Penafian: Ini bukan nasihat pelaburan. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan minggu oleh Glassnode. Semua data disediakan hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan. Tiada keputusan pelaburan boleh dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan di sini. Sebarang keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Pasaran Bitcoin dah mula tunjuk tanda-tanda nak bangkit semula. Lepas lama tersekat bawah paras mean, sekarang harga dah mula panjat balik dan sasaran seterusnya adalah paras $85K. Permintaan spot dan ETF inflows pun dah hidup balik. Boleh jadi bull dah kembali.
Cuma jalan kat depan tu bukan selalunya “lurus”. Pasaran makin sensitif bila harga test resistance. Bitcoin seolah-olah tengah berusaha merempuh tembok besar. Jom tengok apa jadi kat on-chain Bitcoin Minggu 18.
Bitcoin Tembus Paras Purata. Sasaran Baru $85k
Minggu 17 yang lepas, laporan on-chain ada highlight tentang True Market Mean dan STH Cost Basis. 2 metrik ni dijadikan sebagai paras resistance yang perlu ditembusi. Minggu lepas juga ada ditekankan bahawa accumulation cluster banyak berkumpul di sekitar $65k – $70k dan jika harga berjaya melantun dari kawasan ini, ia berupaya bergerak ke arah supply zone (resistance) $84k.
Minggu 18 nampak macam recovery dah bermula bila harga BTC mencecah $81k, melepasi paras True Market Mean ($78.2k) dan STH Cost Basis ($79.1k). Kita kena terus perhatikan pergerakan harga minggu 19. Jika harga mampu bertahan di atas dua paras ni, fasa akumulasi yang bermula sejak Februari 2026 akan menjadi antara yang paling singkat dalam sejarah Bitcoin.
Resistance seterusnya adalah di Active Realized Price sekitar $85,200. Paras ini menjadi “penghalang” psikologi. Sekiranya harga Bitcoin berjaya menembusi dan kekal di atas $85.2k, itu petanda sangat positif. Ia menunjukkan pelabur aktif secara kolektif telah kembali untung. Jika harga gagal menembusi paras itu, ia mengesahkan bahawa paras tersebut adalah zon jualan yang kuat, di mana ramai pelabur memilih untuk keluarkan modal.
Realized Price (Harga Kos Purata Semua Pelabur): Metrik ni kira harga purata beli untuk SEMUA coin yang ada, termasuklah yang dah hilang, tersimpan dalam wallet lama yang dormant atau mungkin wallet yang pemiliknya dah lupa kata password atau seed phrase
Active Realized Price (Harga Kos Purata Pelabur Aktif): Metrik ni hanya fokus pada coin yang aktif yang kerap dipindah atau diniagakan dalam tempoh tertentu. Ini memberikan gambaran yang lebih tepat tentang posisi sebenar pelabur yang sedang aktif dalam pasaran sekarang
Bahasa senangnya macam ni. Bitcoin bukan sahaja berjaya “naik atas lantai” (True Market Mean), tapi dah “tembus siling pertama” (STH Cost Basis). Kalau ia kekal di atas dua paras ini, fasa deep value atau undervalued mungkin akan tamat dan sasaran seterusnya di $85.2k. Ini ujian sebenar bull vs bear.


Ramai Pelabur Dah Mula Profit
Bila harga breakout True Market Mean, ramai pelabur dah mula profit balik. 30-day SMA of Net Realized Profit and Loss mencatatkan peralihan ke zon positif 0.003% daripada market cap.
30-day SMA of Net Realized Profit and Loss: Indikator yang mengukur purata 30 hari untuk menampakkan trend sama ada market lebih banyak jual dengan Profit atau Loss
Bila bacaan dah kembali ke positif, maknanya mood pelabur pun positif sebab dah keluar dari floating loss yang lama. Pada pertengahan Februari, indikator ni jatuh ke -0.027% daripada market cap. Walaupun negatif tapi bacaan tu tak lah seteruk masa bear market 2022-2023.
Ringkasnya, selepas lama sangat pelabur tanggung floating loss, kini semakin ramai pelabur mula jual Bitcoin dengan untung. Bacaan positif ini menunjukkan pasaran mula pulih dan fasa “jual rugi” atau cut loss semakin berkurang.

Long-Term Holder (LTH) Dah Mula Jual
Jangan seronok sangat bila net realized profit mula positif. Soalan yang patut ditanya ialah adakah likuiditi pembelian (buy-side liquidity) mampu mengekalkan momentum kalau LTH dah mula jual. Indicator 14-day SMA of Realized Profit bagi holders yang simpan BTC lebih dari 1 tahun menunjukkan yang diorg dah jual pegangan sekitar $189 juta sehari. Jumlah ni sama dengan jumlah jualan masa September 2024 dan Disember 2022.
Pelabur yang beli masa kat zon “deep value” bawah $70k dah boleh senyum sebab position diorg dah profit. Kalau harga naik lagi, mungkin tekanan jualan dari LTH akan meningkat. Cuma tekanan jualan tu belum sampai level agresif macam masa peak cycle yang lepas. Masa tu bacaan indikator pun panas melebihi $1 bilion sehari.
Ujian untuk market sekarang ialah keupayaan market menyerap supply yang dilepaskan dan mengekalkan harga di atas True Market Mean. Ini akan menentukan sama ada recovery kali ni benar-benar ada asas yang kukuh.
Ringkasnya, Long-Term Holders Bitcoin dah mula “gatal tangan” ambil untung, tapi setakat ni masih dalam kadar sederhana. Kalau pasaran boleh tahan tekanan jualan ni sambil kekal di atas True Market Mean, itu boleh beri petunjuk yang recovery kali ini mungkin lebih kukuh.

