Bullrun Tak Hilang, Cuma Kita Yang Terlalu Awal Berdiri Di Garisan Penamat.

Cikgu Mayee Bicara Market Q4, 2025 – Part 02
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,
Kadang bila saya tengok chart, bukan price yang saya perhatikan dulu, tapi keadaan dunia di belakang price itu sendiri. Kita boleh tengok candle merah panjang, liquidation ratus juta, ETF selling, whales keluar masuk, tetapi selagi kita tak jawab soalan paling asas iaitu siapa yang akan beli? bagi saya, kita sebenarnya belum bermula pun dalam membaca arah market.
Kenapa saya cakap macam ni?
Sebab ramai orang tanya saya soalan sama berulang-ulang kali, seolah-olah jawapannya hanya perlukan satu garis trend saja “Cikgu, kenapa bullrun lambat?” Soalan ni sentiasa datang dari mindset bahawa bullrun adalah ritual tahunan macam Hari Raya, datang ikut kalendar. Padahal realitinya market tak bergerak ikut tarikh, ia bergerak ikut tekanan kewangan dan aliran modal global.
Kita suka ulang naratif halving, tetapi kita lupa halving bukan suis utama, halving ni cuma memotong bekalan. Bekalan boleh kurang, tetapi itu tak bermakna permintaan bertambah, lebih-lebih lagi bila pemain terbesar dalam ekosistem iaitu rakyat Amerika sendiri sedang bergelut nak bayar sewa rumah dan faedah kad kredit.
DAPATKAN BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCHCHAIN SEKARANG!

Bullrun kali ni bukan gagal muncul, tapi bullrun kali ni hanya menunggu saat di mana sistem kewangan lama menjadi terlalu berat untuk dipertahankan dan modal terpaksa lari ke aset alternatif. Tapi masalahnya sekarang, bukan semua orang ada modal untuk lari.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya nampak fenomena pelik dimana saya nampak dunia semakin bermasalah, trader bukan lari ke Bitcoin.. mereka dah mula jual Bitcoin. Saya percaya ini bukan disebabkan mereka hilang percaya, tetapi sebab mereka hilang kemampuan. Contoh, bila kita hilang sumber pendapatan, inflasi makan gaji kita, new tariff buat kos hidup naik, minyak kereta naik, harga barangan makin meningkat, kena byar cukai itu, kena bayar cukai ini dan lama-kelamaan simpanan kita makin nipis, bila jadi macam ni kita bukan lagi fikir “nak hodl sampai 2030”, aku hanya fikir “aku nak survive sampai hujung bulan ni jer” dan bila masuk bulan baru..kita ulang lagi benda sama…betul tak?
Sebab tu saya cakap kejatuhan harga sekarang ni bukan semata-mata bearish, bagi saya kejatuhan ni mencerminkan kekeringan poket manusia biasa diseluruh dunia. Bila real liquidity ni kering, ETF pun turut kering, sebab ETF ni bagi saya ia hanya refleksi tingkah laku pelabur, bukan penyelamat harga. BlackRock sebenarnya tak berjuang untuk ideologi crypto, dia cuma jual produk kewangan jer.. Kalo deposit menurun, dia jual, kalo permintaan naik, dia beli. Itu sahaja…dia amik untung dari servis dia, dia amik kesempatan diatas kebodohan orang-orang kaya yang malas nak belajar pasal ideologi crypto, sebab tu sekrang ni kalo tengok kita tengok hala tuju dunia kripto ni sudah mula tersasar dari ideologi crypto asal “kenapa Bitcoin dicipta?”.
Kita sekarang berada dalam keheningan sebelum ribut besar, bukan sebab market tak boleh naik, tetapi sebab mesin yang sepatutnya membawa modal ke market masih terhenti… ekonomi US, pasaran buruh, dasar monetari, politik dalaman, Supreme Court, tariff China-US, semua ni bertindan dalam satu masa. Jadi sekatan ni sebenarnya..market bukan menunggu bullrun tapi market sedang menunggu titik pecah…bila titik ni nak pecah!
Kalo kita tengok cycle-cycle yang lepas..Bullrun selalunya datang bukan ketika dunia stabil, tetapi Bullrun selalunya datang ketika dunia tak boleh kekal dengan sistem lama. Bullrun 2021 datang sebab wang dicetak giler-giler tanpa sempadan. Bullrun 2017 datang sebab market tidak dikawal, takde regulasi lagi time tu..FED & institusi masih lagi tak paham apa pasal kripto & blockchain, tau kutuk jer. Bullrun 2013 datang sebab market masih lagi mentah waktu tu.

Ada seorang student saya tanya “Adakah 4 year cycle halving sudah kurang relevent dengan kehadiran ETF dan Market maker yg selalu manipulate big time?”
Saya rasa, mungkin ini jawapan yang sesuai untuk soalan tu.. “Bullrun seterusnya mungkin datang bukan sebab halving, tetapi sebab dunia terpaksa mencari jalan keluar dari sistem hutang, ketegangan geopolitik dan kegagalan dasar fiskal pasca-pandemik, ini bukan mustahil cuma ia belum berlaku lagi . Semua benda ini ada timing sendiri sebab ia memang dah di rancang dari awal dan manusia yang terlalu awal akan merasakan seolah-olah bullrun tu tidak wujud, sedangkan dia cuma belum sampai pada blok cerita seterusnya atau dalam bahasa mudah nya saya suka guna ayat “Right Timing”.
Apa yang saya risau sebenarnya bukan harga jatuh, harga jatuh itu lumrah..tapi saya risau bila mental pelabur jatuh lebih cepat daripada market recover. Sebab bila bullrun betul-betul datang nanti, ramai bukan tak tau… tapi dah takde modal, dah takde keberanian, atau dah give-up awal. Golongan ini nanti akan jadi pemerhati, bukan pemain industri, bukan lagi Coiner.
Dan kalo awak rasa semua ini berat, mungkin awak kena pergi balik ke asas, bukan balik chart ya…tapi
Ilmu dulu, entry kemudian ..nak tambah ilmu boleh poi sini 👉 https://blajarkripto.com/plpkb
Sebab masa bullrun betul-betul datang, pasaran tak tunggu kita bersedia.
Bersambung di Part 03
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.

.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
