📅 Apa Yang “Hot” Dalam Kalendar Kripto Minggu Ini (5 – 12 Mei 2025)
Minggu ni dunia kripto tak sunyi dari pelancaran projek baru, mesyuarat gergasi Web3, sampai lah pengumuman dasar kerajaan. Kalau korang hodl Bitcoin, layan altcoin atau sekadar nak tahu perkembangan semasa, kat sini min sediakan ringkasan padu yang boleh bantu korang plan gerakan dan strategi sepanjang minggu!
Minggu ni dalam dunia kripto, suasananya tak ubah macam highway masa balik kampung musim raya penuh sesak, penuh dengan pergerakan dan tak tahu bila tiba-tiba boleh kena brek kecemasan atau lampu hijau menyala terus.
Dari segi teknikal dan fundamental, minggu ini boleh dikira minggu yang berisi juga bukan kosong macam stablecoin scam. Jadi jom kita bedah satu per satu… biar otak boleh hadam dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal muncul.
.
🔥 Isnin, 5 Mei 2025
-
Data Ekonomi AS: Laporan ekonomi berkaitan kadar pengangguran dan inflasi akan dikeluarkan. Market mungkin volatile skit jadi kalau korang scalper dan intraday trader kena standby awal! (Peringatan : Futures HARAM bagi kita orang Islam ya!)
-
ETH Global Online Hackathon: Devs Ethereum seluruh dunia akan bersaing hasilkan dApps yang terbaik dan terkini. Projek-projek menarik biasanya naikkan hype token berkaitan smart contract, jadi korang kita pandai-pandai cari projek yang bakal hype.
Pagi Isnin ni market macam biasa, masih terkesan dengan laporan ekonomi dari hujung minggu lepas inflasi di AS tunjuk sedikit penurunan, tapi tak cukup untuk buat pelabur rasa lega. Bitcoin masih lagi terumbang-ambing kat paras $93K–$97K. Altcoin pun sama ada yang ambil nafas, ada yang masih nyawa-nyawa ikan.
ETH Global Hackathon pun bermula hari ni , satu event yang mungkin tak hype sangat kat media sosial, tapi penting untuk jangka panjang. Dari sinilah developer akan cipta teknologi baru, smart contract power dan mungkin next Uniswap atau dYdX muncul dari sini.
.
🧠 Selasa, 6 Mei 2025
-
Forum AI x Blockchain di Korea: Acara besar bincang integrasi AI dalam kripto. Projek macam Fetch.ai (FET), Ocean Protocol (OCEAN) & SingularityNET (AGIX) dijangka jadi tumpuan.
-
Solana Dev Update: Tim Solana umumkan roadmap baru mereka, mungkin ada hint besar pasal kemajuan staking dan layer 2. Pantau harga SOL.
Hari kedua minggu ni, Seoul jadi tumpuan bila Korea anjurkan Forum AI x Blockchain, cuba bayangkan, otak AI disatukan dengan teknologi decentralized… macam campur otak Einstein dengan kuasa Goku. Projek macam FET, OCEAN dan AGIX menjaditumpuan kali ni. Harga aset ni belum naik gila-gila, tapi sentimen dah mula berubah, jadi ini lah waktu sesuai untuk monitor dan siapkan watchlist korang.
Sementara tu, team Solana pulak umumkan update roadmap baru. Antara yang paling menarik, peningkatan prestasi staking dan potensi layer 2 solution. SOL terus naik perlahan-lahan, steady macam kereta turbo tekan sikit je tapi boleh tinggal lawan.

..
📊 Rabu, 7 Mei 2025
-
Mesyuarat FOMC (Federal Reserve): Kalau ada kenyataan hawkish/dovish, harga BTC/ETH boleh terkesan. Dolar naik = crypto mungkin turun. Dolar lemah = peluang naik.
-
Pelancaran NFT Baru di Polygon (MATIC): Koleksi ‘MetaLife Genesis’ masuk pasaran. Polygon makin giat masuk sektor gaming & NFT, mungkin ini naikkan minat pelabur.
