $431 sahaja di atas lantai yang kita panggil “support kritikal” minggu lepas.

 

BTC/USD — 3 Hour | 21 Ogos — 10 Okt 2026 | OANDA via TradingView

BTC 3H Chart 10 Oktober 2026

Di 3H, harga tengah bina ascending triangle selepas lonjakan 22 September. Resistance mendatar di $87.2K hingga $87.4K, manakala support plak naik perlahan dari $82.6K ke ~$84K. Tapi tiga kali harga cuba naik, tiga kali juga high-nya lebih rendah dan support segitiga tu akhirnya pecah Rabu hingga Khamis. Low $80,427, sebelum harga melantun dan merebut semula $82.5K.

Sekarang harga memampat dalam julat $82K hingga $87.4K. Di bahagian atas, seller masih menjaga zon $85,000 hingga $86,500, buyer September tengah tunggu masa nak keluar bila balik modal. Di bawah, pemegang besar (big hodler) telah menambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt dengan bid terbesar di $81,000.

Level yang kita pantau, dari atas ke bawah: $87,200 hingga $87,400, $85,000 hingga $86,500, $84,000, kemudian lantai julat $82,000 hingga $82,500, $81,000 dan $80,427. Jika semua tu pecah, $77,500 dan $75,025 jadi sasaran.

Untuk jadi pulih, kita perlukan dua close 3H berturut-turut di atas $84,000, kemudian zon $85,000 hingga $86,500. Selagi itu belum berlaku, ia masih julat, bukan breakout.

Certain $82,814 ialah high Mei dan neckline double bottom Daily. Khamis tutup $82,681, hanya $133 di bawahnya, selepas cecah $80,427 dalam sesi yang sama. Neckline yang ditembusi biasanya diuji semula, dan ujian itu sedang berlaku sekarang. Sama ada ujian ini jadi pangkalan atau jadi perangkap, CPI Rabu 14 Okt yang akan menjawabnya.
Layer 2
Price Structure | Peta Paras, BTC Dominance Dan Struktur Pasaran Kripto
Paras Harga Jenis  remark Confidence
Terminal Price Upper Bound ~$289K Batas atas teori kitaran. Harga semasa hanya ~29% daripadanya. Bukan pencetus jangka pendek; fungsinya sebagai penanda bahawa kitaran ini jauh dari fasa euphoria. Angka dari NewHedge, disahkan dengan ukuran carta. Likely
$87,738 Siling Yearly Open (Resistance) Paras rujukan tahunan. Daily close di atasnya ialah syarat breakout sebenar. Sumber: carta TradingView kita. Certain
$87,200 — $87,400 Ceiling 3H (Resistance) Dua sentuhan penuh (22 Sept, 2-3 Okt) dan satu percubaan lemah 6-7 Okt (~$86.7K). Setiap percubaan menghasilkan high lebih rendah. Certain
$85,000 — $86,500 Cost-Basis Cluster / Sell Wall Zon kos asas pembeli September. Sell wall $86,500. Pembeli di sini mahu keluar pada titik pulang modal, jadi ia penjual semulajadi. Likely
$84,000 Reclaim Pertama (Resistance) Purata 21 hari ~$83,850. Tiada reclaim di sini, tiada isyarat awal. Certain
$82,814 Neckline Double Bottom (High Mei) Pivot Daily. Khamis tutup $82,681, $133 di bawahnya. Resistance yang tadinya support. Certain
$82,431 ← HARGA SEMASA Retest Neckline 10 Okt 2026, 07:06 UTC (OANDA). $431 di atas lantai julat $82,000. Certain
$82,000 Support Julat 3H Lantai sejak 24 Sept. Pecah intraday Khamis, direbut semula. Close mingguan Ahad di bawah ini ialah amaran awal. Certain
$81,000 Support (Bid Block) Bid block terbesar. Likuiditi yang menyerap jualan semasa flush Khamis. Likely
$80,427 Low Khamis (Support) Low 8 Okt. Bawah ini, struktur 1H dan 3H rosak. Certain
$75,025 — $77,500 Support Struktur (Low 15 Sept) Low September $75,025. Purata kos Strategy (MSTR) ~$75,974 duduk di zon ini, jadi ia paras pertahanan institusi bersejarah. Certain
STH Realized Price Retail Baru ~$71K-75K Kos purata pelabur jangka pendek (<155 hari). BTC kini +10-16% di atas. Anggaran dari carta (paksi log tidak berlabel), ralat ~5%. Likely
LTH Realized Price Smart Money ~$47K-50K Kos purata pemegang jangka panjang (>155 hari). BTC +65-75% di atas. Diukur dari carta; angka lama kita ($37K-42K) terlalu rendah. Likely
Overall Realized Price Keseluruhan ~$52K-55K Kos purata seluruh pasaran. BTC +50-58% di atas. Anggaran dari carta. Likely
Balanced Price Bear Floor Model ~$37K-40K Realized Price tolak Transferred Price, jadi sentiasa di bawah Realized Price. BTC +105-130% di atas. Angka lama kita ($75K-78K) tersalah; dibetulkan minggu ini. Likely
Certain Harga semasa $82,431 duduk di atas semua garis kos asas (STH, LTH, Overall, Balanced) dan di bawah semua paras rejection. Yang menarik: jarak ke STH Realized Price kini hanya 10-16%, jauh lebih nipis berbanding LTH. Itu sebabnya flush Khamis bermula tepat apabila harga menghampiri zon kos pelabur jangka pendek yang beli semasa lonjakan September. Minggu ini pertanyaan bukan lagi “adakah $82K support”, tapi “adakah neckline $82.8K jadi pangkalan atau perangkap.”
Market Cap BTC Dominance % — 1 Day | Jan — 10 Okt 2026 | CRYPTOCAP via TradingView

