2-3 bulan kebelakangan ni bila dengar je cerita pasal Mt. Gox mesti ramai yang mengeluh. Ala..market baru nak hijau, keluar pulak berita Mt. Gox ni. Baru nak tekan button buy, terus tak jadi. Selagi tak habis kes Mt. Gox, selagi tu la kita akan dengar cerita ni. Tapi korang tau tak, Mt. Gox ni diasaskan oleh Jed McCaleb. Tapi adakah beliau terlibat dengan kehilangan BTC kat Mt. Gox? Kalau korang nak tau, korang kena baca kisah Mt. Gox ni.
Cerita ni adalah cerita ringkas pasal Mt. Gox. Lama giler kes ni. Makan 10 tahun jugak nak settle. Semoga bermanfaat dan menjadi pedoman untuk kita semua.
SEJARAH PENUBUHAN MT. GOX
Mt. Gox adalah singkatan kepada nama sebuah trading platfrom “Magic: The Gathering Online eXchange”. Mt Gox ni diasaskan oleh Jed McCaleb pada tahun 2006. Asalnya Jed McCaleb cuma nak buat satu platform untuk trade kad-kad dari game “Magic: The Gathering”. Game ni adalah permainan trading card. Saya pun tak tahu macam mana main. Haha. Lama dah game ni sebab dah released sejak 1993. Menurut Wikipedia, tahun 2022 annual revenue untuk game ni adalah lebih $1 billion. Fuhhhh…padu.
Ok berbalik kepada cerita Mt. Gox. Pada tahun 2010, Jed McCaleb telah mengubah objektif Mt. Gox untuk menjadi sebuah Bitcoin Exchange. Lepas tu McCaleb jual Mt Gox kepada seorang developer orang Perancis, namanya Mark Karpeles pada Mac 2011. Kejap…nama Jed McCaleb macam familiar, kan? Betul la tu, beliau adalah orang yang sama yang menjadi co-founder untuk Ripple (2012) dan kemudiannya Stellar (2014).
Mt. Gox di bawah kendalian Mark Karpeles, telah menjadi sebuah bitcoin exchanger yang terbesar di dunia. Pada tahun 2013, Mt Gox menguruskan 70% transaksi global Bitcoin.
Tapi sebenarnya sejak awal lagi Mt. Gox memang ada isu sekuriti. Pada Jun 2011, pernah berlaku major security breach dan pencuri tu berjaya bawa keluar 25,000 BTC. Tapi masa tu, Bitcoin belum femes. Apa pun, bisnes Mt. Gox tetap berkembang walaupun isu sekuriti ni tak settle pun.
Awal tahun 2014 adalah kemuncak insiden yang menjadikan Mt. Gox ni hanya tinggal kenangan. Masa tu ramai pengguna buat report pasal isu withdrawal dan Februari tahun yang sama, Mt. Gox menghentikan semua trading activity. Rupanya diorang kena hacked dan hackers berjaya curi 750,000 BTC milik pengguna dan 100,000 BTC milik Mt. Gox sendiri. So total kena curi ialah 850,000 BTC. Gila banyak, kan?
Bila disiasat rupanya semua BTC yang hilang tu disimpan dalam hot wallet Mt. Gox dan dibawa keluar dari semasa ke semasa sejak tahun 2011. Boleh dikatakan yang kehilangan BTC yang gila banyak tu adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi organisasi, sistem keselamatan yang lemah dan pengurusan organisasi yang amat teruk. Pada 28 Februari 2014, Mt. Gox telah memfailkan bankruptcy protection di Jepun.

PROSES PEMBAYARAN BALIK YANG AMAT PANJANG
Prosiding kebankrapan Mt. Gox telah mengambil masa yang amat lama dan ianya agak kompleks. Mt. Gox sebenarnya dah putus asa dengan pelan untuk keluar dari bankruptcy, diorang minta permission mahkamah untuk liquidate je kompeni diorang. Selain tu Mt. Gox juga terima surat saman dari CoinLab. CoinLab adalah partner lama Mt. Gox yang sepatutnya jaga operasi kat Northern America. CoinLab failkan saman sebanyak $75 juta atas tuduhan breach of contract yang berlaku pada tahun 2013. Nampak tak bertimpa-timpa musibah Mt. Gox ni.
