CryptocurrencyKriptoPendidikan

Altseason 2026: Adakah Ia Sekadar Harapan atau Realiti Yang Semakin Hampir?

Altseason 2026:

Adakah Ia Sekadar Harapan atau Realiti Yang Semakin Hampir?

Altcoin Season Index 2017 – 2025

 

Kalau awak dah lama dalam dunia kripto, awak tentu tahu yang altseason bukan berlaku secara rawak. Ia bukan magik…ia bukan disebabkan hype semata-mata..ia adalah corak berulang yang berakar dari asas teknikal dan aliran makroekonomi yang konsisten dan kalau awak tengok betul-betul sekarang, semua petunjuk sedang berkumpul, sekali lagi.

Ramai trader baru fikir yang altseason berlaku bila Bitcoin naik, tapi sejarah selalu cerita benda lain. Altcoin tak gerak sebab nasib atau hype TikTok…dia gerak ikut fasa dan corak tertentu dan kalau kita tenung chart betul-betul, 2026 macam sedang susun semula corak tu. Sama macam 2017.…sama macam 2021 dan kali ni, mungkin lebih ganas lagi dari 2 cycle yang lepas.

Masalahnya, ramai yang lupa kitaran sebenar altseason. Altseason tak bermula bila Bitcoin pump tapi ia bermula bila ALT/BTC (nisbah kekuatan altcoin terhadap BTC) buat dasar dan breakout. Q4 2016, pair tu bottom, breakout dan Q1-Q2 2017, altcoin terbang…pattern yang sama berulang lagi pada Q4 2020.. breakout.. altcoin rally besar-besaran pada 2021.

Pattern dia mudah, iaitu : cecah bottom , pastu breakout dan altcoin outperform BTC.

Baik, saya rasa persoalan yang bermain di minda kita semua sekarang ni,ialah :
– Masih ada lagi tak altcoin season?
– Kalau ada, kenapa delay?

Untuk dapatkan jawapan tu, mari kita cuba godek-godek chart ALTS/BTC ni. ..pattern ini bukan baru. Tahun 2016, kita nampak pair ni buat dasar (bottom) dalam Q4, kemudian breakout dan terus boom altcoin rally terjadi pada Q1-Q2 2017. Empat tahun selepas itu, benda sama ulang… Q4 2020, ALTS/BTC bottom, breakout dan berlakulah salah satu altseason paling besar dalam sejarah iaitu pada Q1-Q2 2021.

Chart pair Atls/BTC

Sekarang kita di Q1 2026… chart monthly ALTS/BTC menunjukan MACD mula buat bullish crossover selepas 21 bulan berdarah, RSI berada di zon paling oversold dalam sejarah dan price action di paras sokongan psikologi yang sama macam 2 cycle lepas. Pakcik kebun sebelah cakap, ini bukan coincidence ini adalah Blueprint. Blueprint yang dah 2 kali jadi kenyataan.

Tapi altseason bukan hanya pasal kripto semata-mata…sekarang ni sejak institusi dah masuk dalam kripto campur plak wujudnya ETF, jadi kita tengok jugak ekuiti, khususnya Russell 2000 ETF (IWM). ..Kenapa? sebab setiap kali altseason bermula, Russell dah breakout terlebih dahulu.

Dalam 2 cycle sebelum ni, sebelum altcoin rally, satu lagi benda mesti jadi dulu, iaitu: Russell 2000 (IWM) breakout. Macam yang pakcik kebun sebelah cakap sebelum ni, ini  bukan kebetulan. Ini adalah tanda risk appetite market makin terbuka…bila crowd sudi masuk ke small caps, maknanya modal mula beralih ke aset yang lebih berisiko termasuk altcoin.

Q4 2016, Russell breakout, 2017 altseason.
Q4 2020, Russell breakout, 2021 altseason.
Q4 2025? Russell baru je breakout lepas consolidation bertahun. ..semua pattern ni nampak macam sedang berulang…kan?

Kenapa lewat? Ramai orang fikir benda ni sepatutnya berlaku hujung 2025…tapi market delay, bukan rosak…tapi sebab Fed masih ketatkan kadar…Balance sheet masih mengecut… Liquidity sempit, pelabur takut nak pegang apa-apa aset yang berisiko. Tapi menjelang awal 2026 ni, kita nampak macam semua mula longgar…modal mula mengalir. Sekarang baru kita rasa angin altcoin mula bertiup.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Buku Disini <<<

Dan kenapa 2026 sangat penting?

Sebab kali ni kita ada semua elemen yang biasa muncul sebelum altseason besar berlaku:

  1. ALTS/BTC dah bottom Q4 2025
  2. Russell 2000 dah breakout
  3. MACD buat crossover selepas 21 bulan
  4. Liquidity global mula pulih
  5. Regulasi makin jelas, makin mesra pasaran

Jadi, adakah altseason 2026 ni pasti?

Semua ni tak jamin altseason akan berlaku..tapi bila kita nampak ALT/BTC buat bottom, Russell breakout, liquidity improving dan regulatory clarity semakin jelas, kita tak boleh pejam mata…sebab dalam sejarah pendek kripto, bila semua benda ni align, market selalu buat benda yang kita paling tak bersedia, iaitu : altcoin rally sebelum semua orang perasan.

Feedback Pembaca Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain

 

Kalau awak faham blueprint ni, awak dah tahu yang, sekarang ni bukan masa untuk FOMO tapi jugak bukan masa tunggu dan lihat…kalau tanya saya, sekarang adalah masa saya untuk saya susun peluru…sebab bila market dah mula buka pintu, mereka yang bertindak awal akan jauh meninggalkan mereka yang tunggu confirmation, jadi sekarang boleh faham tak kenapa awal tahun 2026 ni saya mulakan perkongsian pasal program 30Days WAR MAP,2026 kat channel kat channel telegram MyCryptoversity.net

Dan kalau betul cycle ni berulang kali ni, 2026 bukan sekadar altseason tapi ia mungkin menjadi tahun ramai trader cap ayam kehilangan peluang dan hanya yang alert sahaja akan dapat hasil

Sebenarnya panjang lagi saya nak kongsikan pasal Blueprint lama ni, insya Allah saya akan tulis dalam penulisan yang akan datang dengan lebih detail lagi..buat masa sekarang awak baca yang ni dulu untuk pemahaman ringkas, sebab takut saya tulis panjang kan nanti tak terbaca plak 😃

Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Photo : cryptonomist & google

#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

Related posts

Hukum Staking Crypto di DAX Yang Menggunakan Terma “Interest” Dan “Rewards”

Nazrich

Perlukah Kripto Sebagai Tabung Persaraan

Ringgit Jelita

KENALI PROJEK RUG PULL SEBELUM TERKENA

Ringgit Jelita
error: Content is protected !!