BTC Dominance 1D Chart 10 Oktober 2026

Certain BTC Dominance 59.95%: menguji semula rintangan ~60% (puncak ~60.4% pada awal September, ~61.2% pada Mei, dasar ~57.9% pada awal Jun). Perhatikan sebab ia naik: BTC jatuh ~3% minggu ini, tetapi Ether jatuh ~7%. Dominance naik kerana altcoin jatuh lebih laju, bukan kerana modal baharu masuk ke BTC. Ini bukan isyarat risk-on.

Likely Aliran modal: jumlah market cap kripto ~$2.8 trilion (BTC ~$1.67T). Bekalan stablecoin hampir mendatar: USDT ~$184.1B (+0.10% seminggu), USDC ~$73.1B (-1.31%, kira-kira -$967 juta), lima stablecoin teratas ~$273.7B (-0.21%). Tiada serbuk kering baharu masuk. TVL DeFi seluruh rantaian ~$91.5B (Ethereum ~$51.3B, Base ~$6.2B, Solana ~$6.2B, Tron ~$5.7B, BSC ~$5.6B, Bitcoin ~$4.4B). Hanya ETF XRP kekal hijau (+$8M Khamis); ETF Ether keluar lapan sesi berturut-turut (-$641M).

Layer 3
On-Chain Intelligence | NUPL, MVRV, SOPR, RHODL, Realized Price Framework Dan Fear & Greed
Nota Data Minggu Ini

Certain Angka garis on-chain dalam Layer 3 ialah anggaran dari kedudukan garis pada carta LookIntoBitcoin (paksi log tidak berlabel, ralat sekitar 5%), bukan bacaan terus. Data wallet-level Arkham dan Lookonchain tidak dapat diakses minggu ini; sebagai proksi kita guna aggregat “pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt” daripada laporan pasaran.

Certain NUPL ~0.36 (Optimism/Anxiety): naik dari dasar ~0.10-0.15 pada Ogos ke ~0.36, dan sedikit stabil walaupun flush Khamis. Masih jauh dari zon Belief/Denial (0.50-0.75) dan euphoria (>0.75). Majoriti pemegang untung sederhana. Struktur ini tidak menyerupai puncak: puncak datang bila NUPL tinggi, bukan bila ia baru pulih dari dasar.

Likely MVRV Z-Score — zon rendah/Normal: Z-Score berada jauh di bawah puncak-puncak 2013, 2017 dan 2021, dan Market Cap hanya sedikit di atas Realized Cap. Ini struktur yang tidak overheated. Angka tepat tidak boleh dibaca dari carta; kita labelkan ia sebagai zon rendah-ke-normal, tidak lebih.

Likely SOPR — hampir neutral, campuran hijau dan merah: bar terkini kecil dan bercampur. Tiada spike hijau besar (profit-taking agresif) dan tiada spike merah dalam (capitulation menyeluruh) seperti 2020 atau 2022. Pemegang yang jual semasa flush Khamis secara purata menjual hampir pada kos mereka. Itu konsisten dengan tafsiran bahawa tekanan jual datang dari pelabur baru di titik pulang modal, bukan dari pemegang lama.

Likely RHODL Ratio ~600-1,000 (zon pertengahan): jauh di atas zon hijau accumulation (<350) dan jauh di bawah zon merah FOMO (>22,000). Garis telah turun hampir sepanjang 2025-2026 dan berhenti turun di sekitar paras ini. Retail belum masuk beramai-ramai; FOMO belum sampai.

