Liquidity dalam bahasa melayu ialah kecairan. Cecair mestilah sifatnya cair dan mengalir. Kalau pepejal, macam mana nak mengalir, kan? Liquidity adalah soalan yang sering ditanya oleh newbies dalam kelas atau kat mana-mana support grup. Tapi bukanlah soalan paling popular ditanya. Hahaha.
Kadang-kadang kita excited nak cari aset yang boleh beri pulangan 20X, 50X, 100X. Kita sanggup deep dive ala-ala free diving tanpa tong oksigen kat DEX, ikut orang cari aset yang tak pernah didengar namanya pun. Konon-konon itu lah hidden gem. Nama pun gem. Kena la rahsia. Tapi tak sedar dah termasuk perangkap. Aset tu aset yang low liquidity atau tak liquid langsung. Sebab gem kena dirahsiakan, bila price tiba-tiba pump, tak sempat jual. Masakkkk. Memang jadi lauk, kenyang developer.
Jadi, apa sebenarnya liquidity ni? Penting sangat ke nak kena ambil tahu? Jom kita fahamkan kenapa liquidity ni penting.
APA MAKSUD LIQUIDITY
Liquidity adalah kebolehan sesuatu aset untuk dijual atau dibeli dengan mudah dan pantas tanpa menyebabkan harga aset tu naik/turun terlalu mendadak. Senang kata ramai orang minat atau tak nak jual/beli aset ni. Kalau ramai orang minat, maka mudahlah aktiviti jual/beli berlaku.
Semakin tinggi tahap liquidity sesuatu aset, semakin senang ianya nak dijual beli. Semakin rendah liquidity, semakin payah untuk aset tu nak bertukar tangan. Bila pasaran jadi tak liquid, sangat susah untuk kita jual/beli. Kalau jual/beli berlaku pun, jurang harga jual dan beli akan jadi sangat besar.
Contohnya kita ada 2 barang bernilai iaitu gold bar dan koleksi kereta antik. Kedua-dua barang ada tahap kecairan berbeza. Boleh dikatakan gold bar lebih liquid sebab kita senang nak dapat buyer. Siapa tak suka emas, kan? Kedai emas pun banyak. Tapi kalau nak jual kereta antik, kena jual kat peminat kereta antik. Peminat kereta antik pun bukan ramai. Adakala terpaksa jual bawah dari fair price atau terpaksa jual bawah harga beli. So rugi la, kan? Jadi pasaran kereta antik kurang liquidity berbanding gold bar.
LIQUID MARKET VS LIQUID ASSET
Liquid Market
Pasaran yang liquid adalah pasaran yang ada ramai trader atau investor yang terlibat dalam menjalankan aktiviti jual/beli. Supply tinggi dan demand juga tinggi. Kalau takde ramai trader atau investor dalam market, market tu kurang liquid sebab aktiviti jual/beli adalah sangat rendah.
Contohnya pasaran saham, barang komoditi, kripto dan forex mempunyai liquidity yang tinggi sebab ramai orang trade atau melabur dalam pasaran tersebut. Berbalik kepada kereta antik tadi, ia satu pasaran yang kurang liquidity kerana peminat kereta antik pun tak ramai. Kalau minat pun, belum tentu mereka beli.
Liquid Asset
Aset yang liquid adalah aset yang mudah untuk kita convert ke cash kerana volume dagangannya tinggi dan ramai trader atau investor berjual beli. Kunci utama aset yang liquid ialah kepantasan aset tu bertukar tangan. Kalau aset tu tak liquid atau kurang liquid, volume dagangannya rendah dan tak ramai trader atau investor berjual beli. Maka sangat susah untuk kita convert aset tu ke cash.
Contohnya aset yang kita ada ialah Bitcoin dan rumah. Katakan kita terdesak nak guna duit cash, yang mana lebih senang dijual? Bitcoin atau rumah? Dah tentulah Bitcoin lebih senang dijual. Walaupun rumah adalah aset yang bagus kerana harga rumah semakin hari semakin tinggi, tapi terlalu banyak prosidur yang perlu kita lakukan dan ia mengambil masa yang lama. Lagi pun, bukan semua orang mampu beli rumah. Kalau nak jual Bitcoin? Tekan saja butang SELL.
MENGAPA LIQUIDITY PENTING
1. Memudahkan kelancaran transaksi
Liquidity memudahkan transaksi berlaku. Bahasa kampung orang kata barang kita nak jual tu laku keras dan takde banyak syarat yang susah nak kena ikut. Contohnya macam kita nak jual atau beli saham dan kripto, kita boleh je beli atau jual secara online. Tak perlu nak isi borang atau datang ke ofis syarikat broker.
2. Fair Valuation
Kalau kita nak jual aset, dah tentu kita nak jual dengan harga yang tinggi. Kalau kita nak beli, kita mesti nak beli dengan harga rendah. Tapi tinggi atau rendah harga tu sesuatu aset kadang-kadang boleh jadi subjektif bergantung kepada supply dan demand. Bila liquidity tinggi, kita boleh jual atau beli sesuatu aset tu dengan harga fair value sebab ramai trader atau investor yang nak jual atau beli. Jurang harga jual dan beli pun tak begitu besar.
