CPI Panas, PPI Sejuk , Adakah Crypto Betul Rally atau Bull Trap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,
Pagi ni market kripto macam duduk dalam satu persimpangan besar, satu lorong tunjuk tanda “bullish continuation”, satu lagi ada papan tanda “false hope”. Bitcoin baru sahaja berjaya tembus paras $115K, tapi persoalan mula timbul: adakah ini breakout sebenar atau sekadar trick whales nak tarik retail masuk sebelum mereka dump? Kalo betul ada inflow institusi, kenapa volume tak segarang waktu ETF launch dulu? Atau sebenarnya modal besar tu dah bergerak secara senyap melalui OTC, tinggalkan chart kita nampak biasa-biasa saja?
Ethereum pula makin mendekati $4,500, dan ada penganalisis yang kata kalau paras ni pecah, ETH boleh berlari terus ke $5,000. Tapi crowd masih tak yakin. Kenapa ETH lambat sangat compared to BTC? Kalo betul institusi dah mula alih modal ke ETH, kenapa chart dia masih banyak sideways? Persoalan ni buat ramai mula terfikir, adakah ETH sebenarnya simpan tenaga untuk letupan selepas Fed meeting minggu depan, atau ini cuma “headfake” untuk buat orang stay invested?
.
CPI Panas – Inflasi Masih Degil
Data CPI keluar semalam menunjukkan inflasi tahunan naik ke 2.9% (dari 2.7% bulan sebelumnya), manakala bacaan bulanan 0.4%, lebih tinggi daripada jangkaan 0.3%. Core CPI kekal 3.1%. Apa yang saya nampak ini semua tanda bahawa inflasi masih lagi duk keras kepala, terutama pada kos tempat tinggal dan makanan.
Persoalan yang bermain difikiran saya : kalo CPI masih tinggi, adakah Fed berani potong kadar minggu depan? Atau Jerome Powell akan pilih jalan selamat, kekalkan kadar dan main retorik “kami bersedia potong bila data lebih lembut”? Kalo Fed hold, adakah crypto yang tengah naik ni akan terus rally, atau tiba-tiba disergah correction?
.
PPI Sejuk – Ada Harapan di Sebalik Awan
Berbeza dengan CPI, data PPI pula tunjuk penurunan 0.1%, berlawanan dengan ramalan naik 0.3%. Tahunan pun 2.6%, lebih rendah daripada jangkaan. Core PPI pun turun sedikit. Saya nampak ini bagi sedikit harapan bahawa tekanan kos di peringkat pengeluar sedang reda dan mungkin inflasi pengguna akan perlahan dalam bulan akan datang.
Tapi.. adakah ini signal awal bahawa Fed akan rasa lebih selesa potong kadar? Atau Fed lebih fokus pada CPI sebab itu yang kena pada rakyat, bukan PPI yang jadi kos bisnes? Kalo Fed pilih pandang PPI, mungkin rate cut tetap on track. Tapi kalo CPI jadi ukuran utama, adakah rate cut sekali lagi ditunda?

Manakala di tepi pentas, altcoin hype terus bersorak. Remittix kononnya bakal jadi game changer dalam sektor PayFi, dah kutip lebih $20 juta dalam presale. Tapi adakah ini betul-betul projek utiliti, atau sekadar gula-gula macam berpuluh coin presale lain yang akhirnya senyap? Layer Brett pula bising konon boleh bagi 50x tp betul ke, atau hanya mimpi crowd nak repeat cerita Shiba Inu dulu?
Bagi saya, kalo semua orang predict 50x, siapa sebenarnya yang jadi liquidity exit? Penah tak awak semua fikir macam ni?
Tambahkan pula drama crypto treasury stocks yang minggu lepas semua naik sebab tag “kami pegang Bitcoin”, tapi minggu ni jatuh 60–70%.
Apakah maksud semua ini? Adakah hype “bitcoin-hoarder” dah mula basi? Kalo syarikat listed pun boleh rebah, apa nasib retail yang tak ada plan keluar?

Kesimpulan saya pagi ni market bukan tak ada cerita bullish, tapi setiap candle hijau datang tu dengan tanda soal:
- BTC naik, tapi adakah sustain?
- ETH stabil, tapi kenapa belum meletup?
- CPI tinggi, adakah Fed akan delay cut?
- PPI lembut, adakah rate cut tetap jalan?
- Altcoin hype, adakah ini peluang atau perangkap?
Dan persoalan paling besar bagi kita semua: adakah ini masa untuk percaya pada rally September, atau masa untuk lebih skeptikal dan bersedia untuk bull trap paling licik tahun ini?
Apa pendapat awak semua?
Bagi saya apa yang pasti, jawapannya belum jelas.
Coiner yang bijak tahu satu benda….. market kripto lebih banyak bagi persoalan daripada jawapan,dan kerja kita bukan ikut hype, tapi kenal pasti mana persoalan yang paling penting untuk dijawab sebelum letak modal…betul tak?
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat, boleh dapatkan buku penulisan saya di sini >>> Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