Likely Terminal Price ~$289K (pembetulan): garis Terminal Price berada jauh di atas ATH $126K, dan BTC hanya ~29% daripadanya. Dalam laporan lepas kita tulis ~$95K-100K; itu salah. Terminal Price bukan alat timing jangka pendek. Fungsinya satu: menunjukkan kitaran ini jauh dari fasa di mana BTC historikal menyentuh batas atasnya. Ia tidak memberitahu apa-apa tentang CPI Rabu.

 

Fear & Greed Index — CMC | 10 Okt 2026 | coinmarketcap.com/charts/fear-and-greed-index

Fear and Greed Index CMC 10 Oktober 2026

Certain Fear & Greed 56 (Neutral): turun dari 67 minggu lepas dan 67 bulan lepas, dan jauh dari puncak tahunan 82 (27 Ogos). Dasar tahunan 5 (6 Feb). Sentimen kembali ke tengah selepas tiga minggu zon Greed. Crowd tidak panik, tapi tidak lagi yakin.

Realized Price Framework | Empat Model Serentak

Empat model Realized Price ini memberikan kita gambaran paling lengkap tentang di mana setiap kumpulan pemegang berdiri berbanding harga semasa $82,431. Semua angka di bawah ialah anggaran dari kedudukan garis pada paksi log, bukan bacaan terus.

Likely Overall Realized Price ~$52K-55K: BTC +50-58% di atas kos purata seluruh pasaran. Majoriti pemegang dalam untung kukuh. Jauh dari 3-4x Realized Price yang selalu menandakan puncak.

Likely LTH Realized Price ~$47K-50K: BTC +65-75% di atas kos pemegang jangka panjang (angka lama kita $37K-42K terlalu rendah). Tiada tanda distribution walaupun flush Khamis. Pemegang besar malah menambah.

Likely STH Realized Price ~$71K-75K: pada skala log garisnya nampak hampir bertindih dengan harga, dan itu menipu mata. Jarak sebenar ~10-16%. Ini kumpulan paling vulnerable: pelabur yang beli semasa lonjakan Ogos-September dengan kos purata di sekitar sini, tanpa cushion tebal. Satu lagi flush ke $75K akan bawa mereka ke titik pulang modal.

Likely Balanced Price ~$37K-40K (pembetulan): garis ini sentiasa di bawah Realized Price kerana ia dikira Realized Price tolak Transferred Price. Dalam laporan lepas kita letak ia di $75K-78K; itu tersalah. Fungsinya bukan fair value dekat harga, tetapi anggaran dasar kitaran bear. BTC +105-130% di atasnya.

Terminal Price
~$289K
Batas atas teori. BTC ~29% daripadanya.
NUPL 0.50-0.75
Belief/Denial
Bull matang. Belum sampai.
~0.36 ◀ KITA
Optimism/Anxiety
Sihat. Pulih dari dasar Ogos.
Balanced Price
~$37K-40K
Anggaran dasar bear. BTC +105-130% di atas.
MVRV Z-Score
Zon Rendah/Normal
Jauh di bawah puncak 2013/2017/2021. Market Cap rapat dengan Realized Cap. Tidak overheated.
NUPL
~0.36
Optimism/Anxiety. Pulih dari ~0.10-0.15 pada Ogos. Belum euphoria.
SOPR
Hampir Neutral
Tiada spike merah atau hijau besar. Flush Khamis bukan capitulation menyeluruh.
RHODL Ratio
~600-1,000
Zon pertengahan. Jauh dari merah FOMO (>22,000) dan hijau accumulation (<350).
LTH Realized Price
~$47K-50K
BTC +65-75% di atas. LTH diam, pemegang besar menambah.
Overall Realized Price
~$52K-55K
BTC +50-58% di atas. Majoriti dalam untung kukuh.
STH Realized Price
~$71K-75K
BTC +10-16% di atas. Cushion paling nipis. Kumpulan paling vulnerable.
Balanced Price
~$37K-40K
Anggaran dasar bear. BTC +105-130% di atas.
Likely Gambar besar: struktur on-chain tidak retak, tetapi ia tidak menjanjikan apa-apa dalam tempoh seminggu. LTH dalam untung besar dan diam, NUPL, MVRV dan RHODL masih jauh dari zon puncak. Kumpulan yang tertekan ialah STH: kosnya hanya 10-16% di bawah harga dan itulah yang dilikuidasi dan dijual Khamis lepas. Dua kuasa bertentangan: dasar struktur yang kukuh, dan lapisan atas yang nipis. Itu menjelaskan kenapa harga boleh jatuh $7K dalam seminggu tanpa merosakkan satu pun carta on-chain jangka panjang.
Layer 4
Macro Deep Dive | Yield 5.36%, Dollar Kukuh, Minyak $103, Dan Hike Yang Dialih Ke Disember

