25.3 C
Kuala Lumpur
April 21, 2026
Pendidikan

BERAPA BANYAK BITCOIN PATUT ANDA MILIKI

Selamat Tahun Baru 2024. Bulan Januari masih lagi mood tahun baru kan. Mari kita mulakan tahun baru dengan membuka buku baru dan semangat baru. Apa yang berlaku pada tahun 2023, kita jadikan kenangan, pengalaman dan pengajaran. Yang profit 20x, 30x, 100x mesti senyum bila teringat. Yang all-in di puncak mahligai sebab ikut kawan beli shitcoin, nangis kat bucu katil takde siapa tahu. Yang habis peluru sebab beli semua coin yang semua sifu kripto rekomen, gigit jari bila tengok aset lain felai melai (maklum la, semua grup kripto dia join).

Jadi tahun 2024 ni, kita susun balik strategi tapi jangan lupa monitor aset-aset kripto yang ada dalam pegangan. Bitcoin Halving pun dah makin hampir. Market dah makin meriah. Grup kripto yang dulunya senyap sunyi sebab semua orang masuk gua, dah mula ada bunyi. Bitcoin Halving memang event yang ditunggu-tunggu warga kripto di seluruh dunia.

Sebelum tu, suka untuk saya ingatkan artikel ini mungkin lebih sesuai untuk newbies. Bukan apa, takut yang dah OG ni boring pulak baca. Dah merasa profit banyak “X” sebelum ni. Untuk newbies, memang akan banyak soalan yang terfikir (atau masih blur).
“Patut tak saya beli Bitcoin? Atau Ethereum? Atau Solana?”
“Bitcoin dah mahal. Boleh beli lagi ke?”
“Berapa banyak Bitcoin saya kena simpan?”
Itu antara soalan yang mungkin seorang newbie akan terfikir dan tanya dalam grup atau masa kelas. Tak apa tanya je. Semua orang bermula dari zero.

Soalan-soalan newbies ni mungkin nampak simple tapi ia memerlukan pertimbangan yang berhati-hati untuk dijawab kerana seseorang itu perlu tahu matlamat kewangannya, strategi pelaburan dan tahap risiko (risk tolerance) yang boleh diterima. Jadi, jom kita tengok berapa banyak sebenarnya Bitcoin yang patut anda miliki.

LUNO 2024

Mengapa Bitcoin Adalah Pelaburan Yang Baik

Sebelum tu, tanya semula diri anda. Betul ke Bitcoin ni bagus? Betul ke aku nak melabur dalam Bitcoin? Bagus atau tidak adalah bergantung kepada penilaian anda. Duit anda adalah tanggungjawap anda. Yang penting kalau nak melabur, gunalah duit yang anda redha ia rugi jika pelaburan tak menjadi. Kami hanya berkongsi apa yang difikirkan baik. Mengapa Bitcoin dikatakan adalah satu pelaburan yang baik.

Potensi Keuntungan Yang Tinggi
Bitcoin adalah satu aset pelaburan yang mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi. Sepanjang tahun 2023 sahaja, harga BTC telah meningkat lebih 160% (sila jangan bandingkan dengan dividen+bonus ASB). Masyuk kan? Tapi perlu ingat yang pasaran Bitcoin atau kripto secara umumnya amat volatile. Pulangan yang anda terima juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti strategi pelaburan yang anda gunakan dan kebolehan anda lock profit pada masa yang tepat.

Bekalan Yang Terhad Penyebab Nilai Meningkat
Antara perkara yang menarik tentang Bitcoin adalah jumlah bekalannya yang terhad iaitu 21 juta coin sahaja. Ia dipanggil scarcity. Ini menjadikan Bitcoin satu aset yang kalis inflasi. Permintaan yang tinggi dengan jumlah bekalan yang terhad menjadikan nilai Bitcoin tinggi. High demand, less supply.

Ketelusan
Blockchain adalah satu teknologi yang menjadi tulang belakang Bitcoin. Ia adalah sebuah public ledger yang merekodkan semua transaksi. Transaksi yang direkodkan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana sahaja, selagi ada liputan internet. Ini menjadikan Bitcoin satu aset yang boleh dipercayai (trustworthy).

