26.4 C
Kuala Lumpur
May 24, 2026
CryptocurrencyEkonomi

Kenapa Bullrun Kali Ni Berbeza Dengan Cycle Yang Lepas?

Kenapa Bullrun Kani Ni Berbeza Dengan Cycle Yang Lepas?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat Cryptonation yang saya sayangi dan di rahmati Allah semua.

Harap semua dalam keadaan baik mental dan fizikal, kali ni kita borak skit pasal situasi pasaran sekarang, kenapa ia berbeza dengan cycle yang lepas.

Bagi saya dalam setiap 4 tahun cycle halving ni semuanya tak sama, paling tidak pun mesti ada sedikit perbezaan..seperti mana yang saya selalu share yang kelas atau pun webinar saya, yang dunia kripto sekarang masih lagi berada dalam fasa inovasi, bila dah sebut pasal inovasi sudah tentu lah masih ada banyak lagi kelemahan kelemahan yang ada dan sedang diperbaiki, kepada student MyCryptoversity boleh rujuk kat modul Blockchain Trilemma – kepada bukan student, awak semua boleh google jer

Permulaan 2025 ni, mungkin bagi sesetengah orang rasa amat perit, akaun floating loss lebih dari -50%, dah kehabisan modal nak masuk market sebab masa awal-awal join dunia kripto haritu dah all in, masuk plak hujung tahun 2024 masa market tengah cantik ada kat pucuk – masa market kat bawah malas masuk kelas, taknak amik tahu pasal kripto, bila orang keliling dah sembang pasal kripto, sana sini kat medsos orang duk tunjuk profit, baru la kita nak beli kripto.. lepas tu tiba tiba junam sampai lebih dari -70%..sampai la ke hari ini ada yang loss manjang tak tahu nak buat apa..

Dalam circle MyCryptoversity, saya dah buat private grup webinar seawal Okt’2024, setiap bulan saya buat webinar untuk update perkembangan dan tindakan semasa yang saya buat, saya dah bgtau sekian sekian tarikh saya take profit untuk 2024 dan akan mulakan portfolio baru pada 2025 dan syukur Alhamdulillah, seperti biasa ada yang follow saya dan ada yang tak peduli apa yang saya kongsikan, yang follow saya Alhamdulillah take profit boleh bawak keluarga tercinta p travel Paksitan, Maldives, Turki, ada yang dapat beli kereta dan macam-macam lagi (boleh rujuk sini https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity ) ..yang tak follow saya, yang sayang nak take profit sekarang sedang menikmati portfolio kembali loss…takpe la loss, jdkan ia sebagai pengajaran – sesungguhnya pengalaman itu mahal harganya.

Bagi saya tahun 2025 ni bermula dengan sempurna seperti mana yang saya jangka dan rancangkan, setelah saya take profit pada akhir 2024 aritu sekarang portfolio 2025 saya bermula dengan harga aset yang murah, ada yang bagi diskaun lebih dari harga pelancaran dan saya tak sabar untuk mulakan portfolio 2025 saya ini.

Baca juga : Perlukah Kripto Sebagai Tabung Persaraan? >>>

Click at the Photo to sign up MEXC account

 

Baik, berbalik kita kepada topik diatas..

Kenapa Bullrun Kali Ni Berbeza Dengan Cycle Yang Lepas?

Seperti mana yang kita tahu, dalam cycle yang lepas :
– Kita tidak ada Bitcoin Spot ETF dan Ethereum Spot ETF
– Kita tidak ada VC’s yang tidak amanah
– Kita tidak ada Presiden Amerika yang melancarkan meme coins
– Kita tidak ada Pemimpin negara yang melancarkan meme coins
– Kita tidak ada majoriti retailer yang duk trade meme coins
– Kita tidak ada majoriti retailer dan volum dagangan tinggi dalam futures trading

Pada 2017 dan 2021 kebanyakan volum dagangan datang daripada spot trading, walaupun ada DeFi tapi masih lagi trade spot tapi pada tahun 2024 kebanyakan volum trading kat mana-mana exchange dari 50% hingga 70% adalah datangnya daripada volum futures dan derivatif, meninggalkan hanya sekitar 20% hingga 30% sahaja untuk volum spot trading.

Jadi Apa Maksud Semuanya Ini?

Bagi saya, pendapat peribadi saya ini bermakna lebih ramai, makin ramai sekarang ni orang berjudi di pasaran, lebih ramai orang menjadi tamak, yang newbies pun masuk masuk jer dunia kripto terus trade futures sebab terpengaruh dengan posting posting influencer – influencer yang duk tunjuk profit sampai puluh ribu % pun hado – time profit tunjuk la, time loss diam plak, bila majoriti dah masuk kat futures, bila ramai ramai kena liquidated, total loss bila market berpaling arah ..kita dapat tengok candlestick dengan volum yang besar panjang naik dan turun, terutama kat bitcoin 5k – 10k tu macam air terjun jer.

Dalam cycle sebelumnya kita takde ada semua ni, kita tak dapat tengok semua ni….

Tapi sekarang, berjudi ni macam sebahagian daripada game play kripto, baik market maker ,baik exchange, baik insider investor semuanya duk fikir macamana mereka mendapatkan wang daripada retailer, macamna nak amik duit mereka yang berjudi, yang suka tekan buy sell ikut influencer berbayar, “Gambling’ ialah apa yang kebanyakan retailer lakukan dalam kripto sekarang ini, mereka berjudi sama ada dalam meme coins tau trading futures dengan leverage yang tinggi sebab nampak untung banyak tapi tak kira tahap kerugian.

50% hingga ke 70% trading volum sekarang ni datang nya dari meme coins, futures trading dan derivetif, hanya tinggal 30% – 50% sahaja kat spot trading.

Bayangkan majoriti yang trade meme coins, futures trading dan derivetif ni loss, habis duit, habis peluru dah tak boleh masuk market sebab modal dah kena telan dek pelabur insider dan manipulator, hanya tinggal 30% jer yang trade spot, itu pun retailer hodler diamon hand…

Agak-agak market boleh gerak ke?
Bila takde trading volum, agak-agak Bullrun datang ke?
Cuba tanya diri sendiri….

Jadi bilakah kita akan melihat cycle kembali normal macam biasa, macam sebelum ni?

Jawapan saya mudah jer..
Kita boleh tengok cycle akan kembali normal apabila trader futures, trader derivatif, komuniti meme coins dan mentaliti gambling dalam pasaran perlahan-lahan hilang dari dunia kripto, retailer mula kembali fokus kepada utiliti dan pasaran modal ethreum mula berkembang…dan akhirnya mungkin kita akan mula dapat tengok beberapa pergerakan untuk market altcoin.

Disamping itu juga, apa yang positif saya nampak bullrun kali ini disokong oleh perubahan transformatif: penerimaan oleh kebanyakkan institusi kewangan, dasar pro-kripto oleh pemimpin negara, bekalan terhad dan naratif yang matang sekarang ni sedang meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang sihat. Walaupun keadaan market sekarng masih tidak dapat diramalkan, tetapi pada pendapat peribadi saya faktor-faktor ini secara kolektif ini boleh mengurangkan kemungkinan penjualan mendadak (massive sell off / panic selling) seperti yang kita lihat dalam cycle yang lalu.

Ekosistem Bitcoin yang berkembang pesat dengan adanya ETFs, disokong oleh penyertaan institusi kewangan dan penerimaan global untuk jangka masa panjang, ini boleh menjadikan Bullrun kali ini diingati bukan kerana ketidaktentuan (high voltality) tetapi untuk daya tahan dan rally pendakian yang stabil.

Walau bagaimana pun hanya masa yang akan menentukan, tetapi sekrang ni sudah ada banyak tanda-tanda menunjukkan era baru untuk Bitcoin khasnya dan dunia kripto amnya.

Tapi apa apa pun, kena ingat : (PENAFIAN)
Apa yang saya tulis kat sini hanyalah sekadar pendapat peribadi sahaja, TIDAK BOLEH dijadikan sebagai Nasihat Kwangan / Pelaburan. Sila rujuk mereka yang bertauliah sebelum awak semua buat pelaburan

Sehingga kita berjumpa lagi dalam perkongsian akan datang… #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Detail >>> Blajarkripto.com

Related posts

September Effect, Nak Jual atau Beli?

Nazrich

Kenapa Market Jatuh Walaupun Banyak Berita Baik

Nazrich

$1B Longs Hancur Dalam 1 Jam, Bull Run Delay Lagi?

Nazrich
error: Content is protected !!