Minggu lepas kita tulis paradox: Fed nampak lebih dovish, tetapi yield tertinggi sejak 2002. Minggu ini paradox itu bertukar menjadi tekanan sebenar. Yield 10Y mencecah 5.36% pada Rabu, 30Y 5.73%, indeks dollar menyentuh ~102.5 (tertinggi sejak April 2025), dan Brent kekal sekitar $103. Dalam masa yang sama S&P 500 duduk dekat 7,765, hampir paras rekod, manakala BTC -34.6% dari ATH. Ini adalah perbezaan yang patut dipersoalkan, bukan diterima.

Certain Fed — Hike Dialih, Bukan Hilang: julat Fed Funds 3.75%-4.00%. CME FedWatch letak 18% untuk hike Oktober dan 82% untuk Disember. Dalam laporan lepas kita baca runtuhnya odds Oktober (67.5% ke 17%) sebagai tekanan Fed reda. Itu tafsiran yang tergesa-gesa: pasaran hanya mengalihkan hike ke Disember. CPI September Rabu 14 Okt dengan konsensus 3.6% y/y dan +0.6% m/m (Ogos +0.4%) akan tentukan sama ada Disember jadi 82% atau lebih. Pengerusi Fed Kevin Warsh berucap Jumaat 16 Okt, dan tempoh senyap Fed bermula 17 Okt menjelang FOMC 27-28 Okt.

Certain Minyak, Iran Dan Yield: Brent sekitar $103 (paras $105 dipantau pasaran) menolak jangkaan inflasi dan yield. Rebound Khamis-Jumaat datang selepas Trump kata tiada serangan ke Iran sebelum pilihan raya 3 November. Ini bermakna kripto kini sensitif kepada tajuk minyak dan geopolitik, bukan hanya kepada data Fed.

Kenapa Saham Hampir Rekod Tapi BTC -34.6% Dari ATH?

Likely Dua pasaran ini dibayar oleh sumber likuiditi berbeza. Saham didorong pendapatan korporat dan tema AI. BTC bergantung pada likuiditi marginal: aliran ETF (negatif minggu ini, -$729M dalam dua sesi), bekalan stablecoin (mendatar) dan leverage (baru dilikuidasi). Bila yield 10Y menyentuh 5.36%, aset tanpa aliran tunai seperti BTC menanggung kos peluang paling tinggi. Divergence ini tidak akan bertahan selama-lamanya: sama ada saham turun mengejar BTC, atau BTC naik apabila yield reda.

Human Pressure Lens

Siapa yang terpaksa jual Khamis lepas? Bukan pemegang lama. Mereka dalam untung +65-75% dan, mengikut data pasaran, pemegang besar menambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt. Yang terpaksa jual ialah trader leverage yang buka posisi long selepas rebound awal minggu. Open interest naik 4% semasa harga jatuh 5%, jadi leverage dibina semula ketika harga turun. Rabu $548 juta dilikuidasi, termasuk $403 juta long BTC dalam satu jam. Khamis $1.19 bilion. Mereka tidak ada pilihan: margin call automatik tutup posisi pada harga yang sedang jatuh. Di belakang mereka, ETF turut keluar $729 juta dalam dua sesi, bersamaan 8,790 BTC atau 19.5 hari penerbitan baharu. Tekanan ini nampak sementara, kerana funding rate kini hanya 7.1% tahunan berbanding 26.9% sebelum kejatuhan Oktober 2025. Tapi soalan sebenar: berapa banyak lagi leverage yang menunggu CPI Rabu?

Likely Divergence Kunci: naratif institusi (ETF sebagai pembeli struktur) bertentangan dengan angka minggu ini: ETF keluar, sementara dompet besar menambah. Pemegang besar menyerap jualan, tetapi mereka bukan ETF. Selagi ETF tidak kembali sebagai pembeli, setiap lantunan bergantung pada dompet besar.

Luno x Mycryptoversity

Partner Rasmi Mycryptoversity
Beli Bitcoin Pertama Korang
Dengan Selamat Di Luno
Luno adalah exchange kripto berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019. Beli BTC, ETH, XRP dan LTC dengan mudah mulai RM50.

