26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomiPendidikan

Bitcoin Buat ATH Baru, Apa Seterusnya?

Bitcoin Buat ATH Baru, Apa Seterusnya?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Sebelum masuk tidur, saya nak kongsikan sesuatu dengan awak semua…

.

“Bitcoin cecah $118K. …tiga angka, lima digit…tak  semua trader akan faham maksud dia, tp bagi yang dah lama dalam game ni, angka tu bukan sekadar nombor sebaliknya itu adalah simbol 3K iaitu Keyakinan, Kegilaan dan juga Kebimbangan.

Subuh tadi, market crypto buat hal lg, masa ramai tengah lena atau baru lepas tarik selimut sebab sejuk hujan malam, solat subuh delay…tp  Wall Street diam-diam cucuk api bawah Bitcoin… harga tembus $118,000. Bukan calang-calang candle., satu cucukan padu, straight naik macam x pandang belakang, yang duk atas pagar, terus terpinga-pinga…yang short market, lebih dari 237,000 trader tersungkur $1.13 bilion dilenyapkan dari akaun mereka..saya ulang, satu perpuluhan satu tiga bilion hangus hanya sebab mereka salah timing dan dalam perkongsian yang lepas saya dah bgtau yang trade futures ni haram, tak patuh syariah..boleh rujuk sini >>> https://www.youtube.com/watch?v=OZHT6bsB9M0

.

Klik Sini Untuk Daftar Akaun Luno

 

Kalau tanya saya kenapa pump macam ni?

Jawapan saya, kita takleh lari dari hakikat yang ini bukan kerja retailer… Ini kerja whales ETF, institusi, anak buah BlackRock, Fidelity, Ark dan sekutunya., semalam saja, inflow ETF rekod tertinggi sejak November 2024,  masuk $1.18 bilion bersih. Jumlah keseluruhan inflow ke ETF sekarang dah lebih $51 bilion dan Bitcoin menyumbang 83% daripada jumlah ni.

Ini menunjukkan yang mereka ni bukan masuk main-main, mereka simpan Bitcoin sebagai “digital reserve asset”. Untuk pelabur institusi, BTC dah jadi macam emas versi milenium…semalam saya ada bagtau dalam monthly webinar bersama rakan-rakan circle webinar MyCryptoversity.

Tapi, ada satu benda pelik yang saya perasan…
Walaupun Bitcoin dah tembus ATH, tapi market cap keseluruhan crypto masih lebih rendah berbanding November-Disember lalu. ETH baru naik 8% ke $3K, paras yang kita dah lihat Februari lepas.

Altcoin? Majoriti masih sendu. SOL, SUI, ADA, bahkan MANTA masih jauh dari paras kegemilangan mereka waktu BTC berada di bawah $110K sebelum ni.

Pelik tak?
Sebenarnya tak juga, sebab ini bukan pump crypto, ini pump Bitcoin.

Saya tak hairan…sentimen hari ini lebih kepada “BTC = Wall Street”, macam saya cakap sebelum ni, trend sekarang dah berubah, bila SP500, Nasdaq naik, BTC akan follow. Fundamental coin dah jadi perkara kedua dah…sebab sekarang ni pasaran global berpegang pada berita makro dan likuiditi bukan lagi follow whitepaper atau TPS macam cycle yang lepas lepas.

Lihat saja Nasdaq dan Nvidia. Nvidia baru je jd syarikat pertama dalam sejarah cecah marketcap $4 trilion. Sekarang dunia bukan bercakap pasal CBDC atau DeFi… sekarang dunia tengah tumpu pada AI, semikonduktor, dan digital infrastructure. Jadi, sebenarnya Bitcoin ni hanya menumpang tuah. sebab sekarang Bitcoin dianggap sebagai aset makro, saya ulang ya…. Bitcoin dianggap bukan di kelasfikasikan sebagai aset makro, awak semua jangan keliru plak…dan Bitcoin sekarng bukan lagi hanya spekulatif. ETF, sovereign funds, corporate treasury, sekarang semua tengah sumbat BTC dalam portfolio masing-masing.

.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, Layari >>> Blajarkripto.com
Feedback Student

Tapi apa maksud semua ni untuk altcoin?

Itu soalan yang ramai tak berani nak jawab, ramai takut nak mengaku yang altcoin sekarang hanya jadi sampingan., retailer pun dah letih., ramai yang rugi besar masa Q1-Q2, beli ikut orang sampai sangkut kat pucuk token yang kononnya “narrative-driven”…tp hakikatnya tak ke mana dan bila market rally, modal semua masuk BTC. marketcap tak bergembang, ini maknanya rotation “money flow” belum berlaku.

Altcoin season?

Saya tak yakin kita dah masuk fasa tu..sebab Altcoin season ni memerlukan satu naratif baru dari dunia sebenar seperti mana kita ada metaverse waktu 2021, AI dan DePIN tahun lepas..tapi setakat ni, tak ada apa-apa naratif yang cukup kuat untuk gerakkan crowd.

