Pendidikan

5 TIP NAK BUAT COME BACK DALAM KRIPTO

Mungkin ramai antara kita yang kenal kripto pada tahun 2020 atau 2021. Ada sebahagian yang dah tahu pasal kripto sebelum tu tapi masih ragu-ragu untuk masuk market sebab terlalu banyak cerita kurang enak pasal kripto. Asal cerita pasal kripto, mesti berita tentang curi letrik sebab mining Bitcoin. Asal cerita kripto je, mesti pasal orang kena scam. Berita kripto keluar, mesti pasal cerita pelaburan tak wujud. Jarang cerita yang indah-indah kita dengar pasal kripto.

Tapi masa tahun 2021, buat pertama kalinya harga Bitcoin 2 kali cipta all-time-high price, ramai yang mula buka mata. Bulan April 2021, harga BTC cecah paras $64,800 sebelum pullback berlaku sehingga lebih 50%. Ketika ramai yang mula gelabah, BTC sekali lagi melonjak ke paras $69,000 dan masa tu jugak semakin ramai yang mula nak berkenalan dengan kripto. Ramai yang FOMO la senang cerita. Masa tu kebanyakan market analyst menjangkakan yang harga akan teruskan kenaikan hingga ke paras $100,000 tapiiii itulah market. Biasa dengar, kan? Market bukan kita punya. Bitcoin berhenti pada paras $69,000 dan market reversal mula berlaku.

Ramai yang terciduk sebab masuk market secara FOMO. Ramai juga yang berjaya buat profit gila-gila dalam sekelip mata. Dan tak kurang juga yang mula hilang percaya dengan kripto. Perlahan-lahan meninggalkan market kripto bila market bergerak dalam mode “BOSAN”. Downtrend dan sideways yang agak lama antara tahun 2022 sehingga Q3 2023. Tapi ramai juga yang belajar sesuatu tentang kripto iaitu kitaran pasaran kripto. Panduan mudah adalah Bitcoin Halving Event. Pasti ada yang fikir, “Ala…biar la dulu. Nanti lepas Bitcoin Halving, aku masuk la balik. Apadal hal. Aku cuma nak hit and run je”. Tak salah pun cara pemikiran tu. Mungkin cara tu sesuai untuk sebahagian orang.


LUNO 2024

Tapi tak semestinya sesuai untuk sebahagian yang lain terutamanya yang jenis suka medium to long term investment. Campak duit dan biar. Kenapa? Sebab biasanya yang suka medium to long term investment ni adalah orang yang busy dan tak banyak masa. Adakalanya (bukan semua) bila dah busy takde masa, kita mudah terlupa. Jadi bila dah teringat semula, kita akan cuba review portfolio yang kita dah lama tinggal. Tapi korang tahu tak? Dunia kripto bergerak sangat pantas, seiring perkembangan teknologi blockchain.

Coingecko melaporkan 5,300 token baru telah dilancarkan setakat bulan April 2024 dan jumlah keseluruhan cryptocurrency adalah sekitar 2.52 juta token/coin (setakat April 2024). Peningkatan jumlah token/coin yang dilancarkan adalah 5.7 kali ganda berbanding tahun 2011. Jadi, korang boleh bayangkan kepantasan dunia kripto berkembang. Jika dulu pada tahun 2021, kita hanya perlu beri perhatian kepada beberapa naratif utama yang hype, contohnya Layer 1, Layer 2, Play-to-Earn, NFT dan Metaverse untuk kita mengembangkan portfolio. Tapi sekarang pelbagai kategori token telah diperkenalkan. Zero Knowledge Proof, Restaking, Artificial Intelligent, Modular Blockchain, Parallel EVM …. fuhhh banyaknya.

Bayangkan korang yang dah tinggal market sejak 2022 dan korang rasa korang nak jenguk balik market kripto sekarang. Berasap jugak kepala nak ambil tahu banyak benda. Relakssss. Kalau sekarang pun dah rasa berasap kepala, kalau tak mula balik dari sekarang, tak tau la 4-5 tahun akan datang korang mampu tak nak cope dengan lebih banyak benda baru. Kepada yang nak buat come back dalam market kripto, saya nak ucapkan welcome back. It’s never too late. Kripto dan blockchain belum lagi berada di fasa full adoption. Ada 5 tip untuk korang yang nak buat come back. Walaupun tip-tip ni amat klise, diharap dapat jadi panduan untuk semua.