Daftar Sekarang →

luno.com/invite/Y85B6

QR Luno

Scan Untuk Daftar
ⓘ Pautan affiliate Mycryptoversity. Luno berlesen SC Malaysia. Buat kajian sendiri sebelum melabur.
Layer 5
Scenario Planning | Minggu 10 — 16 Oktober
Bullish
25%
Target: $85,000 — $87,738
CPI Rabu sama atau di bawah jangkaan (3.6% y/y), odds hike Disember turun di bawah ~70%, yield 10Y kembali bawah 5.2%. ETF bertukar inflow. 3H close di atas $85,000 dan isyarat 1H-3H terkunci. Breakout sebenar hanya jika Daily close di atas $87,738.
Base Case
40%
Range: $80,400 — $85,000
CPI hampir jangkaan, tiada kejutan besar. Neckline $82,814 jadi pivot: harga berombak sekitar $82K-$84K, lantai $80,427 bertahan, ETF flow neutral. Compression Daily berterusan, penyelesaian ditangguh ke FOMC 27-28 Okt.
Bearish
35%
Target: $77,500 — $80,000
CPI panas (0.7% m/m atau teras kuat), odds hike Disember melepasi 90%, yield 10Y cecah paras baharu di atas 5.36%. ETF terus keluar. Daily close di bawah $80,000 membatalkan retest neckline dan membuka laluan ke $77,500 dan $75,025.
Layer 6
Catalyst Deep Dive | CPI 14 Okt, Retail Sales & PPI, Ucapan Warsh, ETF Flow

Minggu ini mempunyai satu catalyst yang menentukan segalanya dan tiga yang menguatkannya. Jadual data padat dari Rabu hingga Jumaat, dengan pasaran sudah tegang selepas flush Khamis.

Certain CPI September — Rabu 14 Okt, 8:30 pagi ET: konsensus 3.6% y/y dan +0.6% m/m, selepas Ogos +0.4% headline dan +0.3% teras. Jangkaan +0.6% sudah tinggi, jadi margin untuk kejutan ke atas dan ke bawah sama-sama besar. Angka panas menolak odds hike Disember melebihi 82% dan yield 10Y ke paras baharu. Angka sejuk memberi yield ruang bernafas dan memberi BTC alasan untuk merebut neckline $82.8K.

Certain Retail Sales & PPI — Khamis 15 Okt: disusun bersama jobless claims dan Philly Fed. Selepas CPI, data ini menentukan sama ada pergerakan Rabu bertahan atau dibalikkan. Pada Jumaat 16 Okt, Pengerusi Fed Kevin Warsh berucap dan opsyen tamat tempoh. Tempoh senyap Fed bermula 17 Okt.

Likely Aliran ETF: ETF Bitcoin keluar $485 juta (Rabu) dan $244 juta (Khamis), dengan FBTC menyumbang $197 juta pada Khamis. Minggu ini dijangka jadi keluar bersih mingguan pertama ETF Bitcoin dalam empat minggu. ETF Ether keluar lapan sesi berturut-turut (-$641M). Hanya ETF XRP kekal hijau (+$8M Khamis). Tanpa pembalikan di sini, lantunan bergantung pada dompet besar.

Certain SEC Regulation Crypto Assets — Tutup Komen 20 Okt: proses rulemaking SEC berjalan selari dengan kebuntuan CLARITY Act di Kongres. Kesan pasaran jangka pendek dijangka kecil.

Certain Jangkaan CPI +0.6% m/m sudah bukan angka biasa. Jika ia keluar +0.5%, pasaran boleh anggap ia lega; jika +0.7%, odds hike Disember boleh melepasi 90% dalam beberapa jam. BTC kini duduk $431 di atas lantai julat, jadi respons kepada angka panas akan lebih tajam berbanding minggu lepas, kerana leverage baharu masih dibina semula.
Likely Pemegang besar menambah lebih 14,000 BTC sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K, dan lantunan $3K dari low Khamis ($80,427) berlaku selepas Trump menolak serangan ke Iran. Dua penyokong bersama: dompet besar sebagai pembeli, dan kurang risiko geopolitik jangka pendek. Tetapi kedua-duanya berfungsi sebagai lantai, bukan sebagai enjin kenaikan.
Layer 7
Institutional Targets | Ke Mana Tangan Besar Melihat Selepas Flush
Spot ETF Flows (SoSoValue)
-$729M / 2 Sesi
Rabu -$485M (terbesar sejak Jun), Khamis -$244M. MTD -$407M, bersamaan 8,790 BTC atau 19.5 hari penerbitan baharu. Dijangka jadi keluar mingguan pertama dalam empat minggu.
Strategy (MSTR)
Kos Purata ~$75,974
Low 15 Sept ($75,025) hanya $949 di bawah kos purata ini. Zon $75K-$77K kekal paras pertahanan institusi bersejarah.
Pemegang Besar
+14,000 BTC (~$1.16B)
Ditambah sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K. Inilah pembeli sebenar semasa flush Khamis. Bukan ETF.
CME FedWatch
18% Okt / 82% Dis
Odds hike Oktober kekal rendah, tetapi pasaran menjangka pengetatan disambung pada Disember. Kadar tersirat Fed ~4.68% menjelang September 2027.
Polymarket (Okt)
$85K 79.5% / $80K 65.5%
Kebarangkalian menyentuh paras dalam Oktober: $85K 79.5%, $87.5K 53.5%, $80K 65.5%, $77.5K 40.5%. Pasaran menjangka volatiliti dua arah.
Sasaran Bank (Rujukan Lama)
$100K – $125K
Standard Chartered $100K hujung tahun dan Bernstein $125K dirujuk dalam laporan lepas. Kita tidak menyemak semula angka ini minggu ini; anggap ia rujukan lama, bukan kemas kini.
Hard Truth

