26.6 C
Kuala Lumpur
September 1, 2026
Pendidikan

KENALI PROJEK RUG PULL SEBELUM TERKENA

Biasalah bila dah nak dekat Bitcoin Halving, semua orang berpusu-pusu masuk market crypto. Yang baru berjinak-jinak nak kenal kripto pun ramai sebab kawan opis, kawan main futsal, kawan hiking, sepupu, jiran sebelah semua start sembang pasal Bitcoin, Ethereum, Solana dan lain-lain aset kripto yang dah meroket bulan Disember lepas. Yang lama duduk dalam gua, dah mula keluar. Maka meriahlah market crypto. Yang dah OG dan dah tau market cycle, diorang relax je.

Tapi…jangan lupa ada mata yang sentiasa memerhati mencari mangsa. Semakin meriah market crypto, semakin meriah juga “diorang” buat kerja.

Sekali lagi, saya menulis topik yang boring untuk dibaca oleh OG. Topik back-to-basic. Untuk newbie, dalam keghairahan anda mencari aset kripto untuk dapat pulangan 100%, 300% atau 8000% sekalipun, ingatlah bahawa anda sememangnya golongan yang digemari oleh pembangun projek rug pull. Mungkin juga ada yang pertama kali dengar istilah RUG PULL. Jadi, jom kenali projek rug pull sebelum anda menjadi mangsa.

Apa Itu Rug Pull

Rug Pull adalah sejenis !!SCAM!! Team projek rug pull ni akan kumpulkan dana daripada investor. Diorang jual token yang diorang create sendiri, diorang manipulate harga token dan senyap-senyap shut down projek tu atau tiba-tiba menghilangkan diri. Apa jadi dengan dana yang dilaburkan? Jawapannya…LEBUR. Kenyang masuk poket diorang.

Projek rug pull biasanya diatur dengan agak teliti supaya ia kelihatan legit. Mereka menggunakan pengaruh influencer termasuk trusted key opinion leader untuk mencipta hype di media sosial bagi memancing seramai mungkin mangsa. Ada yang menjanjikan pulangan yang begitu tinggi. Ada juga yang menawarkan barangan digital eksklusif seperti NFT.

Macam mana scammer rug pull ni buat duit? Salah satu cara ialah lepas diorang dapat cukup dana yang dilaburkan oleh mangsa, diorang akan pump harga secara mendadak supaya harga melambung tinggi dalam masa yang sangat singkat. Bila harga dah peak, diorang akan jual dan cabut lari. Tinggallah “pelabur” dalam kerugian sebab tak sempat jual.

Rug pull selalu berlaku di platform decentralized exchange (DEX). Kenapa selalu berlaku di DEX dan bukan di CEX. Bak kata cikgu kami, DEX ni ibarat pasar malam. Sesiapa pun boleh berniaga kat situ. So scammer boleh jadi anonymous. Tak perlu declare siapa diorang. Kalau nak listing kat CEX, banyak kerja nak kena buat.

Anda boleh tonton video animasi tentang Apa Itu Rug Pull.

Sumber video: CoinMarketCap

Jenis-jenis Rug Pull

Developer Tarik Keluar Liquidity

Bila developer cipta token scam, mereka kena reka cara bagaimana orang boleh trade token tersebut. Jadi mereka akan buat liquidity pool. Dalam pool tu akan ada sebahagian token yang bernilai seperti BNB, ETH, SOL dan sebahagian lagi token baru yang scam.

Contoh kita namakan token scam tu $SCAM. Untuk beli $SCAM, pelabur perlu beli menggunakan BNB. 1 BNB bersamaan 1,000 token $SCAM. Jadi dalam liquidity pool akan ada token BNB dan $SCAM. Dari semasa ke semasa, bila semakin ramai orang beli token $SCAM, maka harga token $SCAM semakin naik. Developer terima lebih banyak BNB dalam liquidity pool dan bilangan token $SCAM semakin kurang.

Bila harga token $SCAM dah peak, developer akan tarik keluar liquidity. BNB yang menjadi tukaran kepada token $SCAM akan dibawa lari oleh developer. Investor dah tak boleh trade token $SCAM sebab dah tak ada liquidity dalam pool tu.

Projek Palsu

Developer akan buat token baru (kita namakan token tu $SCAM). Token $SCAM akan ada nilai kalau orang percaya ianya bernilai. Jadi developer akan yakinkan seramai orang yang boleh dengan mengatakan projek mereka sangat bagus. Projek mereka boleh boom sebab ianya unik (kononnya). Kalau beli token akan dapat airdrop NFT, akan dapat token hardfork V2 dan macam-macam lagi janji manis.

Siapa nak beli token $SCAM, dia kena trade guna ETH. 1 ETH bersamaan 10,000 token $SCAM. Developer sebenarnya menjual idea “bernas” mereka yang kelihatan legit kepada investor. Semakin ramai orang beli token $SCAM, harga token $SCAM semakin tinggi. Developer ambil kesempatan untuk jual semua pegangan mereka dan ETH yang menjadi tukaran kepada token $SCAM akan dibawa lari oleh developer.

Dah Beli Tak Boleh Jual

Developer letak syarat siapa yang dah beli kena tunggu untuk jual. Kita shill dulu. Tunggu masa sesuai kita pump harga dan jual. Semua orang akan dapat profit 8000X. Terliur semua orang sebab pulangan yang to-the-moon.

Di belakang tabir, developer diam-diam letak coding supaya token yang dah dibeli memang tak boleh dijual semula ke DEX. Macam jalan sehala. Boleh beli, tak boleh jual. Dah tentu harga token akan naik sebab semua orang hanya boleh beli. Paling best, token tu diprogramkan hanya developer boleh jual.

Bila harga token tu dah peak, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Tapi developer je la yang kenyang sebab diorang je yang boleh jual. Korang yang dah beli, menangis tepi bucu katil la gamaknya.

Baca juga >> Projek Rug Pull Tertipu Penipuan Dalam Crypto

Related posts

Apa Itu Alien Worlds $TLM? Jom Kita Lihat Ciri, Tokenomics Dan Ramalan Harga

Naqiu Nazrich

Binance vs Ethereum Smart Chain. Yang Mana Lebih Hebat?

mssalha

Apa Itu Audius? – Perkhidmatan Perkongsian dan Penstriman Muzik Terdesentralisasi

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!