26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomi

Bila Altcoins Nak Mula?

Bila laaaa Altcoins Season Nak Mula…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Ramai yang PM/DM saya tanya pasal ni…bila laa musim altcoins nak mula, ada lagi ke tak?

Sebelum saya sentuh bab tu, joom kita sembang kari dulu pasal keadaan semasa market setakat 8 julai 2025.

Bicara Market  9 Julai 2025

Subuh tadi waktu saya hirup kopi pahit kat bangsal dusun durian ni, mata saya tak pandang ke langit, tp ke candle chart…bukan sebab saya dah tak percaya pada rezeki Ilahi, tp sebab dalam dunia pasaran, sebenarnya Allah SWT dah pun bagi kita petunjuk, kalo kita pandai baca lah… dan pagi ni, satu benda je yang bermain dalam kepala ni…saya tengok ramai yang dah mula gelojoh balik dan yang paling saya risaukan ialah anak-anak muda, BBNU kat dalam channel telegram yang sangkut kat pucuk untuk entah ke berapa kali…tak serik serik nak FOMO

Harga Bitcoin masih berlegar sekitar $108K…tak jauh pun beza dari minggu lepas…tp kalo kita lihat dari segi market behaviour, ini bukan waktu untuk tepuk tangan atau ikut rentak sorakan crowd. ..tapi

Ini adalah waktu untuk berfikir, fikir betul-betul guna logik akai.

Cuba kita renung sekejap, bulan Jun lepas kita disajikan dengan satu rally yang semua tahu yang mana puncanya bukan sebab inovasi teknologi atau mana-mana use case layer baru. ..tp Rally tu dipacu oleh faktor makroekonomi, iaitu  gencatan senjata Iran – Israel, sentimen positif dari Trump-China Trade Deal dan ekspektasi pasaran bahawa Fed mungkin akan mula turunkan kadar faedah.

Tapi saya nak tanya, berapa ramai di antara awak semua yang ambil masa untuk baca FOMC Minutes dengan teliti? Siapa yang faham betul-betul kenapa Dot Plot bulan Jun lepas tunjuk 2 kali rate cut tapi Powell tetap ulang ayat yang sama: “Data masih tak cukup kuat.”?

Klik sini untuk daftarakaun LUNO >>>

.

Nak saya share satu rahsia?


Powell takkan potong rate selagi pasaran pekerjaan masih panas dan inflasi masih degil. NFP minggu lepas kukuh, CPI pula naik dari 2.3% ke 2.4%. Kalau awak jadi Fed, awak sanggup tak turunkan kadar bila semua orang masih gila shopping dan harga barang akan naik? … Itu persoalan logik akal yang kita semua kena letak dalam kepala kita…

Maknanya, expectation pasaran untuk rate cut bulan Julai ni mungkin angan-angan Mat Jenin jer la kan?… Tapi kenapa harga BTC masih maintain tinggi?

Sebab sebenanrnya ialah crowd..
Crowd masih hidup dalam dunia futuristik euphoria yang didorong oleh tajuk-tajuk headline yang sengaja di gembar gemburkan kat medsos,dan bukannya dari data yang sebenar.

Dari sudut aliran modal, ETF masih ada inflow..semalam jer BlackRock tambah lagi $80 juta ke spot ETF mereka tapi kita kena ingat… inflow ni bukan sebarang inflow ..ia inflow yang bila perlu dan dia akan keluar senyap senyap tanpa bunyi.

Retailer? Masih suka mimpi pasal meme coin, airdrop fantasi dan harapan… masuk lambat tapi exit awal 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️

Sebagai seorang yang dah berada dalam dunia pelaburan seejak 2008, suka saya nak ingatkan sesuatu.
Dalam dunia institusi, semua pergerakan ada sebab… Bila diorang beli, diaorang tahu kat mana exit. Bila mereka park duit dalam BTC, itu bukan sebab mereka percaya BTC akan ganti USD, tp itu sebab mereka nak lindung nilai, nak tambah exposure kepada aset risiko ketika inflasi ‘nampak’ terkawal.

Tapi bila data makro negatif, market mula goyang, diorang juga yang akan trigger red candle junam -15% dalam satu malam.

sign up MEXC here

.

Jadi, kenapa saya belum beli banyak?
Sebabnya mudah jer, saya tak pernah percaya rally yang tak ada fundamental kukuh dan saya takkan masuk pasaran bila semua orang tengah yakin ia akan naik.

Pasaran sekarang tengah masuk fasa “greed senyap” , bukan semua orang gila membeli macam musim bull 2021 dulu, lebih lebih lagi sejak awal tahun lepas (2024) ramai giler retailer loss semua aset, hilang aset kat market futures sebab kena “wipe out” ..dah la BBNU, modal hak tu jer yang ada, kecik plak tu..trader futures la sebab boleh dapat laverage (riba) kalo untung, boleh terus jd jutawan (dalam mimpi jer laa) ni semua sebab terpengaruh dengan influencer yang duk promot, duk tunjuk profit ribu-ribu % dalam masa seminit jer ( yang lost tu x tunjuk plak..kan?) , influencer tu ajak masuk trade futures sebab dia dapat “trading komisen” setiap kali awak trade, tak kira la awak untung ke awak rugi ke, dia tetap dapat komisen, sebab tu akaun dia grow dan dia ajak awak masuk….kalo takde trading komisen ni, diorang xkan ajak, xkan ajar free.. nampak jer macam ajar free tapi sebenar nya dapat komisen dan komisen ni banyak sebab ia berterusan sampai bila bila selagai mana awak yang cerdik pandai ni trade.

