FED Minutes 30 Dis 2025 Penentu Arah 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cryptonations followers MyCryptoversity yg saya sayangi dan dirahmati Allah swt, Semua dah habis bercuti ke belum?
Kali ni saya nak cerita pasal satu benda yang orang selalu pandang remeh sebab bunyinya macam “dokumen lama”, iaitu Fed Minutes. Orang tengok jer tajuk “minutes”, terus rasa macam minit mesyuarat persatuan penduduk, padahal dalam dunia makro, minutes ni bukan cerita lama, ini adalah tempat kita nampak apa yang Fed tak sempat cakap dalam sidang media. Ini adalah tempat kita nampak nada sebenar mereka, bukan ayat yang disolek..dan timing dia plak… hujung tahun, 30 Disember, masa market tengah nipis macam kuah sup. Kalo ada satu jer ayat yang buatkan market tersentak, pergerakan dia boleh nampak besar walaupun penyebabnya kecik.
Bab ni yang ramai trader baru tak faham, mereka ingat volatiliti mesti datang dengan CPI atau NFP..tapi hakikat yang sebenarnya, volatiliti paling pelik biasanya datang masa semua orang bercuti….
Kenapa?
Sebab low liquidity dan market senang ditolak…jelas tak stakat ni?
Saya kaitkan terus dengan BTC dan ETH untuk Januari 2026, masa hujung Disember ni, BTC banyak duduk dalam mode sideways, bukan sebab dia tak ada cerita, tapi sebab dia sedang tunggu “oxygen” baru. Oxygen tu bukan datang dari chart. Oxygen tu datang dari aliran liquidity… siapa longgarkan, siapa ketatkan dan siapa yang tiba-tiba ubah nada. Kita baru saja lihat Jepun buat gerakan besar, BOJ dah mula ketatkan. Bila Jepun ketatkan, dunia hilang satu sumber duit murah. Bila dunia hilang duit murah dari Jepun, Fed tak boleh buat-buat tak tahu…sebab kalo kedua-dua Jepun dan US sama-sama ketat, risk asset akan jatuh macam buah yang dah masak. Jadi Fed akan cuba jadi “stabilizer” bukan semestinya potong kadar terus, tapi longgarkan di tempat yang mereka boleh longgarkan tanpa announce besar..Jadi sekrang boleh faham tak kenapa BOJ buat tindakan naikkan rate ke 0.75% ?
.
Kalo tak faham jugak boleh baca kat https://mycryptoversity.net/hari-jepun-goncang-dunia-boj-naikkan-rate-angin-cycle-2026-mula-bertiup/
Ok berbalik kita kepada Fed Minutes...
Di sinilah Fed Minutes jadi penting..kalo dalam minutes tu kita nampak perbincangan yang lebih lembut, lebih banyak ayat tentang risiko pertumbuhan, risiko kredit atau kebimbangan pasaran pembiayaan, pakcik kebun sebelah kebun saya ni cakap..itu signal bahawa Fed sedang bersedia untuk bagi lebih ruang nafas pada 2026 dan biasanya bila Fed bagi ruang nafas, BTC biasanya orang pertama yang rasa. Sebab BTC ialah aset yang paling sensitif terhadap perubahan oxygen. Kadang-kadang sebelum S&P pun bergerak, BTC dah mula berkelakuan pelik..ini bukan kerana crypto genius, tapi sebab leverage dan liquidity trader dalam crypto bergerak paling cepat berbanding instrument lain.
JOM DAPATKAN, BUKU PANDUAN LENGKAP PEMULA KRIPTO & BLOCKCHAIN SEKARANG!

Tapi awak semua… jangan salah faham. Fed Minutes bukan “pump button”, kalo minutes keluar dovish pun, esok BTC terus terbang ke? Jawapannya tak semestinya gitu..sebab market bukan bergerak ikut satu dokumen. Market bergerak ikut bagaimana dokumen itu ubah expectation. Kalo sebelum ini crowd yakin Fed akan tahan kadar tinggi lama, tiba-tiba minutes bagi bayangan “Fed pun pening”, expectation pun berubah. Bila expectation berubah, positioning berubah. Bila positioning berubah, barulah harga bergerak…boleh faham?
ETH plak biasanya selalu datang kemudian. ETH adalah “barometer risk-on” yang lebih sensitif kepada selera pasaran. Bila BTC stabil dan orang dah rasa selamat, barulah ETH mula tarik. Tapi masalahnya, sejak beberapa bulan kebelakangan ni ETH nampak lemah berbanding BTC. Pakcik kebun sebelah cakap tu tanda market masih cautious, masih belum ready untuk rotate penuh. Jadi untuk Januari, pakcik kebun sebelah jangka BTC akan lead dulu. ETH hanya akan ikut betul-betul kalo kita nampak dua benda, iaitu: BTC tak pecah support penting dan liquidity mula mengalir masuk ke sektor risk-on. Kalo tidak, ETH akan jadi “lagger” lagi seketika.

