BlockchainPendidikan

Kenapa Projek Blockchain Perlukan Token Generation Event

Biasa kita dengar dalam majlis-majlis terutamanya majlis apresiasi ayat macam ni, “please accept this as a TOKEN of our gratitude, TOKEN of appreciation…bla bla bla. So sama tak definisi token dalam konteks penghargaan dan dalam dunia kripto? Setuju tak kalau saya kata yang konsepnya adalah sama. Tapi dalam kripto, bukankah token tu kena generate? Haaa…dah pening ke?

Jangan pening dulu. Biasa la…dalam dunia kripto dan blockchain ni banyak jargon kena belajar. Kali ni, jom kita fahamkan apa sebenarnya Token Generation Event dan kenapa projek blockhain perlukan Token Generation Event. Adakah TGE dan airdrop tu event yang sama?

APA ITU TOKEN

Sebelum kita nak tahu lebih lanjut tentang Token Generation Event, jom kita faham betul-betul apa itu TOKEN. TOKEN pada dasarnya adalah satu bentuk representasi (secara fizikal ataupun virtual) untuk sesuatu yang lain, contohnya produk fizikal, data, memori atau perbuatan. Dalam konteks kripto, TOKEN adalah representasi digital untuk sesuatu asset dan ianya dicipta menggunakan teknologi blockchain. Token tidak menyimpan data. Sama seperti kupon atau voucher, kita tak boleh samakan keduanya dengan duit. Tapi kita boleh gunakan kupon atau voucher untuk kita tukarkan dengan barang-barang berdasarkan nilai yang kupon atau voucher tu pegang. Haaaa…pening tak? Senang citer, token ni bukan duit.

Nak lebih spesifik apa sebenarnya TOKEN dalam dunia kripto? Sama tak COIN dan TOKEN? Kita ulangkaji sikit la ya.

COIN: Ada blockchain sendiri. Beroperasi pada blockchain dia sendiri dan “lahir” melalui proses mining atau mekanisme konsensus (contohnya PoW atau PoS). Coin adalah medium of exchange dan store of value. Contoh coin adalah BTC, ETH, ADA.

TOKEN: Takde blockchain sendiri. Tumpang blockchain yang ada untuk create token menggunakan smart contract. Token adalah sesuatu yang mewakili asset atau something yang digunakan untuk akses servis tertentu seperti utility dalam dApp, hak mentadbir urus atau boleh juga mewakili ownership. Contoh token adalah UNI, LINK, AAVE.


LUNO 2024

APA ITU TOKEN GENERATION EVENT

Token Generation Event atau singkatannya TGE berlaku apabila sesebuah projek kripto berjaya “melahirkan” dan release token digital diorang kepada pengguna. TGE ni biasanya akan melibatkan release of a utility token. Disebabkan token yang release ketika TGE selalunya untuk tujuan utility, biasanya token tu digunakan untuk beberapa tujuan tertentu seperti governance, staking dan payment dalam ekosistem tu sahaja. TGE juga bermaksud token sudah available untuk dibeli. Jadi ini memberi peluang kepada early investors untuk terlibat dalam sesuatu projek kripto dari peringkat awal lagi.

KENAPA PERLU ADA TOKEN GENERATION EVENT

Ada beberapa sebab yang menyebabkan sesebuah projek tu perlu buat TGE. Ni antara sebabnya:

  • Memberi Insentif Kepada Peserta
    Projek yang baik sememangnya akan menarik minat ramai pelabur dan adopters walaupun sebelum TGE berlaku, tetapi TGE sebenarnya memberi peluang kepada lebih ramai pelabur dan pengguna turut serta dalam projek tersebut. Pemegang token memiliki pelbagai kelebihan seperti diberikan hak untuk mengundi (berdasarkan jumlah token yang dipegang). Selain itu, biasanya pemegang token juga dibenarkan untuk stake token mereka dan diberi reward.
  • Membina Komuniti Yang Kuat
    TGE dapat menarik minat pelabur dan pengguna baharu. Kita tahu yang sebagus manapun sesebuah projek, jika tak dapat tarik minat komuniti, projek tersebut payah nak take off. Lebih ramai pengguna dan developer yang involve dalam sesebuah projek, semakin banyak inovasi dapat dilakukan. Ini secara tak langsung meningkatkan potensi nilai token itu sendiri.

 

  • Mengumpul Dana
    Salah satu tujuan utama TGE adalah untuk mengumpul dana. Dana ini akan digunakan untuk project growth dan melakukan pelbagai inovasi. Disebabkan TGE menggunakan teknologi blockchain untuk generate dan distribute token, maka aktiviti fundraising ini dapat dilakukan dengan lebih efisien dan selamat.


