EkonomiPendidikan

Warren Buffett Bongkar Satu Rahsia: Free Money Era Is Over

“Nak Faham Masa Depan Ekonomi? Tengok Apa Buffett Buat Hari Ini.”


Warren Buffett Baru Bongkar Satu Rahsia: Free Money Era Is Over

Awak semua perasan tak Wall Street bagi satu signal pelik minggu ni ?
Signal yang ramai trader tak baca betul-betul, ramai ingat Warren Buffett tengah “parking duit” dalam yen Jepun. Padahal dia tengah buat sesuatu yang jauh lebih bijak… dan jauh lebih membongkar dasar sebenar ekonomi dunia. Buffett bukan sekadar beli syarikat Jepun, tapi dia bina satu posisi besar dalam trading companies Jepun guna hutang berdenominasi yen. Ini bukan currency play, tapi ini policy play dan kedua-dua ni bezanya besar.
.
Seperti biasa trader lejen ni nampak apa yang ramai terlepas. Jepun ada sesuatu yang Amerika dah hilang perlahan-lahan, iaitu: kadar faedah rendah yang stabil, dasar monetari yang boleh dijangka, kerajaan yang tak boros dan mata wang yang kerajaan sendiri akan pertahankan bila perlu. Amerika pula sedang bergelut dengan defisit yang meletup, hutang trilion yang tak berhenti, politik yang makin kelam dan Federal Reserve yang tersepit antara inflasi dan bayaran faedah hutang sendiri.
.
Jadi ini bukan cerita Buffett “lari dari Amerika.”
Tapi ini cerita trader lejen Warren Buffett hedge risiko dasar Amerika.
.
Dengan meminjam yen yang murah, kemudian beli bisnes Jepun yang ada cash flow stabil, saya nampak Buffett buat 3 benda serentak, iaitu: dia kunci kos pinjaman rendah, dia lindungi dirinya daripada kejatuhan nilai dolar dan yang paling penting dia beli aset sebenar, bukan main leverage macam trader hebat cap ayam, bukan kertas janji yang nilainya terhakis masa (susut nilai akibat inflasi.)
.
Ini cara OG berfikir, kuasai skill yang boleh bertahan masa ribut taufan melanda.
.
Dan kalo kita cakap pasal dolar, ramai lupa satu prinsip besar, iaitu: bila kerajaan belanja lebih dari kemampuan, mereka tak default dulu… mereka devalue.Bukan sehari, bukan dengan pengumuman besar, tapi perlahan-lahan,sen by sen hilang setiap minggu.
Diam-diam, tapi pasti.
.
Sebab itu menganalisa dan monitor chart DXY tu penting, saya bukan saje-saje share DXY kat channel MyCryptoversity.net tu ..saya tak share benda yang membuat masa. ( rujuk : https://t.me/cryptoblock_edu/10516 atau boleh search ‘DXY’ dalam channel tu, banyak saya share)
Kita monitor chart DXY bukan sebab nak tunggu “USD crash”… tapi sebab penurunan perlahan purchasing power itu jauh lebih merosakkan simpanan rakyat daripada panic sell-off…sebab Dolar tak perlu jatuh, untuk buat orang miskin..ia cuma perlu hilang nilai jer…boleh faham tak maksud saya?
.
Buffett ni bukan nak bertaruh dunia nak kiamat esok, tapi…
Dia positioning diri untuk apa yang akan berlaku bila negara-negara mula berpecah dari segi dasar kewangan, bila modal lari ke aset sebenar dan bila kerajaan akhirnya pilih inflasi berbanding disiplin, inilah yang smart money selalu buat, mereka tak jerit, mereka tak panik, mereka bergerak awal secara senyap-senyap.
.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disni <<<

 

Jadi boleh faham tak kenapa sejak November aritu lagi saya banyak sebut pasal ‘whales sedang positioning‘. Saya bukan saje-saje tulis..semua benda ada kaitan, jadi kita kena sentiasa follow berkembang..saya tulis sebab saya takut saya terlupa, bukan sebab saya pandai dan menandai-mandai..saya sendiri pun tak pandai, lebih-lebih lagi FM saya sendiri pun pening takleh nak baca pergerakan makro sekarang ni sebab lanskap dunia kewangan sedang berubah..dengan lahirnya ETF dalam dunia kripto, dahla kripto ni satu instrument pelaburan yang baru, datang plak ETF..lagi la pening..campur dengan tariff Trump lagi, tu belum campur dia punya plan manipulasi lagi…FM cakap sebab tu BOJ buat tindakan macam ni, sebab kalo tak buat..sampai kesudah krisis ekonomi ni takkan selesa, jadi BOJ terpaksa ‘reset’ semua ni…tengok power tak power BOJ ni, dia senyap jer, jarang berbunyi tapi bila dia berbunyi…satu donia bergegar.
.
Baik, back to topic…apa pengajaran yang saya dapat, bila Buffet buat macam ni?
Pengajaran dia bukan “beli yen.”.. tapi,
Pengajaran dia ialah:

“Bila pelabur paling hebat dunia berhenti percaya dasar kerajaan, mereka berhenti simpan kertas.Mereka berpindah ke bisnes yang mengalirkan duit, aset keras, mata wang stabil dan sistem yang boleh dijangka…tindakan ini bukan bukan sebab takut, tapi ini adalah ILMU, ibarat seorang kapten kapal cargo yang besar mengharungi lautan hindi yang penuh cabaran, ombak besar giler boleh cecah ketinggian 30 meter yang ganas dan sukar diduga tapi boleh mengemudi dengan bijak dan mampu menyelamatkan semua aset yang ada dalam cargo”

Boleh faham tak maksud saya?
.
Dan dolar ni tak perlu roboh/hancur untuk buat kita rugi.
Ia cuma perlu perlahan-lahan kehilangan kuasa membeli, yang masa sekarang ni sesuatu yang dah pun berlaku depan mata kita.
.
Peroalannya sekarang bukanlah sama ada USD tu jatuh, tapi persoalannya:
“Adakah kita masih pegang aset yang jatuh sekali dengan USD… atau aset yang boleh hidup walaupun USD tenat?”
.
Sejarah dah pun jawab, cuma tinggal kita jer nak faham atau tidak, nak bertindak atau tak?

Tapi apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.

Related posts

5 Projek Tengah “Hidup” Masa Market Tengah Layu

Nazrich

23 April 2025 – Fear & Greed Index Kripto: Sentimen Pasaran Semakin Tamak

Satch

$300 Bilion Harga Bitcoin Dan Kripto Turun Selepas Amaran Stark Fed—Ethereum, BNB, Solana, Cardano Dan XRP Dalam Penurunan Bebas

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!