Ni hari yang paling kritikal. Semua trader dari New York ke Kuala Lumpur , semua tengah tunggu satu benda: mesyuarat FOMC (Federal Reserve). Kalau Jerome Powell keluar kenyataan yang hawkish (bunyi macam nak naikkan lagi kadar faedah), expect market bergoyang. Tapi kalau dia kasi nada dovish, market boleh melonjak.
Sambil tu, Polygon umum pelancaran NFT baru. Bukan sekadar gambar kartun tapi koleksi ‘MetaLife Genesis’ yang nak satukan konsep metaverse + real-life identity. Ada peluang spekulasi kat sini, sebab Polygon ($MATIC) sedang bersaing dengan Arbitrum dan Base.
.
🌍 Khamis, 8 Mei 2025
-
Binance DeFi Summit 2025 (Singapura): Event besar bincang masa depan decentralized finance. Fokus token seperti BNB, CAKE dan projek baru dalam ekosistem BSC.
-
Pakatan Blockchain Saudi-Arabia – UAE: Rundingan lanjut berkaitan CBDC serantau dijangka diumumkan. Ini boleh jadi pemangkin kepada adopsi massal blockchain di Timur Tengah.
Khamis, Binance DeFi Summit berlangsung kat Singapura. Semua gergasi DeFi, dari PancakeSwap sampai ke projek baharu dalam BNB Chain akan bentang hala tuju dan kerjasama baru. Token BNB mungkin jadi sasaran whale kalau ada pengumuman besar.
Tambahan pulak, kat Timur Tengah, Arab Saudi dan UAE umum kerjasama lanjut dalam CBDC. Bayangkan dua negara kaya minyak mula beralih arah ke stablecoin dan digital asset. Ini bukan hype kosong gais.., ini langkah ke arah adopsi global.
.
🧪 Jumaat, 9 Mei 2025
-
Kemaskini Besar Cardano (ADA): ‘Hydra v2’ akan dilancarkan. Kesan kecepatan transaksi dan skala boleh mempengaruhi harga jangka pendek.
-
Fear & Greed Index Weekly Review: Indeks ketamakan/panik minggu ni akan jadi penunjuk utama mood pasaran — sesuai untuk tentukan sama ada nak swing atau scalp.
Cardano (ADA) umum pelancaran Hydra v2, iaitu peningkatan besar dari segi skalabiliti dan kelajuan transaksi. Bagi yang selama ni skeptikal dengan ADA, inilah masanya untuk tengok semula. Kalau team Cardano deliver betul-betul, mungkin ADA boleh kembali jadi pilihan pelabur jangka panjang.
Fear & Greed Index minggu ni juga akan tunjuk mood sebenar pasaran. Kalau naik atas 60, maknanya market sedang tamak, jadi korang kena mula berhati-hati. Kalau turun bawah 40, mungkin ada peluang beli pada harga murah.

.
⛱️ Sabtu & Ahad (10 – 11 Mei 2025)
-
“Crypto Open House” Twitter Space oleh Vitalik: Vitalik Buterin akan muncul live borak pasal masa depan Ethereum 3.0, pastinya jadi tumpuan dev & pelabur.
-
Rehat, Review & Rancang: Hujung minggu ni ideal untuk audit portfolio, semak strategi, dan sedia untuk minggu baru. Gunakan masa ni untuk update ilmu atau join sesi Discord/Webinar.
.
Penutup :
Minggu ni penuh warna dari AI, NFT, makroekonomi, sampai polisi kerajaan. Market akan terus beri peluang… tapi hanya pada mereka yang bersedia sahaja. So gais, jaga emosi, kekalkan disiplin, rancang trading, jaga pengurusakan kewangan macam yang cikgu Mayee pesan kat webinar tu dan jangan lupa dalam dunia kripto, siapa yang sabar, dia yang menang.
Duk Kampung Takpe Janji Ada Ilmu Kripto
.