Dua minggu berturut-turut saya tulis “structurally bullish kekal”, dan minggu lepas saya letak tag Certain pada sebuah paras harga yang belum diuji. Empat hari kemudian ia pecah. Itu pelajaran yang tidak selesa. Ada satu lagi: beberapa angka on-chain dalam laporan lepas, Terminal Price dan Balanced Price, ialah anggaran yang tidak diukur dari carta. Kedua-duanya tersasar jauh. Kami betulkan di atas, kerana pembaca yang membuat keputusan atas angka itu berhak tahu. Satu soalan yang saya tidak mahu elak: jika $82K pecah dan neckline $82.8K gagal, adakah thesis structurally bullish kita masih thesis, atau sekadar harapan yang saya ulang-ulang?

Layer 8
Risk Assessment | Tailwinds vs Headwinds Minggu Ini

Tailwinds — Yang Sokong BTC

  • →Neckline double bottom Daily ($82,814) sedang diuji dari atas. Retest yang bertahan ialah corak kenaikan klasik.
  • →Pemegang besar tambah lebih 14,000 BTC (~$1.16B) sejak 1 Okt, tertumpu $82K-$85K. Mereka menyerap jualan Khamis.
  • →LTH dalam untung +65-75%, tiada tanda distribution. NUPL ~0.36, MVRV dan RHODL jauh dari zon puncak.
  • →Funding rate hanya 7.1% tahunan berbanding 26.9% sebelum kejatuhan Oktober 2025. Leverage lebih bersih.
  • →Trump: tiada serangan ke Iran sebelum 3 Nov. Risiko geopolitik jangka pendek reda, dan harga minyak boleh mendingin.
  • →Terminal Price ~$289K, jauh dari fasa euphoria. Ruang struktur jangka panjang besar.

