Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya ucapkan kepada rakan-rakan coiner yang dirahmati Allah SWT
Selamat Datang ke Channel MyCoiner Traders & Friends ™ (Private) saya ucapkan kepada anda yang baru joint
Apa yang saya kongsikan di channel ini ialah trading plan saya, ianya tidak boleh dianggap sebagai Buy Call atau pun Trade Signal. Bagi saya ia lebih kepada perkongsian tentang cara saya entri pasaran. Jika anda nak ikut trading idea saya, tolong pastikan anda terlebih dahulu buat analisa mengikut kefahaman dan pembelajaran ilmu yang anda miliki, kemudian baru lah anda masuk pasaran.
Sebelum follow, pastikan anda kira untung rugi dahulu, masuk pasaran dengan money management yang betul, sebab entri saya bukan nya tepat, kadang-kadang kelaut juga, ada yang kena hold sekejap, ada yang kena hold lama, entri saya tiada ‘Cut Loss” kerana saya lebih kepada seorang Hodler, sebab itu saya pentingkan tentang pengurusan trading plan dan money management yang betul disamping mengawalan emosi ketika masuk pasaran.
Saya bukanlah seorang Day Trader yang aktif, saya juga tidak selalu masuk pasaran, jadi saya hanya berkongsi trade idea sekali sekala sahaja bukan setiap hari.
Jangan berharap saya kongsi trade plan ini setiap hari kerana selagi position saya belum profit, saya tidak akan masuk entri yang baru.
Kalo anda seorang Trader yang aktif, yang mengamalkan Cutloss dalam trading, disini bukan tempat yang sesuai untuk anda.
Saya tidak janjikan bulan bintang disini, saya hanya grow akaun saya perlahan lahan secara konsisten.
Ingat!
Masuk pasaran dengan pilihan dan kajian anda sendiri.
Anda 100% bertanggungjawap diatas akaun anda.
Di sini saya sediakan Video Tutorial cara menggunakan platofrm Binance:
Cara Deposit P2P (Beli USDT)
Video Tutorial Cara Deposit P2P (Beli USDT) & Transfer USDT dari P2P Wallet ke Spot Wallet Binance
Penerangan cara membuat pembelian USDT di market P2P Binance dan penerangan cara transfer USDT dari wallet P2P ke Wallet Spot
Cara Trade Di Spot Market
Video Tutorial Cara Trade di Spot Market.
Penerangan cara buat Buy/Sell kat Market Price & cara buat Buy/Sell menggunakan Limit Price
Cara Transfer (withdraw)
Video Tutorial Cara Withdraw Keluar Aset
Penerangan cara bagaimana membuat transfer (withdraw) aset crypto dari wallet binance ke wallet lain.
Cara Track Trading Rekod
Video Tutorial Cara Bijak Track Trading Rekod
Penerangan cara menggunakan DELTA Crypto Portfolio Tracker & Cara Bagaiman Nak Sync Binance API

Tip Money Management
Selain daripada strategi pelaburan (Trading Strategi), pengurusan kewangan (Money Management) juga sangat penting di dalam trading. Money Management yang betul boleh menyelamatkan akaun kita, membuat akaun kita bertahan lama disamping memberikan ketenangan minda semasa kita trading.
Disini saya kongsikan Money Management yang saya amalkan :
Contoh: kalau saya budget nak beli 1 aset (coin/token) sebanyak 1000 unit atau 1000usdt, saya akan pecahkan kepada 3 entri :
– Entri 1 instant Buy 500 unit atau 500usdt
– Entri 2 P.O Buy Limit 200 unit atau 200usdt
– Entri 3 P.O Buy Limit 300 unit atau 300usdt
Senario 1 :
– Kalau harga Instant Buy terus naik, 500 unit / 500usdt saya sudah menjana keuntungan
Senario 2 :
– Kalau harga jatuh, saya akan dapat beli lagi dengan harga yang murah / dapat lebih unit dan laverage down harga aset.
– Kalau harga jatuh lagi ke entri ke 3, ini lagi bagus sebab selain daripada dapat laverage down harga unit / dapat lagi banyak unit. Apabila harga naik balik ke entri 1, biasanya position saya sudah menjana keuntungan dan apabila harga cecah target (TP), biasanya untuk FIFO (Fast In, Fast Out) atau short term target profit saya dalam 30% dari entri pertama.
Apabila position saya sudah menjana keuntungan, saya guna Trailing (STOP LIMIT / OCO) untuk ‘Lock Profit’. (ni dah masuk bab trading strategi dah ni, pastikan anda sentiasa guna trailing untuk menjamin modal dan ketahanan portfolio anda)
Ini adalah cara saya amalkan Money Management saya, anda boleh set berapa unit atau berapa usdt bagi setiap aset yang anda nak trade – tak semestinya ikut amount macam saya.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.
Kepada yang belum ada Trading Akaun lagi, boleh pilih mana-mana CEX dibawah ini untuk mulakan trading anda.