Kita boleh ambil contoh macam pasar malam. Kita nak beli buah oren. Kat pasar malam tu cuma ada 3 gerai yg jual buah oren. Gerai A jual $10/kg, Gerai B jual $25/kg dan Gerai C jual $50/kg. Jadi kita susah nak tau fair value buah oren tu. Bayangkan kalau ada 30 gerai jual buah oren. Semua gerai jual oren dengan harga sekitar $10-$11 sekilo. So senang tak utk kita tau berapa sebenarnya fair value buah oren tu bila ada lebih ramai penjual? Kita dapat tahu generally harga yang lebih “adil” untuk sekilo buah oren bila ada lebih ramai penjual.
3. Kestabilan Pasaran
Liquidity yang tinggi menjadikan pasaran lebih stabil. Maksudnya spread ataupun jurang harga antara harga jual dan harga beli tu tak terlalu besar. Jadi jika berlaku penjualan atau pembelian dengan volume yang besar pun, harga tak akan terjejas teruk. Liquidity yang tinggi akan kurangkan manipulasi harga sesuatu aset.
4. Fleksibiliti dan Kebebasan
Kalau aset yang kita pegang tu ada liquidity yang tinggi, kita akan rasa lebih fleksibel dan bebas untuk kita cash out atau convert ke aset lain, bila perlu. Takde la kita susah hati, tertunggu buyer nak beli.
LIQUIDITY DALAM PASARAN KRIPTO
Sama seperti pasaran kewangan yang lain, Liquidity dalam pasaran kripto juga sangat penting. Paling penting kita kena ambil tahu Liquidity dalam exchanger yang kita guna dan aset apa yang kita beli.
EXCHANGER yang popular seperti Binance, Coinbase dan Bybit semestinya ramai pengguna. Jadi secara tak langsung trading volume pun tinggi. So senang untuk kita cari buyer dan seller. Exchanger yang kurang femes, kurang pengguna. Jadi bila kita nak berjual beli tu lambat nak order kita nak match.
ASET pun sama. Aset yang ada liquidity yang tinggi (seperti BTC, ETH, BNB dan SOL), akan ada ramai penjual dan pembeli yang aktif. Kalau kita queue sell, mesti ada orang akan beli. Kalau kita queue buy mesti ada orang nak jual. Yang penting, pembelian dan penjualan dengan volume yang besar tak akan jejaskan pergerakan harga yang drastik sebab spread harga kecil.
BAGAIMANA NAK UKUR TAHAP LIQUIDITY
Macam mana nak tahu aset yang kita beli tu liquidity dia rendah atau tinggi. Biasanya kita akan tengok kat order book, kat bahagian bid (buy) dan ask (sell). Kita tengok spread iaitu perbezaan harga tertinggi antara harga bid dan ask.
Spread ni kita akan refer pada harga tertinggi. Berapa harga tertinggi kat column bid, berapa harga tertinggi kat column ask. Bila perbezaan harga tu kecil, kita boleh kata yang market atau aset tu mempunyai high liquidity. Kalau spread tu besar, kita boleh simpulkan yang market atau aset tu mempunyai low liquidity atau illiquid.
Ada juga yang gunakan trading volume sebagai indikasi untuk tentukan tahap liquidity. Tapi katanya cara tu boleh jadi kurang tepat sejak berlakunya market crash untuk pasaran saham pada tahun 2008 dan 2020. Masa tu diorang kata trading volume sangat tinggi, tapi liquidity sangat rendah sebab ramai yang cabut lari dari market.
CONTOH ASET LOW LIQUIDITY VS HIGH LIQUIDITY
Ni antara contoh aset-aset yang low liquidity dan high liquidity.
Aset Low Liquidity:
Hartanah
Kereta
Koleksi Seni (Lukisan, Arca, Kraftangan dll..)
Private Equity (saham kompeni yang tak listed dalam pasaran bursa)
Aset High Liquidity
Saham dalam public listed company
Emas
Unit trust, ETF
Kripto (yang ada marketcap tinggi)
KESIMPULAN
Liquidity adalah elemen penting dalam trading dan pelaburan. Keghairahan nak miliki sesuatu aset tu adakalanya buat kita lupa nak check pasal liquidity ni, terutamanya newbies. Selalu terbayang profit ribu-ribu percent, tapi tak tahu yang banyak benda perlu diambil kira.
Kalau liquidity tak cukup, pelaburan kita akan stuck kat situ lama. Satu hal pulak nak kena tunggu harga naik. Itu pun kena tunggu market maker “goreng” aset tu. Lebih parah, kalau terrrmasuk projek rugpull. Developer dah plan bila nak kasi kering liquidity tu. So duit pun kering dalam tu.
Kena kasi lekat kat minda, LIQUIDITY tu PENTING. Guna EXCHANGER yang ada HIGH LIQUIDITY. Beli ASET yang ada HIGH LIQUIDITY.
Semoga bermanfaat.
– Tamat –
Penafian: Artkel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.
Follow us on:
Facebook
Telegram
TikTok
sumber:
https://coinmarketcap.com/academy/article/what-is-liquidity-in-trading-and-why-does-it-matter
https://academy.binance.me/en/articles/liquidity-explained