Headwinds — Yang Boleh Tekan BTC

  • →Yield 10Y 5.36% (puncak Rabu), tertinggi sejak 2002. 30Y pernah 5.73%. Kos peluang tertinggi dalam dua dekad.
  • →Hike Disember 82% (CME). Fed bukan dovish; ia hanya menunda hike. CPI Rabu boleh tolak odds lebih tinggi.
  • →ETF Bitcoin keluar $729 juta dalam dua sesi, MTD -$407M. Pembeli institusi berundur ketika dibantu yield tinggi.
  • →$2 bilion+ liquidation dalam tiga hari. Open interest naik 4% semasa harga turun 5%, bermakna leverage sedang dibina semula.
  • →DXY ~102.3, tertinggi sejak April 2025. Dollar kukuh ialah headwind klasik bagi BTC.
  • →STH Realized Price hanya 10-16% di bawah harga. Satu flush ke $75K membawa pelabur baru ke titik pulang modal.
Layer 9
Event Calendar | 7 Oktober — 11 Disember 2026
7–8 Okt
ETF Keluar $729M, Liquidation $1.19B, Low $80,427 Rampung
Yield 10Y cecah 5.36%, ETF Bitcoin keluar $485M (Rabu) dan $244M (Khamis), BTC cecah $80,427 dan melantun ke $83.4K.
14 Okt
Rabu
CPI September (8:30 pagi ET) Kritis Tertinggi
Konsensus 3.6% y/y dan +0.6% m/m (Ogos +0.4%). Catalyst utama minggu ini; tentukan odds hike Disember dan arah yield.
15 Okt
Khamis
Retail Sales, PPI, Jobless Claims, Philly Fed Penting
Disusun selepas CPI. Menentukan sama ada pergerakan Rabu bertahan atau dibalikkan.
16 Okt
Jumaat
Ucapan Pengerusi Fed Kevin Warsh + Opsyen Tamat Tempoh Penting
Nada Fed sebelum tempoh senyap. Tamat tempoh opsyen boleh tambah volatiliti harga sekitar paras strike besar.
17 Okt
Sabtu
Tempoh Senyap Fed Bermula Sederhana
Tiada ucapan Fed sehingga FOMC. Pasaran bergantung pada data.
20 Okt
Tarikh Tutup Komen SEC — Regulation Crypto Assets Sederhana
Laluan regulatori SEC yang berjalan selari dengan kebuntuan CLARITY Act di Kongres.
27–28 Okt
FOMC Oktober Kritis Tertinggi
Odds hike Oktober 18%, tetapi nada Fed menentukan sama ada hike Disember (82%) dikekalkan atau ditunda.
3 Nov
Pilihan Raya Midterm AS Penting
Trump kata tiada serangan ke Iran sebelum tarikh ini. Selepas itu risiko geopolitik kembali.
11 Dis
Deadline CR Seterusnya Penting
Pembiayaan kerajaan FY2026 tamat lagi. Risiko shutdown kembali, bertembung dengan tempoh thin-liquidity Disember.
Layer 10
Directional Lean | Di Mana Saya Berdiri Selepas Flush Khamis
Directional Lean — 10 Oktober 2026
Structurally Bullish, Tapi Terancam. Neckline $82.8K Ialah Pertarungan Minggu Ini.
Certain Minggu lepas thesis kita diuji, dan sebahagiannya gagal. $82,000 pecah intraday ke $80,427, ETF keluar $729 juta, yield menyentuh 5.36%. Yang bertahan: neckline double bottom Daily ($82,814) masih dipertahankan, pemegang besar menambah, dan tiada carta on-chain jangka panjang yang rosak. Segitiga naik 3H gagal, jadi bentuk pendek rosak sementara bentuk besar belum.
Likely Minggu ini bergantung pada CPI 14 Okt. Jangkaan +0.6% m/m sudah tinggi, dan odds hike Disember sudah 82%. Jika CPI panas, yield dan dollar naik semula; jika sejuk, neckline $82.8K boleh direbut. Saya cenderung kepada julat $80.4K-$85K sebagai base case, dengan bias ke bawah lebih besar daripada minggu lepas (35% bearish berbanding 25%).
Guessing Sama ada $1.19 bilion liquidation sudah cukup membersihkan leverage atau hanya babak pertama. 18 tahun dalam market ajar saya bahawa flush yang bermula pada paras kos pelabur baru selalunya tidak berhenti selepas satu hari. Tetapi funding hanya 7.1% tahunan, jadi ini bukan struktur euphoria.
Thesis structurally bullish breaks jika: (1) Daily close di bawah $80,000 (di bawah low Khamis), kerana retest neckline gagal dan $77,500-$75,025 terbuka; (2) CPI +0.7% m/m atau lebih DAN yield 10Y membuat paras baharu di atas 5.36%; atau (3) ETF terus keluar secara konsisten melebihi $500M seminggu sementara pemegang besar berhenti menambah.
Conviction Level — Structurally Bullish (Terancam) / Emerging Signal, Tier 2: Struktur Daily Utuh, Aliran Institusi Negatif / Tactically: Tunggu CPI. Neckline $82,814 Sebagai Pivot, $80,000 Sebagai Invalidation / Position Sizing Konservatif / Jangan Tambah Sebelum 3H Close Di Atas $84,000
Minggu lepas saya tanya adakah pembeli struktur akan muncul lagi. Jawapannya separuh ya: dompet besar membeli, tetapi ETF menjual. $82,000 yang saya panggil support kritikal sudah pecah dan direbut balik dalam beberapa jam. Itu bukan kegagalan thesis; itu peringatan bahawa tiada paras yang selamat sebelum ia diuji. Dalam 18 tahun saya dalam market, saya belajar bahawa harga yang hampir tidak boleh jatuh biasanya jatuh pada hari paling tidak dijangka dan saya belajar satu lagi: yang bertahan melalui flush bukan yang paling yakin, tetapi yang paling jujur tentang apa yang dia tidak tahu. Jadi soalannya bukan lagi sama ada $82K akan bertahan. Soalan sebenar ialah: jika CPI Rabu datang panas, siapa yang masih mahu membeli, dan pada harga berapa?

DUA SUMBER BACAAN DARI MYCRYPTOVERSITY

Untuk Perjalanan Korang Seterusnya, Kalau Korang Serius Nak Berjaya!

Kalau korang serius nak faham kripto, nak jadi seorang Coiner yang Berjaya, 2 bahan bacaan ini bukan lagi pilihan, tetapi ia adalah satu KEWAJIPAN untuk korang miliki.
Senarai Sumber Bacaan
Panduan Lengkap Pemula Kripto

Produk 01

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Buku ini bukan sekadar buku, tetapi sebuah kompas rujukan yang wajib dimiliki semua yang ingin menjadi Coiner Berjaya, tak kira samada anda seorang pemula atau dah lama dalam dunia Kripto & Blockchain.