Sekarang ni, kita tengah lihat “Bitcoin dominance” meningkat semula…biasanya ini petanda yang pasaran belum bersedia untuk rally altcoin.

Saya ada baca artikel kat binance ada sebut pasal satu trend menarik sekrang iaitu tokenisasi aset, dunia mula perlahan-lahan bergerak ke arah tokenized equities, yang terbaru, saham pun dah mula nak disuntik masuk ke blockchain dan kalo trend ni berkembang, altcoin berkaitan RWA atau tokenisasi mungkin dapat tempias jugak.
Tp dari pemerhatian saya, sekarang market masih lg tertumpu pada narrative lama mcm ETF BTC, AI dan Fed.

Fear & Greed Index?

Dah tahap extreme greed. DXY pula lemah, duk di paras terendah dalam 3 tahun…semua ni bg ruang kepada BTC untuk terus rally, tapi tak semestinya baik untuk altcoin.

Saya tahu ramai yang tertanya, boleh ke kalo nak masuk sekarang ke?
Jawapan saya mudah jer..kalo reti FiFO, boleh try scalping tapi kalo untuk HODL? Kena hati-hati.,. jangan FOMO. tengok chart. Harga BTC dah naik banyak dan setiap kali pecah ATH sebelum ni, biasanya akan ada correction tak lama selepas tu…bahkan ada juga pakar yang kata $118K ni hanyalah price discovery range sementara sebelum pullback.

Minggu depan ada “Crypto Week” di AS. ..ada 2 akta penting  itu CLARITY dan GENIUS Act  akan dibentang dan dibahaskan nanti…jika hasilnya memihak kepada industri, kita boleh expect sentimen positif akan berterusan..akan tetapi jangan lupa, CPI data juga bakal keluar, kalo inflasi naik semula, semua euforia ni boleh jadi padam dalam satu malam jer.

sign up MEXC here

 

Jadi apa tindakan saya sekarang?

Saya masih lg duk tepi, tengok market, kalau nak buy pun, cari coin yang masih di lantai, biasanya saya refer kat Cryptodemon. Coin yang macam GENOME dalam kategori DeSci atau CELL dalam quantum computing masih belum pump lg kan?…jd boleh la beli skit skit kot,tp jangan lupo pasang SL siap siap la… Kalau dump, cut cepat cepat…kalau naik, ada ruang besar untuk profit.

Satu perkara lagi, hari ni market penuh dengan coin pelik…coin macam FARTCOIN pun boleh pump. PENGU, BONK, PEPE semula semua hidup.  Bagi saya la, ni petanda crowd tengah bosan dan mula berjudi semula.

Jadi hati-hati bila memecoin mula jadi tumpuan semula.

Kesimpulannya…

BTC dalam fasa ATH baru, tp altcoin belum ready…market tengah cari sebab untuk terus naik, tp ia juga  boleh senang sangat nak jatuh.

Jadi lah trader yang flexsible, bijak, jangan tamak…jangan ikut crowd membuta tuli dan paling penting  jangan sangkut pucuk.

Biar lah market gila cara dia, kita jangan hilang Kewarasan

Saya tak nak hype, saya nak kita semua celik dan sedar yang sekarang ni masa untuk bertindak sengan bijak. Kalo nak masuk pasaran, pastikan ada plan..kalo nak HODL, pastikan tau kenapa beli. Jangan sebab orang lain beli, kita pun ikut. Kalau rasa market dah tinggi, duk jer tepi dulu sampai screen crypto, saya pakai Cryptodemon. Tiada siapa rugi bila masuk market dengan strategi dan tunggu dengan sabar.

Ingat, market bukan tempat untuk siapa yang tamak, tp untuk mereka yang tahu bila nak masuk dan bila nak undur. Kita tak boleh lawan market, tp kita menari dengan market..dan masa paling sesuai untuk menari  ialah bila muzik masih berkumandang…

Tapi bila muzik berhenti, pastikan kita tak jd orang terakhir berdiri dalam gelap.

Dan sekali lagi suka saya nak ingatkn yang INI BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, Saya bukan seorang pakar, bukan sifu, bukan crypto / market analisis, bukan influencer…penulisan ini hanya sekadar pendapat peribadi sahaja sebagai seorang yang baru nak bertatih dalam dunia Kripto dan Blockchain…Selamatmalam…

— Cikgu Mayee

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Photo : pexx.com & google

Joint Us!

Related posts

Apa itu Decentraland ; Kegilaan Yang Kita Kena Ambil Tahu

Nazrich

PCE 26 Sept, Adakah Data Inflasi Penentu Bull Run Q4 atau Brek Mengejut?

Nazrich

August Final Dump

Nazrich
error: Content is protected !!