Akhirnya tahun 2018, Tokyo District Court pindahkan kes bankrap ni ke civil rehabilitation. Kenapa dipindahkan? Sebab di bawah akta civil rehabilitation, para creditors ada harapan nak dapat compensation atau ganti rugi. Kalau di bawah undang-undang bankrap Jepun, lebihan duit yang dapat recover akan dapat balik ke shareholders kompeni termasuk Mark Karpeles. So kesian la kat pengguna. Sebab tu kes ni dipindahkan ke civil rehabilitation.
Mark Karpeles telah ditangkap pada 2015 oleh polis Jepun dan didakwa atas tuduhan memanipulasi sistem komputer Mt. Gox. Pada 2019 beliau didapati bersalah kerana mengubah rekod kewangan. Tetapi beliau didapati tak bersalah atas tuduhan penyelewangan dan penglibatan dalam penggodaman.
Pelan rehab ni telah difailkan di mahkamah Tokyo pada Disember 2020. Tetapi hanya pada November 2021 baru dapat finalized pelan ni sebab perlu dapatkan persetujuan dari majoriti creditors. Oh by the way, jumlah yang dapat recover dari kena hack adalah sebanyak 200,000 BTC dan 60,000 telah dijual oleh trustee.
Proses pembayaran bermula pada tahun 2022. Banyak benda kena buat. Kena buat pengesahan claim yang dibuat oleh creditors, kena make sure fund yang ada berada dalam keadaan selamat, perlu set up infrastruktur pembayaran dan macam-macam lagi. Oleh kerana terlalu banyak benda perlu dilakukan, pihak trustee pun tak cukup tangan nak settle cepat. So diorang minta extension beberapa kali supaya pembayaran balik dapat dilakukan dengan lancar di kemudian hari.
Akhirnya pada April 2023, claim utk repayment akhirnya dibuka secara rasmi. Para creditors dah boleh submit claim. Diorang diminta untuk buat pengesahan dan bayaran balik akan diterima dalam bentuk wang fiat dan kripto. Kripto yang diorang akan terima ialah Bitcoin (BTC) dan Bitcoin Cash (BCH). Kenapa bayar balik guna BCH? BCH adalah hard fork BTC pada 2017. Walaupun masa 2014 BCH belum wujud, tapi disebabkan Mt. Gox masih ada pengangan BTC, maka hard fork allocation tu Mt. Gox tetap dapat.
Pada awalnya, repayment patut dilakukan pada 2023 dan deadline adalah pada 31 Oktober 2023. Tapi pada September 2023, trustee buat pengumuman mengatakan pembayaran balik akan melibatkan 142,000 BTC dan 143,000 BCH beserta sejumlah wang 69 billion Yen ($510 juta pada ketika itu) dengan deadline baru iaitu Oktober 2024.
Pada April 2024, ada pengguna yang dah pun terima cash dalam akaun bank diorang. Kemudian bermulalah kisah Mt Gox menggerakkan BTC bernilai berbilion dollar untuk pertama kali dalam masa 5 tahun. Mark Karpeles kata yang pergerakan BTC ni adalah genuine dan ia adalah sebahagian proses pengagihan bayaran.
Pada Jun 2024, Rehabilitation Trustee untuk Mt Gox iaitu Nobuaki Kobayashi pula kasi confirmation yang bayaran balik untuk BTC dan BCH akan bermula pada Julai 2024. Sejak tu, kita dengar banyak berita pasal Mt. Gox pindahkan BTC ke beberapa exchanger. Berita-berita tu yang menggoyangkan market kripto dan jadikan pasaran sangat volatile.
Pembayaran balik bermula pada 5 Julai 2024 dengan Mt. Gox menghantar sejumlah 47,229 BTC ke Bitbank dan SBI VC Trade. 2 exchanger ni diberi masa maksimum 2 minggu untuk selesaikan kerja pembayaran balik, tapi dalam masa beberapa jam sahaja kerja-kerja tu settle.
Kemudian pada 16 Julai 2024, Kraken pula terima BTC dari Mt. Gox Rehabilitation Trustee sebanyak 48,641 BTC. Kraken diberi masa 90 hari untuk proses pembayaran balik, tapi Kraken jangka diorang boleh settle kerja dalam 7-14 hari.