Ia mengupas asas Bitcoin, Altcoin, Blockchain, cara beli, simpan, elak scam, cara screening projek yang berpotensi, hinggalah ke strategi pelaburan jangka panjang. Ramai coiner terjerat dengan scam atau rugi kerana masuk tanpa ilmu, jadi buku ini hadir sebagai pelindung dan panduan sebenar.

30 Days War Map

Produk 02

30 Days War Map | Survival Psikologi Dalam Trading

Korang dah tahu strategi. Tapi kenapa masih rugi? Sebab musuh korang sebenar bukan market… ia dalam kepala korang sendiri.

eBook 30 War Map ni untuk korang faham bagaimana emosi, ego, dan gameplan market yang memusnahkan pelan yang rasional. Ini bukan teori. Ini pengalaman 18 tahun dalam market yang ditulis supaya korang tidak ulang kesilapan yang sama.

© Mycryptoversity. Hak Cipta Terpelihara.

PROFIL EKSEKUTIF PENULIS

Pengurusan Risiko Pasaran & Pengasas Komuniti | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich

Pengasas & Ketua Strategi | Mycryptoversity

Cikgu Mayee Nazrich adalah salah seorang Crypto Community Builder Malaysia dan pengasas MyCryptoversity sejak 2016. Beliau juga adalah salah seorang “Crypto OG” di Malaysia. Memulakan penglibatan profesional dalam industri pengurusan kekayaan sejak tahun 2008, beliau berpengalaman sebagai perunding kewangan berlesen (FIMM) sehingga 2017 dan aktif menguruskan portfolio ekuiti di Bursa Malaysia (2008 hingga 2015), pengamal dan penganalisis Teknikal Analisa, Fundamental dan Makro Ekonomi (2012 hingga kini) serta penulis di Blog www.mycryptoversity.net

“Saya mula mengenali Bitcoin tahun 2013 pada harga RM154, tapi saya tak beli sebab tak faham sehinggalah tahun 2015 baru saya beli pada harga Rm1,040. Dua tahun saya buang masa, tunggu faham dulu baru nak beli. Rupanya ini Silap, dari kesilapan itulah segalanya bermula.”
Cikgu Mayee Nazrich Bernama TV Cucuk Duit

Terlibat dalam dunia kewangan sejak 2008 sebagai perunding kewangan berlesen, Cikgu Mayee membawa pengalaman sebenar dari lantai pasaran ke dalam bilik darjah. Beliau bukan sahaja mengajar teori. Beliau mengajar dari luka, dari kesilapan dan dari keuntungan yang datang selepas keduanya.

Namun perjalanan itu tidak mudah. Pada tahun 2016, beliau ditipu dan kehilangan 114 BTC akibat scam. Pengalaman pahit itulah yang menjadi titik tolak. Bukan untuk berundur, tetapi untuk bangkit dan berkongsi. Masih pada tahun 2016, beliau melancarkan seminar “Bitcoin: Evolusi Kewangan” merentasi seluruh negara dan melahirkan Modul Berani Kripto yang sehingga kini telah melahirkan 17 orang jutawan kripto. Beliau juga pernah menjadi tetamu jemputan di Bernama TV dalam program Cucuk Duit (2021).

Dalam pasca fasa penstrukturan portfolio peribadi, beliau memfokuskan kepakaran kepada penganalisisan Teknikal, Fundamental, serta pemantauan aliran data Makro Ekonomi. Komitmen beliau dalam memberikan kesedaran perlindungan modal tercetus daripada pengalaman mitigasi risiko pasaran sebelum ini.

Hari ini, misi Cikgu Mayee kekal sama. Pastikan orang ramai tidak ulang kesilapan yang pernah dia buat sendiri.

Metrik Prestasi & Rekod Jejak Pasaran
18
Tahun Pengalaman dalam dunia Kewangan
9
Tahun Ekosistem Blockchain
17
Jutawan kripto telah dilahirkan
2016
Tahun Penubuhan Rasmi mycryptoversity

© Mycryptoversity Report Executive. Hak Cipta Terpelihara.

Related posts

Protected: Bitcoin Weekly Outlook 3 – 9 Okt,2026

Nazrich

Protected: Bitcoin Weekly Outlook 28-31 Julai, 2026

Nazrich

Pelombong Bitcoin Memperoleh Pendapatan USD $412.5 juta Pada Bulan April

Nazrich
error: Content is protected !!