Rekod Transaksi Yang Kekal
Terima kasih kepada teknologi blockchain. Data transaksi yang telah direkodkan akan kekal, tidak boleh diubah dan dipadam. Ini kerana blockchain bersifat decentralized dan tiada entity berpusat yang mengawalnya. Jadi, tiada organisasi malah mana-mana kerajaan sekalipun dapat memanipulasi data yang telah direkodkan.

Yuran Transaksi Yang Rendah
Jika dibandingkan dengan yuran transaksi menggunakan wire transfer atau international bank transfer, yuran transaksi Bitcoin adalah lebih rendah. Walau kelajuan transaksi Bitcoin tidaklah begitu pantas jika dibandingkan dengan mata wang kripto yang lain, tapi kelajuannya lebih pantas daripada transaksi bank jika anda melakukan transaksi rentas sempadan.

Tokenize 2023

Faktor Untuk Menentukan Berapa Banyak Bitcoin Yang Patut Anda Beli

Dalam anda ghairah untuk melabur dalam Bitcoin, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan berapa banyak BTC yang patut anda beli.

Pendapatan dan Wang Lebihan
Ini adalah perkara pertama yang perlu anda ambil kira. Buat kira-kira pendapatan bulanan dan tolak dengan komitment bulanan termasuk segala bil, barang dapur, duit anak sekolah, sewa rumah, kereta dan lain-lain. Berapa duit lebihan yang tinggal? Dari duit lebihan yang ada, anda bolehlah buat perancangan untuk melabur Bitcoin. Laburkan wang yang anda SANGGUP RUGI kerana setiap pelaburan mesti ada tahap risikonya.

Merancang Strategi DCA (Dollar-Cost Averaging)
Strategi DCA merupakan satu strategi pelaburan yang baik dan tidak memeningkan kepala. Strategi ini membolehkan anda melabur secara berkala tanpa memikirkan turun naik harga. Ia juga amat sesuai untuk golongan bilis sebab bilis ada duit yang kecil. Kenapa DCA ni bagus? Sebab anda tak perlu keluar duit yang banyak sekaligus untuk melabur dan anda boleh beli BTC dalam unit yang kecil.

Faham Tentang Volatility Dalam Pasaran Bitcoin
Bitcoin dikenali sebagai aset yang sangat volatile. Jadi, kalau anda tak tahan dengan turun naik harga yang mendalam, mungkin anda perlu lebih berhati-hati. Kenapa harga BTC boleh turun sampai 50% dalam sebulan? Itu adalah ketidakstabilan pasaran, dan sememangnya Bitcoin terkenal dengan ketidakstabilannya. Jadi, kalau nak melabur Bitcoin, kena bersedia untuk menghadapinya.

Jadi, berapa banyak Bitcoin yang patut anda miliki? Secara teori, sebaiknya 1 Bitcoin. Dalam dunia crypto, angka 1 Bitcoin dianggap sebagai “1 BTC = 1 BTC”. Tapi untuk golongan bilis, nak beli 1 BTC memang agak mustahil sebab harga BTC melebihi RM100k. Tapi tak apa, anda boleh beli dengan jumlah yang kecil (seperti 0.01 BTC, 0.1 BTC). Yang penting, tetap mulakan dengan apa yang mampu dan sanggup rugi. Jika nak lebih berisiko, boleh cuba strategi lain.

LUNO 2024

Akhir sekali, kami mengingatkan untuk sentiasa menjaga disiplin dalam pelaburan. Kunci utama pelaburan adalah untuk tidak terburu-buru, membuat kajian terlebih dahulu, dan sentiasa melabur dalam perkara yang anda faham. Semoga tahun 2024 membawa lebih banyak peluang dan kejayaan kepada anda semua. Happy investing!

Related posts

Apa Itu Ethereum Plasma?

Hazim Mustapa

Buat Untung Dengan Dagangan Harian (Day Trading)

Ringgit Jelita

5 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Menilai Blockchain Baru

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!