29.4 C
Kuala Lumpur
September 3, 2026
Pendidikan

MACAM MANA NAK GUNA BITCOIN DOMINANCE

Nota Penghargaan: Ini adalah perkongsian oleh seorang rakan coiner kami di MyCryptoversity. Saya olah sedikit dan coretkan perkongsian beliau ke dalam blog untuk bacaan semua follower. Terima kasih Tuan se7en4six.

Bitcoin Dominance adalah satu tool yang biasa digunakan pelabur untuk mendapat gambaran secara keseluruhan pasaran kripto. Untuk newbies sila jangan confuse dengan Fear & Greed Index ya, walaupun secara umumnya kedua-dua tool ni memberi gambaran tentang pasaran kripto secara keseluruhan.

Kita refresh sikit pasal Bitcoin Dominance. Singkatannya orang akan tulis BTC.D atau BTC.d atau BTCD. Ikut korang la, mana singkatan yang korang faham. Hehe. Bitcoin Dominance ni digunakan untuk tengok dominasi market cap Bitcoin dengan entire market cap crypto. Simple matematiknya mcm ni:

(BTC MARKET CAP / TOTAL CRYPTO MARKET CAP) x 100

Peratusan BTCD menunjukkan adakah ketika tu Bitcoin mendominasi pasaran? Atau adakah ketika tu, pasaran lebih didominasi oleh altcoins? Pelabur atau trader akan guna BTCD ni utk predict bila akan berlaku bull market, altcoin season dan Bitcoin rally sebelum semuanya berlaku.

So macam mana nak guna Bitcoin Dominance ni? Kat sini Tuan se7en4six kongsikan 4 strategi yang boleh kita buat berdasarkan dinamik pasaran:

Korang masih blur pasal Bitcoin Dominance? Boleh baca penerangan yang detail kat artikel ni >>> Apa Yang Menarik Tentang Bitcoin Dominance

LUNO 2024

APABILA BTCD MENINGKAT

Pertimbangkan untuk meningkatkan peruntukan portfolio anda kepada Bitcoin kerana ia dilihat sebagai pelaburan yang lebih selamat berbanding altcoin. Selain itu, pertimbangkan untuk mengambil keuntungan daripada altcoins yang ada dalam pegangan. (Ini tertakluk kepada matlamat dan posisi anda ya – se7en4six).

APABILA BTCD JATUH

Alihkan sebahagian daripada pelaburan anda kepada altcoins kerana BTCD yang semakin berkurangan sering menunjukkan bahawa altcoin mungkin sedang mengatasi Bitcoin dalam jangka masa pendek. Tetapi ini adalah perkara yang sukar kerana altcoins terlalu banyak, maka pilihlah altcoins berdasarkan analisa fundamental yang kukuh, perkembangan terkini dan potensi pertumbuhan.

Binance2024

UNTUK PELABUR JANGKA PANJANG
Laraskan baki portfolio anda antara Bitcoin dan altcoins dari semasa ke semasa berdasarkan arah aliran penguasaan BTCD. (Nota: Jangan lupa tengok market phase BTC. Nampak harga BTC sekarang agak mahal untuk jangka pendek. Tapi takde halangan, boleh je nak beli jika nak simpan untuk jangka panjang menuju bullrun. Cuma profit gain tak begitu besar – se7en4six)

UNTUK PELABUR JANGKA PENDEK
Gunakan penguasaan BTCD sebagai panduan untuk melakukan peralihan strategik antara Bitcoin dan altcoin dengan memanfaatkan perubahan sentiment pasaran. (Nota: Ni kalau dah otai takpe. Boleh nak alih dana ke sana, alih ke sini. Kalau rasa belum otai, DCA je senang tenang macam buaya kenyang macam saya – se7en4six)

Memantau BTCD pada platform data pasaran mata wang kripto dan laman web berkaitan, boleh memberi pandangan yang berguna untuk membuat keputusan jual beli dan digabungkan bersama jadual FM. Semoga bermanfaat.
(Kredit kepada Tuan se7en4six )
-Tamat-

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan dan kewangan

Chatroom - MyCryptoversity Circle

Related posts

Apa Itu Wrapped Tokens?

Hazim Mustapa

Review Bitcoin 20 – 25 Julai, 2026

Nazrich

Apa Itu Reserve Rights (RSR)?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!