BlockchainKripto

Review AI, GameFi, Layer 1 dan Naratif Baru Dunia Kripto (11 Mei 2025)

Rivew Mingguan Kripto (11 Mei 2025): AI, GameFi, Layer 1 dan Naratif Baru Pasaran Digital


.

Gambaran Umum Pasaran Kripto: Bila Tenang Datang Selepas Ribut

Pasaran kripto sedang berada dalam mod penyesuaian semula selepas fasa FOMO yang tinggi sepanjang Q4 2024. Kita sekarang menyaksikan bagaimana gabungan tekanan makroekonomi global  termasuk kebimbangan tarif baharu dari pentadbiran AS pimpinan Trump, polisi fiskal ketat dan kebimbangan kemelesetan mula menyejukkan sentimen pelabur. Ini menyumbang kepada pengurangan besar dalam modal spekulatif, khasnya dalam altcoin dan sektor “mewah”.

Total market cap kripto (tidak termasuk BTC) jatuh dari $1.6 trilion (Dis 2024) kepada sekitar $950 bilion, iaitu penurunan 41%. Ini sejajar dengan kemerosotan pembiayaan VC kripto ke tahap 2017–/2018 yang kini menyusut hampir 60% berbanding kitaran 2021/2022.

Total market cap kripto kini sekitar $2.17 trilion, masih rendah berbanding paras tertinggi Disember 2024 ($3.1T), namun menunjukkan tanda pemulihan berhati-hati. BTC kekal mendatar di sekitar $100,000, manakala ETH dan SOL juga stabil di paras $2,900 dan $139.

Apakah maksud semuanya ini? Secara ringkas: hanya projek kukuh, berdasar teknologi sebenar dan komuniti aktif akan terus bertahan, manakala selebihnya akan lenyap.

Minggu ni, pasaran kripto macam bagi nafas lega sikit. Selepas beberapa minggu kebelakangan ni dihujani berita buruk bermula dari ketakutan kemelesetan AS, perang tarif baru ciptaan Trump 2.0, hinggalah ke aliran keluar dana besar-besaran dan kali ni akhirnya kita nampak sinar tipis di hujung terowong.

Bayangkan, masa awal tahun semua orang bersorak pasal  Bitcoin ETF diluluskan, tapi 3 bulan lepas tu, ramai pakar dah mula bercakap pasal “crypto winter 2.0”  sisebabkan gabungan faktor global yang tak mesra pasaran. Kesan dasar fiskal yang semakin ketat, serta ketidakpastian geopolitik dan perdagangan, membuatkan para pelabur lari dari aset berisiko tinggi, ini termasuklah kripto dan altcoin kecil.

Tapi minggu ni lain plak ceritanya…dengan harga Bitcoin memecah paras $100,000 semula, Ethereum kembali aktif dengan peningkatan Pectra dan beberapa sektor seperti AI dan GameFi menunjukkan momentum baru, para pelabur institusi mula masuk balik secara senyap.

Kita dapat lihat dana masuk ke produk aset digital mencecah lebih $5.5 bilion sepanjang 3 minggu terakhir ini

Jadi soalnya sekarang , adakah ini permulaan fasa pemulihan sebenar? Atau sekadar rally sementara sebelum ribut kedua datang?

.

Situasi Semasa: Pasaran Sedang Menyusun Semula Nafas

Sejak suku pertama 2025, kita dapat lihat pasaran kripto dan kewangan global mengalami satu proses “recalibration”  atau lebih tepat, sedang cuba mencari keseimbangan baru selepas tempoh euforia pasca-Bitcoin ETF dan pelonggaran dasar monetari 2024. Tapi hari ini, saya tengok kita dihadapkan semula dengan cabaran yang hampir serupa dengan 2018 dan 2022, cuma konteksnya berbeza.

.

Sorotan Pasaran Kripto Mingguan (10–17 Mei 2025)

.

🔹 Total Market Cap & Dominasi BTC

Metik Nilai
Total Market Cap (semasa) ~$3.47 trilion
Paras tertinggi Dis 2024 ~$3.91 trilion
Dominasi BTC ~61.85%

Pasaran kripto telah pulih daripada kejatuhan awal tahun, dengan total market cap kini menghampiri paras tertinggi sebelumnya. Dominasi Bitcoin meningkat, menunjukkan pelabur cenderung kepada aset yang lebih stabil dalam ketidaktentuan pasaran.

.

.


Sektor AI Coins: Dari Teori ke Aplikasi Nyata

Token Harga (USD) Perubahan 24h Sorotan
FET $0.8846 +6.29% Aliran masuk institusi
AGIX $0.3887 +7.14% Fasa akumulasi
RENDER $5.35 +6.79% Kerjasama dengan Apple Vision Pro

Sektor AI menunjukkan momentum positif, dengan projek seperti FET dan AGIX menarik minat pelabur institusi. RENDER pula mendapat perhatian berikutan kerjasama strategik dalam bidang AR/VR.

.


GameFi & Metaverse: Bangkit Selepas Kecundang?

Token Harga (USD) Perubahan 24h Sorotan
IMX $0.7553 +13.22% Pelancaran game baru
RON $0.7165 +13.24% Peningkatan pengguna aktif
GALA $0.0217 +10.05% Kerjasama dengan studio Korea

Lepas kegagalan banyak projek GameFi “click-to-earn” zaman 2021, ramai anggap sektor ni dah mati, tapi kalau kita tengok angka sekarang ceritanya lain. Kajian dari CryptoRank dan Messari menunjukkan jumlah pengguna harian GameFi kembali cecah 1 juta , di mana kebanyakannya aktif atas Blockchain Solana dan Polygon.

Projek seperti:

  • Pixels (PIXEL)

  • Shrapnel

  • Illuvium (ILV)

…semakin aktif, malah mula tarik minat pelabur bukan kripto (gamers sebenar dari dunia Web2). GameFi tak mati. Ia berevolusi. Jadi kita sebagai elabur perlu fokus pada projek yang bukan sekadar janji token, tapi yang ada gameplay, komuniti aktif, dan model ekonomi berdaya tahan.

.

.


Layer 1 Chains (L1): Siapa Raja Infrastruktur Seterusnya?

Token Harga (USD) Perubahan 24h Sorotan
ETH $2,535.28 +8.08% ETF spot sebagai pendorong
SOL $175.99 +1.71% Aktiviti airdrop meningkat
SUI $4.23 +7.09% Peningkatan TVL
APT $6.03 +7.30% Migrasi pembangun aktif
TON $1.24 +2.48% Integrasi dengan Telegram

Tahun ni, Solana betul-betul naik pangkat, dengan lebih 970 TPS (transactions per second), masa blok 0.4 saat dan finaliti yang hampir serta-merta Solana jadi rangkaian paling efisien setakat ni. Bukan hype tapi data.

  • SOL (Solana): Walaupun alami koreksi, SOL kekal dominan dari segi address aktif harian dan penggunaan NFT & DEX onchain sangat aktif.

  • SEI & SUI: Sedang stabil, aktif dari segi pembangunan walaupun minat pelabur runcit menurun sedikit.

Tapi baru baru ini pesaing baru ada buat kemunculan, salah satu yang menarik perhatian saya ialah :

  • Pharos Network , masih dalam fasa testnet baru ni dakwa mampu capai 30,000 TPS dan finaliti satu saat. Kalau berjaya kekalkan prestasi tu di mainnet nanti, projek ni boleh jadi pesaing kuat pada Solana dan Avalanche.

Sementara tu, Ethereum masih pegang takhta dari segi ekosistem, naik taraf Pectra baru baru ni lebih kepada “fine-tuning” dan pengukuhan staking.

“Fasa ini adalah ujian ketahanan infrastruktur. Solana & TON sedang membina momentum untuk menjadi pesaing utama ETH” tapi sebagai pelabur, kita  perlu fokus pada ecosystem strength, bukan hanya pada harga semasa.”

Sbagai pelabur, kita perlu perhati bukan hanya pada prestasi teknikal, tapi juga penerimaan developer, TVL (total value locked) dan aktiviti pengguna. L1 bukan soal kelajuan semata, tapi juga kena fokus pada “siapa yang guna.”

.

sign up MEXC here

.


Carta Ringkas: Perbandingan Harga Mingguan

Token Harga Awal (USD) Harga Akhir (USD) Perubahan (%)
BTC $103,700.20 $104,241.00 +0.52%
ETH $2,574.27 $2,535.28 -1.51%
SOL $175.99 $175.99 0.00%
FET $0.8846 $0.8846 0.00%
AGIX $0.3887 $0.3887 0.00%
RENDER $5.35 $5.35 0.00%
IMX $0.7553 $0.7553 0.00%
RON $0.7165 $0.7165 0.00%
GALA $0.0217 $0.0217 0.00%
SUI $4.23 $4.23 0.00%
APT $6.03 $6.03 0.00%
TON $1.24 $1.24 0.00%

Related posts

Apa Itu Kusama $KSM

Naqiu Nazrich

Luno Dapat Kelulusan SC Sediakan Dagangan Bitcoin, Ethereum

Nazrich

Siapa Sebenarnya Yang Kawal Harga Bitcoin Sekarang Ni?

Nazrich
error: Content is protected !!