26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Hari Jepun Goncang Dunia: BOJ Naikkan Rate & Angin Cycle 2026 Mula Bertiup

Bila Jepun Bangkit, Pasaran Global Pun Tunduk

Sebelum ni saya ada tulis pasal “Sejarah Kesan Bank Of Japan Interest Rates” , kalau ada yang terlepas baca, boleh baca kat sini >>> Klik Sini!

Hari BOJ naikkan rate ni ke 0.75%… bukan macam hari biasa. Bukan macam FOMC yang semua orang tunggu depan TV dengan popcorn. BOJ ni kalau bergerak, dia bergerak macam hantu , senyap, tapi sekali dia sentuh, satu dunia rasa..dan hari ni, waktu Jepun buka mulut, market global macam tersentak bangun dari tidur. Orang selalu ingat Fed yang kawal semuanya, tapi siapa yang pernah ikut pasaran lama tauu… bila Jepun sentuh interest rate dia, itu bukan adjustment kecil-kecilan, itu adalah tanda ada retakan dalam sistem global yang tak boleh disorok lagi.

Traders yang hanya hidup atas candlestick hijau merah mungkin tak faham pasal benda ni, tapi orang lama…crypto OG, wall street trader & institusi tau duit bukan bergerak sebab warna candle…tapi duit bergerak sebab polisi bank pusat. BOJ naikkan rate ni macam Jepun cakap, “cukup… permainan yield murah 30 tahun dah tamat.” dan bila Jepun hentikan game lama dia, dunia pun kenalah ubah gaya jugak. Sebab selama ni, dunia hidup atas duit murah dari Jepun. Semua orang pinjam yen murah-murah, melabur luar negara, dapat pulangan tinggi dan berpura-pura macam economic growth. Tapi bila BOJ ketatkan, ini seolah-olah macam kabel utama ditarik dari soket, lampu mungkin masih menyala, tapi voltan tak stabil…boleh faham?

Market crypto hari ni pun boleh rasa perubahan tu. BTC tadi melonjak kecil, lepas tu berhenti macam teringat sesuatu. Altcoin pula tak sempat bernafas, terus kena tampar sebab liquidity global masuk mode “takut tapi tak lari.” Ini bukan bearish tapi ini adalah adjustment. Orang-orang lama cakap Ini pasaran tengah calibrate balik siapa sebenarnya “Boss Liquidity” sekarang… BOJ atau Fed.?

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<

Dan kebiasaannya kita akan dapat jawapannya… dalam beberapa minggu ke depan, kita akan nampak Fed terpaksa ambil alih semula peranan yang BOJ tinggalkan. Bila BOJ tarik, Fed akan buka semula paip liquidity kecil-kecilan. Tapi bukan dalam bentuk QE besar-besaran…biasanya ia dalam bentuk operasi kecil yang orang biasa tak faham: repo, collateral easing, liquidity window… semua kerja bawah meja dan crypto ni, sebagai aset paling sensitif, akan rasa dulu sebelum sesiapa…patutlah baru-baru ni FED buat QE halus kan?  macam mereka dah boleh hidu atau memang mereka dah plan?

Benda ni lah yang ramai orang tak nampak, BOJ menaikkan rate bukan tanda kelemahan..tapi ia tanda Jepun dah sedia berhenti memainkan peranan “bank dunia tanpa nama” dan bila Jepun berhenti,.. modal global yang selama ni berayun dengan yen akan tergantung di udara. Sebab tu kita dapat lihat reaction market hari ni nampak pelik: BTC tak jatuh teruk, tapi tak kuat… DXY goyang tapi tak roboh… Yen menguat tapi tak liar. Semuanya macam baru kena kejutan elektrik.. panik sekejap, lepas tu bingung.

Tapi pada pendapat saya, ini semua adalah permulaan, bukan pengakhiran cycle. Ini adalah pembukaan bab baru. Crypto cycle 2026 bukan dibina atas hype AI, bukan atas memecoin, bukan atas influencer..tapi ia dibina atas kegawatan global. Tariff Amerika dengan China, inflasi yang tak mahu turun, ekonomi Jepun yang dah tak boleh tahan low-rate, Fed yang pening kepala,dan dunia yang semakin tak percaya sistem lama. Bila sistem lama goyang, sistem baru iaitu crypto akan jadi magnet. Kepada yang terlepas penulisan saya bab ni, boleh baca kat sini >>> Bullrun Tak Hilang, Cuma Kita Yang Terlalu Awal Berdiri Di Garisan Penamat

Hari ini 19 Dis 2025, hari BOJ naikkan rate ni akan dikenang sebagai hari dunia sedar “oh, duit murah dah tak wujud macam dulu lagi dah.” … bila duit murah hilang, sudah terntu market akan cari narrative baru dan narrative baru itu bukan US tech, bukan property, bukan bond… tetapi aset yang tak boleh dicetak sesuka hati: iaitu Bitcoin. Tapi sebelum BTC terbang, market kena lalui fasa yang tengah berlaku sekarang iaitu fasa confusion, fasa realignment, fasa penyesuaian liquidity…fasa peralihan..fasa pelik, fasa sunyi, fasa market tengah calibrate siapa hidup, siapa mati.

>>> Buka Akaun LUNO Disini <<<

Yang pasti, kita semua kena faham satu benda: bila Jepun bergerak, cycle akan berubah. Fed mungkin boss dari segi suara, tapi BOJ adalah boss dari segi kontrak lama dunia kewangan…dan bila BOJ buat keputusan berani macam hari ini, bagi saya ia bukan sekadar satu “rate hike”, tapi ini adalah tanda satu era sedang dikuburkan.

Saya boleh rasa angin dia,ni bukan angin badai..tapi ini angin sebelum cuaca tukar musim. Tak lama lagi, market akan pilih arah baru dan kalau awak boleh baca bahasa senyap BOJ hari ni…awak boleh rasa yang cycle crypto 2026 tengah dipetakan dari satu garis demi satu garis, perlahan-lahan, tapi pasti.

Insya – Allah next saya akan kongsi bab “BOJ hari ini akan bentuk peluang masuk crypto Januari–Mac 2026″

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.


.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Siapa Sebenarnya Yang Kawal Harga Bitcoin Sekarang Ni?

Nazrich

Dah ENTRY Tapi Tak Tahu Nak EXIT? Boleh Guna 5 Cara Ini

mssalha

Testnet vs Mainnet – Apa Yang Pemula Perlu Tahu

Izzat Mustapha
error: Content is protected !!