Yang menarik lagi, hujung Disember ni market bukan hanya “tiada data.” Market sebenarnya penuh data, cuma data yang orang tak nampak, iaitu : data positioning, kalo awak selalu ikuti posting saya, sejak Nov aritu lagi saya banyak tulis pasal positioning ni.. kalo ada yang terlepas boleh p baca posting-posting yangf lepas.
.
Bila Fed Minutes keluar, pakcik cakap ia akan jadi trigger yang mempercepatkan satu proses..iaitu proses re-pricing dan selepas re-pricing, barulah trend Januari terbentuk. Jadi apa yang saya nak awak semua buat bukan teka arah hari minutes keluar, tapi baca reaksi. Kalo selepas minutes, USD melemah sedikit dan yield turun perlahan, pakcik cakap itu biasanya bullish untuk BTC dalam beberapa minggu. Tapi kalo yield naik dan USD menguat, itu tanda Fed masih keras dan hodler BTC mungkin masih perlu banyak bersabar lagi.
.
Sebab tu saya selalu cakap…dalam tempoh 30 Disember sampai 2 Januari ni, jangan jadi hero, sebab ini adalah tempoh market nipis. Pergerakan boleh jadi “fake” dan mudah perangkap orang yang gatal tangan. Tapi dalam masa yang sama, jangan buat-buat tak peduli. Sebab ni adalah tempoh kita kumpul petunjuk, market biasanya bagi clue paling jujur masa semua orang tak amik peduli…masa semua trader cap ayam duk melepak dalam gua ciptaan sendiri.

Kesimpulan saya… Fed Minutes hujung Disember ni ialah macam kita intai dapur restoran Rambayung Khairul Amin sebelum makanan keluar. Kita nak tahu chef dia tengah masak apa untuk 2026. Kalo chef dia sendiri pun nampak gelabah, itu bermakna Fed sedang melihat risiko yang lebih besar daripada yang mereka ucapkan di pentas dan bila Fed mula nampak risiko, mereka akan longgarkan, sama ada secara terang atau secara senyap-senyap.
Jadi, trend BTC/ETH Januari 2026 akan banyak bergantung pada satu persoalan, iaitu: adakah minutes akan menunjukkan Fed lebih risau tentang ekonomi daripada inflasi? Kalo ya, BTC akan mula bangun dulu dan ETH akan menyusul bila market kembali berani. Kalo tidak, market akan terus sideways dan trader cap ayam kena tingkatkan tahap kesabaran, main selective dan jangan FOMO.
.
Ingat satu benda… market bukan reward orang gelojoh tapi market reward orang yang paling tenang bila orang lain gelabah. Minutes ni bukan untuk panik, tapi Minutes ni untuk membaca arah angin sebelum ribut atau sebelum cuaca cerah dan siapa yang boleh baca angin awal… dialah yang akan masuk awal tanpa perlu mengejar candle…Boleh faham?
Kalo awak semua rasa perkongsian ini memberi manfaat, share-share lah dengan rakan-rakan lain..semoga lebih ramai lagi yang dapat manfaat .
Setakat ni saja buat kali ni, apa-apa pun ini BUKAN NASIHAT KEWANGAN / PELABURAN, sekadar pendapat peribadi dan untuk bahan bacaan sahaja, buat lah kajian sendiri sebelum masuk market.
.
Regards,
Saya bukan saper saper, bukan sifu, bukan coach, bukan kripto analisis, bukan market analisis, bukan infulencer…saya menulis dan berkongsi psal Bitcoin Kripto dan Blockchain sejak 2016 sebab minat.
.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Artikel itu tidak mengandungi nasihat kewangan atau nasihat dalam apa jua bentuk. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung akibat penggunaan kandungan, produk atau perkhidmatan yang disebutkan. Pembaca dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan.
#MyCryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto

