Nvidia Meletup… so what’s next?

Sebelum korang baca penulisan ni, korang kena baca dulu apa yang saya tulis kat FB saya 2-3 hari lepas..baru lah korang faham apa yang saya tulis kat sini..kalau terlepas pandang..boleh baca kat link ni https://www.facebook.com/share/p/18DbFaKfGN/
Bila Nvidia beat dan meletup, ia bukan sekadar satu saham naik, pakcik kebun sebelah cakap ini sebenarnya satu mesej besar..yang :
– AI narrative masih hidup.
– CapEx masih mengalir.
– Big Tech belum tarik brek.
Dan bila Nvidia hidup, Nasdaq biasanya dapat oksigen..tapi saya tak pernah tengok market linear, sebab iasanya lepas earnings blowout, ada tiga kemungkinan.
1). Momentum sambung.
Short terpaksa cover, mana-mana dana yang underweight AI terpaksa kejar dan Nasdaq boleh squeeze lebih tinggi.
2). Sell the news.
Sebab ramai dah positioned sebelum earnings, bila result keluar dan harga spike, dah confirm la yang awal masuk mula ambil untung.
3). Rotation.
Bila AI naik, tapi sektor lain tak ikut naik skali, biasanya ini tanda rally sempit, bukan rally sihat.
Saya sekarang ni lebih berminat tengok breadth…Adakah:
– Dow ikut naik?
– Small caps hidup?
– Semikonduktor lain ikut?
– Yield stabil atau naik?
Kalau Nvidia naik tapi yield naik kuat, itu tanda market mungkin mula fikir inflasi + overheating…kalau Nvidia naik dan yield turun / stabil, itu tanda liquidity supportive. Satu lagi layer yang biasa orang selalu lupa, iaitu bila AI earnings meletup., semua orang lega. Revenue naik..syarikat tambah capex..order chip bertambah..ekonomi nampak kuat. Nampak macam cerita perfect kan?
DAPATKAN RAMADHAN OFFER SEKARANG!

Tapi sebenarnya bila ekonomi nampak terlalu kuat… Fed tak ada sebab plak nak potong kadar cepat dan bila expectation rate cut ditolak… yield mula naik semula. Di sinilah dilema dia….AI kuat memang bullish untuk saham. tapi AI terlalu kuat boleh buat kadar kekal tinggi lebih lama…bila kadar tinggi..valuation akan jadi sensitif. Kadang-kadang berita terlalu baik pun boleh jadi punca market jadi tak selesa.
Jadi sekarang saya tak tengok Nvidia sahaja, next saya tengok yield.
Sebab at the end… apa yang tentukan rally ni boleh hidup lama atau tidak bukan chip, tapi kadar faedah.
Nampak tak konflik dia?
AI kuat boleh jadi bullish equity, tapi dalam masa sama, boleh tahan rate cut, ini akan akan bagi tekanan valuation jangka panjang. Sebab tu saya tak terus overexcited bila Nvidia meletup, sebab saya nak tengok adakah ni betul-betul breakout baru untuk Nasdaq atau cuma spike yang buat crowd rasa lega?
Untuk crypto plak camna?
Kalau Nasdaq sustain rally, biasanya BTC dapat tempias positif, tapi kalau Nvidia naik dan market terlalu euphoric, selalunya volatility datang selepas itu. Saya tak exited hanya sebab satu earnings, saya nak tengok follow-through. Sebab market ni dia bukan bergerak atas satu result…dia bergerak atas positioning. Kalau positioning terlalu berat sebelah, rally boleh jadi perangkap.

So what’s next?
Bagi saya, next bukan pasal Nvidia, bagi saya next pasal samada market percaya AI boleh terus bawa growth tanpa pecahkan sistem kadar faedah. Kalau market percaya, saya nampak rally boleh extend..kalau market tak percaya, volatility akan kembali lebih cepat daripada yang semua orang jangka.
Saya tunggu 2-3 sesi ni jer dulu stakat ni, sebab biasanya lepas letupan besar… market ni dia akan uji siapa yang benar-benar yakin dan siapa yang cuma ikut hype.
Kalau awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