Dan suka saya nak bagtau awak semua yang trade futures ni Tak Patuh Syariah / HARAM , boleh rujuk penerangan kat sini >>> Perpetual Futures Haram

Saya nak semua followers saya / MyCryptoversity tanya balik satu soalan mudah:
Kenapa Awak beli coin tu minggu lepas? Sebab chart cun atau sebab kawan ajak masuk Telegram group dan janji akan meletup?

Kalo jawapan awak yang kedua, saya mitak awak simpan dulu $USDT tu jangan bazir…market ni kejam dan ia tak kisah awak tu siapa..awak orang kaya ke, orang yang baru nak kaya ke, awak amik duit orang untuk trade ke,  skill TA awak tahap dewa ke..awak influencer ke, awak cipu ke..kalo main beli sebab ikut hype, memang boleh sangkut…tp kalo beli sebab faham, insya Allah baru boleh profit.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity, detail >>> Blajarkripto.com

.

Kita masuk bab geopolitik kejap.

Bila Trump umumkan tariff delay ke 1 Ogos, pasaran lega..tapi lega bukan bererti bebas risiko…kita kenba paham Trump ni unpredictable, hni dia senyum dengan Xi Jinping, esok dia boleh tweet pasal nak hantar missile ke Laut China Selatan. Dalam sejarah perdagangan dunia, takde satu pun presiden AS yang boleh goncang pasaran dalam satu tweet je kecuali dia sorang jer..kan?.

Dan bila kita sebut China, jangan lupa, ada ura-ura Xi Jinping mungkin disingkir dari tampuk kuasa…bunyi macam drama politik, tapi dalam pasaran ekonomi, benda benda gini ada makna, ada kesan. Kalo China tukar pemimpin, Taiwan boleh jadi medan panas..dan kalau Taiwan panas, pasaran chip global terganggu, Apple goyang, Nasdaq jatuh, BTC pun turut ikut junam.

Saya tahu benda ni dengar macam cerita jauh, tapi sebagai seorang yang dah berada dalam dunia pelaburan sejak 2008, dah lalui 3x halving cycle (2016, 2020, 2024) saya pernah tengok pasaran jatuh -60% hanya sebab satu flash crash saja, sebab tu saya tak duduk diam bila crowd mula lupa pada risiko sistemik…saya jarang menulis masa market Bullish, saya banyak diam ketika ramai sifo sifo mula muncul tunjuk profit kat sosmed…saya lebih aktif berkongsi penulisan dan perkongsian dalam circle MyCryptoversity masa market sunyi, merah dan bearish…sebab bagi saya, ini lah masa yang sesuai untuk kita siap sedia masuk market, kita masuk awal, bukan masuk time FOMO.

Testimoni

More Feedback student MyCryptoversity >>> HERE

.

Akhir skali, kita dah sampai ke part paling ramai yang tanya saya… Bila Altcoin Season nak mula?


Ramai yang DM/PM saya  tanya, “Bila altseason nak mula, cikgu?”
Saya cuma senyum, jawapan saya macam ni:

“Altseason ni datang bukan sebab kita mitak…. Altseason datang bila BTC dominance dah mula longgar, bila majoriti altcoins perform lebih baik dari BTC lebih dari 90 hari dan bila pasaran mula percaya pada high-risk plays. Sekarang dominance BTC masih atas 65%, ETH pun tak boleh lepasi $2,500 ..ni antara benchmark yang altseason belum bermula.”

Jadi, ada ke tak alcoins season dalam cycle kali ni?
Yang ni sebenarnya saya dah jawap dalam video – video dan penulisan sebelum ni…atau kalo nak tau detail boleh la datang ke Bengkel Kripto & Blockchain yang saya akan buat pada 23 Ogos nanti.

Boleh baca sini >>> https://www.facebook.com/share/p/16ksiQn2B2/

Apa yang saya buat sekarang?
Saya scan coin yang fundamental kuat tapi ……………….. Saya track ……… tengok samada ada akumulasi ke x… saya tunggu deep retrace kat key level key level yang saya share dalam grp webinar TA…masa tu baru saya masuk..bukan masuk sekarang, bukan ketika crowd tengah sorak “To the Moon!”… “To the Moon!”


Penutup dari saya…

Dunia pelaburan ni tak perlu glamor..tak perlu hype..kita hanya perlukan kesabaran, fokus dan disiplin, kalo kita masuk market ni sebab semata mata nak jadi kaya cepat, maka market akan ajar kita maksud sebenar ‘pukulan senyap’.

Jangan kita beli sebab takut ketinggalan, banyak kali saya pesan jangan FOMO sebab tengok orang lain untung…jangan sangkut pucuk semata-mata sebab group sebelah tengah bersorak..sebab follow perkongsian rakan-rakan dalam group..buat kajian sendiri..jangan MALAS!.

Saya menulis ni bukan sebab nak ajar, tp sebab saya dah lalui sepak terajang market sejak 2008..jadi saya harap generasi baru hari ini, terutamanya rakan dalam circle MyCryptoversity, belajar lah untuk jadi coiner yang faham pergerakkan market bukan jd follower yang hanyut..

Teruskan belajar, teruskan berjaga.
Musim Altcoin tu akan datang tp jangan sampai kita sangkut atas sebab ikut crowd.

Apa-apa pun, ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar perkongsian pendapat saya yang naif sahaja…buat lah kajian sendiri sebelum masuk market…sehingga kita berjumpa lagi dalam perkongsian akan datang….

#DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Joint Us

Related posts

Supreme Court Baru Sesi Hujah, Tapi Market Dah Kena Hukum.

Nazrich

Oktober: Bulan Penentu Bull Run Atau Shopping Bawah $100K

Nazrich

Betul Ke PCE Ogos Ni Last Dump Sebelum Meroket?

Nazrich
error: Content is protected !!