Tokenize 2023

BAGAIMANA PROSES TGE

1. Planning and Development
Project team akan buat kertas kerja. Antara perkara penting yang perlu dinyatakan adalah tujuan utama TGE. Selain itu total token supply, distribution model dan matlamat pengumpulan dana perlu ditentukan dalam fasa ini. Fasa ini selalunya merangkumi penciptaan whitepaper yang memperincikan visi, teknologi dan tokenomik projek.

2. Smart Cnntract Deployment
Team akan develop dan deploy smart contract pada platform blockchain untuk handle creation dan distribution of tokens. Smart contract akan pastikan bahawa token yang bakal diedarkan adalah telus dan selamat

3. Token Sale
Semasa TGE, token boleh dibeli menggunakan cryptocurrency lain (seperti BTC, ETH, SOL, BNB dll) atau adalah kalanya menggunakan mata wang fiat. Jualan token berlaku dalam beberapa fasa, termasuk private sales, pre-sales dan public sales.

4. Token Distribution
Setelah selesai TGE, token akan diedarkan ke dalam wallet peserta TGE. Token ini kemudiannya boleh didagangkan di crypto exchange atau digunakan dalam ekosistem projek.

5. Post-TGE Activities
Setelah semuanya selesai, project team perlu memberi tumpuan untuk deliver apa yang diorang dah janjikan terutamanya pembangunan projek. Project team juga perlu kekalkan community engagement dan token digunakan sebaiknya dalam ekosistem projek. Diorang kena amalkan komunikasi yang jelas dengan komuniti, kena sentiasa update komuniti tentang projek development supaya komuniti dan pelabur kekal yakin dengan projek diorang.


Binance 2024

KELEBIHAN DAN RISIKO TGE

KELEBIHAN

  • Capaian Global Untuk Pengumpulan Dana
    TGE membolehkan global participation. Semua orang di seluruh dunia boleh sertai TGE.

 

  • Peluang Awal Pelaburan
    Pelabur berpeluang untuk beli token ketika masih di peringkat awal. Bolehlah dapat pulangan yang lebih tinggi, jika projek tu berjaya.

 

  • Liquidity Yang Pantas
    Token yang dijual ketika TGE biasanya boleh didagangkan selepas TGE tamat. So pelabur awal biasanya akan ambil kesempatan untuk menjual dengan pantas, sebaik sahaja token tu listed dalam crypto exchange. Immediate Liquidity untuk pelabur awal.

 

  • Decentralized Funding
    Kebanyakan TGE tak gunakan middleman atau intermediaries. So projek dapat kumpul dana direct dari pelabur. Lebih mudah dan pantas.

RISIKO

  • Kehilangan Pelaburan
    Pelabur berpotensi hilang dana yang dilaburkan kerana aktiviti pengumpulan dana dilakukan secara decentralized funding. Tanpa pantauan pihak ketiga, possibility untuk kena tipu juga tinggi.

 

  • Market Volatility
    Kebanyakan token yang dibeli dari TGE selalunya mempunyai volatility yang tinggi terutamanya di DEX. Dek kerana hype, harga boleh mencanak naik dan dalam sekelip mata boleh menjunam ke bumi. Jika projek tak berjaya tarik perhatian pelabur semula, alamatnya..rugi la pelabur yang tak sempat nak jual token diorang.

 

  • Ketidaktentuan Regulasi
    Banyak negara masih develop regulasi untuk TGE . Bila belum ada regulasi, pelabur mudah terdedah kepada potensi kena tipu dan scam. So sangat penting untuk sesiapa yang nak join TGE ni untuk study betul-betul projek yang korang nak join tu.

 

  • Project Viability
    Ada sesetengah projek yang dilancarkan melalui TGE gagal penuhi apa yang diorang janjikan. So pelaburlah yang rugi. Ingat ya, projek yang buat TGE ni memang projek yang terrrsangat baru. Token pun baru create. So ada kemungkinan projek ni boleh fail. Buatlah due diligent betul-betul. Tengok diorang punya whitepaper, team, roadmap dan objektif projek tu dibangunkan.


BYBIT 2024

JENIS-JENIS TOKEN GENERATION EVENTS

Antara jenis-jenis TGE yang common adalah:

  • Initial Coin Offering (ICO)
  • Security Token Offering (STO)
  • Initial Exchange Offering (IEO)
  • Initial DEX Offerings (IDO)

Korang boleh tengok video Youtube kat bawah ni untuk lebih senang faham.

