Apa Akan Jadi Kat Market Jika Jerome Powell Resign?
“Antara Kuasa dan Kepercayaan: Bila Powell Tak Lagi Kebal”
.
Kita selalu cerita pasal Bitcoin, pasal ETF inflow, pasal FOMC..tp hari ni, saya nak sembang pasal satu benda yang ada trader mungkin terlepas pandang, benda yang boleh ubah haluan market dalam diam, benda ni bukan candlestick., bukan moving average, bukan naratif..
Tapi kuasa !
Dan orang yang pegang kuasa tu sekarang ialah Jerome Powell, si ‘pak guard’ kepada pintu duit Amerika.
Tapi apa jadi bila pak guard tu pun dah kena tekan?
.
Minggu ni, politik Amerika jadi makin meriah. Trump dan geng dia mula main isu besar. Mereka mula pertikaikan projek renovasi pejabat Fed bernilai USD 2.5 bilion kata macam istana Versailles, tp itu semua bukan pasal kos lif atau jubin marmar.
Yang mereka kejar sebenarnya ialah Pengaruh. Powell sekarang dah jadi mangsa sasaran politik, kononnya dia tipu Kongres, kononnya dia belanja sakan duit rakyat.
.
Dan bila Powell mula diasak macam ni, soalan yang timbul ialah adakah ini petanda Fed akan hilang kebebasan?
.
Saya nak awak semua fikir kejap…
.
👉 Bayangkan kalau satu hari nanti, interest rate x lagi ditentukan oleh data CPI atau NFP, tp ikut siapa yang duduk kat White House.
👉 Bayangkan kalo setiap pemimpin boleh tekan Fed macam tekan butang vending machine….hari ni nak cut, tekan…esok nak naik, tekan lagi.
.
Kalo betul betul jadi macam tu, market bukan lagi berpandu pada data, pada logik, tp berpandu pada emosi politik.
.
Dan inilah apa yang saya sedang nampak sekarang. Powell dihimpit kiri kanan, ada desakan utk siasat dia, malah ada ura-ura nak ganti dia lebih awal dari tempoh perkhidmatan dia. Kita ingat nak ganti ketua Fed ni bukan benda mudah tp bila politikus mula masuk campur, segala undang-undang boleh lentur macam tu jer.
.

Sekarang ni, Powell masih cuba pegang tali, dia cakap Fed akan tunggu data lebih kukuh sebelum potong interest rate, jd CPI minggu depan ni bakal jadi ujian sebenar. Tp dalam senyap, tekanan dari White House makin kuat. Tariff Trump dah mula naikkan inflasi dan kalau Fed potong rate dalam masa terdekat, dia nampak macam tunduk kepada tekanan politik, tp kalo dia tak potong plak, market mungkin kecewa dan FOMO yang kita tengah rasai sekaran ni boleh jadi berubah jadi panik.
.
Sebab tu saya ulang banyak kali, jangan hanyut dalam hype..kena tengok keseluruhan cerita. Sekarang ni Bitcoin naik sebab ETF inflow masih deras masyukk, ari Khamis je masuk $1.18 bilion. Tapi yang peliknya, altcoin tak ikut, ETH baru nak cecah $3K.
Total marketcap pun belum cecah paras Disember lalu.
.
Kenapa? Sebab crowd masih tunggu… bila crowd tunggu, ini maknanya belum ada naratif baru yang boleh pump market..semua orang tengah wait n see.
.

.
Dan bila semua orang tengah santai macam ni, satu percikan naratif baru jer dah boleh jadi gelombang. CPI minggu depan tu bukan sekadar nombor, tp ia akan jadi penentu sama ada Powell boleh kekal kawal naratif… atau bakal digulingkan dalam senyap. Kalau Powell jatuh atau kelihatan “weak” di mata pasaran, trust pada Fed pun jatuh.
.
Dan kalau trust jatuh, semua risk asset termasuk crypto akan rasa tempias.
.
Jadi, untuk yang trade, saya nak pesan…sekarang ni waktu paling senang utk jd kaya, tapi sekarang ni jugak waktu paling senang untuk jadi tamak. Jangan sebab BTC tembus $118K, awak ingat semua altcoin akan terbang.
.
Market sedang menulis satu cerita pelik iaitu “Pump tp Sepi”... BTC naik, tp tak ramai yang tepuk tangan…sebab?
.
Semalam saja, lebih $1.1 bilion liquidated.. yang untung pun tak ramai sangat.
Ramai yang LOSS sebab layan futures p short sebab ingat market akan pullback, al maklumlah BTC dh cecah ATH kan, sifu cakap mesti la dia pullback dulu.
.
Majoriti saya tengok semua newbie, bukan saja kat Malaysia tp di seluruh dunia dah jd macam trend dah..trade futures, yang bukan muslim takpe la..ni yang muslim ni, ramai yang p trade futures walaupun tau benda tu HARAM, Tak Patuh Syariah tp disebabkan tamak, kejar kekayaan donia, halal haram letak tepi.
Boleh rujuk sini : https://www.youtube.com/watch?v=OZHT6bsB9M0
Mungkin sebab terikut ikut si JamesWynnReal tu kot? Akaun dia sendiri pun dh bungkus dahh..boleh rujuk kat Cointelegraph >>> https://cointelegraph.com/news/james-wynn-deactivates-x-account?utm_source=chatgpt.com

.
Saya pun macam awak jugak, duk depan skrin, baca berita, buka data inflow…tp satu benda yang saya x buat, saya x tipu diri sendiri sebab kita bukan nak berlawan dengan market…kita nak menari dengan dia je, tp jangan biar market yang pegang kita macam anak patung, macam boneka, kita kena faham irama dan rentak
.
Dan rentak irama sekarang ni, bukan cuma pasal whitepaper, bukan pasal fundamental lagi dah, tp sekarng ni pasal kuasa, pasal kepercayaan dan pasal masa depan institusi kewangan dunia.
Jadi… kalo awak tanya saya sekarang, nak masuk ke atau nk duduk tepi?
Jawapan saya:
Kalo awak tak tahu siapa pegang baton dalam orkestra ni, jd lebih baik awak jangan menari… Dengarlah dulu rentak..irama..biar market habis intro, baru la awak sambung chorus…aa gitu, boleh faham?
.
Sebab bila Powell mula digoyang, market bukan hanya bergoyang goyang ..kadang-kadang, dia rebah terus…ini yang kita tak nak!
.
Maaf, saya ni susah nak bg jawapan direct, selalu pakai analogi..rakan-rakan dalam circle MyCryptoversity tau dan faham cara saya.
Tapi, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto


