Siapa Sebenarnya Yang Kawal Harga Bitcoin Sekarang Ni?
Data Terkini Menunjukkan Bahawa Wallet Bitcoin Pelabur Runcit (retail) Tidak Lagi Mampu Mengawal Pergerakan Harga BTC Dalam Jangka Pendek.
Baru-baru ni saya ada terbaca news ni, data terbaru menunjukkan satu benda penting, iaitu pelabur retail dah tak mampu lagi mengawal pergerakan harga Bitcoin untuk jangka pendek. Maksudnya kat sini…harga Bitcoin sekarang semakin kurang ditentukan oleh orang yang beli BTC (sebab percaya pada BTC atau kita panggil Bitcoiner), tapi sebaliknya, harga BTC sekarang ni lebih banyak dipengaruhi oleh pihak yang pegang BTC sebagai “exposure” sahaja, yakni untuk lindung risiko, ubah posisi atau urus portfolio. Kalau kita perhatikan hujung bulan Mac, Bitcoin bergerak dalam satu range…nampak tenang dari luar, tapi sebenarnya di belakang tabir kalau kita tengok kat data on-chain sangat banyak aktiviti berlaku. Menjelang Isnin semalam, harga Bitcoin sekitar $67,000. Sebelum tu, kita menyaksikan market dah lalui dua perkara besar, iaitu:
– Pertama, Event derivatif (opsyen) yang sangat besar
– Kedua, Aliran keluar duit dari ETF institusi
Biasanya orang akan tengok dua benda ni berasingan…Opsyen lain… ETF lain… Harga lain, tapi sebenarnya semua ni saling berkait. Realitinya sekarang…apa yang saya nampak harga Bitcoin untuk jangka pendek makin jauh dari BTC holder sebenar dan makin dekat dengan whales yang buat hedging..ubah posisi..kawal risiko atau dalam bahasa mudahnya…harga sekarang bukan lagi semata-mata ikut “orang nak beli atau jual”, tapi ikut bagaimana sistem pemain besar urus risiko mereka.
DAPATKAN BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!

Bagi saya perubahan ni penting untuk saya amik tahu, sebab ia akan mengubah cara pergerakkan market dan sudah tentu cara kita baca market sekarang ni pun kita kena berubah, kalau tak… kita akan salah faham apa yang berlaku pada chart. Dalam masa yang sama… dari pemerhatian saya bukan market crypto je yang nampak lemah. Asset “paling selamat” macam bon US (2 tahun) pun nampaknya dah mula goyang. Kenapa ini berlaku? Ianya disebabkan …
– Harga minyak naik sebab perang
– Inflasi dah mula naik balik
– Pelabur nak pulangan lebih tinggi
.
Maknanya kat sini… seluruh sistem kewangan dunia tengah tertekan.
Satu lagi event besar berlaku minggu lepas, sekitar $14 bilion Bitcoin opsyen tamat tempoh (expiry), ini bersamaan hampir 40% daripada semua posisi di Deribit. Bila jumlah terlalu besa..harga mula bergerak ikut keperluan “dealer” dan institusi…bukan lagi ikut sentimen biasa. Maksudnya…harga jadi proses “imbangan”, bukan disebabkan orang bullish atau bearish, tapi sebab sistem perlu seimbangkan posisi mereka dan masalahnya kat sini…ramai pelabur retail masih baca market cara lama :
– Harga naik = orang nak beli
– Harga jatuh = orang takut
– Sideways = tunggu news
.

Tapi dalam market sekarang…kalau kita masih berpegang kepada cara lama ni, ia dah jadi tak cukup tepat. Kadang-kadang:
– Market nampak tenang… tapi sebenarnya banyak aktiviti besar berlaku
– Market naik kuat… tapi ia cuma sebab hedging
– Market turun… tapi bukan sebab orang hilang minat
.
Sebab tu bagi saya event $14B Bitcoin opsyen expiry ni penting, sebab ia bukan hanya sekadar “volatility”, tapi ia menunjukkan bahawa sekarang ni harga Bitcoin banyak dipengaruhi oleh sistem besar, bukan hanya manusia biasa..bukan lagi base kepada “supply & demand”.
Jadi secara ringkasnya..dulu,harga ikut emosi manusia..sekarang, harga ikut mekanisme institusi..dan kalau awak semua masih guna cara lama untuk membaca market…memang awak akan rasa “eh! kenapa pelik sangat pergerakan ni?”
Kalau awak semua nak tahu cara membaca pergerakkan market sekarang ni, awak boleh dapatkan eBook 30 Days War Map | Survival Psikoligi Dalam Trading kat www.blajarkripto.com/30dayswarmap
Kalau awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

