28.6 C
Kuala Lumpur
May 13, 2026
CryptocurrencyKriptoPendidikan

Top10 Coin Pun Tak Selamat

Adakah Semua Top10 Coin Selamat?

Awak pernah terfikir tak…
Coin yang nampak paling “selamat” sekarang… sebenarnya mungkin yang paling berisiko dalam cycle ni. Bunyi macam kontra kan ? Tapi kalau awak duk lama sikit dalam market kripto ni… awak akan nampak pattern dia yang berulang.
.
Saya perhatikan ramai orang masuk cycle ni dengan satu mindset simple dan nak selamat,Top 10 coin, coin yang selamat..confirm akan buat ATH baru” ..ada sedikit logik, boleh masuk akal dan sedap didengar. Tapi seperti yang saya selalu cakap, market ni dia jarang ikut logik yang sedap. Kalau kita rewind balik cycle 2017 ke 2021…
.
Top 10 masa tu bukan kecik punya nama, semua ada narrative kuat, semua ada community jadi logiknya tentulah semua ada “masa depan”…kan? Tapi bila sampai cycle seterusnya… cer tengok berapa yang survive? Tak banyak kan? Bitcoin, Ethereum, BNB, XRP, Cardano..
.
Yang lain?
Ada yang hidup segan mati takmau.
Ada yang slow-slow mati.
Ada yang buat double top je, pastu junam.
Ada yang terus hilang dari radar.
Jadi sekarang saya nak tanya awak…
.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<
Feedback dari pembaca buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Apa yang buat awak rasa cycle kali ni berbeza? (insya Allah kita akan bincangkan bab ni next webinar 16/mei ni) Masalah utama bukan kat data, masalah utama adalah kat rasa “selamat” tu. Macam yang saya selalu cakap dalam grup support, market ni dia suka buat benda pelik… coin yang semua orang yakin “ini mesti naik”… itulah coin yang paling susah nak deliver return, kalau naik pun tak banyak macam sebelumnya.
.
Kenapa?
Sebab semua orang dah masuk awal dalam narrative tu., semua hold..takde pembeli baru, liquidity dah crowded. Bila semua orang dah duduk dalam satu bot yang sama…saper yang tinggal untuk tolak harga naik lagi?
Sekarang cer tengok coin yang orang tak pandang, yang orang jarang sembang.

Dalam cycle lepas… siapa kenal Solana? tak ramai pun, betul tak?

Solana tak hype, tak popular, tak masuk radar majoriti.
Tapi cer tengok sekarang?
Dah ada ETF sendiri, duit masuk berbilion transaksi seminggu, ecosystem hidup. Dia bukan sekadar naik… dia dah jadi narrative baru.
.
Kami share pasal Solana kat blog Mycryptoversity.net sejak Julai 2021, takde orang berminat pun nak baca, boleh rujuk :
– 27julai 2021 – Apa Itu Solana https://mycryptoversity.net/apa-itu-solana/
– 20 dis 2021 – Ethereum vs Solana https://mycryptoversity.net/mana-lebih-hebat-solana-vs-ethereum/
– 16jan 2022 – Solana Boleh Jadi Visa Aset Digital https://mycryptoversity.net/solana-boleh-menjadi-visa-dunia-aset-digital-bank-of-america/
.

>>> Buka Akaun LUNO Anda Disini <<<

 

Jadi apa sebenarnya yang market tengah buat dalam setiap cycle?
Market rotate attention, dia tukar hero, dia ambik coin yang semua orang dah rasa “comfortable” dan perlahan-lahan pindahkan liquidity ke tempat lain tanpa kita perasan dan yang paling bahaya… process ni berlaku masa ramai orang masih yakin yang pegangan mereka “akan recover”. Saya faham kalau benda ni buatkan awak semua tak sedap dengar, sebab secara jujurnya semua orang ada coin yang dia rasa “ini mesti jadi”, semua orang ada satu target dalam kepala, tapi real talk…market tak pernah peduli pun target kita.
.
Sooooo, sekarang ni kalau saya nak hold coin sesuatu coin sekarang ni, saya tak tanya kat diri saya “coin aku nak hold ni boleh buat ATH ke?” Tapi…saya dah mula tanya diri saya “adakah coin yang aku nak hold ni masih relevan ke tak dalam narrative baru nati?” Sebab dalam cycle ni… yang menang bukan semestinya yang paling lama, bukan jugak yang paling besar, tapi…
– yang menang adalah yang masih ada cerita…
– yang masih ada flow duit…
– yang masih ada sebab untuk wujud.

Untuk Saya?
Saya dah lama stop fikir “safe coin” ni, saper yang ada dalam chanel MyTrading Journey saya, awak tau kan coin apa yang saya hold dan macamana cara saya trading. Bagi saya dalam dunia crypto ni “safe” tu macam satu ilusi. Saya lebih suka tengok:

– Siapa tengah dapat attention?
– Siapa tengah dapat liquidity?
– Siapa yang orang belum sedar lagi?

Sebab biasanya… duit besar tak masuk benda yang semua orang dah nampak. Dia masuk benda yang masih sunyi. Jadi sekarang… Awak kena jujur dengan diri sendiri. Adakah awak pegang coin sebab dia betul-betul ada potensi… atau sebab coin tu buat awak rasa tenang, selesa dan selamat?

Kadang-kadang…
Rasa “tenang, selesa dan selamat” itu lah yang paling mahal harganya dalam market ni.

Kalau awak semua tak faham pasal game dan fasa dalam dunia trading ni, saya rekemen awak baca eBook SURVIVAL PSIKOLOGI DALAM TRADING | 30 Days War Map ni

>>> Dapatkan Disini <<<

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.

Related posts

ISO 20022 – Kini Kripto Perlu Patuhi Piawaian ISO??? (Part 1)

mssalha

Apa itu Decentraland ; Kegilaan Yang Kita Kena Ambil Tahu

Nazrich

Apa itu Solana?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!