Projek keluarga Trump, World Liberty Financial menandatangani surat niat dengan Pakistan Crypto Council (PCC) untuk mempercepatkan inovasi blockchain, penggunaan stablecoin dan pembangunan DeFi di Pakistan. Delegasi WLF bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan, Ketua Turus Tentera, Menteri Kewangan dan pegawai kanan lain untuk membincangkan kerjasama. Kerajaan Pakistan merancang untuk mengumumkan dasar pengesahan kripto yang komprehensif dalam masa terdekat.
.
Majlis Kripto Pakistan dan World Liberty Financial menandatangani perjanjian mercu tanda
Dalam perkembangan penting untuk sektor teknologi kewangan negara, Pakistan Crypto Council (PCC) dan World Liberty Financial (WLF) secara rasmi menandatangani satu siri perjanjian yang bertujuan untuk mempromosikan pelaburan dan inovasi dalam industri crypto.
Majlis menandatangani perjanjian itu dihadiri oleh Menteri Penerangan Persekutuan Ata Tarar, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kripto Pakistan Bilal Bin Saeed, dan Pengerusi Bersama Kewangan Liberty Dunia Zack Vetkoff. Bercakap kepada media, orang kenamaan menekankan kepentingan perjanjian dan potensi pasaran crypto yang semakin meningkat di Pakistan.
Menteri Persekutuan, Attaullah Tarar menekankan bahawa penubuhan Majlis Kripto Pakistan menandakan satu langkah penting ke arah menerima teknologi baru muncul. “Pakistan menawarkan peluang besar dalam sektor kripto,” katanya. “Walaupun merupakan pemain yang agak baru, Pakistan telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam jangka masa yang singkat.”
Beliau seterusnya menyatakan bahawa Pakistan menawarkan peluang pelaburan yang menarik merentasi pelbagai sektor, dan inisiatif seperti ini akan membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi.
Bilal Bin Saeed, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kripto Pakistan, mengalu-alukan Zack Vetkoff ke Pakistan, menyatakan keyakinan tentang kerjasama itu.
Sementara itu, Vetkoff memuji potensi ekonomi Pakistan, dengan menyatakan, “Pakistan adalah salah satu ekonomi yang paling pesat membangun. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanannya ke arah masa depan kewangan yang bertenaga.”
Perjanjian itu dijangka memudahkan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, memupuk inovasi dalam ruang crypto, dan menggalakkan pelaburan antarabangsa dalam ekonomi digital Pakistan.

Jom kita sembang kari berapi pasal projek ni…
Projek Trump Family Nak Bawa Revolusi Kripto ke Pakistan!
Dunia kripto sekali lagi dikejutkan dengan satu langkah besar. Kali ini, bukan calang-calang nama yang terlibat, keluarga Trump melalui projek mereka yang dinamakan World Liberty Financial (WLF) dah menandatangani surat hasrat (Letter of Intent) bersama Pakistan Crypto Council (PCC).
Apa tujuan utama diorang ni? Katanya diorang ni nak ;
✅ Mempercepatkan inovasi blockchain
✅ Menggalakkan penggunaan stablecoin
✅ Memacu pembangunan DeFi (Decentralized Finance) di Pakistan
.
🏛️ Pakistan Bakal Umum Polisi Kripto Nasional!
Petemuan ni nukan setakat cakap kosong je, kerajaan Pakistan katanya dalam fasa akhir untuk merangka satu dasar pengesahan dan pengawalseliaan kripto yang komprehensif.
Maknanya dalam masa terdekat, Pakistan mungkin:
-
Legalize penggunaan kripto
-
Galakkan transaksi stablecoin
-
Membuka pintu untuk projek DeFi besar-besaran
Kalau ini berlaku, Pakistan akan jadi antara negara utama di Asia Selatan yang mesra kripto, dimana ini adalah satu peluang besar untuk industri dan pelabur global!
.
🔥 Apa Maksudnya Untuk Dunia Kripto?
-
Pasaran Baru Terbuka
Pakistan ada lebih 240 juta penduduk, bila kripto jadi sah di sisi undang-undang, potensi pasaran sangat besar jugak lah. -
Stablecoin Akan Lebih Dominan
Dengan tekanan ekonomi dan ketidakstabilan mata wang, rakyat Pakistan mungkin lebih memilih stablecoin (macam USDT, USDC) untuk lindungi nilai, tapi aku rasa sebenarnya Pakcik Teram ni nak kembang kan projek stablecoin $WLF dia sendiri…cam biasa la ada lobster disebalik spegeti 🤣🤣🤣 -
DeFi Akan Berkembang
Bila DeFi diberi lampu hijau, projek seperti pinjaman tanpa bank, pertukaran peer-to-peer, dan yield farming boleh meletup di sana.,,kan? Betoi tak? -
Dominasi WLF Bertambah
Keluarga Trump secara tak langsung akan kukuhkan pengaruh mereka dalam dunia kewangan digital global.
.
🎯Projek ni bukan sekadar kerjasama biasa — ini satu gerakan strategik untuk menguasai pasaran baru dalam dunia kripto.