Cara Kembangkan Akaun Dengan Teknik Snowball
Trade Altcoins:
Bila trade dah profit 100% – tarik keluar modal asal plus 30% keuntungan, tinggalkan dan biarkan baki unit keuntungan running profit, untung 50% tadi beli BTC/ETH atau mana-mana aset yang anda nak DCA.
– Modal yang sama, beli Altcoins lain dan trade – ulang balik proses sebelum ni bila dah untung 100%.
Atau :
– Bila trade dah profit min 30%, keluarkan semua modal sekali dengan keutungan. Untung tadi beli BTC/ETH atau mana-mana aset yang anda nak DCA, modal asal boleh guna untuk trade aset lain pula.
Staking / Farming / Pool
Bila stake, kita akan dapat rewards dalam bentuk coin asal.
Kalau kita Farming atau Launchpool, kita akan coin yang baru.
Bila dah profit 100% – pecahkan kepada 2 (hodl & replace)
1 – Hodl : 50% Altcoins asal , 50% Altcoin baru
2 – Replace : Jual 100% profit, beli Altcoins untuk staking baru atau beli BTC/ETH atau mana-mana aset yang anda nak DCA.
Atau :
Bila dah untung min 30%, jual keuntungan tadi dan beli BTC/ETH atau mana-mana aset yang anda nak DCA.
Ulang proses untung yang withdraw beli coin mainstream yang stabil. Tunggu double. Tarik modal, diversified untung pecah coin lain, ulang step ni sampai penuh wallet.
Ada untung lagi, boleh withdraw campak dalam BursaMalaysia plak cari saham yang boleh bagi dividen atau saham bagus untung long term.
Pilih teknik pengikut strategi trading dan matlamat porfolio anda.
JANGAN IKUT ORANG!
Sebab tahap risiko, keperluan dan kemampuan setiap individu adalah berbeza.
Trade – Stake – Withdraw – Repeat
Ulang proses ni sampai akaun anda jadi Snowball.
Baca Juga : Penerangan Tentang Staking
The best investment you can make is in YOURSELF

Izyan Diyana
“Orang kampung saya cakap, “The best investment you can make is in YOURSELF” dan alhamdulillah, pelaburan yang saya peruntukkan untuk mendapat ilmu dari kelas Cikgu Mayee memang pelaburan paling menguntungkan. Dari kelas Cikgu saya belajar macam mana nak setup up portfolio, macam mana nak lihat & analisa potensi sesuatu coin & bukannya FOMO, dan macam mana nak bertenang menghadapi isu-isu dan spekulasi tentang sesuatu coin. Bila belajar dgn Cikgu, baru nampak teknologi Blockchain ni luas sebenarnya, and its the future. No point denying it. Just ride the wave and make millions of profit from it.
Saya adalah dari batch Mac 2021 dan selepas sebulan, Yes SEBULAN !, saya dah make profit antara 500-600%. Its not crypto if you dont make 4-5 figure % profit. Cikgu akan share coin mana yang worth to hold, coin mana yang kena berhati2, coin mana yg boleh grow & ada potential. Cikgu Mayee ni, he is from the future. Coin yang meletup hari ni, Cikgu dah boleh nampak 2-3 tahun sebelum tu lagi. Sama ada you want to follow or not. You buat, you dapat. You lambat, I wait for you at the moon je lah jawabnya.
Thank you Cikgu & all strong support system dalam group Telegram student Alumni MyCryptoversity. Perbincangan dalam tu memang boleh buat kepala berasap, so much to learn dari members yang suka sharing info. Dari FA ke TA, jangan expect Cikgu nak suap semua, sebab that way you wont learn. Tapi cikgu akan ‘bagi sikit2’ so that you can think on our own #DYOR
Crypto is the future guys. Masih belum terlambat untuk join. Time & Tide wait for no man. See you on the Moon 🥰”
#DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto
Saya harap perkongsian tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam pengembangkan portfolio anda. Ia nampak mudah dan simple tetapi hakikatnya BUKAN MUDAH untuk kembangkan porfolio tanpa ilmu dan circle yang betul. Selain daripada strategi trading dan money management, EMOSI juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kita.
Jika anda ingin mendalami atau ingin belajar lebih lanjut lagi tentang dunia Cryptocurrency dan Blockchain, anda boleh mengikuti kelas Cryptocurrency & Blockchain 101 saya, maklumat lanjut di Beranikripto.com
Modul yang saya ajar didalam kelas ini adalah berdasarkan dari pengalaman jatuh bangun saya sendiri didalam dunia crypto sejak 2013 (fulltime 2015) dan Alhamdulillah setakat hari ini modul ini telah berjaya melahirkan 16 orang Jutawan Crypto sejak saya berkongsi membuat seminar #BeraniCrypto dari tahun 2016.
Akhir sekali,
Saya doakan semoga dipermudahkan Allah segala urusan anda semua, semoga anda menjadi seorang Coiner yang berjaya Dunia Akhirat
Insya-Allah
Regards,
Mayee Nazrich
Saudagar Crypto Jalanan
