25.3 C
Kuala Lumpur
April 21, 2026
Pendidikan

7 Tip Untuk Elak FOMO

Pelaburan dan perdagangan matawang kripto telah menukar kehidupan ramai orang. Ada yang hanya berumur 25 tahun telah berjaya menjadi jutawan apabila harga kripto melambung tinggi. Keterujaan mendengar berita sebegini menjadikan sesetengah daripada kita terus berlumba-lumba membeli matawang kripto tanpa melakukan sebarang penyelidikan.

Tiba-tiba harga kripto yang telah dibeli tadi jatuh mendadak. Maka menangislah di bucu katil. Habis duit simpanan yang dikumpul bertahun-tahun. Bermulalah episod menyalahkan orang lain. Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda?

FOMO atau Fear Of Missing Out adalah satu fenomena yang biasa dan boleh menyebabkan tekanan dalam kehidupan seharian. Dari sudut psikologi, FOMO adalah perasaan atau persepsi bahawa orang lain memiliki lebih keseronokan, menjalani kehidupan yang lebih baik atau mempunyai sesuatu yang lebih hebat dari anda. Kadangkala akan timbul rasa dengki dan iri hari sehingga menjejaskan self-esteem seseorang.

Dalam dunia pelaburan, FOMO berlaku apabila pelabur meletakkan sejumlah wang ke dalam aset yang biasanya telah melakukan kenaikan yang banyak. Kenaikan harga sesuatu aset akan menimbulkan keterujaan di kalangan pelabur terutamanya pelabur runcit. Pelaburan FOMO sangat berisiko untuk rugi kerana biasanya pelabur masuk ke dalam pasaran dengan tergesa-gesa tanpa melakukan penyelidikan.

Mengapa FOMO boleh berlaku? Bagaimana cara untuk mengatasi atau mengawal rasa FOMO tersebut. Berikut adalah 7 tip untuk anda mengelak daripada FOMO dalam pelaburan kripto.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar


signup luno

Mengapa Pelaburan FOMO Bahaya

Kajian tentang FOMO telah dijalankan oleh 2 lagenda berkenaan behavioural economics iaitu Daniel Kahneman dan Amos Tversky. Mereka berpendapat bahawa manusia akan merasai rasa kehilangan dua kali ganda daripada rasa keseronokan mendapat sesuatu. Anda mempunyai kerjaya yang stabil, tetapi apabila anda melihat rakan anda dapat menjana wang dari pelaburan saham atau kripto, anda akan rasa seperti anda ketinggalan dan kehilangan peluang. Jadi anda mahu cepat-cepat masuk ke dalam pasaran supaya anda juga dapat menjana keuntungan.

Dunia pelaburan hari ini bukanlah sekadar nombor dan analisa teknikal. Ia mengenai pemerkasaan dan kawalan kewangan anda. Suatu ketika dahulu, pelaburan hanya diceburi oleh golongan tertentu. Pada hari ini, aktiviti pelaburan kelihatan lebih mudah atau murah. Jadi semua orang boleh menjadi pelabur.

Dengan naratif sebegini, maka timbul kisah-kisah kejayaan, pulangan berlipat kali ganda dan keadaan euphoria di kalangan para pelabur. Suasana pasaran menjadi begitu rancak. Harga aset-aset memuncak dan sekaligus menentang arus petunjuk ekonomi negara yang semakin meruncing. Walau bagaimanapun, bak kata pepatah kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keadaan euphoria tadi sering diikuti dengan kejatuhan mendadak.


BINGX

7 Tip Untuk Elak FOMO

Tip No 1: Hanya Melabur Dalam Projek Yang Anda Benar-benar Yakin

Terdapat terlalu banyak projek dalam dunia kripto. Setiap coin atau token mempunyai kegunaan yang tersendiri. Sebahagiannya memiliki potensi dan impak jangka panjang yang mampu mengubah kehidupan akan datang, manakala sebahagian lagi mungkin hanya sekadar coin “meme”. Jadi, bagaimana anda tahu coin yang mana patut anda beli?

Anda mungkin rasa cemburu apabila mengetahui seseorang itu untung dengan sangat banyak dalam kripto. Jadi anda cuba untuk “meniru” keuntungan yang dijana olehnya. Anda semakin teruja apabila mereka memberitahu anda supaya masuk ke pasaran sekarang sebelum harga memecut sekali lagi kerana mereka percaya masih terdapat potensi kenaikan harga.

Cara yang paling baik ialah anda lakukan sendiri kajian terhadap aset yang anda ingin labur. Apabila anda faham fungsi dan kegunaan sesuatu coin atau token, anda akan tahu sebab mengapa anda patut membelinya. Dengan cara ini, anda sebenarnya mengambil tanggungjawab ke atas keputusan pelaburan anda. Tidak salah untuk mendengar pendapat orang lain, tetapi adalah lebih baik jika anda mempunyai pendapat dan pendirian anda sendiri.