Kalau semua berjalan lancar, dalam 6–12 bulan ke depan, kita boleh tengok:
-
Lebih banyak startup blockchain lahir dari Pakistan
-
Kemunculan stablecoin lokal
-
Ledakan pelaburan baru dari pemain antarabangsa
Korang boleh baca juga Analisa Terkini SOLANA kat sini : >>> Analisa SOLANA

.
🔮 Prediction Dunia Kripto Lepas Keluarga Trump Masuk Pakistan
-
Ledakan Projek Blockchain Baru di Asia Selatan
-
Dengan World Liberty Financial (WLF) dah masuk Pakistan, kita akan nampak lebih banyak startup blockchain tumbuh macam cendawan.
-
Fokus utama: stablecoin, DeFi lending, cross-border payment dan platform NFT tempatan.
-
Malaysia, India, Bangladesh, Singapura mungkin akan mula rasa ‘pressure’ untuk buka polisi kripto juga, sebab tak nak ketinggalan.
-
-
Stablecoin Akan Dominasi Transaksi di Pakistan
-
Disebabkan mata wang Pakistan (Rupee) tengah lemah dan inflasi tinggi, rakyat Pakistan akan cari alternatif stablecoin macam USDT, USDC, dan mungkin stablecoin baru dari WLF sendiri.
-
Kemungkinan ada stablecoin khas ‘made in Pakistan’ kalau projek ni jalan serius.
-
-
WLF Bakal Jadi Kuasa Besar Baru Dalam Kripto
-
Ini bukan setakat keluaraga Trump jernak buat duit , sebenarnya aku nampak ini macam nak control satu pasaran baru.
-
Lepas Pakistan, mereka mungkin akan kembangkan lagi influence ke negara-negara lain yang perlukan infrastruktur digital tapi kekurangan modal besar.
-
-
DeFi Akan Meletup , Tapi Akan Ada Risiko
-
Banyak peluang untuk farming, lending, staking tapi disebabkan industri baru, risiko scam, rugpull, dan sistem belum stabil akan tinggi.
-
Siapa nak main dalam wave pertama, kena extra bijak dan buat due diligence sebelum masuk mana-mana projek DeFi baru kat sana.
-
-
Harga Kripto Besar Boleh Dapat ‘Boost’ Moral
-
Sentimen ni positif untuk pasaran, sebab orang akan nampak negara besar (240 juta rakyat) akan buka pintu rasmi untuk blockchain dan kripto.
-
Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Solana (SOL) mungkin dapat extra pump kecil hasil daripada sentimen ni tapi lebih kepada sentimen mid-term (2–6 bulan), bukan instant ya!
-
Kalau plan ni jadi realiti:
✅ Market kripto akan tambah pengguna baru berjuta orang
✅ Stablecoin usage akan meletup
✅ Banyak peluang baru dalam sektor blockchain & DeFi
✅ Tapi juga lebih banyak risiko — siapa cepat, dia makan, siapa leka, dia kena game.
.
Jadi apa kita nak buat? Jom kita sembang kari pasai strategi plak…
📋 Strategi Ambil Peluang Dari Revolusi Kripto Pakistan
..
🥇 Langkah 1: Fokus Pada Sektor Yang Mungkin Akan “Meletup”
Sektor yang paling ada potensi besar kesan dari projek ni:
| Sektor | Kenapa Penting? |
|---|---|
| 🪙 Stablecoin | Pakistan perlukan duit digital yang lebih stabil dari Rupee |
| 🧩 DeFi Lending & Borrowing | Rakyat perlukan alternatif pinjaman tanpa bank |
| 🛒 Payment Solutions (On-chain Payment) | Untuk memudahkan transaksi merentas negara |
| 🎨 NFT Marketplace (optional) | Budaya seni & creator tempatan berkembang |
✅ Apa maknanya? Cari projek dalam niche ni. Bukan sahaja coin besar, tapi projek lowcap tapi berkualiti.
.
🥈 Langkah 2: Buat Watchlist Awal-Awal
Watchlist Token Yang KIta Boleh Monitor Dari Sekarang:
| Token | Sebab |
|---|---|
| USDT / USDC | Stablecoin king. Volume dijangka naik. |
| MakerDAO (MKR) | Raja stablecoin decentralized. |
| AAVE / Compound (COMP) | Lending & borrowing DeFi pioneer. ( Tak Patuh Syariah ) |
| Stargate Finance (STG) | Cross-chain payment bridge, sesuai untuk pasaran baru. |
| Celo (CELO) | Fokus pembayaran mudah alih di negara membangun, align lah kan dengan Pakistan. |
| Polygon (MATIC) | Infrastruktur cepat dan murah, scalable untuk pasaran baru. |
.✅ Tip: Cari juga smallcap DeFi coin yang baru launch tapi ada produk sebenar, bukan sekadar hype.
.
🥉 Langkah 3: Siapkan Modal & Plan Layered Entry
Jangan FOMO ya!. Guna strategi masuk ikut layer:
-
🛡️ DCA (Dollar-Cost Averaging):
Masuk sikit-sikit bila market retrace.
