EkonomiIsu Global

Review Market 14 – 18 Julai 2025

Review Market 14 – 18 Julai 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Kita mulakan minggu ni dengan jadual makroekonomi penting untuk 14–18 Julai 2025, sebab semua ni bakal jadi tali hayat atau mungkin boleh jerut leher kt market crypto dan saham, khususnya dalam fasa harga BTC dah pun berada di atas $117K ni dalam zon takde peta “price discovery”

Berikut adalah event utama minggu ni yang bakal gerakkan pasaran global dan saya akan ulas kat last penulisan ni…


Makroekonomi Amerika Syarikat (14–18 Julai 2025)

🔴 Isnin, 14 Julai

  • Tiada data berat keluar dari US pasaran dalam mod ‘cooling off’ sementara tunggu CPI

🔴 Selasa, 15 Julai

  • US CPI (Consumer Price Index) – Jun

    • Time: 8:30 am ET / 8:30 pm waktu Malaysia

    • Jangkaan: 2.4% YoY (sebelum ini 2.4%)

    • Core CPI: Jangkaan kekal 2.9%

    • 🔥 CPI adalah data paling dinanti minggu ni. Kalo naik lebih dari jangkaan, Fed mungkin kekalkan kadar faedah lebih lama  bearish untuk crypto. Tp kalo CPI turun, ini boleh jadi peluru besar untuk sambung rally BTC.

🟡 Rabu, 16 Julai

  • US PPI (Producer Price Index)

    • Time: 8:30 am ET / 8:30 pm MYT

    • Jangkaan: +0.2% MoM

    • Ini mengukur kos barang dari sudut pembekal boleh bagi hint sama ada inflasi di peringkat pengeluaran dah reda atau masih meningkat.

🟢 Khamis, 17 Julai

  • Initial Jobless Claims

    • Time: 8:30 am ET / 8:30 pm MYT

    • Indikator keadaan pasaran kerja. Jika naik mendadak, ni isyarat ekonomi mula sejuk, biasanya dilihat sebagai alasan untuk Fed mula dovish.

Klik sini untuk daftar akaun LUNO

Earnings Report Musim Pendapatan Syarikat (Q2 Earnings)

Minggu ni juga bermula dengan laporan pendapatan syarikat mega-cap (seperti yang saya cakap dalam video yang saya share dalam circle MyCryptoversity) yang akan jadi petunjuk penting untuk pasaran saham dan crypto. Antara nama besar yang dijadual umum earnings minggu ini:

  • 16 Julai: PepsiCo (PEP), Bank of America (BAC)

  • 17 Julai: Tesla (TSLA), Netflix (NFLX)

  • 18 Julai: Taiwan Semiconductor (TSMC), UnitedHealth, Johnson & Johnson

Kenapa semua penting untuk crypto?
Sebab kalau earnings report buruk, pasaran saham boleh jatuh  dan bila S&P jatuh, BTC pun biasanya terkesan jugak., sebab macam yang saya selalu bgtau sebelum seblum ni…BTC sekarang sangat berkait dengan US stock index (BTC = TradFi).

 


OK ! Jom kita review skit pasal event makro minggu ni

Subuh pagi Isnin ni, suasana kat dusun ni masih berkabus.,tpi kabus saya percaya ni tak setebal kabus dalam fikiran para semua trader yang sedang garu kepala tengok market BTC yang makin menggila, naik x toleh kebelakang ..pagi ni dah cecah $120K, dan ramai tertanya, “Cikgu, ni betul-betul bull run ke? Atau candle prank subuh-subuh?” Macam biasa, kita bukan nujum, tp kita ada data, kita ada skit skit pengalaman. dan yang paling penting, kita ada akal.

Jadi jom kita sembang kari…

Minggu ni bukan minggu sembarangan, dari hari ni 14 hingga 18 Julai nanti, market dunia akan tertumpu pada data ekonomi paling penting buat masa ni iaitu CPI dan PPI.

CPI akan keluar malam Selasa (pagi Rabu waktu Malaysia), dan PPI akan susul pada hari Khamis., bagi yang baru nak kenal dunia ni, CPI tu ukuran inflasi pengguna , kalo naik CPI, market mungkin cuak sebab Fed lambat turunkan interest rate…tp kalo CPI turun dan PPI pun kendur, maka sentimen “rate cut incoming” akan melonjak balik. Ini yang sebenarnya sedang diintai oleh pelabur besar.

 

sign up MEXC here

.

