5 Perkara Yang FED Cuba Sembunyikan Dari Market

Apa Sebenarnya Yang FED Cuba Sembunyikan Dari Market?
Sebenarnya… bila kita cakap pasal Federal Reserve (FED), kita bukan bercakap pasal bank, tapu kita bercakap pasal sebuah institusi yang kerjanya bukan sekadar jaga inflation dan employment, tapi jaga naratif. FED bukan guru ekonomi, FED ialah pengarah filem untuk ekonomi dunia, kerja mereka bukan bagitau kebenaran sepenuhnya, tapi beritahu versi kebenaran yang boleh elakkan panik.
Dan apa yang saya nampak Disember 2025 adalah bulan yang paling jelas menunjukkan FED sedang sembunyikan sesuatu.
Awak semua perasan tak… sejak September sampai Disember, tone FED berubah pelik?
Tak hawkish, tak dovish.. macam orang yang tak berani commit.
Mereka bukan takut salah tapi saya nampak mereka takut bocor.
Apa yang FED tak nak market tahu?
Ada lima perkara besar yang saya nampak dari pattern mereka.

Yang Pertama: Ekonomi Amerika Tak Sehebat Data Atas Kertas
Perasan tak? FED asyik duk ulang perkataan sama jer sejak musim panas: “ekonomi kuat, consumer spending stabil, employment resilient.” Tapi kalau kita tengok bond yield, nak termuntah dibuatnya.
Yield jatuh perlahan macam orang yang cuba cover dia sebenarnya sakit.
Consumer credit default naik.
Housing market ketat sebab interest tinggi.
Small businesses mula tak dapat access kredit.
Government debt servicing cost pecah rekod.
FED nampak semua ni tapi mereka tak boleh cakap, sebab kalau Fed mengaku yang ekonomi sebenarnya rapuh, USD akan jatuh, Treasury akan jadi bahan jualan besar-besaran dan investor akan beralih ke aset keras… termasuk BTC.
FED taknak itu berlaku sebelum pilihan raya selesai sepenuhnya.
Jadi apa FED buat?
Fed pilih “gelombang neutral tone”:
Tak cukup bullish untuk pump market, tak cukup bearish untuk panik retail.
Just nice untuk buat semua orang rasa “ok lah kot”. Ni lah seni FED..buat nampak yakin, walaupun sebenarnya mereka sendiri ragu-ragu.
Yang Kedua: Rate Cut 2026 Sebenarnya Bukan Hadiah…Tapi Ia Adalah Amaran
Saya yakin. ramai crowd crypto masih fikir rate cut adalah bullish…kan?
Tapi ini sebenarnya mentaliti cycle 2020–2021…..2025–2026 ni rate cut lain cerita dia,
Rate cut kali ini bukan sebab ekonomi terlalu sihat.
Rate cut kali ini sebab ekonomi dah mula ada retak retak halus.
FED tahu kalau mereka terus biarkan rate tinggi, middle-class akan collapse perlahan-lahan. Spending akan jatuh. Company earnings akan drop dan bila earnings drop, equity market akan crash lebih dalam daripada apa-apa liquidation crypto.
Jadi FED bagi hint “rate cuts coming” adalah untuk mententeramkan market, bukan sebab mereka optimis, tapi sebab mereka tak ada pilihan lain. Ini yang FED takkan sebut dalam press conference…rate cuts ini bukan tanda kemenangan, tapi sebenarnya ia adalah tanda Kecemasan.
Dan crypto?
Macam biasalah crypto paling sensitif dengan perubahan liquidity.
Bila Fed potong rate dalam keadaan ekonomi rapuh, BTC tak naik dulu, BTC tunggu liquidity betul-betul masuk.
Disember 2025 ni ialah bulan Fed cuba tutup hakikat ini dengan senyap.
BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN

Yang Ketiga: FED Tahu Tariff 2026 Akan Buat Inflasi Naik Semula
Yang ini saya yakin ramai tak perasan, betul tak?
Tariff Trump 2025–2026 adalah inflationary, ukan deflationary.
Lebih banyak tariff..cost barang import naik, consumer price naik dan akan inflation bounce balik.
Dan FED tahu, sebab itu mereka sangat hati-hati dalam wording mereka, kalau FED terus cut rat dan dalam masa sama Trump tambah tariff, CPI akan terbang balik macam era 2022. Ini adalah nightmare FED.
Jadi apa yang saya nampak sekarang ni kita ada satu situasi pelik:
Trump nak tariff, FED tahu tariff naikkan inflasi.
Market nak lower rates, tapi inflasi tak boleh naik.
Ini dah macam chess game 4D. Siapa main salah langkah, pasaran global akan kena pukul.
Jadi FED buat apa?
Mereka senyap, mereka jawab soalan wartawan dengan jawapan panjang yang tak ada isi, mereka pilih ayat selamat macam:
“Data-dependent”
“Carefully monitoring”
“Inflation progress encouraging but uneven”
Ini ayat textbook bila FED tak nak bocor apa mereka sedang risaukan.
Apa yang mereka risau?
Sudah tentu inflasi round kedua, bila inflasi naik semula… liquidity kena ketat.
Bila liquidity ketat… crypto lah jadi mangsa pertama, FED takkan bagitau market benda ni sampai saat akhir.
Yang Keempat: FED Tahu Dollar Tengah Lemah Dari Dalam
Yang ni paling jarang disebut,
USD nampak kuat bila DXY naik, tapi yang ni adalah kekuatan kosmetik jer.
DXY naik bukan sebab ekonomi AS kuat, tapi sebenarnya DXY naik sebab negara lain lebih sakit.
Euro lemah, Yen longlai, China slow….UK struggling.
Bila currency lain jatuh, jadi logik lah DXY naik secara automatik.
FED tahu USD sekarang bukan naik sebab demand… tapi sebab “comparison effect”.
Tapi mereka tak boleh cakap benda ni, sebab kalau USD kelihatan lemah dari dalam, foreign investor akan kurang beli Treasury dan kalau tiada pembeli Treasury…
Apa akan jadi pada kerajaan AS?
Mereka takkan boleh biayai hutang, Full-blown crisis.
Jadi Fed sembunyikan kelemahan USD dengan narrative stability, tapi chart tak boleh menipu..On-chain stablecoin flows pun tak tipu.
Saya nampak pattern:
Smart money sudah mula diversify keluar USD sejak Oktober…
Awak semua ada perasan tak?
Dan yang last, rahsia terbesar FED…
FED sedang sediakan ground untuk QE halus tanpa panggil ia QE…mereka panggil “mini QE” ..cam kelakar plak bunyinya kan?
Mereka tak boleh umum QE baru..sebab politik tak izinkan kerana Inflasi masih menjadi risiko.Jadi mereka buat benda yang nampak neutral: rolling balance sheet, liquidity adjustment, short-term repo dan permudahkan collateral requirement. Ni semua QE versi low-profile.
Kenapa?
Sebab mereka tahu Wall Street tak mampu survive 2026 tanpa suntikan liquidity dan bila liquidity kembali…crypto akan jadi penerima awal….tapi bukan Disember ni lah…
Market tak naik sebab belum dapat akses kepada liquidity sebenar.
FED tahu ini…tapi mereka takkan cakap.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan…
FED ni, … kalau tengok dari luar, nampak macam penjaga ekonomi dunia, tapi bila tengok Disember 2025 ni, cara mereka diam tu lain macam. diam bukan sebab yakin tapi diam sebab banyak benda mereka tak boleh sebut. Ekonomi US yang kononnya “kukuh” tu sebenarnya lebih rapuh daripada graf yang cantik. Data nampak manis, tapi bawah meja penuh serpihan. FED tau kalau mereka cakap jujur, USD boleh tergolek sebelum tahun baru.
Dan semua orang sambut rate cuts 2026 macam hadiah Krismas, padahal itu bukan tanda ekonomi sihat tapi itu sebenarnya tanda FED terpaksa buka tali pinggang sebab ekonomi dah tak cukup nafas. Bila FED potong tanpa huraian yang jelas, bagi saya itu bukan bullish sign…tapi itu emergency signal.. dan saya yakin crowd tak baca macam ni.
Tariff pula jadi bara api yang FED sendiri tak mampu padam. Bila Trump naikkan tariff, inflasi naik balik. Bila inflasi naik balik, FED terpaksa ketatkan liquidity. Bila liquidity ketat, pasaran crypto jadi anak tiri. USD pula nampak gagah di carta, tapi itu cuma sebab negara lain lebih sakit. Dalamannya? Letih, penat dan bergantung pada hutang.
Dan yang paling kelakar FED sebenarnya dah mula QE halus, tapi tak nak panggil QE, sebab kalau mereka sebut perkataan tu, pasaran terus faham “oh, ada benda besar tengah retak”. Jadi mereka tukar nama, buat penyelaras pasaran, cairkan liquidity secara senyap dan pura-pura semuanya normal.
Retailer tak tahu apa..Influencer pun tak baca deep.
Media plak cuma ulang skrip.
Tapi whales tahu, Institusi tahu, Wall Street trader tahu..
Dan kalau kita tengok chart crypto betul-betul… bayangan perubahan tu dah mula terbentuk perlahan..
Bagi saya Disember 2025 ni bukan sunyi…
Market tengah berbisik, cuma bukan semua orang faham bahasa bisikan tu dan pada pendapat saya ini adalah elemen penting yang menyumbangkan kenapa market Disember 2025 ni sendut…kemana hilangnya “Santa Rally“..apakah akan wujud “window dressing untuk tahun ini?” Boleh baca perkongsian saya yang sebelum ni kat sini >>> Bullrun Tak Hilang
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.

.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
