Dalam dunia pelaburan, emas dan Bitcoin sering dilihat sebagai aset yang berbeza sifatnya emas sebagai pelindung nilai tradisional, manakala Bitcoin sebagai aset digital yang lebih spekulatif. Namun, minggu ini, kedua-dua aset ini menunjukkan kenaikan harga serentak, menimbulkan persoalan: mengapa ia berlaku?
Jom kita sembang kari pasal ni, saya guna bahasa pasar supaya perkongsian ini tidak boring,
Satu masa dulu, pelabur suka kategorikan Emas dan Bitcoin macam dua ekor haiwan buas dari dua hutan belantara berbeza. Emas bersifat konservatif, tua, matang dimana sejak zaman Firaun lagi emas sudah dikenali sebagai penyimpan nilai. Manakala Bitcoin pula si muda liar, muncul dari kelam krisis kewangan 2008, penuh misteri dan digelar “emas digital” atau “emas 2.0” oleh generasi baru yang tak sempat rasa keperitan kejatuhan Lehman Brothers semasa krisis kewangan 1998 dulu.


Tapi pagi ni, bila saya buka chart, saya terus terdiam. Emas dan Bitcoin dua-dua naik serentak. Emas melonjak ke $3,320 dan Bitcoin pula dah melepas $106,000. Dalam dunia yang biasa kita lihat, ini jarang-jarang berlaku. Biasanya kalau emas naik, itu tanda pelabur takut, cari perlindungan. Bila Bitcoin naik, orang sangka risk-on mood kembali, tapi bila dua-dua mendaki macam tak ingat dunia, kita kena tanya: apa sebenarnya yang berlaku?
Untuk fahami apa yang sedang berlaku, kita kena undur sikit ke belakang.
Kita hidup dalam era pasaran yang tak lagi ikut skrip text book ekonomi zaman universiti. Fed masih belum berani potong kadar faedah, inflasi masih degil tak nak turun ke target 2% dan data PCE serta CPI asyik bagi kejutan bulan ke bulan. Tambah dengan perang dagang US-China yang makin meruncing, election US 2025 yang makin panas dan EU yang separuh-separuh dengan dasar monetarinya, pasaran kewangan sedang mencari arah.
Di sinilah ceritanya bermula...Institusi kewangan besar mula tukar strategi, dah tak boleh duduk dalam bon kerajaan atau saham megacap semata-mata. Mereka mula diversify ke aset ‘real’, benda yang terhad bekalan, yang tak boleh dicetak oleh bank pusat. Maka, ini masuklah emas dan dalam nafas yang sama masuklah juga Bitcoin.
Yang menariknya, Bitcoin dah mula duduk semeja dengan emas di mata pelabur institusi dan geng Wall Street. Bitcoin spot ETF yang baru diluluskan awal tahun ni melonjakkan permintaan institusi. BlackRock, Fidelity, ARK semua dah mula beli Bitcoin macam beli bond AAA. Kesan nya, apabila benda tu jadi arus perdana, correlation antara BTC dan GOLD mula rapat, bukan sebab teknikal, tapi sebab naratif. Naratif bahawa yang kedua-dua ini adalah penyimpan nilai yang tak boleh dimanipulasi oleh kerajaan.
Bila dorang masuk, dorang treat BTC ni macam aset makro dan kalau mereka hedge risiko, dorang akan beli dua benda: emas dan BTC serentak. Ini lah apa yang kita nampak sekarang. Korelasi antara dua aset ni kadang jadi rapat, especially waktu krisis keyakinan.

Teringat saya tahun 2021, masa tu saya dah bgtau kat kawan-kawan dalam circle MyCryptoversity, ” BTC dah $58K, nak ambil sikit profit pun okay dah ni.” Tapi biasalah waktu euforia, profit banyak, semua orang rasa sayang nak take profit dan tak lama lepas tu market crash. Pengajaran nya ;- Bila kita berada di kemuncak, kita selalu rasa kita kebal, tapi market ni.. suka ajar kita erti rendah diri.
Jadi bila sekarang ni kedua-dua raja emas dan Bitcoin sama-sama naik, pada pendapat peribadi saya tak rasa ini satu kebetulan. Ini bukan pump biasa, ini adalah signal kepada sesuatu yang lebih besar: iaitu kejatuhan kepercayaan terhadap fiat dan sistem kewangan yang lapuk. Bila pelabur tak percaya pada janji bank pusat lagi, mereka lari ke aset yang mereka rasa lebih selamat, dulu hanya emas, tapi sekarang Bitcoin pun termasuk dalam senarai mereka.
.
Adakah ini bermakna kita akan lihat korelasi positif yang konsisten antara kedua-dua aset ini selepas ini?
Tak semestinya.
Sebab emosi pasaran tetap akan bagi kesan, tapi satu perkara yang jelas, iaitu : Bitcoin sudah graduate dari status “aset spekulatif” ke “aset lindung nilai” bagi sesetengah pelabur besar.
Dan, ini bukan benda kecil.
Secara teknikal, emas telah mencapai paras tertinggi baru, didorong oleh permintaan yang kukuh dari bank pusat dan pelabur institusi yang mencari perlindungan terhadap ketidaktentuan ekonomi. Sementara itu, Bitcoin juga menunjukkan corak harga yang positif dengan momentum yang meningkat disokong oleh aliran masuk dana institusi melalui ETF dan minat geng pelabur runcit.
Korelasi antara emas dan Bitcoin telah berubah-ubah. Menurut data terkini dari Coinstas, korelasi 30 hari antara kedua-dua aset ini telah menurun kepada -0.54, ini menunjukkan pergerakan harga yang bertentangan dalam jangka pendek. Namun, korelasi jangka panjang masih positif, mencerminkan bahawa dalam tempoh yang lebih panjang, kedua-dua aset ini cenderung bergerak seiring sebagai tindak balas terhadap faktor makroekonomi yang sama.
Satu nasihat saya pada trader dan pelabur retail :
“jangan jadi terlalu teruja, bila dua-dua naik, ramai yang sangka inilah masa untuk all-in. Tapi ingat, pasaran bergerak dalam kitaran, kita kena faham cyle dia. Kalau hari ni langit cerah, tak bermakna hujan takkan turun esok.”
Sama macam saya selalu pesan, kalau pelaburan kripto kita dah lebih dari target simpanan kita, itu signal awal untuk kita mula ambil untung. Jangan nanti nangis di bucu katil bila market reverse.

Apa yang dapat saya simpulkan, Emas dan Bitcoin kini bukan lagi musuh dalam dunia pelaburan, mereka bukan lawan tapi sudah menjadi sekutu dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan bagi kita yang celik, ini adalah peluang terbaik untuk kita fahami bagaimana naratif pelaburan sedang berubah.
Kenaikan harga emas dan Bitcoin secara serentak mencerminkan perubahan dalam sentimen pelabur yang mencari perlindungan terhadap ketidaktentuan ekonomi dan kewangan. Walaupun kedua-dua aset ini mempunyai sifat yang berbeza, faktor-faktor makroekonomi semasa telah menyelaraskan pergerakan harga mereka.
Apa yang penting, kita jangan tertinggal kereta api kali ni., sentiasa pantau pergerakan kedua dua aset ini.
Sehingga kita berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang dan suka ingatkan perkongsian ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja..buat kajian sendiri sebelum awak semua masuk market.
#DukKampungTakpaJanjiAdaKripto

.

Detail >>> Blajarkripto.com