Tip No 2: Keuntungan Jangka Panjang vs Jangka Pendek

Dalam pelaburan, anda pasti mahu membeli pada harga rendah dan jual bila harga tinggi. Anda sering mengimpikan pulangan pelaburan yang lumayan setiap kali anda memasuki pasaran. Mari kita imbau kembali perjalanan harga coin seperti $SHIB yang melakukan kenaikan mendadak pada 8 Mei dan 11 Mei 2021. Selepas kenaikan tersebut, harga $SHIB mula jatuh perlahan-lahan pada bulan berikutnya.

Anda pasti teruja melihat spike harga yang dilakukan oleh $SHIB. Dalam hati anda pasti terdetik, “kalau begini, cepatlah aku boleh jadi kaya”. Apabila harga mula melakukan penurunan, anda menjadi begitu hampa. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda dapat mengkaji terlebih dahulu potensi sesuatu aset untuk jangka masa panjang.

Jika coin atau token itu mempunyai kegunaan nyata yang memberi nilai kepada pengguna, maka ia memiliki potensi yang baik pada masa hadapan. Apabila pengadoptasian yang lebih luas berlaku terhadap coin atau token itu, nilainya pasti akan meningkat juga.

Jika anda memiliki matlamat dalam pelaburan kripto, anda akan lebih memahami potensi pulangan sesuatu coin atau token yang anda labur. Ini adalah amat penting terutamanya jika anda bukan pedagang kripto yang aktif. Anda juga boleh memperoleh pulangan daripada aset yang anda simpan dengan melakukan staking atau lending.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar


BINANCE BANNER 2022-R1

Tip No 3: Mempelbagaikan Portfolio Anda

Anda mungkin ada mendengar coin tertentu yang dijangka harganya akan meningkat naik dan anda bercadang untuk melaburkan kesemua wang anda ke dalam coin tersebut. Anda pasti dapat meraih keuntungan yang besar sekiranya harga coin tersebut betul-betul naik, tetapi anda sebenarnya mengambil risiko yang teramat tinggi. Jika harganya merudum, seluruh portfolio anda menjadi merah menyala.

Cara yang baik ialah anda beli beberapa coin dan bukan hanya satu coin. Strategi ini dapat membantu mempelbagaikan portfolio anda. Sekiranya harga satu coin jatuh, mungkin harga coin yang lain naik. Jadi secara keseluruhannya, portfolio anda masih untung.

Contohnya, anda mungkin pening kepala untuk melabur dalam Cardano, Polkadot atau Ethereum kerana ketiga-tiganya adalah platform kontrak pintar yang bagus. Jadi, mengapa tidak melabur ke dalam ketiga-tiganya? Dengan cara ini, risiko portfolio anda tidak tertumpu kepada hanya satu coin kerana anda telah membahagikan risiko tersebut. Ini juga bermaksud, prestasi portfolio anda tidak bergantung kepada hanya satu coin.

Tip No 4: Guna Teknik DCA

Teknik DCA atau Dollor Cost Averaging adalah satu strategi yang mana anda melabur jumlah yang sama ke dalam sesuatu aset pada masa yang ditetapkan secara berkala tanpa mempedulikan harga semasa. Ini bermakna anda akan memiliki lebih banyak aset kripto apabila harga aset tersebut rendah. Apabila harga tinggi, jumlah aset anda yang anda beli pada ketika itu juga akan berkurangan.


BYBIT 2024

Tip No 5: Jangan Asyik Semak Harga

Jika anda adalah orang yang sering melihat portfolio anda dan melihat berapa banyak yang anda rugi atau untung, anda mungkin perlu mengubah tabiat ini. Sering menyemak turun naik harga akan menjadi satu ketagihan.

Dengan menyemak harga terlalu kerap, anda mungkin akan dipengaruhi emosi. Anda cenderung untuk menjual pegangan anda apabila harga mula menurun. Sekiranya anda seorang pedagang jangka pendek, aktiviti menyemak harga adalah sesuai untuk anda. Namun jika anda adalah seorang pelabur jangka panjang, anda akan membeli dan menyimpan aset untuk satu jangka masa yang lama.


Tokenize 2023

Tip No 7: Labur Wang Yang Anda Sanggup “lebur”

Walaupun anda fikir bahawa matawang kripto memiliki potensi tinggi, anda tidak disarankan untuk membuat pinjaman dan menggunakan wang pinjaman tersebut untuk dilaburkan dalam pasaran kripto. Melabur menggunakan wang anda sendiri adalah pilihan yang paling selamat. Jika anda membuat pinjaman, ini bermakna anda telah menambah risiko dalam pelaburan anda kerana dalam masa yang sama anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut.

Kesimpulan

Pelaburan bukanlah semata-mata tentang keuntungan tetapi ianya lebih kepada pengurusan risiko. Anda perlu pastikan anda tidak mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Walaupun pulangan yang mungkin anda terima daripada pelaburan kripto adalah sangat tinggi, tetapi volatility pasaran kripto juga amat tinggi.

DYOR – Do Your Own Research


Chatroom - MyCryptoversity Circle

Related posts

15 Kesalahan Yang Kerap Dilakukan Oleh Pelabur Kripto

Hazim Mustapa

Apa Itu AI Agent dan Peranannya Dalam Kripto

Ringgit Jelita

Apa itu Cryptocurrency? Apa Pemula Perlu Tahu

Nazrich
error: Content is protected !!