CryptocurrencyEkonomiKriptoPendidikan

Sejarah Kesan BOJ Interest Rates

Sejarah Kesan Bank Of Japan Interest Rates

“Bank Paling Sunyi, Tapi Paling Berkuasa Mengubah Dunia”

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt,

Dah seminggu sana sini duk heboh pasal BOJ (Bank Of Japan) interest rates yang berlangsung hari ni 19 Dis 2025, mungkin ada yang dah biasa..mungkin jugak ada yang belum biasa pasal BOJ ni dan kenapa satu dunia tertunggu-tunggu keputusan BOJ ni..guru saya cakap…

“Kalau kau nak faham liquidity dunia… kau kena faham Jepun dulu.”

Dalam penulisan kali ni saya nak kongsi skit pasal

Sejarah Kesan Bank Of Japan Interest Rates

Bila kita sebut pasal bank pusat, saya pasti semua orang akan tengok FED dulu. Yang advance sikit, tengok ECB, yang suka drama, tengok Bank of England (BOE). Tapi bank pusat yang paling banyak mengubah lanskap ekonomi dunia sejak 1990-an sebenarnya bukan bank-bank tu…yang paling power ialah Bank of Japan (BOJ), bank yang interest ratenya paling pelik dalam sejarah kewangan moden hari ini.

Jepun punya interest rate rendah bukan setahun dua. Ia bermula dari satu tragedi besar iaitu pecahnya bubble Jepun tahun 1990. Pada masa tu, Jepun adalah negara yang ekonomi paling kuat di Asia, hampir mengalahkan US. Industrial power mereka luar biasa hebat dan harga aset kat sana naik macam memecoin mania 2021 haritu…tapi bila bubble pecah, semuanya hancur. ..Ekonomi stagnan… Deflation masuk. Consumer spending mati…takdak saper sangka benda ni boleh berlaku kat negara yang hebat pada masa tu.

Dan untuk menyelamatkan keadaan, BOJ telah turunkan interest rate hampir ke kosong dan mereka tak naik-naikan selama tiga dekad….30 tahun weii…berapa generasi tu?

Baik, jom kita masuk kepada kesan sejarahnya plak..

Bila Jepun kekalkan interest rate rendah camini, modal Jepun mula melimpah keluar dari negara..menjadikan ia carry trade terbesar dalam sejarah. Orang pinjam yen murah-murah, lepas tu pergi beli aset luar negara yang yield tinggi seperti bond US, saham teknologi, hartanah dan kemudian last… crypto (bila era digital bermula.)

Kat siini kita  kena faham satu benda, iaitu:
liquidity global bukan lahir dari US sahaja.
Liquidity global sebahagiannya sebenarnya datang dari Jepun.

Jom, kita tengok sejarah dia plak…sejarah menunjukkan, setiap kali BOJ kekalkan interest rate rendah:

– pasaran Wall Street naik
– pasaran saham Asia hidup
– USD melemah perlahan
– risk assets perform
– crypto dapat “spillover liquidity

Sebab bila yen murah, investor Jepun keluar shopping ke seluruh dunia dan shopping Jepun bukan shopping kecik-kecik.. Mereka bawa beg besar gedabak.

>> Daftar Akaun LUNO Anda Disni <<<

Tapi… bila mana ada trend yang panjang, sudah semestinya akan ada titik patah dan sejarah telah menunjukkan, setiap kali BOJ cuba naikkan interest rate walaupun sikit, 0.10%, 0.25%, macam ni..tapi realitinya benda kecik ni mampu buatkan market global bergegar.

Lihat contoh paling ketara:
2006BOJ naikkan rate sedikit selepas bertahun-tahun..Apa jadi?
– Carry trade unwind.
– Modal balik Jepun.
– S&P jatuh.
– Market Asia volatile macam roller coaster.

Kemudian 2008BOJ cuba normalize policy.
– Tapi Lehman Brothers meletup.
– Carry trade unwind sekali lagi.
– Yen menguat dengan tiba-tiba macam harimau bangun tidur.
– Market global jatuh.

Pelajaran yang kita dapat dari sejarah ialah..
Bila Yen menguat = pengakhiran sementara risk-on.
Sekali yen menguat, semua yang bergantung pada liquidity termasuk crypto terpaksa tunduk.

Sekarang kita dah masuk era moden.
2022–2025, dunia sibuk dengan inflasi… bila Fed naik rate laju, ECB ikut, Bank of England pun ikut jugak, semua ikut. Tapi BOJ…? BOJ tetap buat muka selamba…masih kekalkan rate rendah.
Akibatnya?
$Yen terjum ke paras terendah dalam sejarah moden.

Dan bila $Yen runtuh, DXY naik. Bila DXY naik, BTC tersepit.
Kita tengok market crypto 2025 dah jadi macam pelarian Gaza dah.. tak boleh lari, tak boleh lawan.

Sejarah ini mengajar kita satu perkara penting, iaitu:

Selagi BOJ kekalkan interest rate rendah ..risk assets masih lagi boleh bernyawa.
Tapi kalau BOJ pivot sekali… seluruh dunia rasa gegarannya.

Kenapa?
Sebab $Yen ialah salah satu gear terbesar dalam mesin liquidity dunia.
Bila gear itu bergerak, semua gear lain terpaksa ikut, tak kira lah sama ada suka atau tidak.

Boleh follow stakat ni?
Saya sendiri pun baru tau pasal power BOJ ni, sebelum ni tak penah amik peduli pun,,jadi saya tulis ni untuk rujukan diri saya sendiri jgak, kita sama-sama belajar.

JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!
>>> Dapatkan Disini <<<

Dan sekarang ni, kita berada pada ambang sejarah baru.

BOJ buat kali pertama dalam masa 30 tahun mula tunjuk tanda mau keluar dari dunia interest rate yang hampir kosong. Mereka tahu inflasi import semakin kuat..mereka tahu tekanan global semakin pelik. Mereka tahu yen terlalu lemah. BOJ pivot bukan lagi mustahil.. ia hampir pasti, cuma belum diumumkan.

Dan bila sejarah berulang, kesannya pada crypto tidak kecil.

Kalau yen menguat, modal Jepun balik ke Jepun.
Kalau modal balik Jepun, asset risk-off berlaku.
Kalau risk-off berlaku, BTC akan jatuh dulu… sebelum naik balik bila US liquidity masuk.

BOJ nilah bank yang tidak kuat bersuara tetapi dia yang paling power mengawal leverage dunia.

Trader yang baca candlestick semata-mata, takkan nampak benda ini.
Trader yang belajar makro, akan terasa angin perubahannya lebih awal.

Dan mari lah kita sama-sama belajar membaca angin, bukan hanya sekadar membaca warna candle.
Sebab cycle crypto 2026 sangat terikat dengan satu soalan besar:

“Adakah BOJ akan pivot… atau terus biarkan dunia hidup atas Yen Carry Trade?”

Nota :
Penulisan ini dibuat sebelum keputusan BOJ dikeluarkan, Insya Allah nati saya akan sambung dengan perkongsian selepas keputusan dikeluarkan.

Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016  sebab minat.
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.

Related posts

Bagaimana Memilih Wallet Kripto Untuk Pemula?

Hazim Mustapa

Beli Bitcoin RM500, Dapat PERCUMA Bitcoin RM50

Nazrich

Apa Itu Avalanche (AVAX)?

Hazim Mustapa
error: Content is protected !!