30.8 C
Kuala Lumpur
October 22, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikanUncategorized

September Effect, Nak Jual atau Beli?

September Effect, Nak Jual atau Beli?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

 

Kali ni saya  nak kongsi dengan awak semua pasal satu fenomena yang dah lama menghantui pasaran , iaitu  September Effect. penah dengar x?

Kalo ikut sejarah, bulan September ni memang terkenal sebagai bulan “berhantu” untuk saham dan juga crypto. S&P 500 sejak tahun 1950  dimana purata rugi setiap kali masuk bulan ni,dan Bitcoin pun tak terlepas rekod 8 daripada 12 September terakhir berakhir merah, geng-geng OG panggil “Red September”.

Kenapa jadi macam tu?

Biasanya bila masuk hujung tahun, fund manager sibuk buat portfolio rebalancing, jual yang profit tinggi, lock gain dan kadang-kadang purge stok rugi untuk tujuan tax-loss. Lepas cuti musim panas, ramai pelabur pun masuk balik market dengan mode defensive. Jadi September ni selalunya menjadi bulan tekanan jualan.

Tapi itu cerita lama, tahun 2025 ni suasana sedikit lain..apa yang saya nampak dari sudut makro, Fed dah bagi hint nak potong kadar faedah. Kalo rate cut betul-betul berlaku, biasanya pasaran saham dan crypto akan dapat sokongan baru. Dalam saham, orang besar macam Morgan Stanley siap kata “kalau correction datang bulan September, itu peluang beli.” UBS pula meramalkan S&P boleh naik lagi 5% menjelang pertengahan 2026.

Kalo kita tengok crypto plak, Bitcoin start September sekitar US$110K selepas jatuh 6.5% bulan Ogos. ETF Bitcoin baru-baru ni ada outflow lebih USD 700 juta, yang mana ini saya nampak macam bearish. Tapi dalam masa sama, bilangan whale wallet makin naik, saya tengok ada lebih 19 ribu wallet ada pegangan BTC yang besar. Maknanya ada “weakhand” yang jual, tapi geng kaya sedang kumpul.

Manakala Ethereum pula steady, ETF ETH baru je masuk inflow USD 1 bilion minggu lepas, malah ETH dah rebound 200% dalam 5 bulan yang lepas….tapi sedih masih ada lagi yang duk kejar 50x, 100x, 1000x tapi last-last tersontot sebab duk follow sifu sifu yang power marketingnya….

Jadi dengan kenaikan Ether yang macam ni, nampak gaya naratif “digital oil” ni makin solid.

Saya dah banyak kali dah share pasal “digital oil” ni kat blog ni dan kat channel telegram MyCryptoversity sejak April aritu lagi, kalo awak terlepas boleh baca kat https://t.me/cryptoblock_edu/9363 & https://t.me/cryptoblock_edu/9496  

Klik Sini Untuk Dapatkan Buku Panduang Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain ini bukan buku mengajar tentang Pelaburan atau Nasihat Kewangan, tapi kalau nak jadi pelabur Kripto, buku ini WAJIB dimiliki!

Beli lah sekarang, jangan tunggu langgar dinding rugi ribuan ringgit baru nak cari ilmu yang betul!

Jadi sekarang ni persoalan kita yang besar ialah nak jual atau nak beli dalam bulan September ni?

Kalau ikut teknikal, BTC ada risiko turun ke bawah $100K sebab MACD mingguan dah bearish, momentum pun dah patah, jadi untuk trader short term, berhati-hati la, mungkin strategi paling selamat ialah kurangkan posisi minggu pertama, tunggu correction settle dulu, baru masuk balik. Ada  juga trader suka guna strategi klasik “sell early September, re-enter late September.”  Data 100 tahun kata strategi tu lebih outperform dari buy-and-hold.

Tapi kalo anda jenis long-term investor, cerita nya berbeza lah…

Berdasarkan 2 indikator ni : Rate cut Fed + inflow ETF yang positif bermakna asas crypto untuk jangka panjang masih lagi bullish, jadi bagi saya “Correction September” ni boleh jadi peluang terbaik untuk saya nak tambah posisi murah, terutamanya kalau BTC jatuh dekat level psikologi $100K atau ETH pecah USD 4.5K dan sustain.

Altcoin plak camne? Sementara BTC goyang, ada coin macam SOL, ADA, XRP nampak lebih rancak, berdonsa, bagi saya ni biasalah bila crowd takut dekat BTC, ada sebahagian duit lari ke alt yang nampak ada momentum. Tapi kena ingat, alt naik laju, jatuh pun laju jgak, jadi kalo nak main, pastikan ada plan ambil profit cepat.

Kesimpulannya, September Effect ni bukan sekadar mitos, memang ada data dan psikologi pasaran yang support. Tapi 2025 mungkin sedikit berbeza sebab kita ada faktor Fed, ETF dan whale accumulation (institutions) .

Kenapa September 2025 Lagi Berisiko?

Kalo ikut tahun ni, memang banyak benda boleh buatkan kita jadi serabut. Minggu lepas mahkamah rayuan kata tariff “reciprocal” era Trump tu ilegal dan Trump ada sampai pertengahan Oktober untuk appeal ke Mahkamah Agung., pada saya selagi isu ni tergantung, geng Wall Street akan kira risiko kesannya pada kos barang & operasi bisnes.

Selain tu, minggu ni keluar Jobs Report (NFP) pertama sejak Trump pecat bos Bureau of Labor Statistics  selepas data NFP sebelum ni “kantoi” tunjuk ekonomi ciput tambah kerja, pastu ada juga data inflasi (CPI/PCE) yang dijangka makin tertekan sebab tariff push up harga barang. Semua data ni akan jadi input Fed sebelum meeting 17 September.

Powell dah kasi nada dovish masa Jackson Hole, katanya kalo pekerjaan makin lemah, Fed kena turunkan rate walaupun inflasi masih degil. Market dah price in rate cut pertama tahun ni bulan September, tp isu besarnya: kalau Trump berjaya “control” Fed lebih daripada sepatutnya, ini boleh menyebakan keyakinan global pada Treasury US boleh goyah.

Ini lah benda yang paling market takut.

September ni memang bulan roller coaster. History kata “Sell”, Wall Street kata “Buy the dip”.

Realitinya? Dua-dua ni betul yang penting, jangan hanyut. Trader jangka pendek kena ready dengan volatility. Hodler pula boleh relaks, sebab rate cuts + AI + earnings support pasaran jangka panjang.

Bagi saya, September ni bukan bulan “lari”, tapi bulan alert mode, kita ambil peluang bila market discount, tapi jangan lupa reserve peluru untuk shopping kalau PCE/NFP keluar busuk.

Ingat, pasaran ni bukan teka-teki nasib tp adalah ia permainan baca psychology + data.

Jadi jawapan sebenar kepada persoalan kita ialah, september ni bukan sekadar “jual” atau “beli”  tapi jual kalo awak trader tak sabar, beli kalau awak investor ynag berpandangan jauh. Dan kalau awak pemain altcoin, September ni bulan untuk jadi “fast hand”, bukan “diamond hand.”

Jelas tak setakat ni?

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Dah beli buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain?
.
Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain ini bukan buku mengajar tentang Pelaburan atau Nasihat Kewangan, tapi kalau nak jadi pelabur Kripto, buku ini WAJIB dimiliki!
.
.
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw
👉 https://tinyurl.com/26vhazvw

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.

Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto #TakPerluJadiLejenTapiJanganJadiMangsa
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Graph $GRT – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Nazrich

CLARITY Act

Nazrich

Bagaimana Memilih Wallet Kripto Untuk Pemula?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!