Jangan Jadi Mangsa Bila Smart Money Nak Cash Out
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,
Penah dengar tak pasal Smart Money?
Smart Money ni adalah gelaran kepada Whales yang kebanyakkan nya terdiri drpd kalangan pelabur besar seperti institusi kewangan, hedge fund kampeni dan trader yang mampu mengerakkan sesuatu market, bila mereka membuat pembelian atau jualan, mereka mampu mengocangkan market, seperti mana yang berlaku kat market kripto minggu lepas.
Dalam dunia kripto ni kita bertuah sebab pergerakkan mereka kita boleh kesan, berbanding dengan market saham adalah sukar untuk mengesan pergerakkan aliran duit mereka kerana dalam dunia kripto semua akaun menggunakan teknologi Blockchain dan seperti mana yang kita semua tahu yang Blockchain ni adalah telus dan transparents, kita boleh lihat dengan jelas aliran sesebuah akaun samda melalui Blockchain scanner atau pun melalui data 0n-chain.
Dalam perkongsian kali ni, saya nak share apa yang sedang berlaku kat market kripto hari ni berdasarkan bacaan dari data on-chain..

BTC Dah Panas, Tapi Siapa Berani Nak Padam Api?
Minggu ni saya tengok BTC macam kereta sport tengah pecut atas lebuhraya, tak toleh belakang. Baru je tembus $122,600 harga tertinggi yang baru, crowd pun mula berkumpul sorak “All Time High! Altseason datang!”
Tapi… belum sempat pakcik kantin sempat beli, harga terus patah balik ke $115,900, tak jatuh banyak pun, tp cukup banyak untuk buat scalper terkejut dan buat yang baru FOMO tadi mula gelabah cari alasan kenapa market buat “correction kecil”.
Kalo refer kat Glassnode, dia cakap benda ni bukan kebetulan. Ini yang selalu terjadi bila harga tembus terlalu laju atas kos basis Short-Term Holder (STH) dalam kes ni, rally tu dah naik +1 standard deviation atas average STH cost basis.
Bila harga naik terlalu jauh dari kos asal pembeli jangka pendek, kita sebenarnya dah masuk ke zon bahaya iaitu zon euforia.
Kalau ikut statistik, biasanya resistance seterusnya ialah di +2σ STH cost basis atau dalam bahsa kampung, sekitar $136k…tp sebelum sampai sana, kita kena lalu jalan yang penuh ranjau ni dulu: profit taking, panic pullback, demand exhausted, dan siapa lambat beli akan jadi mangsa.

“Dah sampai atas… tapi siapa yang last naik tangga ni?”
Market minggu ni senyap tak senyap… tp sebenarnya semua tengah berdengung. BTC baru je sentuh ATH $122,600, tp bukan ini yang buat saya senyum, apa yang buatkan saya angkat kening sikit ialah bila terbaca report Glassnode minggu ni sahkan yang sekarang ni semua BTC hodler tengah untung.
Ini tak main-main, dari yang pegang sejak 6 bulan lepas sampai lah budak baru beli minggu lepas .. semuanya dalam Profit.
Maksudnya apa?
Takde siapa yang nak jadi liquidity exit point,semua tengah tunggu orang lain jadi mangsa.🤦🏻♂️
Glassnode siap tunjuk, dua zon akumulasi paling berat sebelum ni iaitu antara $93k–$97k dan $104k–$110k dua ni dah jadi support solid. Harga sekarang duk jauh atas zon ni.
Maknanya, crowd yang kuat DCA awal-awal dulu, lani tengah senyum lebar, tpi bila semua senyum serentak, biasanya ini tanda market dah nak mula acah-acah jatuh tangga.
Sekarang Semua Orang Tengah Untung… Tapi Sampai Bila?
Data Glassnode tunjuk satu benda yang saya sendiri dah agak: 95% daripada STH sekarang tengah dalam profit.
Gila kan? Sebab ini bukan normal , ni dah lebih satu standard deviation dari purata jangka panjang (88%). Bila semua orang untung, biasanya market akan test kesabaran semua orang, siapa yang cepat jual, selamat… Siapa lambat,akan jadi liquidity untuk orang lain exit.
Dan ini dah 3 kali metric ni tembus 95% sejak Mei.
Bila benda ni berulang, maksudnya crowd makin selesa, makin tamak, tp bila benda cantik sangat biasanya itulah permulaan kepada ending dia. Bila metric ni mula menurun balik bawah 88%, itu tanda crowd mula perlahan-lahan jual…. fasa Distribution dah bermula.
Satu benda yang saya selalu tengok bila market naik tinggi macam ni ialah SOPR (Spend Output Profit Ratio)