Tokenize 2023

TIP NO 1: BERSEDIA UNTUK BERMULA DARI ZERO

Kita mungkin pernah punya asas kripto sebelum ni. Kita faham konsep blockchain dan bagaimana terciptanya mata wang kripto menggunakan teknologi blockchain. Kita juga mungkin pernah merasa profit 10X, 50X malah beratus X masa kita masuk market masa tahun 2021. Tahun 2022-2023 adalah tahun paling boring dalam kripto. Banyak berita FUD, banyak cerita tak best pasal makroekonomi global yang menyebabkan harga seluruh pasaran kripto menjunam. Maka ramai yang mula angkat kaki. Tapi kepada siapa yang masih percaya dan bertahan, mungkin ramai yang perasan yang dalam masa 2 tahun yang mandop tu, banyak improvement dan upgradation berlaku dalam teknologi kripto.

Teknologi akan sentiasa berkembang. Siapa lambat dia akan tertinggal. Masa 2021 masa harga BTC meletup-letup, kita takde pun dengar pasal Blockchain Abstraction, Restaking, Data Availability dan banyak lagi penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak developer untuk menjadikan teknologi blockchain ni lebih “friendly”. Dan dulu walaupun banyak analisa dibuat oleh para market analyst, tak banyak analisa yang dikaitkan dengan keadaan makroekomoni. Tetapi sekarang landscape kripto sudah berbeza. Banyak institusi dan jerung Wall Street dah masuk pasaran kripto. Kita terpaksa bermain dengan game plan yang sedikit berbeza. Sebab tu jika ada antara kita yang memang tinggal terus pasaran kripto, korang akan rasa banyak sangat benda yang korang kena catch up.

Bersedialah untuk bermula dari sebuah gelas yang kosong. Di samping ulangkaji perkara asas tentang kripto dan blockchain, kita kena cepat catch up benda baru.

TIP NO 2: TETAPKAN MATLAMAT

Jika dulu mungkin kita terjun ke market kripto sebab terikut kawan-kawan, ahli keluarga, kawan opis atau pasangan kita. Biasa la tu..kalau terpengaruh dengan orang sekeliling kita. Sebab kita bukan hidup dengan kera kat hutan. Hahaha. Cumanya bila kita dah decide untuk buat come back, biarlah ia datang dari diri kita sendiri. Sebab hanya kita yang kenal dan faham diri kita. Cuba tanya diri sendiri..apa niat aku nak terjun balik dalam dunia kripto? Sanggup tak aku nak belajar balik ilmu kripto dan blockchain? Aku nak jadi trader atau investor? Macam mana aku nak bermula balik? Sebenarnya banyak lagi soalan yang kita boleh tanya kepada diri kita sendiri, sebelum kita buat keputusan sama ada kripto ni sesuai tak untuk diri kita.

Tetapkan matlamat ni bukan terhad kepada matlamat trading atau pelaburan kripto sahaja. Cuba relate juga dengan impian kehidupan kita supaya mudah untuk kita susun strategi untuk mencapai apa yang kita inginkan. Contohya, dalam masa 2 tahun kita ingin bawa seluruh keluarga mengerjakan umrah dan kita tahu yang kos mengerjakan umrah sekarang bukan murah. Jadi kita masukkan dalam plan kita apakah jenis-jenis pendapatan yang boleh menyumbang untuk cover kos umrah tu. Mungkin kita target kos umrah dibiayai 50% profit kripto. Itu contoh.

Jadi tetapkan matlamat kita ikut priority short term, medium term dan long term.


Binance2024

TIP NO 3: SUSUN PORTFOLIO PELABURAN

Bila kita dah ada matlamat yang jelas, senang untuk kita susun portfolio pelaburan. Takkan 100% portfolio kita untuk kripto, kan. Omputih kata don’t put all eggs in one basket. Dalam portfolio tu selalunya akan ada cash reserve atau simpanan cash, ada emas, ASB, Tabung Haji, mungkin ada saham, kripto dan lain-lain. Yang tu ikut kita la nak letak percentage berapa, bergantung kepada kita ni jenis pelabur konservatif atau moderate atau aggressive. Ada banyak panduan kat luar sana untuk susun percentage tu.

Bila kita dah tetapkan allocation berapa percent dari portfolio kita untuk kripto, sila guna allocation tu sahaja. Kalau tak, kita akan asyik dok top up USDT memanjang. Itu belum lagi kira kalau trade tak menjadi, asyik cut loss kerjanya. Top up USDT lagi, cut loss lagi. Sampai ke sudah portfolio tak berkembang. Kat sini pentingnya money management. Suka atau tak, kita kena belajar dan mahirkan bab pengurusan duit ni. Susah? Mana ada benda senang dalam dunia ni. Hehe.