Contoh: 20% modal sekarang, 30% kalau retrace 10%, 50% bila confirm breakout. Ada 3 kaedah DCA yang cikgu Mayee share, korang boleh godek2 Tiktok Cikgu Mayee dan kat channel Telegram MyCryptoversity.net -
📈 Pantau Chart Weekly:
Bukan M5 atau M15 — tengok chart besar, sebab narrative ni jalan lambat tapi kuat. -
🎯 Target Exit:
Bila market hype gila (sentimen FOMO tahap ekstrem), mula ambil untung sikit-sikit. - Detail korang boleh baca kat SINI >>>
.
🧠 Langkah 4: Pantau Berita & Perkembangan WLF
Set alert untuk:
-
Bila WLF umumkan launch platform stablecoin / DeFi di Pakistan
-
Bila Pakistan rasmi umum polisi legalisasi kripto
-
Bila exchange tempatan Pakistan mula list coin-coin baru
✅ Tip power: Kadang-kadang coin lowcap akan buat pump 5x–10x sebab news macam ni.
.
🛡️ Risiko Yang Kita Kena Aware
-
Polisi Pakistan mungkin ketat, ini bermakna bukan semua projek akan survive.
-
Projek Scamm confirm akan muncul bila orang ramai FOMO.
-
Whale mungkin manipulasi harga token niche ,jangan greedy, jangan FOMO!
✅ Jadi, entry kita kena based on logic la, bukan ikut emosi.
.
🎯 Sekarang Masa Cari Peluang, Bukan Tunggu Hype
Siapa yang masuk sebelum tsunami, dia yang ride wave besar.
Kalau kita ikut plan ni:
-
Kita akan masuk awal sebelum pelabur lain FOMO.
-
Kita akan ready dari segi mental & modal bila peluang besar datang.
-
Kita akan ada posisi dalam narrative baru yang dunia mungkin belum fully sedar lagi.
Baca juga 5 Tips Nak Buat Comeback Dalam Dunia Kripto
.
Jom kita tengok plak token naratif Pakistan …
🎯 5 Token Low-Cap Untuk Early Bird Invest, Base Kepada Naratif Pakistan
| Token | Market Cap | Potensi | Nota |
|---|---|---|---|
| CELO | ~$300M | Payment blockchain mudah alih | Sangat sesuai untuk pasaran negara membangun |
| Stargate Finance (STG) | ~$100M | Cross-chain payments | Penting untuk transfer duit antara negara |
| MIM (Magic Internet Money) | ~$60M | Stablecoin decentralized | Alternatif decentralized kepada USDT/USDC |
| Velodrome (VELO) | ~$50M | DeFi liquidity untuk blockchain baru | Berpotensi kuasai market liquidity baru |
| Akash Network (AKT) | ~$300M | Decentralized cloud infra | Untuk projek blockchain baru bina apps murah |
✅ Semua ni masih lowcap dan ada fundamental kukuh, mungkin boleh explode bila narrative “Pakistan buka kripto” hype meletup…tapi jangan percaya aku ya…ni hanya sembang kari berapi jer…🤣🤣🤣
.
🔥 Senarai Watchlist Coin Naratif Pakistan + DeFi
| Coin | Fokus |
|---|---|
| BTC | King untuk sentiment positive global |
| ETH | Backbone untuk DeFi ecosystem |
| SOL | Fast chain untuk DeFi apps murah |
| MATIC | Scalable infra untuk onboarding users |
| CELO | Mobile payment adoption |
| STG | Cross-chain transfer untuk rakyat Pakistan |
| AAVE | Lending/borrrowing DeFi klasik |
| MKR | Decentralized stablecoin |
| RSR (Reserve Rights) | Emerging stablecoin ecosystem |
.

.
.
🧠 Sedikit Tips
✅ Set alert harga untuk token-token pilihan (boleh guna app macam CoinMarketCap / Binance Alert).
✅ Follow berita pasai:
-
Pakistan crypto regulation
-
Launching stablecoin atau DeFi project official
-
Partnership baru antara WLF dan projek blockchain
✅ Bila ada news besar — masuk layer kedua DCA.
✅ Bila news hype gila (masuk media mainstream) — plan exit sikit-sikit.
🏁 Kesimpulan & Penafian :
Sekarang = Fasa Setup.
Hujung tahun 2025 = Fasa Hasil Tuai.
Kalau kita mula gerak dari sekarang ikut plan ni, kita mungkin akan jadi antara coiner yang terawal dalam wave narrative Pakistan Crypto Boom 🔥🚀. tapi apa-apa pun dalam dunia kripto ni FA yang bagus tak menjanjikan pulangan yang bagus sebab duni kripto ni penuh dengan macam-macam drama dan suka aku nak ingatkan kat sini, penulisan akulah BUKAN NASIHAT KEWANGAN, PELABURAN, BUY CALL…hanya sekadar perkongsian jer….baca boleh tapi percaya jangan!
#DukKampungTakdeJanjiAdaKripto
Photo : dawn.com