Loss Realization Masih Tinggi
Walaupun LTH dah mula profit dengan 14-day SMA of Realized Profit dah mula positif, loss realization (jual rugi) masih lagi tinggi. 14-day SMA of Total Realized Loss kini berada di sekitar $479 juta sehari. Jumlah ni adalah 140% lebih tinggi dari baseline $200 juta sehari. Maksudnya sekarang masih ramai pelabur yang exit position dalam keadaan rugi. Sama ada diorang dah tak tahan tengok BTC diorg dalam floating loss atau diorang nak kecikkan kerugian yang terpaksa ditanggung.
Untuk mengesahkan bahawa pasaran benar-benar beralih ke fasa pemulihan yang sihat, 14-day SMA of Total Realized Loss perlu turun dan kekal di bawah $200 juta sehari. Baru boleh kata tekanan jualan sudah letih (selling exhaustion). Selagi paras itu belum dicapai, gabungan tekanan jualan daripada LTH yang ambil untung dan STH yang keluar pada margin rugi nipis akan terus menjadi beban kepada rally semasa.
Tanpa catalyst yang kuat yang mampu menarik pembeli baharu dalam masa terdekat, kenaikan harga dijangka kekal terhad buat sementara waktu.
Apa yang boleh disimpulkan dari bacaan 14-day SMA of Realized Profit ialah masih ramai pelabur yang jual Bitcoin dengan rugi, walaupun harga dah naik. Bila jumlah kerugian harian turun bawah $200 juta, barulah boleh kata pasaran dah stabil dan tekanan jualan reda sepenuhnya.


Apa Yang Berlaku Off-Chain
Macam biasa kita tengok sikit apa yang berlaku off-chain.
BTC Risk Index vs Moderate Strategy
Selepas harga BTC pulih dari paras rendah sekitar $66k dan berjaya tembus semula ke range $76k, Sytematic Strategy dah mula alih exposure untuk ambil risiko.
Systematic Strategy : Strategi pelaburan atau trading yang mengikut peraturan tetap dan konsisten, bukannya keputusan feeling atau agak-agak
Kat Glassnode, diorang guna pendekatan yang dipanggil Moderate Strategy. Ia guna data off-chain untuk manage exposure. Moderate Strategy direka untuk lindung risiko penurunan (downside protection). Cuma ada lag sikit bila market buat sharp rally sebab matlamatnya ialah cuba elak kerugian besar masa pasaran jatuh dan akan re-engage bila keadaan nampak lebih baik. So tak ada berlaku FOMO.
Moderate Strategy : Pendekatan pelaburan sistematik yang direka khas untuk melindungi modal daripada kerugian besar (downside protection), sambil tetap boleh tangkap peluang bila pasaran pulih
Ringkasnya, peralihan harga yang berlaku baru-baru ni menunjukkan pasaran dah lebih constructive. Harga melantun dari $66k ke sekitar $80k dan berjaya melepasi paras penting (True Market Mean dan STH Cost Basis). Moderate Strategy pun dah mula alih 100% cash ke mode melabur semula.

ETF Tengah Kumpul Tenaga
Macam biasa, kita mesti nak tengok aliran keluar masuk ETF ni. Boleh kata ini perkara wajib yang perlu kita perhati. Pertamanya, 30-day moving average of net flows nampaknya sangat positif. Ini tandanya pelabur institusi kembali “berselera” untuk tambah pegangan.
Perubahan ini membantu mengukuhkan momentum harga, kerana ETF Spot ialah salah satu sumber likuiditi utama dalam pasaran. Kembalinya demand dari ETF juga selari dengan rebound harga dari $76K ke $80K. Jika trend ini berterusan, demand dari ETF bakal sekali lagi menjadi faktor asas yang boleh kekalkan momentum rally.

Posisi Short Masih Dominan
Peringatan: Perdagangan futures adalah haram untuk umat islam.
Kita tengok sikit la ya pasaran futures ni. Funding rate perpetual futures kekal negatif, walaupun harga dah pulih dari $66K ke $80K. Ini bermaksud posisi short masih dominan, ramai pedagang yang bertaruh harga akan turun.
Keadaan macam ni biasanya muncul masa ramai pelabur/trader yang skeptikal. Market rally tapi pelabur lebih cenderung buka short berbanding long. Bila harga terus naik sedangkan short masih ramai, ia cipta potensi short squeeze, kena ngap dengan market.
Pasaran sekarang nampak macam “climbing a wall of worry”. Harga naik walaupun sentimen masih ragu-ragu dan posisi short yang berlambak tu boleh jadi “bahan bakar” untuk upside.

Kesimpulan Untuk Minggu 18
Bitcoin nampak macam dah mula pulih balik. Harga dah naik semula atas paras penting. Sekarang resistance seterusnya yang perlu dilepasi ialah $85K. Demand dari spot dan ETF inflows pun dah hidup balik. Cuma short positions masih banyak. Kalau harga terus naik, short ni boleh jadi bahan api tambahan (short squeeze).
Senang cerita, market nampak bullish dan momentum menaik tu ada. Tapi jalan kat depan ada tembok $85K. Kalau berjaya tembus dengan demand kuat dan kurang orang jual, perjalanan naik boleh jadi lebih jauh dan lebih stabil. Kalau tak, harga mungkin sangkut atau reject balik.