ICO vs TGE

ADAKAH CRYPTO AIRDROP SAMA MACAM TGE?

Adakah Crypto Airdrop sama macam TGE? Nampak sama tapi tak serupa kerana kedua-duanya mempunyai objektif dan menggunakan mekanisme yang berbeza.

Ringkasnya Airdrop adalah satu cara untuk distribute token secara PERCUMA. Percuma tapi sesetengah airdrop kita kena letak effort ya. Airdrop adalah marketing tool paling femes untuk projek blockchain untuk tingkatkan awareness dan adoption. Projek akan beri token free kepada peserta setelah peserta lengkapkan tugasan yang diberi. Ada projek yang perlukan peserta aidrop buat engagement dengan platform yang projek dah bina. Ada pula projek yang perlukan peserta share pasal projek diorang (biasanya melalui referral link).

Benda free dah tentu ramai yang suka. Mungkin bukan 100% free, tapi perlu belanja sedikit modal untuk laksanakan task tertentu (jika perlu). Token yang peserta dapat melalui airdrop adalah reward kepada usaha yang dilakukan setelah melengkapkan task yang diberi. So korang boleh la jual dan ambil profit bila harga token tu naik di kemudian hari.

Perbezaan Airdrop vs TGE

Objektif

Token Generation Event: Fokus Utama TGE adalah untuk fundraising. Projek akan jual token diorang kepada investor untuk dapatkan dana bagi membangunkan projek.

Airdrop: Fokus kepada pemasaran (marketing) dan membina komuniti. Projek beri token secara percuma untuk tujuan awareness dan menggalakkan adoption.

Cara Token Diedarkan

Token Generation Event: Pelabur kena beli token melalui beberapa cara seperti pre-sales, private sales atau public sales.

Airdrop: Token diberi secara percuma. Penerima token boleh simpan saja token yang diterima sehingga hari listing dan jual untuk dapatkan profit.

Level Risiko

Token Generation Event: Risiko lebih tinggi untuk pelabur kerana pelabur keluarkan modal untuk beli token. Projek tu mungkin sukses atau boleh jadi melingkup.

Airdrop: Risiko lebih rendah kerana peserta diberi token secara percuma.

Timing

Token Generation Event: Projek secara rasminya berjaya “melahirkan” token buat pertama kalinya. Ini adalah satu kejayaan untuk sesebuah projek.

Airdrop: Boleh dilancarkan bila-bila masa saja, walaupun selepas token telah berada dalam edaran dan dah pun didagangkan di crypto exchange.

Impak Kepada Nilai Token

Token Generation Event: Nilai token akan ditentukan ketika TGE. Potensi harga token akan naik atau turun berdasarkan kepada market demand ketika TGE dilancarkan.

Airdrop: Nilai token boleh naik jika demand di pasaran tinggi atau turun jika terlalu banyak token membanjiri pasaran. 

Airdrop vs TGE

KESIMPULAN

Sekarang korang dah fahamkan apa sebenarnya Token Generation Event. So korang pun dah faham kenapa projek blockchain perlukan TGE. Apa beza antara TGE dan Airdro, apa beza antra TGE dan ICO . Apa risiko jika kita involve dengan TGE, ICO mahupun Airdrop. Apapun buatlah due diligent terhadap mana-mana projek yang kita nak involve. Terima kasih kerana sudi baca artikel ni sampai habis. Semoga artikel ni memberi manfaat untuk semua.

-Tamat-

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan. Maklumat yang dikongsikan hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak MyCryptoversity atau pemiliknya.


Chatroom - MyCryptoversity Circle

sumber rujukan:

https://www.okx.com/learn/what-is-a-token-generation-event

https://www.coingecko.com/learn/token-generation-event

https://coinmarketcap.com/academy/article/5bc98117-7e30-4ec7-ba2b-3ca7ab488613

https://decrypt.co/resources/token-generation-events-what-are-they-guide

https://academy.binance.me/en/glossary/token-generation-event-tge

https://blog.cryptology.com/articles/token-generation-events-tges-in-crypto

https://medium.com/@xanderdgr45/tge-vs-airdrop-unpacking-the-crypto-launch-playbook-0a8f76a4bf21#:~:text=Impact%20on%20Token%20Value&text=A%20TGE%20is%20a%20pivotal,by%20distributing%20tokens%20for%20free.

Related posts

Apa Itu Enjin Coin (ENJ)?

Hazim Mustapa

Apa Itu Proof of Stake?

Hazim Mustapa

Cryptocurrency Evolution: 2009-2023

Bossku CryptoVerse
error: Content is protected !!