Setakat 18 July 2024, dua lagi exchanger terpilih iaitu BitGo dan BitStamp masih belum terima BTC dari Mt. Gox. Tapi baru-baru ni menurut Arkham Intelligent, Mt. Gox pindahkan 33,960 BTC ke satu address yang dipercayai milik exchanger, BitGo.
Setakat 24 Julai 2024, seramai 17,000 orang creditor telah menerima bayaran balik.
PENGAJARAN KEJATUHAN MT. GOX
Kejatuhan Mt. Gox memberi impak yang berpanjangan kepada pasaran kripto. Siapa sangka sebuah exchanger yang mampu kendalikan 70% transaksi Bitcoin suatu ketika dahulu, jatuh menyembah bumi dan tak mampu bangun. Jadi apa pengajaran daripada kisah Mt. Gox ni?
Sekuriti:
Sebuah exchanger perlu ada sistem keselamatan yang baik dan melakukan audit secara berkala. Keselamatan dana pelaburan hendaklah menjadi keutamaan sesebuah exchanger.
Ketelusan dan Regulasi
Sesebuah exchanger perlu telus dalam menjalankan operasi. Perlu juga diwujudkan regulasi yang standard supaya semua exchanger tahu adakah operasi dalaman mereka dijalankan dengan betul atau syok sendiri.
Jadilah Pelabur Yang Bijak
Sebagai pelabur, kita hendaklah bijak dan berhati-hati dalam memilih tempat pelaburan. Bukan hanya kena pandai pilih asset, bila nak entry, bila nak exit. Kena juga pandai pilih exchanger. Kita juga boleh guna lebih dari 2 exchanger. Tapi jangan terlalu banyak hingga payah nak urus. Atau simpanlah asset long-term kita dalam hardware wallet. Not your key, not your coin.
d
KRONOLOGI KES MT. GOX
2006: Mt. Gox diasaskan oleh Jed McCaleb sebagai trading card platform untuk game “Magic: The Gathering”
2010: Jed McCaleb ubah objektif Mt. Gox menjadi Bitcoin exchanger
2011:
• Mac: Jed McCaleb jual Mt Gox kepada Mark Karpeles
• Jun: Mt Gox kena godam. 25,000 BTC kena rompak
2014: 850,000 BTC hilang akibat kena godam. Mt Gox failkan bankruptcy protection pada 28/2/2014
2015: Mark Karpeles kena tangkap polis
2018: Kes bankrap dipindahkan ke civil rehabilitation
2019: Mark Karpeles didapati bersalah sebab ubah rekod kewangan
2020: Pelan rehabilitasi difailkan di mahkamah Tokyo pada bulan Disember
2021: Pelan lengkap rehabilitasi dimuktamadkan (finalized)
2022: Proses nak buat claim bermula. Trustee banyak kali minta extension masa
2023: Creditors dah boleh submit claim pada bulan April. Patutnya repayment kena settled by 31/10/2023. Tapi pada bulan September, Trustee umum deadline baru iaitu Oktober 2024.
2024:
• April: Cash dah mula dikreditkan ke akaun pengguna
• Jun: Trustee umum repayment akan bermula pada Julai
• Julai:
→ Bitbank dan SBI VC Trade terima 47,229 BTC untuk diagihkan
→ Kraken terima 48,641 BTC untuk diagihkan
→ BitGo terima 33,960 BTC untuk diagihkan
KESIMPULAN
Kisah Mt. Gox boleh kata satu kisah yang epik dalam dunia kripto. Bermula dengan sangat gah, jatuh menyembah bumi dan kemudian proses pembayaran balik yang macam tak berkesudahan (tapi dah nak settle dah). Kisah yang akan diingati sampai bila-bila. Di samping tu, dunia kripto yang tak pernah tidur ni tetap berkembang. Pengajaran dari kisah Mt. Gox ni masih relevan untuk dijadikan panduan oleh exchanger yang ada sekarang dan pelabur yang semakin berpusu-pusu masuk pasaran kripto.
– Tamat –
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.
sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Magic%3A_The_Gathering
https://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Karpel%C3%A8s
https://www.theblock.co/learn/306141/what-is-mt-gox
https://coinmarketcap.com/academy/article/the-return-of-mt-gox-an-update
https://thecurrencyanalytics.com/bitcoin/mt-gox-nears-completion-of-bitcoin-repayment-plan-128606




