Fintech

PANDUAN STAKE BTC DI PORTAL BOUNCEBIT

Siapa yang participate Binance Megadrop baru-baru ni? Tahniah. Mesti senyum-senyum dapat collect $BB kan. Kepada yang tak sempat join Binance Megadrop yang lepas, jangan kecewa pulak. Binance sentiasa beri peluang untuk korang participate aktiviti lain seperti Launchpool atau Launchpad. Korang juga boleh cuba staking BTC yang korang ada kat BounceBit Portal.

Tapi sebelum tu, apa kata kita tengok dulu apa sebenarnya BounceBit ni.

APA ITU BOUNCEBIT

BounceBit adalah satu protocol “orang tengah” yang dibina di atas Bitcoin untuk memajukan network Bitcoin melalui satu usaha yang dipanggil RESTAKING. Ini adalah inovasi baru yang membolehkan korang untuk stake BTC dan dapat reward. Cuma caranya tak terlalu straight forward macam korang stake kat CEX aset-aset seperti Ethereum, Cardano atau Matic. Cakap mudahnya, bila korang stake BTC, of cource korang akan dapat reward. Tapi yang best ialah reward yang korang dapat tu boleh stake kat tempat lain pula untuk dapat reward lain pulak. Itu la konsep Restaking.


LUNO 2024

Apa yang korang perlukan untuk buat staking kat BounceBit Portal:
1. Binance Web3 Wallet
2. $BNB dan $BTC
3. BounceBit Portal

Basically apa yang korang kena buat bila korang nak stake BTC kat BounceBit ialah:

Aktifkan Binance Web3 Wallet

Transfer BNB dan BTC ke Web3 Wallet menggunakan network BNB Chain

Deposit BTC ke BounceBit Portal menggunakan network BNB Chain

Stake BTC. Korang akan dapat reward Liquid Staking Derivative, stBBTC

stBBTC tu korang boleh restake kat tempat lain contohnya sidechains, bridges dan oracles, atau korang boleh guna untuk particpate lain-lain aktiviti yang boleh menjana yield

Jom kita tengok langkah-langkah yang details apa korang kena buat.

(Paparan dalam panduan ni kebanyakannya menggunakan smart phone. Kalau korang guna komputer pun boleh je.)


BAHAGIAN 1: AKTIFKAN BINANCE WEB3 WALLET

1. Aktifkan Binance Web3 Wallet. Sekiranya anda belum pernah mengaktifkan Binance Web3 Wallet, sila aktifkan wallet tersebut dengan menekan BACK UP dan ikut langkah-langkah yang diberitahu.
2. Tekan RECEIVE. Anda akan dapat lihat list of assets yang available.
3. Tekan TRANSFER IN. Pilih BNB. Pastikan NETWORK adalah BEP20. Masukkan WITHDRAWAL AMOUNT dan tekan WITHDRAW.**
4. Ulang langkah 3 untuk pindahkan BTC ke Web3 Wallet.
** Sila pastikan semua maklumat dimasukkan dengan betul supaya aset yang nak dipindahkan sampai ke destinasi dengan selamat.

web3 wallet_2

Binance2024


BAHAGIAN 2: LAKUKAN DEPOSIT KE PORTAL BOUNCE BIT

1. Gunakan web browser seperti Brave, Google Chrome etc dan buka website portal.bouncebit.io
2. Tekan CONNECT WALLET. Pilih Binance Web3 Wallet dan tekan CONNECT
3. Tekan CONFIRM. Anda akan dibawa kembali ke paparan sebelum ini
4. Ulang Langkah 2. Tekan SIGN
5. Masukkan maklumat pengesahan anda (sama ada Email Verification Code atau Authenticator App Verification)
6. Taipkan berapa amount BTC yang ingin anda deposit. Pastikan anda pilih network BNB Chain. Tekan APPROVE.
7. Anda akan terima satu mesej Pop-up untuk confirm transaksi anda.
8. Tahniah!!! Anda berjaya melakukan deposit ke BounceBit. Untuk melihat aset yang telah didepositkan, anda tekan PREMIUM dan skrol ke bawah untuk melihat list of assets.

part2-1

part2-2


BAHAGIAN 3: STAKE BB atau BBTC

PILIHAN A: NODE STAKING (common staking)

1. Tekan STAKE pada menu di bahagian atas.
2. Pilih BBTC atau BB (jika ada)
3. Masukkan amount aset yang anda nak stake. Tekan confirm dan tunggu sehingga transaksi selesai
4. Setelah transaksi selesai, anda dapat lihat aset yang anda stake di MY STAKE

PILIHAN B: PREMIUM YIELD GENERATION (MINIMUM STAKE 0.1 BTC)

1. Tekan menu PREMIUM
2. Skrol ke bawah (jika guna smart phone) sehingga anda jumpa STRATEGIES. Anda akan nampak list of validators**
3. Pilih validator dan tekan stake.
** Admin kitakripto pilih Chainup. Chainup ambil masa 6 hari untuk reward masuk ke akaun setelah claim

pilihan A

pilihan b

BAHAGIAN 4: CLAIM REWARD UNTUK RESTAKING

Sebenarnya bahagian ni masih belum lengkap kerana masih menanti perkembangan seterusnya dari developer. Jika anda lihat rewards dah ada, anda boleh claim dulu. Rewards mungkin boleh digunakan ke fasa seterusnya iaitu RESTAKING.



BAHAGIAN 5: DISCONNECT DARI PORTAL BOUNCEBIT

Paling penting ni. Setelah selesai staking, jangan lupa untuk DISCONNECT Binance Web3 Wallet korang dari Portal Bounce Bit.
1. Portal BounceBit – Korang tekan kat address. Ada button power, korang tekan tu untuk disconnect.
2. Binance Web3 Wallet – Untuk pastikan yang korang dah disconnected, korang check kat Binance Web3 Wallet. Pergi kat More. Kalau CONNECTED DAPPS tu tunjuk “0” makna Web3 Wallet korang dah disconnected dari Portal BounceBit. Sebenarnya korang boleh disconnect dari Portal BounceBit dari sini jugak.

disconnect_1

Selamat bereksplorasi cool

– Tamat –

Credit To: kitakripto money-mouth

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.


Chatroom - MyCryptoversity Circle

Related posts

Adakah KYC Relevan Dalam Industri Kripto

Ringgit Jelita

Sekurang-kurangnya 1 Dalam 10 Orang di Amerika Melabur Dalam Kripto

Ringgit Jelita

Ripple lepaskan 1,000,000,000 XRP Setiap Bulan dari Akaun Escrow Mereka.

Nazrich
error: Content is protected !!