Dan ramai tak sedar betapa bahayanya benda ni.

Semalam US Treasury buat sesuatu yang jarang berlaku.

Diorang beli balik bon jangka panjang mereka sendiri… dalam jumlah besar… sebab yield bon dah naik terlalu tinggi dan tak terkawal.

Buy Back Old Debt, Issue New Debt

Kedengarannya macam langkah bijak…macam kerajaan yang ambil tindakan tegas untuk stabilkan pasaran, tapi ada satu masalah besar yang ramai terlepas pandang.

Amerika tidak ada lebihan duit.

Diorang ada hutang…banyak giler dan bila diorang nak beli balik bon lama tu… diorang terpaksa keluarkan bon baru untuk dapatkan duit tu.

Maksudnya… Amerika sedang tukar hutang jangka panjang kepada hutang jangka pendek.

Jumlah hutang kekal sama. …Cuma struktur dia yang berubah…dia plot twist camtu plak..

Swapping Long Term Debt for Short Term Debt

Ramai yang salah faham dan panggil ini Quantitative Easing… tapi ia bukan. Bila Fed buat QE diorang cetak duit baru, yang ni berbeza. Ini sekadar tukar satu jenis hutang kepada jenis yang lain. Jumlah duit dalam sistem tidak bertambah langsung.

Shifting Debt from Long End to Short End

Dan ini yang buat saya berhenti dan fikir panjang.

300 tahun lalu.. ada seorang lelaki bernama John Law yang buat benda yang sama untuk France.

The Mississippi Bubble, A Memoir of John Law

France masa tu tenggelam dalam hutang yang luar biasa besar hasil dari peperangan yang berterusan. John Law datang dengan idea yang nampak genius… restructure hutang kerajaan. Tukar hutang lama kepada instrumen kewangan baru. Saham syarikat. Wang kertas bank.

Orang ramai teruja. ..Harga saham naik ke paras yang gila…. Semua orang rasa kaya.

Lepas tu bubble tu pecah.

Keyakinan runtuh dalam masa singkat… Saham jadi kertas kosong… duit bank jadi tidak bernilai… Ramai yang bankrupt dalam semalam jer.

The Mississippi Bubble By John Law, 300 Years Ago

Pelajaran yang John Law tinggalkan kepada dunia adalah satu ayat yang mudah…

Kita tidak boleh selesaikan masalah hutang yang tidak sustainable dengan sekadar mengubah strukturnya. Reality sebenar akan tetap menang pada akhirnya.

Dan ini yang berlaku semalam yang buat saya agak risau.

Bila US Treasury announce buyback $4 bilion… yield bon 10 tahun jatuh sekejap.

Market react positif. ..BTC naik… Emas naik….. Semua orang happy.

Tapi dalam masa 24 jam… yield bon 10 tahun dah naik balik ke paras sebelum announcement. Malah lebih tinggi.

US Government Bonds 10 Year Yield - Yields Rise Above Pre-Buyback Announcement Levels

US Government Bonds 10YR Yield · @KobeissiLetter

Kesannya? Hilang dalam sehari.

US 10 Year Treasury Yield 4.70%

Ini bermakna satu benda.

Kalau Treasury buyback ini tidak berkesan dalam jangka masa panjang… satu-satunya institusi yang boleh selesaikan masalah ini adalah Fed dan Fed hanya ada satu cara untuk lakukan itu.

Cetak duit.

Bila duit dicetak dalam jumlah besar… nilai duit tu jatuh. Harga semua benda naik. Orang yang simpan duit dalam akaun bank… nilai simpanan diorang hakis perlahan-lahan tanpa diorang sedar.

Ini yang selalu berlaku dalam sejarah bila kerajaan besar terperangkap dalam hutang yang terlalu besar dan satu-satunya cara untuk lindungi diri korang dalam scenario macam ni… adalah dengan pegang aset.

Hartanah… Emas…. Bitcoin.

Bukan sebab ia akan naik lagi tinggi esok, tapi sebab ia adalah pelindung nilai bila sistem kewangan mula goyah.

Saya tidak cakap Amerika akan runtuh esok.

Tapi saya kata ini… bila kerajaan terbesar dan terkaya di dunia dah start buat langkah yang sama seperti yang John Law buat 300 tahun dulu untuk selamatkan France…

Itu adalah sesuatu yang saya rasa patut kita ambik serius.

Persoalannya bukan sama ada ini akan affect kita atau tak…tapi,

Persoalannya adalah… bila ia betul-betul affect kita nanti, adakah kitadah bersedia?

Ini bukan nasihat kewangan / pelaburan. Sekadar pendapat peribadi. Buat kajian sendiri sebelum masuk market.
— Cikgu Mayee | Mycryptoversity