Tambah pulak dengan musim earnings dah bermula.
Apple, Tesla, Microsoft, Nvidia, semua nak umumkan prestasi kewangan mereka. Ini bukan sekadar berita syarikat, tp ini petunjuk sama ada ekonomi real world masih sihat atau mula demam. Kalo earnings cantik, crowd makin yakin nak masuk pasaran, tp kalau outlook suram, jangan pelik kalau market terus buat pengambilan untung.

Tapi bukan ni je yang tengah panas…minggu ni juga akan berlangsung “US Crypto Week” satu minggu penuh di mana dua rang undang-undang penting akan dibahas di Capitol Hill iaitu  CLARITY Act dan GENIUS Act. Kalau kedua-duanya lulus atau beri petanda jelas bahawa peraturan crypto akan jadi lebih mesra dan jelas, maka ETF inflow ke BTC dan ETH boleh meletup lagi. Setakat Khamis lalu, inflow ETF ke BTC dah mencecah $1.18 bilion, tertinggi sejak November 2024. Ini bukan bilis punya keje tau, ini keje jerung institusi yang dah lama standby.

Dan ya, ada satu perkembangan besar…  Ethereum Spot ETF telah pun mendapat kelulusan penuh. ETH dah pun memecah paras $3,000 buat kali pertama sejak Februari., kenaikan ~8% ETH pada minggu lepas bukan kebetulan. Ini adalah permulaan kepada narrative baru iaitu “ETH adalah digital oil” untuk Web3 dan AI infra. Kalau BTC digelar “digital gold”, maka ETH pula jadi tulang belakang ekonomi blockchain.

Jadi, jangan pelik kalau dalam minggu-minggu akan datang, kita nampak rotation dari BTC ke ETH.

.

Bengkel Kripto & Blockchain by MyCryptoversity >>> Blajarkripto.com

 

Feedback Student MyCryptoversity

.

Tapi sayangnya, altcoin lain masih sendu. Index altseason masih bawah 30%. ..total crypto marketcap dah naik, tapi tak setanding paras masa BTC $100K++ waktu November-Disember lepas. Ini menandakan crowd masih takut, belum all in lagi tu…retailer ni biasanya tunggu FGI 80++ baru nak masuk..biasa laa..pastu bila lekat kat pucuk cakap kripto is scamm 😀. Coin seperti CELL, GENOME, L0 token, AI Agent (VIRTUAL), semua masih belum berganjak banyak, tp memecoin seperti BONK, PEPE dan token spekulatif lain mula bergerak. Biasanya bila memecoin dulu yang panas, itu tanda crowd tengah bosan dan mula la nak berjudi..jd., hati-hati lah bila market hilang arah dan crowd mula gamble, selalunya gaung yang besar akan menyusul.

Kali ni sata nak tekankan satu benda…Minggu ni sangat penting. CPI, PPI, Earnings, ETF inflow, Undang-Undang Crypto, ni semua akan tentukan halatuju pasaran akan datang. Kalo semua positif, besar kemungkinan BTC akan tembus $120K dan ETH kembali ke ATH .

Tapi kalau CPI melonjak naik semula atau earnings syarikat besar teruk atau undang-undang crypto ditangguh atau ditolak…. maka bersiapa sediakan kita, besar kemungkinan retracement mungkin tiba (kalo ikutkan yearly trading plan, sepatutnya dah berlaku)

Market ni bukan tempat kita mencari kepastian…satu jer benda yang pasti dalam hidup kita ni..iaitu Kematian..betul tak?

Tapi market ni adalah tempat kita mengukur Kebarangkalian.

Tugas kita bukan nak jadi orang yang terpaling terpantas beli aset, terpaling cepat buat profit dan macam – macam terpaling lagi…..tapi  tugas kita (saya la, orang lain saya xtau) nak jadi orang yang bertahan paling lama dalam industri ni dengan risiko yang paling kecil.

Boleh faham x maksud saya?

Jangan kejar candle. , tapi kejarlah Kefahaman.

Jangan tamak., jangan takut…

Tapi Sentiasa Bersedia.

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, hanya sekadar pendapat peribadi sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
.

Related posts

Kenapa Bullrun Kali Ni Berbeza Dengan Cycle Yang Lepas?

Nazrich

CPI Panas, PPI Sejuk , Adakah Crypto Betul Rally atau Bull Trap?

Nazrich

Market Outlook 28 April – 2 Mei 2025 ( Kripto & Global )

Satch
error: Content is protected !!