26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Cerita Di Sebalik BTC Bawah $100K

Sunyi yang Menyimpan Rahsia Besar Whales

“Market Tengah Senyap, Tapi Arus Besar Dah Mula Bergerak”

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt, kali ni kita sembang kari pasal keadaan semasa market sekarang ni..

Pagi ni bila saya buka chart, rasa macam tengok laut tenang sebelum ribut. Bitcoin masih berlegar bawah $100k, Ether senyap-senyap main dalam range $3.3k, altcoin kebanyakan nampak macam tak bernyawa. Tapi kalo kita betul-betul tengok dalaman, bawah lapisan graf yang statik tu ada cerita lain. Arus halus tengah bergerak, perlahan-lahan tapi besar. Bagi saya ini bukan market mati, market macam tengah buang beban dan bila market buang beban, pada pendapat saya ni bukan tanda berakhir, tapi ni adalah tanda tanda awal.

Saya selalu kata, crowd ni pelik, masa market naik, semua berebut nak jadi penganalisis. Tapi masa market turun, semua jadi penyair kesedihan. Minggu ni, bila BTC tak mampu kekal atas $100k, saya tengok ramai dah mula cakap “bull cycle dah tamat”, “Fed dah bunuh crypto”, “Trump dah kacau ekonomi”. Tapi sementara crowd tengah menulis skrip kiamat, saya nampak whale senyap-senyap tengah buat kerja. Dalam tiga hari lepas, lebih 45,000 BTC berpindah ke wallet yang sebelum ni tidur berbulan-bulan. Kalo kita kira secara kasar, nilainya lebih setengah bilion dolar. Siapa yang sanggup beli waktu semua orang takut? Sudah tentu bukan retailer, bukan influencer. Tapi tangan besar yang selalu beli masa crowd tak berani tekan buy.

Dan bukan BTC saja. ETH pun nampak ada ‘denyut baru’. Scanner saya menunjukkan wallet whales dah mula kumpul ETH semula, sekitar US$360 juta nilai dalam tempoh seminggu. Timing dia pelik, sebab bukan ada hype baru pun, tapi bila kita baca balik berita lama, kita nampak sesuatu iaitu upgrade “Fusaka” dijadualkan awal Disember (saya ada share kat sini : https://t.me/cryptoblock_edu/10362 ). Ini bukan upgrade kecil, tapi ia adalah perubahan struktur validator lebih ringan, throughput meningkat, L2 jadi lebih murah. Jadi sementara orang ramai tengok BTC macam tak bergerak, whales tengah shopping ‘masa depan ETH’. Mereka tak tunggu FOMO, sebab bila FOMO datang, harga bukan lagi murah.

>>> Buka Akaun Luno Anda Disni <<<

Dalam masa sama, token unlock pun makin dekat, minggu ni saja lebih $2 billion token baru masuk pasaran. Kebanyakkannya dari projek DeFi dan Layer-1 yang dulu orang duk puja masa altseason, tapi sekarang, tiada siapa peduli dah. Market dah letih, orang tak nak dengar pasal unlock sebab mereka dah trauma. Tapi inilah masa paling bahaya sebab masa crowd dah tak peduli, supply baru boleh tekan harga senyap-senyap dan masa harga ditekan, siapa yang nak beli? Ya, sudah tentu la whales lagi. Game ni tak pernah berubah, cuma pemainnya yang silap membaca.

Saya tengok XRP pagi ni, nampak macam ada transaksi besar iaitu lebih 92 juta XRP masuk ke wallet Coinbase. Ramai trader panik, ada yang terus jual, tapi kalo kita fikir, kenapa transfer ke exchange masa volume rendah? Jawapannya boleh jadi dua ni jer ..sama ada nak jual atau nak test liquidity. Dalam kedua-dua keadaan ni, market boleh jatuh jugak buat sementara waktu. Tapi sejarah dah tunjuk, bila retailer jual masa inflow macam ni, selalunya whales ambil masa dua-tiga hari je sebelum mereka sapu balik kat bawah. Saya tak kata XRP akan terbang, tapi bagi saya pattern ni klasik. Crowd takut sebab nampak whales di exchange, padahal whales suka tunjuk umpan macam tu.

Dalam ekosistem DeFi, cerita pun sama. Aave baru saja nampak pergerakan pelik whales tarik keluar lebih $114 juta USDT dari core pool. Ramai ingat ni tanda bearish, tapi kadang-kadang whales keluarkan liquidity bukan sebab lari, tapi sebab reposition. Aave tengah audit V4 sekarang, kalo lulus, feature cross-margin baru akan buat DeFi hidup balik. Jadi bila orang lain panik, saya lebih suka perhati dari jauh. Dalam market, kadang ‘tarik keluar duit’ bukan tanda takut, tapi tanda tunggu peluang lebih besar.

Sektor AI pula, senyap gila minggu ni, tapi scanner Alpha saya ( boleh tengok sini https://www.facebook.com/share/p/16imca7ooA/  )  tangkap pattern pelik iaitu wallet lama yang pernah masuk $FET dan $RNDR masa bull lepas mula aktif balik. Tak besar, cuma belian berulang bawah $7 juta, tapi konsisten. Inii bukan retailer ni….ini tangan besar yang biasa buat DCA sebelum narrative hidup semula. Orang sekarang dah lupa narrative AI sebab sibuk tengok politik dan FOMC, tapi bila semua dah lupa, kat situlah benih cycle baru ditanam. Teringat saya masa dulu, orang duk kutuk SOL $8, lepas tu sebulan je, SOL jadi $60. Dalam dunia crypto ni , yang diketawakan hari ni, yang itulah yang mengejutkan esok.

BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN
>>> Dapatkan Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain Disini <<<
Feedback Pembaca Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Bila kita cakap pasal market, saya suka tengok bukan pada harga, tapi pada sikap. Minggu ni crowd letih, saya faham sebab dah sebulan market sideways, semua nak jawapan cepat. Tapi kita kena ingat crypto ni bukan kerja part-time, bukan spint. ..crypto ni maraton. Market tengah rehat bukan sebab dia nak mati, tapi sebab dia tengah cari oksigen. Whales tengah ubah posisi, Fed tengah kira langkah, politik US tengah tunggu keputusan mahkamah Trump. Semua benda tengah pause, tapi bukan berhenti. Kadang masa senyap beginilah peluang paling besar terbuka, cuma kita tak nampak sebab otak kita dah terlalu penat dengan candle merah…betul tak?

Kalo ikut data, sekarang ni kita dalam fasa pembersihan leverage. Liquidation minggu ni dah cecah lebih $1 billion, ini bukan sebab fundamental runtuh, tapi sebab trader over-leverage yang nak cepat kaya. Market ni tak pernah jahat, cuma manusia jer yang tak sabar. Siapa yang nak kaya cepat, dia habis cepat. Jadi bila saya tengok candle merah, saya senyum, sebab saya tahu setiap kali leverage dihancurkan, ruang untuk trend baru makin terbuka, pakcik sebelah cakap sama macam pokok la..kalo tak buang daun lama, mana nak tumbuh pucuk baru? ..betul jugak kan?

Saya jgak ada perasan volume stablecoin mula naik semula, tapi bukan ke exchange, ke wallet baru. Ini penting. Bila USDT/USDC mengalir keluar dari exchange ke wallet private, itu tanda capital tengah bersedia bukan lari. Kalo duit lari, dia pergi fiat. Tapi bila stablecoin keluar dari CEX, itu maksudnya smart money tengah tunggu peluang nak deploy semula. Macam askar yang undur sekejap untuk isi peluru, bukan lari dari perang.

Sekarang ni semua orang tunggu satu trigger besar. Ada yang tunggu keputusan Supreme Court pasal tarif Trump, ada yang tunggu Fed bagi signal rate cut kedua, ada yang tunggu ETF inflow balik. Tapi bagi saya, semua tu cuma alasan jer. Saya nampak market bukan bergerak sebab berita, tapi sebab keseimbangan emosi. Bila cukup ramai yang takut, market tak boleh jatuh lagi dan saya rasa kita hampir ke tahap tu. Fear index dah mula ke zon bawah 20. Kalo ikutkn sejarah, bila crowd takut begini, hasilnya tak pernah buruk untuk pelabur yang sabar.

Saya tahu ramai yang duk tanya, “Cikgu, bila nak masuk balik? Sekarang ke, nanti bawah $90k ke?” Soalan ni tak ada jawapan hitam putih, tapi ni jawapa saya “kalo awak tunggu keyakinan dulu baru nak beli, sebenarnya awak dah terlambat. Market selalu bagi diskaun masa semua orang ragu-ragu dan garu-garu.” Tapi kalo nak ikut strategi yang selamat, tunggu dulu confirmation dari structure weekly higher low. Kalo itu muncul, tak kisah beli $100k ke $110k ke, sebab cycle baru dah sah, sebab bagi saya apa yang penting bukan harga entry tu, tapi ketenangan hati masa kita hodl.

Saya jgak nak ulang pesan lama, kalo belum baca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain, pergi baca dulu di https://blajarkripto.com/plpkb. Sebab ilmu tu bukan sekadar nak tahu mana nak beli coin, tapi nak faham kenapa kita beli dan kenapa market buat apa yang dia buat. Ramai orang rugi bukan sebab coin dia salah, tapi sebab dia salah faham cara dunia ni berfungsi. Saya boleh menulis macam ni sebab saya faham skit-skit pasal dunia kripto dan blockchain, apa yang saya faham..saya tulis dalam buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain tu, jadi kalo awak nak faham dan nak menulis macam saya ni, baca la buku tu 😃

Dalam dunia kripto, saya belajar satu perkara iaitu tak ada masa yang ‘tepat’, yang ada cuma masa kita berani sahaja, samada kita berani atau tak berani nak masuk market jer. Kalo awak beli masa crowd takut, awak akan senyum masa orang lain baru nak berani, tapi kalo beli masa crowd yakin, awak akan jadi liquidity mereka. Ni lah kitaran dunia kripto, tak berubah sejak Bitcoin mula-mula wujud.

Pagi ni saya minum kopi, tengok chart, senyum sendiri, memang market nampak bosan, tapi saya tahu, dalam senyap macam ni lah sejarah ditulis. Kalo awak dengar betul-betul, bawah semua kebosanan ni, ada bunyi halus, bunyi whales yang tengah berenang. Jadi jangan biar ketakutan crowd menenggelamkan insting awak. Kadang yang paling untung bukan yang paling pandai, tapi yang paling sabar masa orang lain tak boleh duduk diam.

Market tengah senyap, tapi arus besar dah mula bergerak. Soalan saya sekarang.. “awak nak jadi penonton, atau nak jadi pelayar?”

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
Cikgu Mayee Bicara Market, 15 November 2025

“Market Tengah Senyap, Tapi Arus Besar Dah Mula Bergerak.”

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia Mengawal Selia Matawang Kripto dan ICO Bermula 15 Jan 2019

Nazrich

ISO 20022 – Kini Kripto Perlu Patuhi Piawaian ISO??? (Part 2)

mssalha

Dapatkan Spark Token Airdrop PERCUMA Dengan Aset XRP Anda

Nazrich
error: Content is protected !!