Oh selain tu, kita pilihlah aset-aset kripto yang berpotensi. Bukan ikut influencer punya selera. Kita kena belajar cara macam mana nak buat pilihan. SHITCOIN IS A BIG NO. Sila jangan terpedaya dengan janji manis 1000X, 5000X, 9500X yang cuba dipasakkan dalam kepala korang.

TIP NO 4: JANGAN PUTUS ASA DAN TERUSKAN BELAJAR

Ini adalah kriteria utama jika kita nak bertahan lama dalam dunia kripto. Sebenarnya bukan hanya dalam dunia kripto, tapi dalam semua benda yang kita usahakan. Untuk kita menjadi seorang coiner yang bijaksana dan berjaya, kita tak perlu pun jadi orang yang paling power dalam bidang IT, engineering atau ekonomi. Tak payah pun jadi terpaling tahu pasal semua coin/token yang wujud dalam dunia kripto ni. Tapi perkara basic tentang kripto dan blockchain perlu DIKUASAI. Kalau matlamat kita untuk berada lama dalam dunia dunia, teruskan belajar kerana teknologi tak pernah tidur dan sentiasa berkembang, sehingga teknologi blockchain ni benar-benar diadoptasi sepenuhnya secara global especially oleh big big enterprise.

Jangan tinggal market. Ada jugak yang jenis jenguk market kripto 4 tahun sekali. Ya la..Bitcoin Halving kan setiap 4 tahun. Market boom, kita masuk. Market lemau, kita tinggal la, kan. Kalau ada yang niat macam tu, good luck. Tak salah tindakan tu. Tapi tak jugak betul. Ingat ya, dunia pelaburan atau trading bukan macam kita buat roket naik ke bulan, yang semuanya perlukan 99.9999% accuracy. Dunia pelaburan atau trading adalah fleksibel dan tiada yang pasti. Kita kena belajar menari bersama market. Cuma tindakan tinggal market adalah tindakan yang MERUGIKAN. Banyak wooo nanti nak kena catch up.

Dan kena rajin sikit la membaca. Paling teruk pun, tengok la video rakaman kelas (kalau ada). Jangan asyik harapkan orang suap kita info. Dalam hidup ni, kita kena give and take, kan. Hehe


BYBIT 2024

TIP NO 5: CARI GURU DAN CIRCLE YANG BETUL

Korang suka ke trade sorang-sorang? Tengok beribu video YouTube, dengar Podcast, tengok TikTok, cari info kat Twitter. Semua pun buat sorang-sorang. Dan berjaya profit 10X, 50X 100X. Perghhh..memang padu kalau korang boleh buat semuanya sorang. Tapi kebanyakan kita akan cuba attach dengan circle tertentu untuk belajar. Sebab dalam circle tu akan ada ramai kawan yang bermurah hati share info itu ini. Ada guru yang akan memimpin kita supaya kita lebih faham. Guru yang akan tegur jika kita silap. Rakan-rakan yang boleh berkongsi pendapat. So takde la kita sunyi. Takde la kita rasa terumbang-ambing.

Cumanya cari dan pilihlah guru dan circle yang betul. Guru yang mempunyai proven track record. Guru yang ikhlas mencurahkan ilmu dan panduan. Guru yang sentiasa ada untuk kita rujuk bila kita memerlukan. Circle yang supportive, yang sentiasa share info berguna, yang memberi kata-kata semangat bila kita tengah longlai kena bedal sang beruang. Jangan pulak terrrjoin circle yang ajak beli shitcoin. Godek DEX itu, DEX ini. Cari GEMS katanya. Ada juga yang memberi harapan palsu bahawa token buatan diorang boleh beri pulangan 1000X, 5000X, 8800X. Masakkkk. Hangus duit kalau tak sempat bawa keluar modal.

Guru dan circle yang betul tu penting, ya. Jadi TIP NO 5 PALING PENTING. Jangan kedekut dalam mencari ilmu. Tak perlu terlalu berkira jika niat kita betul dan kita yakin dengan pilihan kita. Ehem…kalau nak join circle MyCryptoversity pun boleh. Anda dialu-alukan. Boleh contact Tuan Admin (https://t.me/Blockversity).

KESIMPULAN

Selamat kembali kepada yang nak buat come back. Anda tak keseorangan. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis 5 tip klise yang saya kongsikan.

Semoga bermanfaat.

– TAMAT –

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak MyCryptoversity atau pemiliknya.


Chatroom - MyCryptoversity Circle

Related posts

Kenali Kripto Anda – Ethereum (ETH)

Azhar Mokhtar AM

Apa itu Stop-Limit Order?

mssalha

Apa Itu Proof of Work?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!