Bila SOPR ni naik gila-gila, maknanya orang tengah jual dengan untung., bila semua short-term holder mula ambil untung dan volume kat exchange dah mula membengkak, kita jangan mimpi market nak naik terus. Kena ada orang yang sudi beli kat atas ni dulu baru la market akan teruskan rally.
Boleh faham stakat ni?
Tapi masalahnya sekarang, semua orang nak jual… tapi tak ramai yang sanggup beli 😁😁😁
Tambahan pplak lg, leverage tengah meriah, Futures open interest dah naik 51% dalam masa 49 hari dari $36B ke $55B. (ramai jugak kaki judi ni) Options open interest pun pecah rekod $46.2 bilion. Semua ni tanda-tanda orang dah mula tamak… majoriti bukan trade kat spot, tp nak short squeeze, nak long squeeze kat futures dan Futures adalah Tidak Patuh Syariah, sila rujuk sini >>> https://t.me/cryptoblock_edu/9733
Jadi kalau esok lusa market retrace 8%–12%, jangan terkejut ya, sebab ini bukan manipulasi tp ni sebab leverage crowd dah meletup.
Dan ETF? Masih steady masuk dalam, tiap – tiap hari masuk dalam purata $300 juta ke spot ETF…ni yang sebenarnya bagi petrol untuk rally…tp petrol pun boleh habis kalau semua kereta nak pecut serentak…kan?
Apa yang saya nak sampaikan dekat sini ialah ini bukan lagi fasa akumulasi. Ini bukan masa nak terhegeh-hegeh cari entry tanpa plan, sekarang ni adalah fasa kejar hasil…tapi hasil tu bukan untuk semua. Siapa yang dah sedia, dia menuai, tp siapa yang baru nak lari, kalo silap langkah boleh tergolek.
Market sekarang tengah tinggi, tp bukan takat technical chart je yang tinggi… emosi crowd pun tinggi, dan bila emosi crowd tinggi, kita ni trader legend tak follow nafsu., kita tunggu…kita tunggu tengok candle daily bagi clue. ..kita jaga peluru kita, kita bukan jaga angan-agan.
“Kadang-kadang, market tak jatuh sebab weak. Market jatuh sebab semua orang dah terlalu kuat… dan bila semua kuat, takde siapa nak tolong bila ada yang mula tergolek dulu.”

.
Profit Banyak, Tapi Siapa Sanggup Pegang Lama?
Ada satu lagi metrik yang menarik, iaitu Relative Unrealized Profit (RUP) yang baru je sentuh 15.4%, tanda market dah masuk fasa overheating., lepas tu drop sikit ke 13.6% ni maksudnya profit atas kertas dah mula berkurang, sebab harga turun. Benda ni selalu jadi sebelum market capai puncak, tp selalunya top ni tak datang serta-merta, dia datang slow-slow, dalam bentuk wave demi wave of profit taking.
Sekarang kita tengah lalui wave pertama, masih ada potensi untuk wave kedua sebab tu dalam laporan Glassnode cakap masih ada peluang untuk BTC naik satu lagi kaki, mungkin sampai ke $130k–$136k.
Tapi lepas tu? Kita masuk zon yang makin sempit, makin berbahaya.
Ini semua pattern yang selalu berlaku sebelum demand exhausted. Market akan bagi satu dua candle hijau besar, crowd FOMO, pastu yg pegang dari bawah akan unload. ..tpi benda ni tak jadi sehari, dia makan masa jgak sebab profit taking tu datang secara berlapis lapis… Hari ni group A jual, minggu depan group B, bulan depan baru major sell-off.

.
“Waktu semua orang tengah untung, ini bukan masa sesuai untuk masuk. Ini adalah masa untuk siap sedia exit. Tapi bukan exit membaby buta, exit lah cara cerdik, yang ada plan, yang tahu bila nak balik masuk balik nanti.”
Bagi saya minggu ni bukan minggu untuk FOMO.
Minggu ni minggu untuk saya baca crowd. .. tengok volume. ..tengok SOPR. ..tengok siapa tengah pegang profit., siapa tengah jual., siapa tengah menjerit di Twitter.
Market ni bukan soal betul atau salah., tapi soal sabar dan tau membaca mood manusia dan sekarang mood manusia tengah mabuk untung.
Bila semua mabuk, kita lah yang kena jadi yang paling sedar/waras.
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
